Ketika wahyu pertama diturunkan kepada Nabi SAW di gua Hira’, baginda SAW lari kepada siapa? Baginda SAW tidak pergi bertemu pakcik atau sahabat, tetapi baginda SAW terus lari kepada isterinya Khadijah RA.

Hari terakhir Nabi SAW dalam hidup baginda SAW memilih untuk menghembus nafas terakhir di pangkuan Aisyah RA. Risalah kenabian bermula dan berakhir bersama wanita. Ini bukan perkara kebetulan. Allah SWT telah meletakkan hikmah pada peranan wanita. Nabi SAW berikan wanita kedudukan dan hak mereka.

Bagaimana adab Nabi SAW terhadap wanita?

Rasulullah SAW sering didatangi orang ramai bertanya soalan. Pernah suatu ketika baginda SAW didatangi sekumpulan wanita. Mereka bercakap dengan suara yang kuat. Kemudian Umar RA datang menemui baginda. Wanita-wanita itu terdiam setelah mendengar suara Umar RA. Rasulullah SAW tergelak. Umar RA hairan, apa yang buat baginda tergelak? “Wanita-wanita itu sedang bercakap, mereka terdiam setelah dengar suara kamu.” Umar RA marah katanya, “Kamu takut aku dan bukan Rasulullah?” Seorang wanita meminta izin baginda untuk menjawab, Rasulullah SAW benarkan dia menjawab, Katanya, “Umar, awak tegas dan garang, Rasulullah SAW lembut dan penyayang.” Rasulullah SAW tergelak lagi. Ini membuktikan bahawa Rasulullah turut mendengar persoalan daripada wanita, samada secara individua atau berkumpulan.

Nabi SAW mementingkan bakat wanita dan Pendidikan untuk mereka.

Cuba imbas kembali doktor yang terkenal di zaman Nabi SAW beliau ialah Ummu Atiyyah, beliau sertai Nabi SAW dalam peperangan. Beliau membantu merawat pejuang yang tercedera. Nabi SAW memandang tinggi bakat seperti ini pada wanita. Baginda meminta Syaffa’ mengajar isterinya untuk menulis dan membaca. Nabi SAW mementingkan Pendidikan untuk Aisyah RA. Aisyah RA meriwayatkan lebih 2000 hadis. Beliau seorang mufti yang sering menjadi rujukan manusia. Semua itu hasil perhatian Rasulullah SAW dan perhatian yang diberikan terhadap hak wanita.

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat, seorang wanita yang terkenal dengan sikap kurang sopan datang. Ketika itu, Rasulullah SAW sedang makan bersama sahabat. Dia meminta makanan daripada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW berikannya sedikit makanan, tetapi wanita itu mahukan makanan di mulut baginda, lalu baginda berikan wanita itu makanan daripada mulut baginda lalu wanita itu bertukar menjadi wanita paling pemalu.

Mukjizat kenabian memang berlaku di sini, tetapi akhlak yang diketengahkan di sini. Bayangkan siapa lagi yang sanggup melayan wanita begini selain Rasulullah SAW?

Cara Nabi SAW kendalikan Keperluan Wanita

Nabi SAW berikan kaum wanita peluang bersolat di masjid, sehingga baginda SAW bersabda, “Jangan halang hamba Allah daripada memasuki masjid.” Ketika semakin ramai wanita memenuhi Masjid Nabawi, baginda SAW khaskan satu pintu untuk mereka, ia masih kekal menjadi pintu masuk wanita sehingga kini. Wanita berkumpul di sudut masjid dan tunaikan solat di belakang Nabi SAW, mereka turut mendengar ceramah dan khutbah baginda SAW.

Ada seorang sahabiyah bernama Ummu Waraqah, Rasulullah SAW pernah ziarahnya dan akui beliau seorang syahid. Beliau pernah meminta izin Nabi SAW untuk solat di rumahnya Bersama kaum wanita lain, Rasulullah SAW melantik bilal khas untuk melaungkan azan di rumahnya supaya wanita lain dapat datang. Rasulullah SAW meraikan hak mereka. Baginda SAW memenuhi permintaan wanita.

Inisiatif Wanita Ketika Dalam Krisis

Wanita secara semula jadi bersifat penyayang. Rasulullah SAW benarkan wanita terlibat dalam krisis, ketika Madinah berhadapan dengan krisis, ketika Rasulullah SAW bersedia untuk perang Tabuk setelah sembahyang raya, baginda SAW keluar untuk bercakap dengan kaum wanita, Baginda SAW bercakap tentang sumbangan wang dan tenaga sukarela. Ada wanita yang tanggalkan subang dan gelang untuk diberikan kepada Nabi SAW. Banyak sumbangan diperoleh daripada kaum wanita di situ.

Wanita golongan terawal terlibat dalam kerja sukarela. Idea ini diilhamkan oleh Rasulullah SAW, isu-isu besar meliputi isu kemasyarakatan dan politik turut melibatkan wanita pada zaman Nabi SAW. Kaum wanita berbai’ah kepada Rasulullah SAW. Ada ayat al-Quran diturunkan tentang bai’ah kaum wanita kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW memudahkan perjalanan kaum wanita. Jalan untuk wanita ke syurga sangat mudah. Allah SWT menyediakan untuk mereka banyak jalan. Sabda Nabi SAW, “Jika wanita solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati suami, katakanlah kepadanya “Masuklah ke syurga melewati pintu apa pun.” semua pintu dibuka untuk kamu pilih, betapa mulianya taraf wanita seperti dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bayangkan jika semua wanita sedar betapa Rasulullah SAW mementingkan hak mereka sehingga dalam wasiat terakhir sebelum baginda SAW wafat baginda bersabda, “Aku wasiatkan agar kamu berbuat baik terhadap wanita, kepentingan yang diletakkan oleh Nabi SAW ini membuatkan kaum wanita lebih menyayangi baginda SAW.

Kaum lelaki dituntut agar berbuat baik. Mengikut contoh tauladan terbaik iaitu Nabi SAW, Nabi SAW meraikan kehadiran wanita dalam hidup baginda SAW. Ini antara adab yang diajar oleh Nabi SAW, ini juga yang tersirat di sebalik firman Allah SWT “Katakanlah, jika kamu sayang Allah, maka cintailah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu.”