Campuran

Campuran (混合物) terdiri daripada dua atau lebih unsur (元素) atau sebatian (化合物) yang bercampur secara fizikal.

Campuran Unsur + Unsur:

Campuran logam (Aloi ,合金 ) seperti duit syiling 20 sen Malaysia ialah campuran nikel, kuprum dan zink.

Campuran Unsur + Sebatian:

Udara ialah campuran gas oksigen, nitrogen, gas nadir, karbon dioksida, wap air, habuk dan mikroorganisma

Campuran Sebatian + Sebatian:

Cuka ialah campuran asid etanoik dan air

Tanah dan darah juga merupakan contoh campuran dalam kehidupan harian

PENGASINGAN CAMPURAN

Setiap komponen dalam campuran boleh diasingkan (隔离) secara fizikal kerana setiap komponen masih mengekalkan sifat masing-masing.

Bahan-bahan dalam suatu campuran dapat diasingkan melalui perbezaan dalam sifat fiziknya seperti: saiz zarah (粒度) , keterlarutan (溶解度), ketumpatan (密度), takat didih (沸点) dan kemagnetan (磁性).

Teknik pengasingan campuran bergantung pada:

  1. Sifat-sifat fizik dan keadaan jirim bahan-bahan yang terkandung dalam campuran

  2. Bahan yang hendak diperoleh daripada campuran tersebut

Kaedah penurasan (过滤方式) digunakan untuk mengasingkan bahan pepejal yang tidak larut daripada cecair di dalam suatu campuran antara cecair dan pepejal.

Kaedah penyulingan (蒸馏法) ialah teknik yang digunakan untuk mengasingkan campuran cecair dan cecair yang terlarut campur dan mempunyai takat didih berbeza.

Teknik kemagnetan (磁技术) digunakan untuk mengasingkan dua bahan pepejal yang bersifat bahan magnet dan tidak bersifat bahan magnet. Besi, nikel dan kobalt ialah contoh logam yang bersifat bahan magnet.

Kaedah pengenapan (沉淀法) boleh digunakan untuk mengasingkan campuran cecair dan bahan pepejal yang tidak larut dalam cecair itu dan terenap di dasar.

Kaedah pengapungan (浮选法) boleh digunakan untuk mengasingkan bahan yang tidak larut dan terapung di atas permukaan air.

Kaedah kromatografi (色谱方法) digunakan untuk mengasingkan bahan-bahan yang serupa sifat dalam jumlah campuran yang sangat sedikit sahaja. Kaedah ini biasa digunakan untuk

  • memeriksa pemalsuan dokumen dengan mengasingkan pewarna-pewarna dalam dakwat pen yang digunakan

  • memeriksa jika terdapat bahan pewarna makanan yang berbahaya di dalam sesuatu makanan.