Penggunaan Alat Pengukur yang Lebih Jitu

ANGKUP VERNIER

Angkup vernier digunakan untuk mengukur ketebalan atau diameter luar, diameter dalam dan kedalaman suatu objek. Bahagian terkecil bacaan angkup vernier ialah 0.01 cm atau 0.1 mm. Oleh itu, angkup vernier lebih jitu berbanding dengan pembaris yang hanya dapat mengukur bacaan terkecil sehingga 0.1 cm atau 1 mm.

Sumber imej: http://salwani83.blogspot.com/2011/10/pengenalan-kepada-angkup-vernier.html

Sumber imej: http://zashaz.blogspot.com/2010/11/angkup-vernier.html

Pengukuran dengan Angkup Vernier

Langkah 1

Apitkan objek pada rahang luar dengan kukuh.

Langkah 2

Baca skala utama yang bertentangan tanda '0' pada skala vernier.

Bacaan skala utama = 3.20 cm

Langkah 3

Baca skala vernier yang segaris dengan skala utama.

Bacaan skala vernier = 0.02 cm

Langkah 4

Tambahkan bacaan skala utama dengan skala vernier.

Bacaan = 3.20 + 0.02 = 3.22 cm

Untuk mendapatkan bacaan sebenar, ralat sifar perlu diambil kira. Ralat sifar angkup vernier boleh ditentukan apabila angkup vernier dirapatkan. Untuk menentukan ralat sifar positif, ralat sifar dibaca dari tanda “0” pada skala vernier. Untuk menentukan ralat sifar negatif, ralat sifar dibaca dari tanda “10” pada skala vernier.

Bacaan sebenar = Bacaan angkup vernier – Ralat sifar

Bacaan angkup vernier = 3.22 cm

Jika terdapat ralat sifar positif iaitu +0.03 cm, maka

Bacaan sebenar

= 3.22 cm - (+0.03 cm)

= 3.22 cm - 0.03 cm = 3.19 cm

Jika terdapat ralat sifar negatif iaitu -0.06 cm, maka

Bacaan sebenar

= 3.22 cm - (-0.06 cm)

= 3.22 cm + 0.06 cm = 3.28 cm

TUGASAN 1

Selesaikan semua soalan tentang Angkup Vernier melalui Google Kuiz di bawah.

https://forms.gle/Z4fCQiDua8CHWWzr6

TOLOK SKRU MIKROMETER

Tolok skru mikrometer digunakan untuk mengukur ketebalan dan diameter objek kecil seperti kertas, rambut dan lain-lain. Bahagian terkecil bacaan tolok skru mikrometer ialah 0.001 cm atau 0.01 mm. Oleh itu, tolok skru mikrometer adalah lebih jitu daripada angkup vernier dan pembaris.

Catatan: Skala vernier mengandungi 50 bahagian. 1 senggatan skala vernier = 0.01 mm

Langkah 1

Putarkan bidal untuk mengapit objek.

Putarkan racet sehingga terdengar bunyi 'klik'.

Kuncikan rahang,

Catatan:

Skala vernier mengandungi 50 bahagian.

1 senggatan skala vernier = 0.01 mm

Langkah 2

Baca skala utama.

Bacaan skala utama = 3.50 mm

Langkah 3

Baca skala vernier yang segaris dengan garis tengah pada skala utama.

Bacaan skala vernier = 0.38 mm


Langkah 4

Tambahkan bacaan skala utama dengan skala vernier.

Bacaan = 3.50 + 0.38 = 3.88 mm

Ralat sifar tolok skru mikrometer boleh ditentukan apabila rahang tolok skru mikrometer ditutup sepenuhnya. Untuk mendapatkan bacaan sebenar tolok skru mikrometer, ralat sifar perlulah diambil kira.

Bacaan sebenar = Bacaan tolok skru mikrometer – Ralat sifar

Bacaan tolok skru mikrometer = 3.88 mm

Jika terdapat ralat sifar positif iaitu +0.01 mm, maka

Bacaan sebenar

= 3.88 mm - (+0.01 mm)

= 3.88 mm - 0.01 mm = 3.87 mm

Jika terdapat ralat sifar negatif iaitu -0.02 mm, maka

Bacaan sebenar

= 3.88 mm - (-0.02 mm)

= 3.88 mm + 0.02 mm = 3.90 mm

TUGASAN 2

Selesaikan semua soalan tentang Tolok Skru Mikrometer melalui Google Kuiz di bawah.

https://forms.gle/q7h36KXJ7PnwhuE96

ALAT PENGUKUR DIGITAL

Alat pengukur digital mempunyai fungsi yang sama seperti alat pengukur analog. Tetapi alat pengukur digital lebih jitu dan lebih persis kerana mempunyai kepekaan yang lebih tinggi.

INOVASI DALAM ALAT PENGUKUR

Metrologi ialah disiplin ilmu mengenai hal ehwal pengukuran. Pelbagai alat dicipta untuk meningkatkan kejituan dan kepersisan serta mengurangkan ralat pengukuran.

TUGASAN 3

Kumpulkan maklumat dan hasilkan satu persembahan multimedia mengenai teknologi dan inovasi dalam alat pengukuran dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai. Muat naik hasil multimedia anda ke dalam Google Classroom atau Padlet Kelas Sains. Anda diberi 1 minggu untuk menyelesaikan tugasan ini.

Inovasi pengimbas terma sebagai termometer klinik untuk mengukur suhu badan individu melalui pengimbas terma.

Inovasi alat laser sebagai alat pengukur panjang, luas dan isipadu dengan mengaplikasikan teknologi ukuran laser yang persis.

Inovasi alat multimeter yang beraneka fungsi sebagai ammeter, voltmeter, alat pengukur rintangan dan kuasa bekalan elektrik.

Inovasi jam tangan yang beraneka fungsi sebagai jam, jam randik, perisian kedudukan sejagat dan pelbagai jenis aplikasi untuk melakukan beraneka jenis tugas

RUJUKAN TAMBAHAN