Projek Sains 2

Tema: Penerokaan Unsur Dalam Alam

Bidang Pembelajaran: Udara

Standard Kandungan: 7.3 Pencemaran Udara

Standard Pembelajaran:

7.3.1 Mentakrifkan maksud pencemaran udara dan bahan pencemar udara.

7.3.2 Berkomunikasi mengenai bahan pencemar udara dan puncanya.

7.3.3 Mewajarkan langkah untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara.

7.3.4 Menyelesaikan masalah kesan buruk akibat pencemaran udara


Standard Prestasi: TP 6 Merekabentuk persembahan pelbagai media/visual/folio/poster secara kreatif dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai pencemaran udara dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Pernyataan Masalah

“Pada saban tahun, Negara kita mengalami fenomena cuaca masalah jerebu. Acap kali fenomena ini melanda Negara kita seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca Malaysia disebabkan kehadiran partikel dan habuk-habuk terampai di atmosfera. Tahap kualiti udara di Malaysia akan ditunjukkan oleh indeks Pencemaran Udara (IPU). IPU 101-400 adalah tahap kualiti udara yang teruk. Namun realitinya kesihatan rakyat akan berada di dalam bahaya jika keadaan udara yang berjerebu penuh dengan partikel asing.”

Pelajar dikehendaki menyediakan satu persembahan multimedia secara berkumpulan berserta folio atau buku skrap dan poster mengenai maksud pencemaran udara, bahan pencemar udara, punca pencemaran udara, langkah untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara dan tindakan yang perlu diambil semasa jerebu bagi menjawab isu pencemaran ini.

Tindakan susulan:

Kumpulan / Pasangan murid perlu mempersembahkan hasil kerja mereka dengan bantuan multimedia (20%). Sertakan folio @ buku skrap (40%) serta poster (40%) semasa persembahan.


Tempoh pelaksanaan:

1 minggu (Kumpulkan maklumat dan bahan yang diperlukan)

1 minggu (Menyediakan folio @ buku skrap dan poster)

<5 minit (Video Persembahan)



Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara_di_Malaysia

https://www.astroawani.com/topic/pencemaran-udara

https://mypt3.com/bacaan-ipu-indeks-pencemaran-udara

https://id.pinterest.com/pin/747597606873443845/

https://www.sinarharian.com.my/article/41491/INFOGRAFIK/jerebu

Panduan Pemarkahan

Catatan:

Kandungan Buku Skrap @ Folio (40%)

1.0 Pengenalan

2.0 Poster

3.0 Perbincangan tentang Pencemaran Udara: Jerebu

4.0 Kesimpulan

5.0 Lampiran (Gambar sebelum, semasa dan selepas menghasilkan poster)

6.0 Rujukan

7.0 Jadual Pembahagian Tugas


Kandungan Video (20%)

1.0 Pengenalan Ahli Kumpulan

2.0 Poster dan Buku Skrap @ Folio

3.0 Penerangan Kandungan Poster

4.0 Refleksi terhadap Projek yang dilaksanakan


Poster (40%)

Boleh meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang isu Pencemaran Udara: Jerebu