Percambahan Biji Benih

TUGASAN 1

  1. Tonton video ini dan cuba permainan "Match Up" yang disediakan.

  2. Hasilkan 1 peta alir tentang "Proses Percambahan Biji Benih" dalam kertas A4.

Bagaimanakah perubahan rupa bentuk biji benih yang bercambah dari segi pertumbuhan radikel, plumul dan keadaan kotiledon?

Percambahan biji benih ialah proses yang berlaku apabila embrio di dalam biji benih mula tumbuh. Semasa percambahan, testa pecah dan radikel mula muncul dan tumbuh ke bawah membentuk akar. Plumul pula tumbuh ke atas menjadi pucuk.

Sesetengah kotiledon tumbuhan keluar dari tanah dan disebut sebagai percambahan epigeal. Terdapat juga kotiledon yang tetap berada di dalam tanah sepanjang tempoh percambahan dikenal sebagai percambahan hipogeal.

Syarat Percambahan Biji Benih

TUGASAN

Berpandu kepada 2 video di atas, rancang dan jalankan satu ujikaji ringkas di rumuh untuk menentukan syarat percambahan biji benih. Anda diberi 1 minggu untuk menyelesaikan tugasan ini.

Sediakan satu laporan tentang ujikaji yang dijalankan oleh anda yang mengandungi :

  1. Tujuan

  2. Pernyataan Masalah

  3. Pemboleh ubah

  4. Bahan dan Radas

  5. Prosedur (Ayat pasif)

  6. Keputusan

  7. Perbincangan

  8. Kesimpulan

  9. Lampiran (Gambar Ujikaji yang dijalankan di rumah)

Rujukan: Buku Teks m.s. 129 - 130, Buku Aktiviti Sains m.s. 109

Nota tambahan:

Air: Melembutkan testa dan bertindak sebagai medium untuk mengaktifkan enzim yang menukarkan makanan simpanan kepada makanan terlarut yang diperlukan oleh embrio.

Udara: Mengandungi oksigen yang diperlukan untuk respirasi sel. Respirasi sel akan membebaskan tenaga yang diperlukan oleh biji benih untuk bercambah.

Suhu yang sesuai: Suhu yang sesuai dapat mengaktifkan enzim.