Usia Bumi

Mari kita belajar:

  • Berkomunikasi mengenai skala masa geologi.

  • Menerangkan kaedah penentuan usia Bumi.

  • Berkomunikasi mengenai fosil.

  • Menaakul kepentingan fosil kepada perkembangan sains kini

Bumi dianggarkan berusia 4.5 billion tahun berdasarkan kaedah pentarikhan radiometrik (辐射牵引) dalam batu meteor (流星岩) yang diperolehi.

Pentarikhan radioaktif merupakan penentuan tarikh batuan berdasarkan kuantiti isotop radioaktif berhayat panjang dan bahan reputannya yang stabil dalam suatu sampel.

Skala masa geologi (地质时间尺度) adalah jadual yang menunjukkan urutan tempoh geologi dalam sejarah Bumi. Ahli geologi menetapkan tempoh masa yang panjang itu sebagai era (时代). Setiap era pula dibahagikan kepada beberapa tempoh masa.

Skala waktu geologi mempunyai empat era, yang pertama adalah era Prakambria, diikuti dengan era Paleozoik, era Mesozoik, dan era Senozoik. (PraPaMeSen)

PRAKAMBRIA

Kehidupan dikatakan mulai berkembang daripada organsima yang terdiri daripada satu sel pada awal Prakambria da berkembang menjadi organisma yang lebih kompleks menjelang akhir masa prakambria.


PALEOZOIK

(ZAMAN PURBA)

Pada tempaoh Kambria (550 M.Y.) dan Ordovisi (500 M.Y.), banyak haiwan invertebrata dan ikan mula muncul. Tempoh Silur (450 M.Y.) pula merupakan waktu peralihan kehidupan dari air ke darat dan tempoh Devon (400 M.Y.) merupakan zaman perkembangan ikan-ikan besar dan tumbuhan daratan. Reptilia mula muncul pada tempoh Karbon (350 M.Y.) tetapi mengalami kepuusan pada tempoh Perm (300 M.Y.).

MESOZOIK

(ZAMAN PERTENGAHAN)

Dinosaur mula muncul pada tempoh Trias (250 M.Y.) dan berkembang bagus pada tempoh Jura (200 M.Y.) tetapi mengalami kepupusan pada tempoh Kapur (150 M.Y).


SENOZOIK

(ZAMAN SEKARANG)

Keanekaragaman pelbagai jenis mamalia berlaku pada tempoh Tertier (65 M.Y.) dan evolusi manusia berlaku pada tempoh Kuaterner (1.8 M.Y.).


FOSIL

Fosil berasal daripada perkataan Latin iaitu 'fossilis' yang bermaksud ‘diperoleh daripada penggalian’.

Fosil (化石) merupakan bahan Bumi yang terbenam (嵌入) dan tertimbus (掩埋) seperti tumbuhan, haiwan dan serangga, untuk jangka masa yang sangat lama.

Rekod fosil adalah rekod kehidupan di Bumi yang dipelihara dalam batuan membekalkan bukti tentang bila dan bagaimana kehidupan bermula di Bumi.

Kepentingan (重要性) fosil kepada perkembangan sains kini:

  • Rekod fosil memberikan maklumat tentang cara spesies haiwan dan tumbuhan di Bumi berubah merentas berbilion tahun. (Evolusi dan kemandirian spesies)

  • Rekod fosil juga memberikan maklumat tentang spesies yang telah pupus dari Bumi.

  • Menjadi bukti kehidupan di Bumi pada masa lalu.

  • Membolehkan pengajian tentang sejarah dan usia Bumi

TUGASAN

Kaji skala masa geologi di atas dan hasilkan 1 peta pokok tentang skala masa geologi dengan menggunakan perkataan - perkataan berikut:

Paleozoik, Mesozoik, Senozoik

Devon, Jura, Kambria, Kapur, Karbon, Kuaterner,

Ordovisi, Perm, Silur, Tertier, Trias