Pendebungaan

Pendebungaan ialah proses pemindahan butir debunga matang dari anter ke stigma.

Pendebungaan terbahagi kepada dua, iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk.

Pendebungaan Sendiri

A: Butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain pada pokok yang sama

B: Butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang sama pada pokok yang sama

Pendebungaan Kacuk

Butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain dan pokok yang lain tetapi daripada spesies pokok yang sama

Perbandingan antara Pendebungaan Sendiri dengan Pendebungaan Kacuk

TUGASAN 1

  1. Murid mencuba permainan Wordwall yang disediakan untuk mendapatkan maklumat tentang perbandingan antara pendebungaan sendiri dengan pendebungaan kacuk.

  2. Hasilkan satu peta i-Think yang sesuai untuk "Perbandingan antara Pendebungaan Sendiri dengan Pendebungaan Kacuk" dalam kertas A4.

  3. Andaikan anda seorang pekebun, cara pendebungaan manakah yang akan anda pilih untuk tanaman anda? Berikan 3 sebab bagi jawapan anda. (KBAT:Menilai)

Agen Pendebungaan

Angin, haiwan dan serangga serta manusia merupakan agen pendebungaan yang membantu proses pemindahan butir debunga .

Agen Pendebungaan: Haiwan dan Serangga

Apabila serangga hinggap di atas bunga untuk menghisap nektar, butir debunga akan melekat pada kaki dan badan serangga yang berbulu.

• Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh haiwan dan serangga:

Ranggi besar dan berwarna-warni

◆ Mempunyai nektar dan berbau harum

◆ Menghasilkan butir debunga yang kasar dan melekit

• Contoh bunga yang didebungakan oleh haiwan dan serangga ialah durian, rambutan, betik, bunga raya, bunga matahari dan bunga ros.

Agen Pendebungaan: Angin

  • Butir debunga yang ringan ditiup angin dan sampai ke stigma bunga.

  • Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh angin:

◆ Berwarna putih atau pudar

Stigma yang panjang dan berbulu

Butir debunga yang banyak, kecil, licin dan ringan

Filamen dan stil yang panjang

  • Contoh bunga yang didebungakan oleh angin ialah jagung, rumput dan padi.

TUGASAN 2

Hasilkan satu peta i-Think yang sesuai untuk "Perbandingan antara ciri bunga yang didebungakan oleh haiwan/ serangga dan bunga yang didebungakan oleh angin" dalam kertas A4.

Kelebihan Pendebungaan Kacuk

Pendebungaan kacuk menggabungkan bahan genetik daripada dua pokok induk yang sama spesies. Pendebungaan kacuk mempunyai banyak kelebihan.

Aplikasi Pendebungaan Kacuk dalam Bidang Pertanian

Tujuan: Menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi dan meningkatkan hasil tanaman

Praktis Formatif