Pembiasan Cahaya

Mari kita belajar:

  • Mengitlakkan bahawa pembiasan cahaya berlaku apabila cahaya merambat melalui medium yang berbeza ketumpatan.

  • Melukis gambar rajah sinar pembiasan cahaya apabila cahaya melalui medium berbeza ketumpatan.

  • Merumuskan hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut biasan, r apabila cahaya merambat dari medium kurang tumpat kepada lebih tumpat.

  • Mewajarkan aplikasi pembiasan cahaya dalam kehidupan.

Fenomena ini dikenal sebagai pembiasan cahaya (光的折射).

Pembiasan cahaya ialah pembengkokan cahaya apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza ketumpatan (密度) dan menyebabkan berlakunya perubahan arah (方向) dan halaju (速度) cahaya.

Cahaya bergerak dari kawasan yang lebih tumpat (air) ke kawasan kurang tumpat (udara):

  • Cahaya terbias menjauhi normal

  • Sudut biasan, r > Sudut tuju, i

Cahaya bergerak dari kawasan yang kurang tumpat (udara) ke kawasan kurang tumpat (air):

  • Cahaya terbias mendekati normal

  • Sudut biasan, r < Sudut tuju, i

Cahaya bergerak secara selari dengan garis normal

  • Tiada pembiasan berlaku

TUGASAN 1

Dengan merujuk kepada Eksperimen 8.2 di dalam Buku Teks m.s. 235-236 dan bantuan aplikasi di bawah, cuba siasat hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut biasan, r apabila cahaya bergerak dari medium kurang tumpat (udara) ke medium lebih tumpat (blok kaca).

Pernyataan masalah:

Apakah hubungan antara sudut tuju dengan sudut biasan? Dengan menambahkan sudut tuju, adakah sudut biasan juga akan bertambah?

Perbincangan:

  1. Plotkan graf i melawan r.

https://nces.ed.gov/nceskids/graphing/classic/line.asp

  1. Berdasarkan graf sudut tuju, i melawan sudut biasan, r, apakah hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut biasan, r?

TUGASAN 2

Tonton video di bawah untuk mengenal pasti fenomena pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian kita. Sila catatkan jawapan anda melalui Google Forms yang disediakan.