Sifat Cahaya

Mari kita belajar:

  • Berkomunikasi mengenai sifat cahaya

Apakah sifat cahaya?

Mengapakah kita dapat melihat kilat terlebih dahulu sebelum mendengar bunyi guruh?

Cahaya ialah suatu bentuk tenaga (能量) yang merambat (传播) dalam bentuk gelombang (波).

Fenomena alam yang berkaitan dengan sifat-sifat cahaya:

  1. Cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi

  2. Cahaya bergerak lurus

Bayang-bayang (影子)terbentuk di belakang objek legap (不透明) yang disinari cahaya

TUGASAN 1

Jam matahari digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan masa pada siang hari. Jam itu menggunakan konsep bayang-bayang yang terbentuk apabila cahaya matahari dihalang oleh objek. Cari maklumat tentang jam matahari dan hasilkan sebuah jam matahari dengan bahan-bahan yang ada di rumah anda.

3. Cahaya boleh dipantulkan (反射)

Imej objek kelihatan di permukaan air yang memantulkan cahaya

4. Cahaya boleh dibiaskan (折射)

Bahagian penyedut minuman yang berada di dalam air kelihatan bengkok

5. Cahaya boleh disebarkan (漫射)

Pelangi terbentuk apabila cahaya disebarkan oleh titisan air di langit selepas hujan

6. Cahaya boleh diserakkan (散射)

Langit senja kelihatan jingga kemerahan

7. Cahaya boleh ditambah atau ditolak

Cahaya yang berwarna boleh bergabung untuk membentuk warna cahaya lain