Kemandulan dan Pencegahan Kehamilan

Kemandulan ialah ketidakupayaan seseorang untuk melahirkan anak.

Kemandulan boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan.

Apabila pasangan suami dan isteri yang sudah berusaha untuk mendapatkan anak lebih daripada setahun tetapi masih tidak berjaya, pasangan tersebut disarankan agar mendapatkan rawatan daripada doktor.

PUNCA KEMANDULAN LELAKI DAN WANITA

PERMAINAN

KAEDAH MENGATASI KEMANDULAN


  1. Rawatan hormon

  • Sesuai bagi individu yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon seks dan tidak berupaya menghasilkan sel pembiakan yang sihat.

  • Pil hormon atau suntikan hormon digunakan untuk merangsang organ pembiakan bagi menghasilkan sel pembiakan yang sihat dan matang.

  1. Pembedahan

    • Untuk membuang ketumbuhan sama ada di duktus sperma, tiub Falopio atau uterus.

    • Ketumbuhan menyekat sperma untuk sampai ke faraj perempuan, menghalang persenyawaan di tiub Falopio dan juga menyekat penempelan embrio di uterus.

3. Kaedah persenyawaan in vitro (IVF)

  • Digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah tiub Falopio tersumbat atau rosak.

  • Kaedah ini mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan oleh sperma di luar badan. Embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam uterus wanita.

KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN

Pelbagai kaedah pencegahan kehamilan membenarkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin untuk merancang tentang masa untuk memiliki anak. Suami isteri boleh menentukan bilangan anak mereka mengikut keupayaan ekonomi dan jarak umur antara anak-anak mereka.

Pencegahan kehamilan dilakukan dengan menghalang persenyawaan atau penempelan ovum yang disenyawakan.

Kaedah pencegahan kehamilan boleh dijalankan secara semula jadi, kimia, mekanikal atau pembedahan.

Kaedah Semula Jadi

Bergantung kepada pengetahuan tentang kitar haid perempuan untuk mengelakkan persetubuhan semasa fasa pengovulan.

Kondom (Kaedah penghalang)

Sarung getah nipis yang digunakan oleh lelaki untuk menghalang sperma daripada memasuki faraj semasa persetubuhan.

Diafragma (Kadeah penghalang)

Digunakan oleh perempuan untuk menghalang sperma daripada memasuki uterus.

Alat kontraseptif dalam uterus (Kaedah mekanikal)

Alat kontraseptif (IUCD) dimasukkan ke dalam uterus wanita bagi mengelakkan penempelan ovum yang telah disenyawakan

Pil pencegah hamil (Kaedah hormon)

Pil pencegah hamil menghalang proses pengovulan.

Implan (Kaedah hormon)

Penggunaan implan merembeskan hormon yang menghalang ovari daripada menghasilkan ovum.

Kaedah pembedahan - Kaedah Pencegahan Hamil Kekal

PERMAINAN

Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan dan Rawatan Segera apabila Menghadapi Masalah Sistem Pembiakan

  1. Individu digalakkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bermula pada usia 40 tahun.

  2. Pemeriksaan kesihatan atau ujian saringan dijalankan sebagai penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik pada sistem pembiakan.

  3. Kanser yang melibatkan sistem pembiakan seperti kanser rahim, kanser serviks dan kanser prostat masih boleh dirawat jika dapat dikesan lebih awal.

  4. Amalan pemeriksaan kesihatan dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Oleh itu, wang dapat dijimatkan untuk kegunaan jangka masa panjang.

  5. Kaedah pencegahan kehamilan yang betul dan selamat dapat difahami dengan mendapatkan nasihat dan penerangan daripada doktor semasa melakukan pemeriksaan kesihatan.

TUGASAN

Kumpulkan maklumat dari pelbagai sumber tentang penyalahgunaan pengetahuan tentang kaedah pencegahan kehamilan.

Kritik melalui contoh penyalahgunaan pengetahuan tentang kaedah pencegahan kehamilan dan kesannya kepada masyarakat di kertas A4. (TP 5)