Kesimbangan Ekosistem dan Interaksi antara Organisma

Mari kita belajar:

Ekosistem ialah beberapa komuniti (benda hidup) yang tinggal bersama-sama dalam satu habitat saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk segala komponen bukan hidup seperti air, udara dan tanah. Contohnya: Ekosistem hutan hujan tropika, hutan paya bakau, padang rumput, sawah padi, kolam dan lautan.

Dalam ekosistem kolam di atas terdapat pelbagai spesies seperti spesies rumput, keladi bunting, pepatung, siput air dan ikan.

Spesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh saling membiak dan menghasilkan anak.

Populasi ialah sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama.

Komuniti ialah beberapa populasi organisma yang berbeza dan hidup bersama dalam satu habitat dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

Habitat ialah persekitaran atau tempat tinggal sesuatu organisma. Contohnya: Habitat dalam pokok, hutan, sawah, paya, kolam dan lautan.

Keseimbangan Ekosistem

Kepentingan Penyesuaian Hidupan terhadap Alam Sekitar

Kawasan tropika menerima taburan hujan yang tinggi dan limpahan cahaya matahari sepanjang tahun. Kawasan gurun mengalami cuaca panas dan kering yang melampau. Kawasan tundra pula mengalami musim sejuk yang panjang dan musim panas yang singkat. Bagaimanakah hidupan menyesuaikan diri terhadap iklim di habitatnya di kawasan tropika, gurun dan tundra?

TUGASAN 1

Kumpulkan bahan dari pelbagai media tentang tiga habitat yang berbeza, iaitu gurun, tundra dan tropika. Hasilkan 1 poster untuk membincangkan penyesuaian haiwan dan tumbuhan terhadap iklim di habitat yang didiami.

Interaksi antara Organisma

Simbiosis berlaku apabila dua atau lebih organisma yang berlainan spesies, hidup bersama-sama dan berinteraksi antara satu sama lain. Simbiosis terdiri daripada mutualisme, komensalisme dan parasitisme.

Simbiosis - Mutualisme (+, +): Interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua jenis organisma.

Simbiosis - Komensalisme (+, 0): Interaksi antara dua organisma yang memberi manfaat kepada satu organisma sahaja tanpa memudaratkan atau menguntungkan organisma yang satu lagi. Komensal (+) merupakan organisma yang mendapat keuntungan.

Simbiosis - Parasitisme (+, -): Interaksi yang menguntungkan satu organisma sahaja dan memudaratkan atau merugikan organisma yang satu lagi. Parasit (+) ialah organisma yang mendapat keuntungan. Perumah (-) ialah organisma yang dimudaratkan.

Mangsa-pemangsa

Melibatkan satu organisma yang makan organisma lain.

Mangsa ialah organisma yang dimakan oleh pemangsa.

Pemangsa ialah organisma yang memburu organisma lain sebagai makanan.

Persaingan

Persaingan berlaku apabila organisma dalam satu habitat bersaing untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad seperti cahaya, ruang, air, makanan dan pasangan.