Persenyawaan

Selepas pendebungaan, maka proses persenyawaan akan berlaku, iaitu gamet jantan yang dibawa oleh debunga bercantum dengan gamet betina di dalam ovul.

TUGASAN 1

  1. Murid mencuba permainan Wordwall yang disediakan untuk mendapatkan maklumat tentang proses persenyawaan pada tumbuhan.

  2. Hasilkan satu peta alir tentang proses persenyawaan dalam tumbuhan dalam kertas A4.

Selepas persenyawaan berlaku, ovul dalam ovari berkembang menjadi biji benih. Biji benih terdiri daripada embrio yang dilapisi oleh kulit biji atau testa. Bahagian-bahagian bunga yang lain pula akan layu dan gugur.

Biji benih terdiri daripada embrio yang dilapisi oleh lapisan perlindungan yang dinamakan testa atau kulit biji. Biji benih terbahagi kepada 2 jenis iaitu monokotiledon (satu kotiledon) dan dikotiledon (dua kotiledon).

Makanan untuk embrio disimpan sama ada di dalam kotiledon atau endosperma.

Struktur dan fungsi biji benih

TUGASAN 2

Tujuan: Mengenal pasti struktur biji benih

Bahan: Biji benih kacang hijau dan air

Radas: Kanta pembesar (jika ada di rumah)

Prosedur:

  1. Rendam beberapa biji benih kacang hijau di dalam air semalaman.

  2. Periksa biji benih kacang hijau dan perhatikan struktur luarannya.

  3. Potong biji benih secara memanjang dan perhatikan struktur dalamannya.

  4. Ambil gambar biji benih yang sudah dipotong sebagai eviden.

  5. Lukis dan labelkan struktur luaran dan struktur dalaman biji benih itu dengan perkataan berikut:


Testa, Mikropil, Hilum, Kotiledon, Plumul, Radikel


  1. Nyatakan juga fungsi bagi setiap struktur biji benih yang dilabel.

  2. Tuliskan 1 laporan lengkap tentang tugasan ini di dalam kertas kajang.


Perbincangan:

  1. Namakan bahagian biji benih yang membentuk embrio.

  2. Nyatakan perubahan yang berlaku pada kotiledon semasa percambahan biji benih. Berikan satu sebab untuk perubahan tersebut. (KBAT: Menganalisis)


Kesimpulan:

  1. Nyatakan struktur luaran biji benih.

  2. Nyatakan struktur dalaman biji benih.

  3. Nyatakan perubahan yang berlaku pada radikel dan plumul semasa percambahan biji benih.