4.2 Pertahanan Badan
REFLEKSI KENDIRI : 4.2 Pertahanan Badan
4.2.3 Mewajarkan kepentingan imunisasi.
4.2.4 Membezakan keimunan pasif dan keimunan aktif.
4.2.4 Mewajarkan amalan yang baik ke arah sistem keimunan yang mantap
Imunisasi merupakan suatu usaha untuk memberikan daya tahan secara aktif pada bayi, kanak-kanak dan dewasa terhadap penyakit tertentu dengan memasukkan vaksin.
Vaksin mengandungi antigen yang diperoleh dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan.
Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sel-sel darah putih untuk menghasilkan antibodi bagi menentang penyakit tertentu. (Keimunan Aktif Buatan)
Antibodi ialah protein yang dihasilkan oleh sel darah putih ke dalam aliran darah sebagai gerak balas terhadap antigen.
Keimunan ialah keupayaan badan untuk melawan penyakit yang disebabkan oleh patogen (organisma yang menyebabkan penyakit).
Terdapat 2 jenis keimunan iaitu keimunan pasif dan keimunan aktif yang dikelaskan berdasarkan cara keimunan diperoleh, iaitu secara semula jadi atau buatan.
(Keimunan Pasif Semula Jadi - Susu ibu)
(Keimunan Aktif Semula Jadi - Sembuh)
(Keimunan Pasif Buatan - KPB - Antiserum - Merawat)
(Keimunan Aasif Buatan - KAB - Vaksin - Mencegah)
Latihan Formatif 4.2
(Buku Teks, m/s 88)
Latihan Sumatif 4
(Buku Teks, m/s 92)
TUGASAN
Hasilkan 1 PETA MINDA BERWARNA yang sesuai tentang "Keimunan Pasif & Keimunan Aktif" dalam kertas A4. (TP3)