MASYARAKAT MAJU TANPA RASUAH
PEMBELAJARAN KENDIRI, FLIP CLASSROOM
MASYARAKAT MAJU TANPA RASUAH
Maksud Rasuah.
Suatu pemberian kepada seseorang bertujuan untuk membenarkan sesuatu yang salah atau membatalkan sesuatu yang benar.
Contoh rasuah: memberikan hadiah atau wang kepada pengadil untuk menjadi pemenang dalam pertandingan sukan di sekolah.
Hadis Larangan Rasuah.
Maksud Hadis:
Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Riwayat at-Tirmizi).
Antara Tuntutan Hadis.
1. Orang Islam wajib menjauhi amalan rasuah.
2. Allah SWT dan Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
3. Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan mendapat dosa.
4. Memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara.
Sebab Berlaku Rasuah.
1 Lemah Iman.
Tidak takut akan laknat Allah ﷺ dan kemurkaan Rasulullah ﷺ.
Mementingkan diri.
Tidak berasa malu.
2: Tiada Jati Diri.
Terlalu mengikut nafsu.
Tidak mempunyai prinsip diri.
3: Sifat Malas dan Tamak.
Mahu berjaya tetapi malas berusaha.
Tamak untuk mendapatkan kesenangan dengan jalan mudah.
Kesan Rasuah.
Individu.
Mendapat dosa.
Hidup tidak tenang dan hilang keberkatan.
Mengikis sifat amanah.
Masyarakat.
Mencuri dan menghilangkan hak orang lain.
Menimbulkan permusuhan dan pergaduhan.
Menonjolkan masyarakat yang lemah.
Negara.
Mencemarkan imej negara.
Membantut pembangunan dan kemajuan.
Negara kucar-kacir dan mundur.
Kepentingan Menjauhi Rasuah.
Individu.
Mendidik diri reda dan bersyukur.
Melahirkan individu yang berdaya maju dan amanah.
Bersaing secara sihat bagi mendapatkan kejayaan.
Masyarakat.
Masyarakat maju dengan hasil usaha sendiri.
Menghilangkan permusuhan dan kebencian.
Jauh daripada keperluan maju dan azab Allah.
Negara.
Negara akan disegani dan dihormati.
Membina kepercayaan masyarakat luar terhadap negara.
Politik, ekonomi dan sosial akan stabil.
Saya berusaha secara jujur untuk menang.
Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Saya bersyukur dengan semua kurniaan dan nikmat Allah.
Murid-murid, mari hayati tuntutan hadis tentang larangan rasuah serta berusaha mengamalkannya pada setiap masa!.
مقصود رسواه
• سواتو ڤمبرين كڤد سساورڠ برتوجوان اونتوق ممبنركن سسواتو يڠ ساله اتاو ممبطلكن سسواتو يڠ بنر.
• چونتوه رسواه: ممبريكن هديه اتاو واڠ كڤد ڤڠادل اونتوق منجادي ڤمنڠ دالم ڤرتنديڠن سوكن د سكوله.
حديث لارڠن رسواه
مقصود حديث:
درڤد عبدالله بن امرو را بركات: رسول الله ساو ملعنة ڤمبري رسواه دان ڤنريما رسواه. ﴿رواية الترمذي﴾
انتارا تونتوتن حديث
1. اورڠ اسلام واجب منجاوهي عمالن رسواه.
2. الله سبحان وتعالى دان رسول الله ساو ملعنة ڤمبري رسواه دان ڤنريما رسواه.
3. ڤمبري رسواه دان ڤنريما رسواه اكن منداڤت دوسا.
4. ممبري دان منريما رسواه اداله ساله د سيسي اڬام دان اوندڠ-اوندڠ نڬارا.
سبب برلاكو رسواه
1 لمه ايمان.
• تيدق تاكوت اكن لعنة الله ﷺ دان كموركأن رسول الله ﷺ.﴾
• ممنتيڠكن ديري.
