Langkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Imbas kembali kemahiran proses sains yang telah anda pelajari semasa di sekolah rendah. Terdapat dua belas kemahiran proses sains yang penting dalam suatu penyiasatan. Bolehkah anda bezakan setiap kemahiran itu?

https://youtu.be/_xwCWduJ4rc

https://youtu.be/ERt7OqCqz0w

TUGASAN 1

Tonton 2 video yang dilampirkan di atas dan catatkan maklumat tentang 12 kemahiran proses sains itu. Hasilkan satu PETA MINDA yang sesuai untuk membezakan 12 kemahiran proses sains itu. Muat naik hasil peta minda anda ke dalam Google Classroom atau Padlet Kelas Sains. Anda diberi 1 minggu untuk menyiapkan tugasan ini.

KAEDAH SAINTIFIK

Kaedah saintifik ialah kaedah sistematik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam sains. Kaedah ini mempunyai beberapa langkah penting bagi membolehkan sesuatu permasalahan itu diselesaikan atau dijelaskan dengan kaedah yang betul.

TUGASAN 2

Dengan merujuk kepada maklumat tentang langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik di atas, hasilkan satu PETA ALIR tentang kaedah saintifik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam sains. Muat naik hasil peta minda anda ke dalam Google Classroom atau Padlet Kelas Sains.

TUGASAN 3

Dengan merujuk kepada buku teks Sains Tingkatan 1, m.s. 36-37, jalankan Eksperimen 1.1 di rumah untuk mengkaji hubungan antara panjang bandul dengan tempoh ayunan. Bagaimanakah panjang bandul mempengaruhi masa satu ayunan lengkap? Ladung bandul boleh diganti dengan objek berat lain yang difikirkan sesuai.

Hipotesis: Semakin __________ bandul, semakin _________ tempoh diambil untuk satu ayunan lengkap. (Tekaan awal yang munasabah)

Hantar keputusan eksperimen anda kepada guru melalui pautan https://forms.gle/nAUScEGqTd5XeEk58

Berdasarkan data yang dikumpul, adakah hipotesis anda boleh diterima?

https://youtu.be/5Bk2tb_tnfA