Penggunaan Alat Pengukur, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat

Saintis memerlukan data yang jitu dan persis untuk membuat kesimpulan yang betul. Untuk tujuan pengukuran, alat pengukur yang betul diperlukan untuk mengukur dengan persis dan jitu bagi mengambil data dalam suatu eksperimen.

Kejituan ialah kebolehan alat pengukur untuk mendapatkan bacaan menghampiri atau menepati nilai sebenarnya (ketepatan), iaitu nilai yang mempunyai sedikit atau tiada ralat. Semakin hampir nilai ukuran kepada nilai sebenar, semakin jitu nilai ukuran tersebut.

Kepersisan ialah kebolehan alat pengukur memberikan bacaan yang hampir sama (konsisten) apabila pengukuran diulang. Semakin hampir nilai-nilai ukuran, semakin persis pengukuran tersebut.

Kepekaan – Kebolehan alat pengukur mengesan perubahan kecil sesuatu kuantiti yang diukur dalam sela masa yang singkat.

Cara meningkatkan kejituan dan kepersisan bacaan:

1 . Cara meningkatkan kejituan atau ketepatan bacaan:

(a) Mengulang pengukuran beberapa kali. Hitungkan bacaan purata, iaitu bacaan yang lebih jitu.

(b) Meningkatkan kepekaan alat pengukur. Alat pengukur yang peka mampu mengukur perubahan yang sangat kecil dalam kuantiti yang diukur.


2. Cara meningkatkan kepersisan bacaan:

(a) Menggunakan alat pengukur yang lebih peka, seperti angkup vernier atau tolok skru mikrometer.

(b) Menggunakan teknik pengukuran yang betul dan konsisten.

AKTIVITI 1

Sila selesaikan semua soalan pentaksiran melalui Google Kuiz di bawah.

https://forms.gle/gYg1foBnVicK6ikd9

AKTIVITI 2

Kelaskan setiap alat pengukuran mengikut kuantiti yang betul melalui permainan Wordwall di bawah.

Penggunaan Alat Pengukur yang Betul

Panjang ialah jarak di antara dua titik. Unit S.I. panjang ialah meter (m). Panjang juga boleh diukur dalam milimeter (mm), sentimeter (cm) atau kilometer (km).

Jisim sesuatu objek ialah kuantiti jirim yang terkandung di dalamnya. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg).

Alat yang digunakan untuk menyukat masa ialah jam randik. Unit S.I. bagi masa ialah saat (s). Unit lain masa termasuk minit (min), jam (j), hari, bulan, tahun, dekad dan sebagainya.

Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek. Unit S.I. bagi suhu ialah Kelvin (K). Walau bagaimanapun, darjah Celsius (°C) biasanya digunakan sebagai unit ukuran suhu dalam kehidupan. Bagi menukar darjah Celsius kepada Kelvin, anda perlu menambahkan 273 pada suhu dalam darjah Celsius.

0°C + 273 = 273 K

Arus elektrik ialah kadar pengaliran cas elektrik dalam litar. Ammeter digunakan untuk menyukat arus elektrik dalam sesuatu litar. Unit S.I. bagi arus elektrik ialah ampere (A).

Silinder penyukat digunakan untuk menyukat isi padu air. Ralat paralaks berlaku apabila mata pembaca tidak berserenjang dengan skala bacaan.

AKTIVITI 3

Cuba permainan Wordwall tentang Alat Pengukur yang Lebih Jitu di bawah sehingga mendapat markah penuh.

(Rujukan: Buku teks Sains Tingkatan 1, m.s. 18 - 24)

Ralat pengukuran ialah perbezaan antara nilai ukuran dengan nilai sebenar iaitu kesilapan yang berlaku semasa membuat pengukuran. Terdapat dua jenis ralat pengukuran iaitu ralat sistematik yang wujud pada alat pengukur itu sendiri dan ralat rawak yang disebabkan oleh teknik pengukuran yang tidak betul.

Catatan: Sekiranya alat pengukur mempunyai ralat sifar, bacaan ukuran boleh dibetulkan mengikut formula yang berikut:

Bacaan yang betul = Bacaan ukuran - Ralat sifar

AKTIVITI 4

Sila selesaikan semua soalan pentaksiran tentang Ralat dalam Pengukuran melalui Google Kuiz di bawah.

https://forms.gle/aE3cZuS1nSz1pSei8

LATIHAN TAMBAHAN