Kitar Haid

Haid bermula apabila perempuan mencapai akil baligh iaitu 10 - 12 tahun.

Kitar haid ialah kitar bulanan yang melibatkan satu siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari.

Kitar haid terdiri daripada 4 fasa, iaitu fasa haid, fasa pemulihan, fasa subur dan fasa prahaid.

Kitar haid kebiasaannya adalah 28 hari dan dikawal oleh otak dan sistem endokrin.

Fasa subur ialah tempoh berlakunya pengovulan. Sekiranya persetubuhan dilakukan pada fasa subur, persenyawaan mungkin berlaku dan peluang kehamilan adalah tinggi.

PERMAINAN

Kepentingan Mengurus Kebersihan Diri semasa Haid

  • Mengelakkan jangkitan penyakit pada bahagian faraj dan saluran kencing.

  • Mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.

  • Mengelakkan kegatalan.

TUGASAN

1 Hasilkan 1 PETA ALIR tentang Kitar Haid dan terangkan fasa-fasa kitar haid dalam kertas A4. (TP3)

2 Salin dan selesaikan soalan ini.