Projek Sains 1

Tema: Penyenggaraan Dan Kesinambungan Hidup

Bidang Pembelajaran : 2 Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan

Standard Kandungan: 2.2 Respirasi sel dan fotosintesis

Standard Pembelajaran:

2.2.2 Berkomunikasi mengenai proses fotosintesis.

2.2.3 Membezakan antara proses respirasi sel dan fotosintesis.

2.2.4 Menerangkan bagaimana proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi.

Standard Prestasi: TP 6 Merekabentuk persembahan pelbagai media/visual/folio/poster secara kreatif dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai bagaimana respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi demi kesejahteraan hidup dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.


Pernyataan Masalah

Menanam tanaman mungkin bukan masalah di daerah desa di mana laman kosong masih tersedia banyak. Namun, di kota besar dengan masalah halaman yang terbatas, orang ramai telah mencari alternatif untuk memelihara tanaman tanpa memerlukan halaman rumah yang luas. Bermula dengan taman vertikal, tanaman di dalam pasu yang ditempatkan di ruangan rumah, sehingga tamanan terrarium yang berinovatif, kreatif dan menarik merupakan cara dan alternatif kreatif yang dapat membantu memelihara tanaman dengan ruangan rumah dan tanah yang terhad.

Berdasarkan pengetahuan anda dalam respirasi sel dan fotosintesis, reka bentuk satu Terrarium secara kreatif dan berinovasi. Dalam masa yang sama, terangkan bagaimana proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi dalam Terrarium yang dibina.

Tindakan susulan:

Kumpulan / Pasangan murid perlu mempersembahkan hasil kerja mereka dengan bantuan multimedia. Sertakan buku skrap, video atau gambar serta terrarium yang berfungsi semasa persembahan.


Tempoh pelaksanaan:

1 minggu (Kumpulkan maklumat dan bahan yang diperlukan)

1 minggu (Membina terrarium dan menyiapkan buku skrap)

5 minit (Video Persembahan)



Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Terarium

https://ms.mehomez.com/64988-diy-terrarium-54

https://ms.mustdothis.com/34232-How-to-make-a-terrarium-by-Four-Ferns-Terrariums-18

Panduan Pemarkahan

Catatan:

Kandungan Buku Skrap

1.0 Pengenalan, 2.0 Bahan-bahan yang diperlukan, 3.0 Langkah Pembinaan Terrarium, 4.0 Anggran kos dan Harga Jualan, 5.0 Perbincangan tentang Proses-proses yang berlaku di dalam Terrarium Tertutup, 6.0 Cadangan Penambaikan, 7.0 Kesimpulan, 8.0 Lampiran (termasuk Jadual Pembahagian Tugas), 9.0 Rujukan


Kandungan Video

1.0 Pengenalan Ahli Kumpulan, 2.0 Pengenalan Terrarium, 3.0 Langkah Pembinaan Terrarium, 4.0 Anggaran Kos dan Harga Jualan Terrarium, 5.0 Refleksi terhadap Projek yang dilaksanakan