Struktur Bunga & Fungsinya

Seperti benda hidup lain, tumbuhan juga perlu membiak bagi memastikan kelangsungan spesiesnya. Semua benda hidup akan melalui pertumbuhan dan akhirnya mati. Mereka perlu digantikan dengan organisma yang baharu.

Bunga merupakan organ pembiakan seks bagi tumbuhan berbunga. Fungsi utama bunga ialah untuk menghasilkan biji benih untuk membiak. Sesetengah bunga adalah biseks - mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan (stamen) dan betina (pistil). Sesetengah bunga adalah uniseks - mempunyai salah satu organ pembiakan sahaja.

Contoh Bunga Biseks

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=A00TlmJejx0

Contoh Bunga Uniseks

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=A00TlmJejx0

TUGASAN 1

Tujuan: Menjalankan pembelahan pelbagai jenis bunga untuk mengenal pasti struktur bunga serta fungsinya


Prosedur:

1. Cari beberapa jenis bunga yang ada di kawasan rumah anda. Ambil dan jadikan sebagai spesimen.

2. Belah spesimen anda. Kenal pasti bahagian-bahagian yang berikut:

(a) ranggi dan sepal bunga.

(b) organ pembiakan jantan bunga.

(c) organ pembiakan betina bunga.

3. Ambil gambar bagi bahagian-bahagian bunga yang sudah dibelah dan dikenal pasti.

4. Lukis dan labelkan struktur bunga yang telah anda perhatikan dalam kertas A4.

5. Pamerkan lukisan yang berlabel anda di dalam padlet Kelas Sains masing-masing.

Catatan: Anda boleh menonton 2 video yang dilampirkan di bawah untuk membantu anda menyelesaikan tugasan ini.

Keratan membujur struktur bunga

Stamen ialah organ pembiakan jantan bunga yang terdiri daipada Anter dan Filamen.

  • Anter - Menghasilkan butir debunga yang mengandungi gamet jantan.

  • Filamen - Menyokong anter.

Pistil ialah organ pembiakan betina bunga yang terdiri daripada Stigma, Stil, Ovari dan Ovul.

  • Stigma - Menerima butir debunga semasa pendebungaan.

  • Stil - Menyokong stigma serta menghubungkan stigma dengan ovari.

  • Ovari - Menghasilkan ovul (Bahagian terbesar hujung bawah pistil).

  • Ovul - Mengandungi gamet betina.

PERMAINAN