Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan Jirim

Mengapakah bau minyak wangi dapat dihidu selepas disembur walaupun dari tempat yang agak jauh?

Penyebaran bau adalah disebabkan oleh zarah-zarah bau yang terlalu halus bergerak dalam zarah-zarah udara. Zarah-zarah ini bergerak secara rawak dalam pelbagai arah dan menyebabkan bau wangian itu tersebar. Resapan (渗透) telah berlaku.

Resapan ialah proses pergerakan rawak zarah-zarah jirim dari kawasan yang berkepekatan tinggi (高浓度) ke kawasan yang berkepekatan rendah (低浓度) sehingga kedua-dua kawasan mempunyai kepekatan yang sama.

Resapan boleh berlaku dalam pepejal, cecair dan gas kerana terdapat ruang di antara zarah-zarah pepejal, cecair dan gas. Ruang antara zarah yang besar membolehkan zarah bergerak lebih mudah dan cepat.

Pergerakan zarah-zarah dalam keadaan gas adalah paling cepat, diikuti cecair dan paling perlahan dalam pepejal.

AKTIVITI 1

Tonton video ini untuk memahami tentang

  1. Proses resapan

  2. Kadar resapan (渗透率) zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim

Resapan zarah gas bromin ke udara berlaku dengan cepat kerana

  1. zarah gas berada berjauhan antara satu sama lain

  2. terdapat ruang yang besar di antara zarah gas

SENI RESAPAN