Kepelbagaian Organisma

Mari kita belajar:

APAKAH BIODIVERSITI?

Kepelbagaian organisma hidup (生物多样性), sama ada mikroorganisma, haiwan dan tumbuhan pada suatu ekosistem (生态系统).  Biodiversiti wujud akibat kepelbagaian habitat (栖息地) dan iklim /cuaca (气候 / 天气).

APAKAH KEPENTINGAN BIODIVERSITI?

Kitar nutrien, pendebungaan dan interaksi antara organisma mewujudkan keseimbangan alam.

Haiwan dan tumbuhan membekalkan pelbagai sumber makanan kepada manusia.

Manusia mengembangkan ilmu pengetahuan dan mencipta teknologi terkini melalui penyelidikan saintifik terhadap mikroorganisma, haiwan dan tumbuhan.

Tumbuhan herba digunakan secara meluas dalam pembuatan ubat-ubatan dan kosmetik.


Kayu balak, buluh dan rotan ialah contoh hasil hutan yang digunakan untuk membuat alat muzik, perabot serta membina bangunan.

Kawasan yang kaya dengan biodiversiti boleh dibangunkan sebagai tempat rekreasi yang merupakan tempat ekopelancongan, seterusnya menjana ekonomi.

KEPERLUAN PENGURUSAN BIODIVERSITI YANG BERKESAN

Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan warisan alam semula jadi yang mesti dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.  Namum demikian, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia tanpa perancangan yang baik seperti penyahhutanan dan pemerdagangan haiwan dan tumbuhan yang telah mengakibatkan pelbagai flora dan fauna diancam kepupusan.


Kaedah-kaedah memelihara dan memulihara biodiversiti termasuk spesies endemik yang terancam adalah seperti berikut: