Sebatian

Sebatian (化合物) terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia. Bahan baharu yang terbentuk ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza daripada unsur-unsur yang membentuknya.

Air tulen terdiri daripada hidrogen dan oksigen

Garam (natrium klorida) terdiri daripada natrium dan klorin

Pasir (silikon dioksida) terdiri daripada silikon dan oksigen

Gula terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen

Suatu sebatian dapat dihasilkan dengan menggabungkan secara terus dua unsur iaitu unsur logam dan unsur bukan logam.

Logam seperti magnesium, aluminium, zink, besi dan kuprum bertindak balas dengan oksigen dan membentuk logam oksida.

Terdapat unsur logam yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan sebatian yang bersifat alkali dan membebaskan gas hidrogen. Unsur-unsur tersebut disebut sebagai logam alkali. Antara contoh logam alkali ialah litium, natrium dan kalium.

AKTIVITI 6.11

(Buku Teks m.s. 186-187)

Tujuan: Menjalankan aktiviti pemanasan logam dan bukan logam untuk menghasilkan sebatian

Campuran serbuk besi (kelabu) dan serbuk sulfur (kuning) membara dengan terang apabila dipanaskan dan suatu pepejal hitam terbentuk.

Bahan baharu yang terbentuk merupakan besi sulfida yang mempunyai sifat fizik dan sifat kimia yang berbeza daripada bahan asal.

Jisim campuran sebelum dan selepas dipanaskan adalah sama dan tidak berubah.

Kaedah Pengasingan Sebatian

Sebatian hanya boleh diasingkan menggunakan kaedah kimia melalui proses elektrolisis (电解).

Elektrolisis ialah proses penguraian sesuatu sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

Air terdiri daripada gabungan unsur hidrogen dan oksigen secara kimia. Melalui proses elektrolisis air, gas hidrogen terhasil di elektrod negatif (katod) dan gas oksigen pula terhasil di elektrod positif (anod).

Asid sulfurik cair dicampur pada air untuk membolehkan air mengkonduksikan arus elektrik.