ADAB & KEMULIAAN MASJID

Yang paling sangat diperhatikan Rasulullah SAW semasa hidupnya adalah membangun dan mengurus masjid hingga Baginda SAW ketika pertama kali sampai di Madinah dan beliau tinggal di sana beliau memperhatikan pembangunan masjid. Oleh kerana itu, Baginda SAW bersabda : “Bolehkah aku menunjukkan kepada kalian sesuatu yang Allah SWT akan menghapus kesalahan dan mengangkat darjat kerananya? mereka menjawab, bahkan ya Rasulullah.. Baginda bersabda : “Sempurnakan wudu’ di waktu yang sulit (seperti sejuk) , memperbanyak langkah kaki menuju masjid dan menunggu solat setelah solat, itulah Ribat (pengikat), itulah Ribat (pengikat), itulah Ribat (pengikat),.

Nabi SAW juga memberitahu kepada kita tentang keadaan seorang mukmin yang hatinya selalu terikat dengan masjid beliau menyebutkan termasuk dari salah satu yang akan dinaungi Allah dengan naungan-Nya, Baginda bersabda : “Dan seorang lelaki yang hatinya selalu terikat dengan masjid dia sangat mencintai masjid.


ADAB BERKAITAN DENGAN MASJID

Nabi SAW menyebutkan adab yang banyak berkaitan dengan masjid, pertama Nabi SAW menganjurkan untuk membangun masjid dengan sabdanya : “Barangsiapa membangun masjid kerana Allah, Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” dan “Barangsiapa membangun masjid walaupun sekecil sarang burung Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” Allah SWT berfirman : “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap kali memasuki masjid.” Jika kamu hendak solat di manapun secara umum terlebih lagi jika di masjid hendaknya seseorang menyiapkan diri dengan pakain yang baik dan bagus serta dengan memakai minyak wangi yang penting dia berhias dan mempercantik diri, ini adalah permintaan Allah dari kita “Pakailah pakaianmu yang indah di setiap kali memasuki masjid.”

Baginda SAW sangat menganjurkan kita untuk memperbanyakan langkah menuju masjid. Mereka yang keluar rumah untuk menunaikan solat subuh sedangkan waktu masih gelap, seorang yang berjalan untuk solat subuh ketika gelap Nabi SAW berkata tentangnya : “Berilah berita gembira bagi orang yang berjalan ke masjid di waktu gelap dengan cahaya yang terang di hari kiamat, Allah akan menyempurnakan cahaya mereka.” “Cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka,” mereka berkata : “Wahai tuhan kami, sempurnakanlah cahaya kami.” sebagaimana Allah menyifatkan mereka di dalam al-Quran.

Nabi SAW jika berjalan menuju ke masjid berdoa dengan doa ini

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِى قَلْبِى نُورًا وَفِى لِسَانِى نُورًا وَاجْعَلْ فِى سَمْعِى نُورًا وَاجْعَلْ فِى بَصَرِى نُورًا وَاجْعَلْ مِنْ خَلْفِى نُورًا وَمِنْ أَمَامِى نُورًا وَاجْعَلْ مِنْ فَوْقِى نُورًا وَمِنْ تَحْتِى نُورًا. اللَّهُمَّ أَعْطِنِى نُورًا

“Ya Allah jadikanlah hatiku bercahaya, lisanku bercahaya, pendengaranku bercahaya, penglihatanku bercahaya. Jadikanlah Ya Allah belakangku bercahaya, depanku bercahaya, atasku bercahaya dan bawahku bercahaya. Ya Allah, berikanlah cahaya untukku.” (HR. Bukhari Muslim)

Jika kita perhatikan bahawa berjalan ke masjid, seluruh anjuran Nabi SAW untuk berjalan ke masjid bahawa itu adalah cahaya di atas cahaya hingga jika seorang menuju masjid dan pulang ke rumah, Allah SWT menyiapkan untuknya kedudukan di syurga setiap kali pergi dan pulang. Jika seseorang telah sampai di depan pintu masjid dia membayangkan bahawa sekarang dia akan masuk ke rumah Allah SWT. Disunnahkan meletakkan kasutnya di tempat yang sesuai kemudian masuk masjid dengan kaki kanan kerana ini termasuk sunnah Rasullah SAW iaitu mengagungkan masjid dan berdoa :

أَعُوْذُ بِاللهِ العَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ. أَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

maka dia telah memulai masuk masjid dengan meminta ampunan dan meminta rahmat hingga dia masuk masjid dengan bersih.

Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang dari kalian masuk masjid maka janganlah duduk hingga solat dua rakaat.” Termasuk perkara yang sangat penting di dalam masjid adalah hendaknya seseorang memahami bahawa masjid bukan hak perseorangan, semua orang di dalam masjid sama, tidak ada perbezaan, maksudnya tidak layak seseorang mengkhususkan tempat untuknya misalnya dengan melabelkan sejadah atau tempat khas solat untuk dia sahaja orang lain tidak boleh solat di situ selainya. Masjid adalah rumah Allah SWT tidak boleh seseorang mengkhususkan tempat untuknya di masjid. Jika datang seseorang yang bermartabat rendah di mata masyarakat lalu duduk di saf pertama dan duduk di tempat perdana Menteri, Menteri atau ulamak maka tidak boleh seseorang pun mengusir dia dari tempatnya kerana itu adalah rumah Allah.

Kemudian hendaknya seseorang mengetahui bahawasanya masjid ini dibangun untuk kaum Muslimin supaya menghubungkan mereka dengan tuhannya dan untuk menunaikan solat maka tidak boleh seseorang pun menggangu orang lain misalnya, tidak boleh dua orang berbicara sedangkan di sebelahnya ada seseorang yang membaca al-Quran hingga menggangunya bahkan makruh seseorang mengangkat suaranya ketika mengaji jika suaranya menggangu orang solat atau orang yang sedang mengaji terkadang seseorang datang ke masjid lalu mengaji dengan suara keras seakan dia di rumahnya, seakan-akan itu masjidnya, ini tidak boleh kerana dapat menggangu orang lain. Jika membaca al-Quran yang menggangu orang solat atau orang yang sedang berzikir hukumnya makruh, bagaimana menggangu dengan selainnya atau dengan suara yang lain.

Termasuk sunnah yang selalu dilakukan Nabi SAW terlebih lagi di bulan Ramadan adalah I’tikaf di masjid. Ulamak mengatakan sunnah ini dapat dilakukan oleh seseorang setiap hari di waktu apapun dia masuk masjid, dia dapat niat I’tikaf walaupun hanya satu jam, setengah jam bahkan hanya beberapa menit yang penting dengan niat I’tikaf itu dia sudah mendapat fadhilat I’tikaf.

Jika seseorang muslim keluar dari masjid, disunnahkan keluar dengan kaki kiri dan membaca doa :

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

Sebesar mana kadar kecintaan kita kepada Rasulullah SAW kita akan memperhatikan masjid kerana setiap kali kita masuk masjid kita akan ingat bahawa Nabi kita SAW sangat memperhatikan dan mencintai masjid.