Allah SWT cipta dunia ini seimbang, antara ciptaan Allah SWT yang penting di dunia dan tak boleh hidup tanpanya ialah pokok dan tumbuh-tumbuhan. Antara nikmat Allah SWT ialah kebanyakan tumbuhan ini mati dengan sendirinya. Kita dikehendaki menjaga nikmat kehidupan ini kerana ia mempengaruhi hidup kita semua.

Sesungguhnya Allah SWT Menumbuhkan benih tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Sayur adalah kumpulan makanan paling penting di dunia. Haiwan dan manusia makan sayur-sayuran. Makhluk yang patut paling banyak di dunia adalah tumbuh- tumbuhan. Manusia bertanggungjawab untuk menanam pokok demi kebaikan dunia.

Antara nikmat Allah SWT ialah kita hanya perlu tanam biji benih gemburkan dan jagaannya mudah sahaja tetapi siapa yang menumbuhkannya? Dalam alQuran Allah berfirman “Adakah kamu yang menumbuhkan tanaman atau kami yang menumbuhkan?. Kita hanya perlu tanam biji benih dan Allah yang akan hidupkannya.

Rasulullah SAW Menggalakkan Bercucuk tanam

Rasulullah SAW galakkan kita bercucuk tanam, berdasarkan hadis ini, Rasulullah SAW bersabda tiada seorang muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau haiwan melainkan bagi dirinya pahala sedekah. Bayangkan jika kita tanam pokok hasil tanaman kita dimakan oleh burung, serangga atau apa saja ia makan dan mendapat manfaat kita mendapat pahala sedekah. Ini daripada segi manfaat secara umum.

Pemanasan Global

Kebanyakan masalah pada hari ini berkaitan dengan tumbuhan, antaranya ialah pemanasan global. Penyelesaiannya ialah tumbuh-tumbuhan. Menanam pokok merupakan penyelesaian terbaik. Kebanyakan pencemaran udara di sesetengah kawasan disebabkan oleh kekurangan pokok.

Ada sesetengah penyelesaian yang kita mesti tumpukan perhatian padanya. Kita mesti tumpukan perhatian pada cara Rasulullah SAW berfikir. Rasulullah SAW pertanggungjawbkan tugas ini secara individu. Ramai yang fikir saya tanam 3 pokok apa bezanya? masalah takkan selesai. Ia memerlukan jutaan pokok. Memang betul, kalau anda, kawan, orang lain menerima seruan ini dan seruan ini tersebar, pertanian ini dianggap sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kalau 1.5 juta orang islam menyahut seruan ini dan setiap orang menanam 10 atau 20 pokok kebanyakan masalah bumi pada hari ini yang berkaitan dengan pencemaran dan pemanasan global akan selesai.

Rasulullah SAW menanam Lebih daripada 200 Pokok

Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang bercucuk tanam. Rasulullah SAW menanam 200 pohon kurma untuk Salman al-Farisi. Rasulullah SAW menanam untuk tujuan sedekah. Ada sesetengah kawasan yang ditanam mendapat manfaat daripada hasil tanaman.

Rizab Pertanian

Idea tentang rizab pertanian yang diamalkan di seluruh dunia dimulakan oleh Rasulullah SAW. Sebab itulah ada banyak kawasan simpanan Rizab Mekah, Rizab Madinah. Kawasan di luar bandar tidak boleh dibangunkan supaya kawasan ini boleh ‘bernafas’ . Idea ‘paru-paru’ di tengah bandar, kalau seluruh bandar dah tertutup tak ada pokok, banyak penyakit akan menyerang tetapi Rasulullah SAW tinggalkan beberapa kawasan untuk tanam pokok.


Menggunakan Tanah Terbiar

Idea hebat yang dicetuskan oleh Rasulullah SAW iaitu menggunakan tanah terbiar. Kalau ada tanah tanpa pemilik, kalau ada sesiapa yang bercucuk tanam di situ tanah itu dikira menjadi miliknya. Idea menggunakan tanah terbiar , ini akan menggalakkan orang ramai untuk bercucuk tanam, keluar ke tanah di luar bandar,

Pertama ia sesuai untuk bercucuk tanam ada manfaat sebagai bekalan makanan, ia akan membantu untuk meluaskan kawasan bandar supaya bandar tak menjadi terlalu sesak dengan orang ramai, orang ramai akan mula keluar ke kawasan bandar untuk bercucuk tanam maka kawasan bandar akan menjadi lebih luas.


Larangan Menebang Pokok

Rasulullah SAW melarang kita daripada menebang pokok, malah Rasulullah SAW melarang menebang pokok walaupun ketika waktu perang. Pada hari ini dalam persidangan dunia mereka mencari cara untuk memelihara habitat ketika waktu peperangan sedangkan Rasulullah saw telah melarang sesiapa pun daripada menebang pokok walaupun peperangan itu dimenangi Rasulullah tetap melarang para sahabat daripada menebang pokok, malah baginda bersabda “barangsiapa yang menebang sepohon pokok Allah akan memasukkan kepalanya ke dalam api neraka.” Begitulah tegasnya baginda untuk melindungi tumbuhan yang mempengaruhi banyak masalah di dunia.

Allah Mencintaimu

Antara mukjizat Nabi SAW ialah sepohon pokok berjumpa Rasulullah SAW. Pokok itu bergerak menuju baginda disebabkan kasihnya baginda pada pokok dan kasihnya pokok pada baginda SAW. Tetapi kita mestilah mencintai Rasulullah SAW lebih daripada perkara lain seperti pokok dan tumbuhan sebab baginda adalah imam dan guru kita. Inilah jaminan yang akan mengikat kita dengan amalan baginda sebagaimana firman Allah SWT “Katakanlah jika kamu sayang Allah maka ikutilah aku nescaya kamu akan disayangi Allah.”