Komposisi Udara

Mari kita belajar:

  • Merancang aktiviti dan merekodkan komposisi udara.

  • Mencerakinkan komposisi udara daripada carta pai.

  • Mewajarkan kepentingan-kepentingan gas oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan gas nadir dalam kehidupan harian.

Semua benda hidup memerlukan udara untuk memastikan kelangsungan hidup. Udara yang bersih tidak mempunyai warna dan bau.

Apakah yang terkandung dalam udara? Udara ialah campuran beberapa jenis gas, iaitu nitrogen (78%), oksigen (21%), karbon dioksida (0.03%) dan gas-gas nadir (0.97%) seperti helium, argon, neon, xenon dan kripton.

*Udara merupakan campuran kerana komponen udara boleh diasingkan melalui kaedah fizikal, iaitu penyulingan berperingkat. Ciri-ciri udara adalah sama dengan ciri-ciri komponennya.

Komponen-komponen lain yang terdapat dalam udara ialah mikroorganisma, wap air dan habuk. Kuantiti komponen-komponen ini adalah kecil dan sering berubah, bergantung pada masa dan tempat. Sebagai contoh, wap air di kawasan hutan atau selepas hujan adalah lebih banyak berbanding dengan hari panas di kawasan gurun.

Aktiviti 7.1

Menentukan peratusan oksigen dalam udara

Susunan radas sebelum lilin dinyalakan

Sebelum

Selepas

Pada akhir Aktiviti 7.1, air akan naik ke aras satu perlima balang gas. Keadaan ini menunjukkan bahawa satu perlima daripada kandungan udara mengandungi oksigen. Oleh itu, udara mengandungi oksigen kira-kira 20%. Hal ini demikian kerana hanya oksigen dalam udara digunakan untuk pembakaran lilin.

TUGASAN

Terangkan cara anda mengenal pasti gas oksigen dan gas karbon dioksida dengan bantuan rajah yang sesuai.

https://www.youtube.com/watch?v=P_gPlbExHv0