Nikmat penglihatan adalah nikmat yang terbesar daripada nikmat-nikmat Allah SWT kepada kita yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit yang paling banyak. Allah SWT memerintahkan dalam al-Quran agar manusia menggunakan mata untuk berfikir tentang kehebatan & kekuatan Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW mempunyai mata yang cantik, mata yang besar, mata Rasulullah SAW juga luas, hujung mata baginda panjang, hitam dan lebat. Mata Baginda SAW cantik. Bersama-sama kecantikan ini adalah kecantikan pandangan Baginda SAW.

Kepada apakah ditujukan pandangan Nabi SAW? Nabi SAW suka memandang kepada kehijauan, epal yang merah, dan Baginda SAW suka melihat kepada air yang mengalir iaitu Nabi SAW suka melihat kepada kecantikan dan pemandangan-pemandangan yang baik, kerana ia memberi kesan kepada diri dan hati serta manusia dapat hidup dalam ketenangan dan kerehatan.

Nabi SAW memandang orang lain dengan pandangan rahmat.

Pandangannya dipenuhi rahmat. Kerana pandangan manusia memberi makna kepada manusia; pandangan rahmat, kasih sayang, kemarahan, tipu daya dan sebagainya. Sesungguhnya pandangan Nabi SAW kepada manusia merupakan pandangan rahmat.

Bahawa Nabi SAW memandang kepada orang lain hanya seketika, iaitu memandang mereka dengan rasa malu dan tidak menajamkan pandangannya kepada orang lain, tetapi Baginda SAW melihat mereka dengan pandangan yang lembut.

Daripada sunnahnya SAW bahawa pandangan Baginda SAW banyak menghala ke bumi daripada ke langit, Baginda SAW sangat tawadhu’ dan beradab dengan Allah. Baginda SAW tidak banyak melihat kepada perkara-perkara dunia, Jika Baginda SAW melihat perkara dunia yang menakjubkannya, maka Baginda SAW mengucapkan “Tiada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan akhirat”.

Allah SWT mengajar Nabi SAW “ Jangan engkau memandang melainkan apa yang Kami telah berikan kepadamu iaitu pasangan-pasanganmu, perhiasan kehidupan dunia”. Mata adalah saluran ke hati. Nabi SAW sangat mulia, Pada hari ini, mata kita disibukkan memandang banyak perkara tanpa berfikir. Mata ialah saluran ke hati.

Setiap perkara yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu. Lihatlah bahawa hatimu begitu berharga bagimu. Apa yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu. Mata ini ialah alat pencetak ke hati. Sebahagian manusia suka memandang perkara-perkara yang tidak penting. Jika seseorang banyak melihat perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah pandangan ini akan membawa kepada banyak faedah dan ilmu.

Mukjizat-mukjizat Penglihatan Nabi SAW. Nabi SAW melihat bintang-bintang apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia dari bilangan bintang-bintang. Manusia melihat 7 bintang tetapi Baginda melihat 11 atau 12 bintang. Nabi SAW bersabda, “Berdiri tegak dan luruskan sofmu, sesungguhnya aku melihatmu dari belakang badanku seperti mana aku melihatmu dari depanku.”

Mata yang sibuk ambil tahu. Ramai manusia, jika seseorang membuka telefon bimbitnya, maka orang di sebelahnya sibuk melihat apa yang tertulis di telefonnya. Jika seseorang melalui sebuah rumah yang terbuka, dia sibuk mengintai ke dalam rumah itu.

Perbuatan suka mengintai ini dilarang oleh Allah SWT, Allah SWT berfirman, “Jangan mengintai”.

Mata dan penglihatan mempunyai rahsia dan kesan. Apabila seseorang memandang sesuatu dengan pandangan hasad dan ta’ajub dengannya mungkin ia boleh menyebabkan kemudharatan.

Oleh itu, jika kamu melihat sesuatu yang engkau kagumi, maka ucapkanlah “MashaAllah, Tabarakallah”, atau mengingati Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW, sesungguhnya ini adalah kezaliman yang boleh memudharatkan melalui penglihatan, dapat terjadi dan dihapuskan dengan izin Allah SWT.

Pandangan yang mengandungi hasad dan zalim boleh memudharatkan dan pandangan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang boleh memberi manfaat dengan izin Allah SWT.

Penjagaan Mata Nabi SAW. Penglihatan adalah antara nikmat yang terbesar dari Allah SWT, Maka memerlukan penjagaan dan bantuan kerana Nabi SAW menjaga mata Baginda. Maka Baginda SAW menggunakan ithmid dan celak. Nabi SAW bersabda kepada kita, “Bercelaklah kamu dengan ithmid, kerana ia mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata”.

Ini adalah Sunnah Nabi SAW yang perlu kita titik beratkan kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkan celak walaupun dalam musafir kerana Baginda SAW membawa celak bersamanya. Dan daripada Sunnah Baginda SAW bahawa Baginda bercelak, mata kanan sebelum mata kiri dan Baginda SAW bercelak 3 kali kanan, dan 3 kali kiri atau 3 kali kanan, 2 kali kiri.

Apa yang penting, Baginda SAW suka melakukan amalannya secara ganjil. Mungkin kita telah melupakan Sunnah ini, maka siapa yang mengamalkannya, dia telah menghidupkan Sunnah kekasih kita SAW.

Penglihatan ialah kunci kepada Ilmu. Nabi SAW telah duduk pada suatu malam, dan Baginda melihat bulan purnama di langit, Baginda berkata kepada para sahabat, “ Adakah kamu melihat bulan itu?”, mereka menjawab, “Ya, Wahai Rasulullah” Baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu di syurga, seperti kamu melihat bulan ini yang tidak pernah kamu lihat sebelumnya.

Tuhan kita telah memuliakan Nabi SAW pada malam Mi’raj dengan melihat kepada wajahNya yang mulia. Dan kita berharap dengan mengikut Sunnah Nabi SAW dan mengikut Sunnah penglihatannya SAW Allah akan memuliakan kita untuk memandang wajahNya bersama-sama Nabi SAW maka kita akan mendapat kedudukan yang tertinggi di dalam firman Allah SWT, “Katakanlah (Muhammad), jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku, kamu akan dicintai Allah”.