Kepentingan Homeostasis kepada Manusia dan Benda Hidup

Bayangkan kehidupan kita tanpa homeostasis. Apakah kesannya jika suhu badan kita atau benda hidup terus meningkat atau menurun? Apakah kesannya jika kandungan air di dalam badan kita dan benda hidup hilang tanpa dikawal?

Kawalan homeostasis dalam badan manusia dan benda hidup bertujuan untuk menyediakan keadaan persekitaran dalam badan yang optimum supaya sel dapat menjalankan aktiviti metabolismenya dengan cekap.

Kawalan homeostasis mengawal mengekalkan keseimbangan suhu badan supaya semua tindak balas kimia dalam sel hidup yang dikawal oleh enzim (mangkin biologi) dapat berfungsi secara optimum pada suhu 37 °C.

Kawalan homeostasis memastikan keseimbangan cecair badan.

Kawalan homeostasis juga membolehkan organisma beradaptasi terhadap persekitaran luar seterusnya membolehkan organisma hidup dalam satu julat habitat yang lebih luas.

Homeostasis membolehkan manusia dan benda hidup menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Sekiranya homeostasis tidak dikekalkan, badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan seseorang mengalami sakit dan mungkin mati.

TUGASAN

Hasilkan sebuah PETA BUIH tentang "Kepentingan Homeostasis kepada Manusia dan Benda Hidup"

RUJUKAN TAMBAHAN