SUNNAH-SUNNAH MINUM

• Bagaimana kekasih kita Nabi Muhammad SAW minum? Allah SWT berfirman, “Dan Kami jadikan dari air setiap benda hidup” Air ialah rahsia kehidupan yang diciptakan Allah SWT di dunia ini. Allah SWT telah berfirman: “Dan kami jadikan dari setiap air benda hidup.”

• Bahawa Nabi SAW sangat mementingkan air, iaitu Baginda memerlukan air yang bersih dan mementingkan air yang bersih. Dan Sunnah ini mengandungi kebaikan yang besar, kerana ia memberi kesan yang besar kepada kesihatan manusia dan tubuh badan manusia kebanyakkannya adalah air.

• Antara adab-adab minum ialah tasmiyah, iaitu menyebut nama Allah SWT sebelum minum dan memuji Allah selepasnya. Dan Nabi SAW minum duduk dan menyuruh manusia untuk minum dalam keadaan duduk. Benar, Baginda pernah minum berdiri, namun itu untuk menerangkan keharusan. Namun suruhan Baginda yang lebih utama adalah minum sambil duduk.

• Antara adab-adab Nabi SAW semasa minum ialah minum dengan tangan kanan, dan Baginda berpesan kepada kita, “Makan dan minumlah dengan tangan kanan kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”. Maka inilah beza antara kita dan syaitan.

• Nabi SAW minum dengan tiga nafas, iaitu Baginda minum kemudian menjauhkan bekas dari mulutnya dan bernafas, kemudian baginda minum lagi. Dan begitulah Sunnah Baginda. Di dalam sebahagian riwayat, bahawa Baginda menyebut nama Allah dan memuji Allah pada setiap tegukkan sebelum dan selepasnya.

• Dan ketika ditanya kepada Nabi SAW tentang minum dengan 3 nafas, Baginda bersabda, “Abra’ (Melepaskan penyakit), Arwa (Menghilangkan haus), dan Amra (Menguatkan sistem pencernaan). Iaitu, ianya menambah kesihatan manusia dan memudahkan air masuk ke dalam tubuh badan mereka. Dengan itu, ia menyejukkan rongga manusia. Dan antara Sunnah Nabi SAW menghirup air dengan beberapa hirupan, maka Baginda tidak minum air sekaligus atau minum kesemuanya dalam satu teguk sahaja. 70% dari badan manusia terdiri daripada air.

• Daripada adab-adab Nabi SAW, jika Baginda minum susu, Baginda akan minum air selepas itu. Baginda berkumur-kumur dengannya dan berkata, “Di dalamnya (susu) ada lemak”. Baginda SAW sangat menitikberatkan kebersihan mulutnya dengan berkumur-kumur dan minum selepas minum minuman yang berlemak.

• Dan dari sunnahnya selepas minum ialah berdoa dengan doa yang baik dan mengingati Allah dengan zikir yang mulia.

الحمدُ للهِ الَّذي جعله عذْبًا فُراتًا برحمتِه ولم يجعَلْه مِلحًا أُجاجًا بذنوبِنا

“Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatnya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami.” Perasaan bahawa Allah SWT telah memuliakanku dengan air yang segar ini sedangkan aku tidak berhak mendapatkan kerana dosaku mungkin boleh mengubah air ini. Namun Allah SWT tidak berbuat demikian malah memuliakan kita. Perasaan ini sangat indah dalam mensyukuri nikmat Allah SWT.

• Antara adab-adab minum yang agung dan menakjubkan, Baginda SAW bersabda, “Orang yang menuang minuman, mereka minum yang terakhir.” Jika kamu mahu menuang minuman kepada orang lain, maka engkau orang terakhir yang minum. Dan ini adalah Sunnah dan perbuatan Nabi SAW.

• Terdapat perkara-perkara yang dibenci oleh Nabi SAW semasa minum antaranya ialah meniup kepada minuman/kuah. Manusia meniup benda yang panas untuk menyejukkannya, maka ini dibenci oleh Nabi. Dan dengan itu, bernafas di dalam bekas minuman dan minum dari mulut cerek. Contohnya, jika terdapat bekas yang besar dan ramai yang minum darinya, dan Baginda membenci mereka yang minum dari mulut bekas itu, kerana ini menjijikkan untuk orang lain.

• Tahukah anda bahawa air di dalam tab mandi bersamaan dengan 800 gelas air? Allah SWT berfirman kepada kita, “Makan dan minumlah dan jangan membazir.” Terdapat sebahagian perbuatan yang bersalahan dengan firman Allah dan Sunnah Nabi contohnya, meninggalkan banyak botol-botol kosong yang mempunyai baki air dan membuangnya, menggunakan air secara membazir dan perkara-perkara kemewahan. Maka berapa ramaikah manusia yang tidak mempunyai bekalan air bersih?

• Nabi SAW menyukai minuman manis yang sejuk. Apabila ditanyakan kepada Baginda SAW, apakah minuman yang disukainya, Baginda menjawab, “Minuman manis yang sejuk.” Maka Baginda SAW mencampurkan air dengan kismis atau kurma atau madu pada waktu malam dan Baginda meminumnya pada waktu siang. Baginda bersabda, “Air ini akan menjadi manis dengan adanya manisan ini.”

• Bahawa Nabi SAW menyukai susu dan Baginda selalu meminumnya dan menyejukkannya dan mencampurkannya dengan air sejuk. Maka Baginda SAW cenderung kepada perkara ini. Antara minuman yang diminum oleh Nabi SAW ialah Sawiq iaitu tepung gandum apabila dicampur dan larut di dalam air, maka diminumnya ia memberi kesan kepada kelapangan dada dan kecergasan badan.

• Ketika kita mengingati Sunnah-sunnah minum Baginda SAW, kita menghayati bahawa cara minum kita adalah mengikuti Sunnah Nabi dan mencintai Baginda sehingga meresap ke dalam jiwa kita. Dan kita berharap dengan beramal dengan Sunnah-sunnah minum Nabi SAW, agar kita dapat minum sebaik-baik air dari telaganya, dengan tangan Baginda yang mulia pada hari kiamat, air yang dapat menghilangkan dahaga buat selama-lamanya.

• Katakanlah (Muhammad), jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, kamu akan dicintai Allah.”