Sains adalah Sebahagian daripada Kehidupan Harian

Mari kita belajar: 

APAKAH SAINS?

Hampir semua aktiviti dalam kehidupan kita berkaitan dengan sainsPerkataan Sains asalnya daripada perkataan Latin “Scientia” yang bermaksud pengetahuan fenomena alam semula jadi (自然现象).

Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian (观察) dan eksperimen (实验) yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi.

APAKAH ITU FENOMENA ALAM SEMULA JADI?

Fenomena alam semula jadi ialah aktiviti harian semula jadi yang berlaku dalam alam dan bukan buatan manusia.

Apakah Kepentingan Sains dalam Kehidupan Seharian?

Sains membekalkan pengetahuan saintifik kepada manusia.  Pengetahuan saintifik membantu kita memahami diri sendiri dan alam sekeliling, menyelesaikan masalah harian, menyumbang kepada penemuan dan penciptaan teknologi baharu serta membuka peluang kerjaya yang berasaskan sains.


Bidang Sains dan Kerjaya dalam Sains

AKTIVITI 1

Dengan merujuk kepada peta pokok di atas, cuba permainan "Wordwall" di bawah.

AKTIVITI 2

Kerjaya sains ialah pekerjaan yag berasaskan pengetahuan dan kemahiran saintifik.  Dengan merujuk kepada kerjaya yang berkaitan dengan sains di bawah, nyatakan subjek yang perlu dipelajari oleh mereka dalam Google Forms melalui pautan https://forms.gle/7n54vZJGgg2DoAjM8


INOVASI TEKNOLOGI

Kebanyakkan mesin dan alat yang kita gunakan setiap hari ialah hasil reka cipta sains untuk membantu kita menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian kita.  Teknologi ialah aplikasi sains yang digunakan untuk menjadikan kehidupan manusia lebih selesa, sihat dan sempurna.

TUGASAN

"Inovasi Teknologi dalam Kehidupan Harian"

Arahan:

RUJUKAN