Allah SWT memerintahkan perihal puasa kepada kita. dia menjadikan puasa begitu istimewa antara kita dan diri-Nya. Allah SWT berfirman, “Semua amalan anak adam adalah untuknya, kecuali puasa kerana sesungguhnya ia adalah untukku dan aku yang akan memberi ganjaran untuknya.” Seolah-olah Allah SWT berfirman bahawa puasa merupakan suatu yang istimewa antara Aku dan hamba-Ku di mana disembunyikan ganjarannya di dalam pengetahuan-Ku. Allah SWT sangat merindukan kita dengan menyembunyikan ganjaran bagi orang yang berpuasa dan kurnianNya dan Dia begitu mementingkan ibadah yang mulia ini.

Antara Hikmah Puasa

Puasa merupakan ibadah yang menyuruh kita meninggalkan dan menahan diri. Kenapa perlu menahan diri? Banyak hikmah di dalamnya sehingga manusia terbiasa untuk menjadi hakim kepada dirinya dan menjadikan perisai daripada nafsunya dalam tangannya. Kita meninggalkan dan menahan diri daripada perkara yang dibolehkan iaitu makan dan minum dan ianya merupakan asas dalam kehidupan.

Seolah-olah Allah SWT berkata kepada kita, “Jika engkau menahan diri dari perkara asas dalam hidupmu seperti makan dan minum maka pastilah engkau mampu meninggalkan perkara-perkara yang haram.

Puasa Membantu Menghilangkan Perkara Negatif

Bagi sesetengah orang berlaku sesetengah keadaan di mana semasa dia berpuasa kemarahannya meluap-luap dengan ini Nabi SAW telah bersabda “Bila mana seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berbicara yang buruk dan janganlah bertindak bodoh, apabila ada orang yang mencacimu dan mengajakmu bertengkar maka katakanlahSesungguhnya aku sedang berpuasa” iaitu di samping engkau menahan diri dari perkara asas seperti makan dan minum berusahalah untuk melazimi akhlak-akhlak ini iaitu jangan engkau bergaduh dan berlawan dengan orang lain.

Sekiranya seseorang menyakitimu, terimalah ia dengan berlapang dada, berlembutlah dan rasailah makna ini semasa engkau sedang berpuasa ia akan mengingatkanmu dengan rasa lapar dan haus dan bahawa engkau juga sedang dalam keadaan istimewa dengan Allah SWT.

Perkara yang mungkin manusia tidak senang di dalam hidupnya iaitu berubahnya bau mulutnya, dan dia tidak mahu berjumpa dengan orang lain atau mendekati orang yang berbau mulutnya kerana lapar. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah SWT lebih harum dari bau Kasturi” Sebahagian ulama berkata, cuba perhatikan perkataan “Di sisi Allah” iaitu, engkau wahai orang yang berpuasa apabila bau mulutmu mula berubah kerana berpuasa sekarang engkau dalam keadaan khas bersama Allah di sisi Allah, ketahuilah engkau sangat dekat dengan Allah, dengan itu, doa orang yang berpuasa tidak tertolak dan waktu berpuasa itu semuanya merupakan suatu tempoh yang mana semuanya terbuka (rahmat Allah) doalah dan mintalah daripada Allah segala yang engkau inginkan, engkau yang sedang berpuasa sangat dekat dengan Allah dan pintu permintaan dibuka seluasnya oleh Allah Yang Maha Tinggi.

Puasa Memberi Kekuatan Yang Menakjubkan Kepada Tubuh Badan

Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Kegembiraan ketika berbuka dan menunggu masa untuk makan dan minum selepas berlapar dan dahaga engkau gembira dengan rezeki dari Allah dan pertolongan dariNya.

Dengan itu, disunnahkan kepadamu ketika berbuka untuk berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku ber- serah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tu- han Maha Pengasih.


ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah”.


Perasaan di mana pada waktu ini, semuanya merupakan pertolongan dari Allah SWT semata-mata sehingga engkau mampu berbuka puasa.

Nabi SAW bersabda kepada kita, “Ummatku akan sentiasa dalam kebaikan, bila? selagimana dia menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” Perkara yang sangat mudah! Maka apabila engkau menyegerakan berbuka puasa ia merupakan tanda engkau berada dalam kebaikan! Apa maksud semua ini? iaitu apabila ummat bertebaran pada bulan Ramadan kemudian pada saat berbuka mereka semua bersedia pada waktu yang sama menunggu saat-saat ini sambil semua tertumpu kepada Allah SWT ini merupakan tanda bahawa ummat ini masih bersatu dalam menunaikan ibadah ini kerana Allah SWT dan jadilah manusia sebab-sebab mendapatkan kebaikan.

Ada ketikanya, ada orang berada di pejabatnya dan masuk waktu maghrib, khususnya di negara bukan Islam, mungkin waktu maghrib telah masuk sedangkan engkau masih di dalam kereta dan belum sampai ke rumah dan engkau tiada buah kurma maka sebaik-baiknya jangan menunggu sampai engkau sampai ke rumah atau menjumpai buah kurma berbukalah dengan apa sahaja yang engkau ada kerana sunnah menyegerakan berbuka merupakan sunnah yang besar.

Puasa Sunat

Seperti mana Nabi SAW memberi perhatian akan puasa Ramadan, baginda juga banyak berpuasa sunat. Baginda SAW mengikuti Ramadan dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, baginda bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa hari Syawwal seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”

Baginda menggalakkan kita berpuasa Isnin dan khamis dan juga tiga hari putih (13, 14, 15 setiap bulan). Baginda juga menggalakkan puasa dalam bulan- bulan haram, paling banyak puasa dalam bulan Syaaban, Puasa Nabi Daud iaitu puasa sehari dan tidak berpuasa sehari (selang seli), selagimana seseorang manusia mampu bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah ini sesungguhnya ibadah ini menyempitkan ruang-ruang mengalirnya syaitan di dalam tubuh manusia.

Maka siapa yang berpuasa dengan mengikuti jalan kekasih kita Nabi Muhammad SAW dan dia berbuka juga mengikut apa yang diajarkan Rasulullah SAW maka dia akan mendapatkan cahaya-cahaya dan keberkatan yang pernah meliputi Rasulullah SAW semasa bulan Ramadannya, puasanya, penumpuannya dan doanya dan menghubungkan dirinya dengan Nabi SAW dengan hubungan yang kuat dan mantap seperti mana firman Allah SWT Allah SWT berfirman : Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran:31)