Jirim dalam Alam

Bagaimanakah Kita Mengelaskan Bahan daripada Pelbagai Ciri?

Jirim yang membentuk sesuatu objek dikenal sebagai bahan. Sifat sesuatu objek bergantung kepada bahan-bahan yang membentuknya.

Kita dapat mengelaskan bahan berdasarkan sifat fizik (物理特性) dan sifat kimianya (化学性质). Dalam subtopik ini, kita akan belajar tentang pengelasan bahan berdasarkan ketumpatan (密度), takat lebur (熔点), takat didih (沸点) dan keterlarutan (溶解度).

Ketumpatan

Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per unit isipadu bahan tersebut. Ketumpatan menentukan kebolehan sesuatu bahan untuk terapung (浮) dan tenggelam (沉). Bahan yang kurang tumpat akan terapung manakala bahan yang lebih tumpat akan tenggelam.

Minyak kurang tumpat daripada air maka minyak akan terapung di permukaan air.

Petrol kurang tumpat daripada air maka petrol akan terapung di permukaan air.

Merkuri lebih tumpat daripada air maka merkuri tenggelam di dalam air.

Contoh bahan yang dikelaskan mengikut ketumpatan

Takat Lebur dan Takat Didih

Jirim juga boleh dikelaskan berdasarkan takat lebur dan takat didih sesuatu bahan.

Takat lebur ialah suhu apabila keadaan pepejal bertukar menjadi cecair pada tekanan tertentu.

Takat didih ialah suhu apabila keadaan cecair berubah menjadi gas pada tekanan tertentu.

Keterlarutan

Keterlarutan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk melarut di dalam pelarut dan membentuk larutan. Keterlarutan sesuatu bahan bergantung pada ciri-ciri fizik dan kimia bahan larut dan pelarut.

Sebagai contoh, kita melarutkan gula (bahan larut) di dalam air (pelarut) untuk membentuk larutan gula (larutan).

TUGASAN

Cuba 2 permainan di bawah ini untuk mengelaskan bahan berdasarkan perbezaan ciri-ciri dari pelbagai sifat fizik.

APLIKASI HARIAN

Apakah bahan dalam rumah yang boleh digunakan untuk melarutkan dan menghilangkan dakwat pada pakaian?