Bahan Bumi

Mari kita belajar:

  • Menerangkan jenis dan ciri-ciri batuan.

  • Berkomunikasi bagi membezakan proses pembentukan batuan.

Kerak Bumi terbentuk daripada pelbagai jenis batuan yang berbeza dari segi warna, struktur, bentuk, tekstur dan cara pembentukannya. Secara amnya, batuan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu batuan igneus (火成岩), sedimen (沉积岩) dan metamorfik (变质岩). Setiap jenis batuan terbentuk dengan cara yang berlainan dan mengambil masa beribu-ribu tahun. Semua batuan mengandungi bahan yang dikenali sebagai mineral (矿物).

Batuan igneus (火成岩) :

  • Terbentuk daripada proses penyejukan dan pembekuan magma (岩浆) atau lava yang mengalir keluar dari lapisan mantel (地幔)

  • Mengandungi pelbagai bahan mineral

  • Keras, berkilau dan berhablur (结晶的)

Batuan sedimen (沉积岩) :

  • Terbentuk daripada mampatan (压缩) bahan-bahan enapan (沉积材料) yang dibawa oleh sungai, glasier (冰川) dan angin

  • Terdiri daripada lapisan yang banyak yang kadangkala berongga dan mengandungi fosil (化石)

Batuan metamorfik (变质岩) :

  • Terbentuk apabila batuan igneus atau batuan sedimen terdedah kepada tekanan dan suhu yang sangat tinggi.

  • Biasanya lebih keras daripada batuan asal yang membentuknya

  • Berkilau, berhablur dan sesetengahnya berlapis

  • Contoh:

        • Gneis hasil daripada granit ( Igneus)

        • Kuarzit hasil daripada batu pasir (Sedimen)

        • Marmar hasil daripada batu kapur (Sedimen)

PROSES PEMBENTUKAN BATUAN

Leburan Penyejukan Luluhawa dan Hakisan Haba dan Tekanan

  • Hakisan merupakan proses penghausan yang dialami oleh permukaan Bumi akibat tindakan agen-agen yang bergerak seperti air, angin dan ombak.

  • Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan akibat perubahan suhu, air hujan, tindakan fros dan mikroorganisma.

TUGASAN

Hasilkan satu peta minda yang sesuai untuk menerangkan "Proses Pembentukan Batuan" dalam kertas A4. (TP 4)