Pengelasan Organisma

Mari kita belajar:

PENGELASAN HAIWAN

Haiwan dapat dikelaskan kepada invertebrata (无脊椎动物) dan vertebrata (脊椎动物).

TUGASAN 1

Dengan menggunakan peta i-Think yang sesuai, kelaskan haiwan-haiwan yang berikut berdasarkan ciri-ciri sepunya dalam kertas A4.

kura-kura, buaya, belut, orang utan, dolfin

platipus, penguin, katak, itik, kodok

PENGELASAN TUMBUHAN

Tumbuhan tidak berbunga pula terdiri daripada lumut, paku-pakis dan konifer.

Tumbuhan berbunga menghasilkan bunga yang akan menjadi buah dan mempunyai biji. Setiap biji benih mempunyai kotiledon, iaitu makanan simpanan yang akan digunakan oleh biji benih untuk bercambah. Biji benih yang mempunyai satu kotiledon dipanggil monokotiledon. Biji benih yang mempunyai sepasang kotiledon dipanggil dikotiledon.

TUGASAN 2

Dengan menggunakan peta i-Think yang sesuai untuk membandingbezakan antara pokok bunga matahari dan pokok padi dalam kertas A4.

Pokok bunga matahari

Pokok padi

MEMBINA KEKUNCI DIKOTOMI

Kekunci dikotomi adalah satu cara yang digunakan oleh ahli-ahli biologi untuk mengenal pasti dan mengelaskan organisma-organisma secara sistematik berdasarkan persamaan dan perbezaan.

Kekunci dikotomi dibina daripada beberapa siri kuplet. Setiap kuplet terdiri daripada dua pernyataan tentang ciri-ciri organisma atau kumpulan organisma yang tertentu.

TUGASAN 3

Senaraikan perbezaan antara Planaria, Kupu-kupu dan Cacing tanah. Bina satu kekunci dikotomi untuk mengenal pasti haiwan-haiwan tersebut dalam kertas A4.

Planaria

Kupu-kupu

Cacing tanah

PENILAIAN KENDIRI