Penggunaan Cermin

Mari kita belajar:

  • Mewajarkan aplikasi cermin cekung dan cermin cembung dalam kehidupan.

  • Membina alat optik dan menghargai penggunaan alat optik untuk meningkatkan keupayaan deria manusia.

  • Menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung.

Aplikasi Cermin Satah, Cermin Cekung dan Cermin Cembung dalam Kehidupan

Cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung banyak digunakan dalam kehiudpan harian.

Cermin satah (平面镜) memantulkan cahaya dan menghasilkan imej yang sama besar dengan objek.

  • Cermin pandang belakang membolehkan pemandu melihat kenderaan yang datang dari belakang

  • Cermin satah di kedai barang kemas untuk membolehkan pelanggan melihat kesesuaian barang kemas yang dipakai

Cermin cekung (凹面镜) boleh memantulkan sinar cahaya yang selari dan menumpukan sinar cahaya dan menghasilkan imej yang lebih besar daripada objek. Imej yang terbentuk kelihatan lebih besar dan dekat.

  • Cermin cekung dalam lampu hadapan kereta mengekalkan keamatan cahaya pada jarak yang jauh

  • Cermin cekung dalam lampu suluh (手电筒) menambahkan kecerahan sinaran lampu

  • Cermin cekung dalam pemanas suria mengumpulkan dan menumpu cahaya matahari

Cermin cembung (凸面镜) mencapahkan sinar cahaya lalu menghasilkan medan penglihatan yang lebih luas dan menghasilkan imej yang lebih kecil daripada objek. Imej menunjukkan pantulan semua objek dalam satu kawasan yang besar.

  • Cermin cembung yang kecil pada cermin sisi kereta meluaskan sudut pandangan supaya pemandu dapat melihat kenderaan di belakangnya

  • Cermin cembung pada topi keledar angkasawan yang bersalut emas untuk memantulkan cahaya matahari

TUGASAN 1

Hasilkan 1 poster untuk menjelaskan fungsi cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung dalam kenderaan.

Alat Optik yang Menggunakan Konsep Pantulan Cahaya

Terdapat beberapa alat optik yang menggunakan konsep pantulan cahaya seperti periskop, kaleidoskop, mikroskop, teleskop pantulan, kamera dan projektor slaid untuk meningkatan keupayaan deria penglihatan manusia.

PERISKOP

  • Periskop (潜望镜) ialah alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan

  • Periskop membolehkan kita melihat objek yang dihalang oleh objek lain dengan menggunakan prinsip pantulan cahaya

  • Periskop digunakan oleh pemandu bas dua tingkat untuk melihat situasi di bahagian atas bas manakala anak kapal selam menggunakan periskop untuk mengintip aktiviti ketenteraan di atas permukaan laut

Cermin pertama memantulkan sinaran cahaya dari objek ke arah cermin kedua. Cermin kedua pula memantulkan cahaya dari cermin pertama ke arah mata pemerhati

KALEIDOSKOP

  • Kaleidoskop (万花筒) ialah alat permainan berbentuk silinder yang boleh menghasilkan pola dan corak yang berwarna-warni.

  • Kaleidoskop terdiri daripada suatu tiub yang dibina daripada beberapa cermin satah dengan satu hujung ditutup dan berisi kaca berwarna-warni.

  • Apabila kaleidoskop diputar, pelbagai corak dapat dilihat melalui kanta mata. Corak-corak ini terbentuk kerana cermin-cermin di dalamnya saling memantul untuk menghasilkan corak menarik.

  • Pereka fabrik dan artis visual menggunakan kaleidoskop untuk memperoleh inspirasi bagi hasil seni mereka.

TUGASAN 2

Dengan merujuk kepada Aktiviti 8.5 dalam Buku Teks m.s. 227 -228, bina sebuah kaleidoskop dengan menggunakan bahan-bahan yang berikut: