Jirim dalam Alam

Apakah jirim?

Semua benda di alam ini wujud sebagai jirim (物质) dan bukan jirim (非物质).

Hampir semua benda hidup dan benda bukan hidup dalam alam ini adalah jirim. Antara contoh-contoh jirim yang terdapat di sekeliling kita adalah manusia, haiwan, tumbuhan, mikroorganisma, air, tanah, batu dan udara.

Jirim ialah benda yang mempunyai jisim (有质量) dan memenuhi ruang (充满空间).

Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung dalam sesuatu objek manakala jirim memenuhi ruang bermaksud jirim mempunyai isipadu yang tertentu.

PERMAINAN

Kelaskan bahan-bahan dalam permainan ini kepada jirim dan bukan jirim.

AKTIVITI 5.1

  1. Kelaskan bahan-bahan di atas kepada benda hidup dan benda bukan hidup.

  2. Adakah tanah, air dan tauge mempunyai jisim?

  3. Adakah tanah, air dan tauge memenuhi ruang?

  4. Adakah tanah, air dan tauge merupakan jirim? Jelaskan jawapan anda.

Adakah udara mempunyai jisim?

Belon X dan belon Y yang berisi udara diimbangkan pada sebatang penyedut minuman. Apabila belon X dicucuk dengan pin melalui pita selofan, penyedut minuman itu condong ke arah belon Y.

Belon Y yang berisi udara lebih berat daripada belon X yang tiada udara.

Adakah udara memenuhi ruang?

Belon ditiup dengan udara. Saiz belon menjadi besar.


Sifat fizik ialah kualiti yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan lima deria manusia atau menggunakan alat pengukur. Sifat fizik jirim bergantung pada jenis bahan yang membentuknya.

Sifat kimia suatu bahan menunjukkan tindak balas sesuatu bahan itu berubah menjadi bahan yang berbeza. Sifat kimia ini bergantung pada tindak balas yang berlaku terhadap sesuatu bahan. Bahan baharu yang terhasil daripada tindak balas kimia mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada bahan asal.

2. Tentukan sama ada situasi-situasi di atas merupakan sifat kimia atau sifat fizik jirim. Kemudian, nyatakan proses yang terlibat.

3. Hasilkan 1 peta i-Think yang sesuai dalam kertas A4 untuk jawapan anda.

4. Muat naik peta i-Think anda ke dalam padlet kelas Sains.

PRAKTIS FORMATIF