PENILAIAN ASAS FARDHU AIN (PAFA)

KOD 01

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

SOALAN L1.1 Sebutkan lafaz Dua Kalimah Syahadat dengan sempurna

أشهد أن لا إله الا الله وأشهد أن محمد رسول الله

SOALAN L1.2 Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadat.

JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

KOD 02

RUKUN ISLAM

SOALAN L2.1 Sebutkan Rukun Islam satu persatu

JAWAPAN Rukun Islam ada lima perkara:

1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.

2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

3) Mengeluarkan Zakat.

4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.

5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.


SOALAN L2.2 Huraikan Rukun Islam:

1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.

2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

3) Mengeluarkan Zakat.

4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.

5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan


JAWAPAN Huraian:

1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.

Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaan-Nya dan suatu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

3) Mengeluarkan Zakat.

Ibadat dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu diberi kepada golongan tertentu dengan kadar dan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.


4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan


5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.

Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup kepada orang yang mampu, dengan syarat tertentu pada waktu yang tertentu.


SOALAN L2.3 Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim

JAWAPAN Kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim ialah:

1) Merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan

2) Menjadikan seseorang sebagai muslim yang sejati.

3) Menjadi penghubung antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.


KUIZ INTERAKTIF RUKUN ISLAM


>>> RUKUN ISLAM

KOD 03

RUKUN IMAN


SOALAN L3.1 Sebutkan Rukun Iman satu persatu:

JAWAPAN Rukun Iman ada enam perkara:

1) Beriman kepada Allah

2) Beriman kepada Malaikat

3) Beriman kepada Kitab

4) Beriman kepada Rasul

5) Beriman kepada Hari Akhirat

6) Beriman kepada Qadak dan Qadar. [ قضاء دان قدر ]



SOALAN L3.2 Bagaimanakah anda beriman kepada Allah s.w.t ?

JAWAPAN Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna.


SOALAN L3.3 Bagaimanakah anda beriman kepada:

1) Malaikat.

2) Kitab.

3) Rasul.

4) Hari Akhirat.

5) Qadak dan Qadar.


JAWAPAN Beriman kepada:

1) Malaikat:

Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

2) Kitab:

Meyakini bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab-kitab kepada para rasul-Nya yang tertentu. Semua kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar.


3) Rasul:

Meyakini bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lelaki yang

mendapat wahyu daripada Allah s.w.t untuk memimpin manusia ke

arah kebenaran.

4) Hari Akhirat:

Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan

dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang

banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang

yang ingkar akan diperintahkan oleh Allah ditempatkan di neraka

seketika.

5) Qadak dan Qadar:

Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh alam telah ditentukan oleh Allah s.w.t.


SOALAN L3.4 Apakah perkara-perkara yang boleh merosakkan iman?

JAWAPAN Perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ialah:

1) Syirik.

2) Kufur.

3) Murtad.

4) Khurafat.

5) Maksiat.

KOD 04

BERISTINJAK


SOALAN L4.1 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air.

JAWAPAN Membasuh qubul dan dubur ( قبل دان دبر ) dengan menggunakan air mutlak sehingga diyakini bersih.

SOALAN L4.2 Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air.


JAWAPAN Benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air ialah: 1) Batu. 2) Benda kesat.

SOALAN L4.3 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat.

JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang- kurangnya tiga biji batu atau benda yang kesat sehingga diyakini bersih.

KOD 05

MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

SOALAN L5.1 Kain ini terkena najis Mukhaffafah ( مُخَفَّفَة ).

Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mukhaffafah ialah dengan memercikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis


SOALAN L5.2 Kaki anda terkena najis Mutawassitah ( مُتَ وَسِّطة )

Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mutawassitah ialah:

1) Buangkan najis.

2) Basuh bahagian yang terkena najis dengan menggunakan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa.


SOALAN L5.3 Di lantai ini terdapat najis Mughallazah ( مُغلَّظة ).

Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mughallazah ialah:

1) Buangkan najis.

2) Basuh dengan air mutlak yang bercampur tanah ( satu kali ).

3) Basuh dengan air mutlak ( enam kali ) sehingga diyakini bersih.

KOD 06

CARA BERWUDUK

SOALAN L6.1 Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna

JAWAPAN Cara berwuduk dengan betul ialah:

1). Membaca بسْمِ اللِه الرحْمَنِ الرحِيمِ

2) Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan ( tiga kali ).

3) Berkumur (tiga kali ) .

4) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya ( tiga kali ) .

5) Menyebut lafaz niat wuduk : نَوَيتُ الوُضُوْءَ للهِ تَعَالى

6) Membasuh muka ( tiga kali ).

  • Basuhan pertama disertakan dengan niat.

  • Niat wuduk ialah: “ Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala ”.


7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( tiga kali ) kemudian tangan

kiri hingga ke siku ( tiga kali ).


8) Menyapu sebahagian kepala dengan air ( tiga kali ).


9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air ( tiga kali ).


10) Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( tiga kali ). Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali ( tiga kali ).


11) Membaca doa wuduk :

اَشْهَدُ اَنْ لَااِلٰهَ اِلَّااللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِىْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ، وَجْعَلْنِيْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

KOD 07

CARA BERTAYAMUM

SOALAN L7.1 Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna

JAWAPAN Cara bertayamum ialah:

1) Sediakan debu yang suci

2) Menghadap kiblat

3) Membaca بسْمِ اللِه الرحْمَنِ الرَّحِيمِ

4) Menyebut lafaz niat tayamum seperti:

نَوَيتُ التَيمُّمَ لِاستباحَةِ فَرْضِ الصَّلاةِ للهِ تَعَالَى

5) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka sambil berniat. “ Sahaja aku bertayamum untuk

mengharuskan solat fardu kerana Allah Taala” dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka

6) Menipiskan / mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu.

7) Menyapu debu ke muka.

8) Membuangkan debu yang telah digunakan / Mustakmal [مُسْتَعْمَل] yang masih melekat di tapak tangan.

9) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian menipiskannya dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.

10) Menyapu tangan kanan dengan cara:

10.1 Melekatkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali ibu jari.

10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan.

10.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.

10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.

10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari terangkat.


11) Menyapu tangan kiri dengan cara :

11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali ibu jari.

11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri.

11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.

11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.

11.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari terangkat.

11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.


12) Menyelati jari kanan dan kiri.






KOD 08

CARA MANDI WAJIB ( MENGANGKAT HADAS BESAR )

SOALAN L8.1 Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah:

1) Keluar mani

2) Haid [ حَيْض ]

3) Jimak [ جمَاع ]

4) Wiladah [ ِولَادَة ]

5) Nifas [ نفاس ]

6) Mati selain dari mati syahid


SOALAN L8.2 Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna

JAWAPAN Cara mandi wajib adalah seperti yang berikut:

1) Bersihkan badan daripada segala kekotoran.

2) Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan.

3) Disunatkan berwuduk.

4) Sebutlah lafaz niat, seperti :

نَوَيتُ رفعَ الحَدَثِ الأكبرِ للهِ تَعَالَى

1) Jiruskan air ke kepala berserta niat. Niatnya ialah:

“ Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

1.1 Jiruskan air ke kepala ( tiga kali ).

1.2 Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan ( tiga kali ).

1.3 Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri ( tiga kali )


6) Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara.

6.1 Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit.

6.2 Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.







KOD 10

SOLAT FARDU

KOD 12

PUASA


  • KUIZ INTERAKTIF

>>> KUIZ PUASA

  • FLIPBOOK PUASA

>>> FLIPBOOK PUASA

KOD 13

ADAB TERHADAP IBUBAPA

KOD 15

IHSAN

KOD 16

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT