Penggunaan Cermin

Mari kita belajar:

  • Membezakan imej sahih dengan imej maya.

  • Berkomunikasi mengenai ciri imej dalam cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung.

  • Menyatakan bahawa jarak objek adalah sama dengan jarak imej dalam cermin satah.

  • Menggunakan cermin satah untuk mengaplikasikan konsep pantulan cahaya.

Kita melihat imej (图像) kita dalam cermin setiap hari. Cermin yang kita guna setiap hari ini ialah cermin satah (平面镜).

Apakah jenis imej anda yang terbentuk dalam cermin satah itu? Imej sahih atau imej maya?

Imej sahih (真实图像) ialah imej yang dapat terbentuk pada skrin.

Imej maya (虚拟图像) ialah imej yang tidak dapat terbentuk pada skrin.

Ciri imej yang dibentuk oleh kamera lubang jarum:

  • Terbentuk pada skrin (Sahih)

  • Songsang (倒置)

  • Lebih kecil daripada objek

Ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah:

  • Terbentuk di belakang cermin (Maya)

  • Tegak (直立)

  • Songsang sisi (反面)

  • Sama saiz dengan objek

CERMIN SATAH, CERMIN CEMBUNG, CERMIN CEKUNG

  1. Apakah jenis cermin yang digunakan untuk

  • menghasilkan imej yang sama saiz dengan objek?

  • membesarkan imej?

  • mengecilkan imej?


  1. Apakah konsep cahaya yang membolehkan cermin satah menghasilkan imej?

  • Pembentukan imej oleh cermin satah berlaku akibat pantulan cahaya

  • Cara cahaya dipantul balik oleh cermin adalah bergantung kepada bentuk cermin

  • Saiz imej yang terbentuk adalah berbeza bagi cermin yang berbeza

Ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah:

  • Maya

  • Tegak (直立)

  • Songsang sisi (反面)

  • Sama saiz dengan objek

  • Jarak objek adalah sama dengan jarak imej

Ciri imej yang dibentuk oleh cermin cekung (Dekat dengan cermin):

  • Maya

  • Tegak (直立)

  • Songsang sisi (反面)

  • Saiz dibesarkan

Ciri imej yang dibentuk oleh cermin cekung (Jauh dari cermin):

  • Sahih

  • Songsang (倒置)

  • Saiz dikecilkan

Ciri imej yang dibentuk oleh cermin cembung:

  • Maya

  • Tegak (直立)

  • Songsang sisi (反面)

  • Saiz dikecilkan

TUGASAN

Hasilkan 1 peta pokok berdasarkan ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung dalam kertas A4.

CABARAN MINDA 1

Helen berdiri 150 cm dari cermin satah. Kemudian, dia mengundur menjauhi sebanyak 20 cm. Apakah jarak antara Helen dengan imejnya? (3 markah)

  • Sinar cahaya yang selari dipantul balik oleh cermin cekung dan menumpu (会聚)

  • Sinar cahaya yang selari dipantul balik oleh cermin cembung dan mencapah (发散)