Organisma Unisel dan Organisma Multisel


Benda hidup juga dikenali sebagai organisma.

Organisma boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iatu organisma unisel dan organisma multisel.

Organisma unisel (‘uni’ bermaksud satu) ialah organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja manakala organisma multisel (‘multi’ bermaksud banyak) ialah organisma yang terdiri lebih daripada satu sel.


Kebanyakkan organisma unisel adalah mikroorganisma yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Biasanya, organisma unisel hidup di tempat yang lembap atau di dalam air. Organisma unisel dapat menjalankan semua proses hidup seperti membesar, bernafas, membiak, bergerak, memakan dan berkumuh dalam sel tunggalnya.

Organisma multisel terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Setiap jenis sel mempunyai struktur yang berbeza dan menjalankan satu proses atau fungsi badan yang tertentu. Sesetengah organisma multisel bersaiz seni manakala kebanyakkannya bersaiz besar yang boleh dilihat dengan mata kasar.

SOALAN KBAT

RUJUKAN TAMBAHAN