Tiga Keadaan Jirim

Apakah yang membentuk jirim?

Jirim terdiri daripada zarah-zarah (粒子) yang seni. Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar mahupun menerusi mikroskop cahaya. Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron.

https://sciencetallis.weebly.com/3-particle-model-of-matter.html

Aktiviti 5.4 dijalankan untuk menunjukkan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskret (terasing, 离散的).

Apabila hablur kuprum (II) sulfat dilarutkan dalam air , zarah-zarah hablur kuprum (II) sulfat itu diserakkan (疏散) secara sekata di antara zarah-zarah air. Zarah-zarah hablur kuprum (II) sulfat menjadikan air kelihatan berwarna biru.

Apakah yang dapat diperhatikan apabila lebih banyak air ditambah?

Keamatan warna biru larutan kuprum (II) sulfat berkurangan di dalam bikar kerana kuantiti zarah-zarah air telah bertambah.

Keadaan ini menunjukkan bahawa satu ketulan kuprum (II) sulfat terdiri daripada berjuta-juta zarah seni yang diskret.

Teori Kinetik Jirim

Teori kinetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskret dan sentiasa bergerak pada semua arah (rawak). Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara satu sama lain. Kelajuan zarah bertambah apabila suhu jirim bertambah. Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu jirim, zarah akan bergerak lebih laju. Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan.

Tiga Keadaan Jirim

Jirim wujud dalam tiga keadaan (状态) yang berlainan, iaitu pepejal (固体), cecair (液体) dan gas (气体).

Air merupakan satu-satunya bahan di muka bumi ini yang wujud secara semula jadi dalam ketiga-tiga keadaan. Contohnya, air wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Apabila disejukkan, air berubah menjadi ais. Air yang dipanaskan pada suhu 100°C pula akan berubah menjadi stim.

Pepejal

Ruang antara zarah: Sangat kecil

Susunan zarah: Tersusun sangat rapat

Pergerakan zarah: Bergetar (振动) pada kedudukan yang tetap

Cecair

Ruang antara zarah: Sederhana

Susunan zarah: Tersusun rapat

Pergerakan zarah: Bebas bergerak, menggelongsor (滑动) dan berlanggar antara satu sama lain

Gas

Ruang antara zarah: Besar

Susunan zarah: Berjauhan antara satu sama lain

Pergerakan zarah: Bebas bergerak secara rawak dan berlanggar antara satu sama lain

Perbandingan sifat-sifat antara tiga keadaan jirim

TUGASAN

Hasilkan 1 poster yang menarik untuk mempersembahkan 3 keadaan jirim. Poster anda haruslah merangkumi perkara-perkara yang berikut:

  1. Sifat-sifat fizik jirim

  2. Susunan dan pergerakan zarah jirim

  3. hubungan antara susunan dan pergerakan zarah-zarah jirim dengan sifat fizik jirim tersebut.