Penambahan dan Penolakan Cahaya

Mari kita belajar:

  • Mengenal pasti warna primer.

  • Mengenal pasti penambahan warna-warna primer bagi membentuk warna sekunder.

  • Berkomunikasi mengenai penolakan cahaya.

  • Merekodkan warna yang terhasil pada skrin selepas cahaya melalui penapis warna.

  • Membezakan penambahan dengan penolakan cahaya.

  • Menjelaskan penambahan cahaya dan penolakan cahaya dalam kehidupan seharian dengan contoh.

PENAMBAHAN CAHAYA

Cahaya berwarna boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu warna primer dan warna sekunder.

Warna primer (原色) ialah warna asas yang tidak boleh dihasilkan melalui pencampuran warna yang lain. Warna merah, biru dan hijau ialah warna primer.

Warna sekunder (二次色) ialah warna-warna yang dihasilkan daripada penambahan dua atau lebih warna primer. Warna sian, kuning dan magenta (洋红色) ialah warna sekunder.

Penambahan tiga warna primer atau semua warna sekunder menghasilkan cahaya putih.

Contoh penambahan cahaya berwarna yang juga boleh menghasilkan warna putih.

Penambahan cahaya (加光) ialah pertindihan (重叠) dua warna primer untuk menghasilkan warna sekunder.

PENOLAKAN CAHAYA

Penolakan cahaya (光抑制) ialah penyerapan cahaya oleh penapis cahaya (滤光器).

Penapis warna ialah kepingan bahan yang lutsinar (透明) yang membenarkan warna cahaya tertentu melaluinya manakala warna-warna cahaya yang lain ditolak atau diserap (吸收).

Warna bagi objek legap bergantung pada warna cahaya yang dipantulkan ke dalam mata kita.

Objek yang berwarna primer, iaitu merah, biru atau hijau hanya memantulkan cahaya yang sama warna dengannya.

Objek yang berwarna sekunder, iaitu kuning, magenta atau sian memantulkan cahaya yang sama warna dengannya dan juga warna primer yang membentuknya.

Objek putih kelihatan putih dalam cahaya putih kerana objek putih memantulkan semua warna.

Objek hitam kelihatan hitam kerana semua cahaya berwarna diserap olehnya.

Warna yang boleh melalui penapis warna bergantung kepada warna penapis itu.

Penapis warna primer (merah, hijau, biru) membenarkan warna yang sama melalui penapis itu manakala warna-warna yang lain akan diserap.

Penapis warna sekunder (kuning, magenta, sian) membenarkan warna yang sama dan komponen warna yang membentuknya melalui penapis itu manakala warna-warna yang lain akan diserap.

TUGASAN

Rajah di atas menunjukkan satu aktiviti yang dijalankan untuk mengkaji kesan penapis warna primer dan penapis warna sekunder terhadap cahaya putih dan cahaya berwarna.

Ramalkan warna cahaya yang dapat diperhatikan pada skrin putih dengan susunan penapis warna primer dan penapis warna sekunder yang berbeza.

Sila tuliskan ramalan anda melalui pautan Google Form yang disediakan: https://forms.gle/NLkFPPtwFMFiddL56

Perbezaan antara

Penambahan Cahaya dengan Penolakan Cahaya

Penambahan cahaya ialah percampuran cahaya warna primer bagi membentuk warna sekunder. Manakala penolakan cahaya berlaku apabila objek legap memantulkan cahaya yang sama warna dengannya dan menyerap warna lain.

Contoh Penambahan Cahaya dan Penolakan Cahaya dalam Kehidupan Seharian

Warna terpapar pada skrin televisyen ialah hasil campuran ketiga-tiga warna primer.

Projektor multimedia menghasilkan pelbagai imej berwarna melalui penambahan warna primer yang dipancarkan.

Sian, magenta, kuning dan hitam digabungkan untuk menghasilkan pencetakan gambar berwarna. (Penolakan cahaya).

Prinsip penolakan cahaya diaplikasi dalam fotografi atau videografi untuk menghasilkan kesan visual tertentu.

Penggunaan lampu berwarna dalam persembahan di pentas atau stadium menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik.