Sistem Pembiakan Manusia

Manusia membiak dengan cara pembiakan seks. Sistem pembiakan manusia terdiri daripada sistem pembiakan lelaki dan sistem pembiakan perempuan. Sistem pembiakan lelaki dan perempuan kedua-duanya sangat penting. Pasangan tidak dapat melahirkan zuriat jika mana-mana sistem pembiakan mereka gagal berfungsi. Mari kita kaji struktur sistem pembiakan lelaki dan perempuan.

SISTEM PEMBIAKAN LELAKI

PERMAINAN 1

SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN

PERMAINAN 2

PERBANDINGAN GAMET JANTAN DAN GAMET BETINA

PERMAINAN 3

PERUBAHAN YANG BERLAKU KETIKA AKIL BALIGH

Akil baligh bermaksud peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang dan menghasilkan sel pembiakan. Semasa akil baligh, organ pembiakan manusia mula membebaskan hormon seks ke dalam aliran darah. Hormon-hormon ini menyebabkan remaja yang telah akil baligh mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang banyak sama ada dari segi emosi, fizikal mahupun fisiologi.

Umur lelaki ketika mencapai akil baligh adalah lebih kurang 14-17 tahun manakala perempuan pula lebih awal daripada lelaki, iaitu antara 10-12 tahun. Apakah perubahan yang berlaku pada lelaki dan perempuan apabila mencapai akil baligh?

TUGASAN

Tonton video di bawah dan hasilkan sebuah peta minda yang sesuai tentang perubahan yang berlaku kepada lelaki dan perempuan dari segi fizikal, fisiologi dan emosi ketika akil baligh di dalam kertas A4. (TP 3)

PERMAINAN 4