• تيدق براس مالو.
2: تياد جاتي ديري.
• ترلالو مڠيكوت نفسو.
• تيدق ممڤوڽاءي ڤرينسيڤ ديري.
3: صفة مالس دان طمع.
• ماهو برجاي تتاڤي مالس بروسها.
• طمع اونتوق منداڤتكن كسنڠن دڠن جالن موده.
كسن رسواه
اينديۏيدو
• منداڤت دوسا.
• هيدوڤ تيدق تنڠ دان هيلڠ كبركتن.
• مڠيكيس صفة أمانه.
مشاركت.
• منچوري دان مڠهيلڠكن حق اورڠ لاين.
• منيمبولكن ڤرموسوهن دان ڤرڬادوهن.
• منونجولكن مشاركت يڠ لمه.
نڬارا
• منچمركن ايميج نڬارا.
• ممبنتوت ڤمباڠونن دان كماجوان.
• نڬارا كوچر-كاچير دان موندور.
كڤنتيڠن منجاوهي رسواه
اينديۏيدو
منديديق ديري ردا دان برشكور.
ملاهيركن اينديۏيدو يڠ برداي ماجو دان أمانه.
برساءيڠ سچارا صيحت باڬي منداڤتكن كجايأن.
مشاركت
• مشاركت ماجو دڠن حاصيل اوسها سنديري.
• مڠهيلڠكن ڤرموسوهن دان كبنچين.
• جاوه درڤد كڤرلوان ماجو دان عذاب الله.
نڬارا
• نڬارا اكن دسڬاني دان دحرمتي.
• ممبينا كڤرچايأن مشاركت لوار ترهادڤ نڬارا.
• ڤوليتيك، ايكونومي دان سوسيال اكن ستابيل.
ساي بروسها سچارا جوجور اونتوق منڠ.
ساي بروسها برسوڠڬوه-سوڠڬوه اونتوق برجاي.
ساي برشكور دڠن سموا كورنياان دان نعمت الله.
موريد-موريد، ماري حياتي تونتوتن حديث تنتڠ لارڠن رسواه سرتا بروسها مڠمالكنڽ ڤد ستياڤ ماس!
(Verse 1)
Rasuah, rasuah, apa itu rasuah?
Pemberian salah, jiwa pun resah
Benar diputar, salah dibenar
Hadiah dan wang, jalan pintas ke menang
(Chorus)
Rasulullah melaknat, pemberi dan penerima
Dosa menanti, neraka 'kan menjelma
Jauhi rasuah, amalan keji
Iman yang lemah, musuh diri sendiri
(Verse 2)
Mementingkan diri, nafsu dikendali
Tiada prinsip, jati diri tercalar lagi
Malas berusaha, tamak menguasai
Jalan mudah dicari, rasuah didekati
(Chorus)
Rasulullah melaknat, pemberi dan penerima
Dosa menanti, neraka 'kan menjelma
Jauhi rasuah, amalan keji
Iman yang lemah, musuh diri sendiri
(Bridge)
Dosa menanti, hidup tak tenang
Amanah terkikis, masyarakat terbuang
Negara merana, imej tercemar
Kemajuan terbantut, kucar-kacir dan sangkar
(Verse 3)
Usaha yang benar, kejayaan yang manis
Redha dan syukur, hati pun terisi
Bersaing sihat, jujur dan berani
Mendidik diri, rasuah dijauhi
(Chorus)
Rasulullah melaknat, pemberi dan penerima
Dosa menanti, neraka 'kan menjelma
Jauhi rasuah, amalan keji
Iman yang lemah, musuh diri sendiri
(Outro)
Hayati hadis, amalkan selalu
Masyarakat maju, negara gemilang bersatu
Jauhi rasuah, jauhi rasuah
Masa depan cerah, tiada lagi resah
Perubatuan - Perbuatan
bulian - bukan
ke seciaran - kesedaran
penerimarsuah - penerima rasuah
darang - datang