Pembiakan Seks dan Aseks

Apakah maksud pembiakan? Pembiakan ialah proses penghasilan individu baharu oleh organisma hidup.  Pembiakan merupakan ciri asas bagi setiap organisma hidup.  Pembiakan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pembiakan seks dan aseks.

KEPENTINGAN PEMBIAKAN

Kebolehan membiak untuk menyambung zuriat ialah satu kurniaan Tuhan yang patut disyukuri!

PEMBIAKAN SEKS

Pembiakan seks ialah proses penghasilan individu baharu melalui percantuman gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum) bagi membentuk zigot

Pembiakan seks melibatkan dua induk iaitu induk jantan yang membawa sel pembiakan jantan (sperma) dan induk betina yang membawa sel pembiakan betina (ovum).  Generasi baharu yang berbeza daripada induknya dihasilkan melalui pembiakan seks dan menunjukkan variasi genetik.

Pembiakan seks melibatkan proses persenyawaan.  Persenyawaan merupakan proses percantuman nukleus sperma dan ovum untuk membentuk zigot.

Terdapat 2 jenis persenyawaan iaitu persenyawaan dalam dan persenyawaan luar

Persenyawaan dalam berlaku di dalam badan induk betina manakala persenyawaan luar berlaku di luar badan induk betina (dalam air).

PEMBIAKAN ASEKS

Pembiakan aseks ialah penghasilan individu baharu oleh organisma hidup tanpa melibatkan sel pembiakan (gamet).  Pembiakan aseks melibatkan hanya satu induk. Persenyawaan tidak berlaku dalam pembiakan aseks.  Individu baharu yang dihasilkan adalah seiras secara genetik dengan induknya.  Variasi tidak wujud dalam kalangan anak.

JENIS PEMBIAKAN ASEKS

Belahan dedua

Pertunasan

Penjanaan semula

Pembentukan spora

Pembiakan vegetatif

PERMAINAN 2

TUGASAN 1

Lengkapkan PETA BUIH BERGANDA di bawah untuk membanding bezakan antara Pembiakan Seks dan Pembiakan Aseks dalam kertas A4. (TP3)

EKSPLORASI SAINS

Kultur tisu ialah contoh bioteknologi dalam penghasilan individu baharu.  Teknik ini akan menghasilkan tanaman baharu dalam tempoh masa yang singkat.