PEMBELAJARAN KENDIRI, FLIP CLASSROOM
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun 2025) peringkat Sekolah .......... pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Ya Allah, Ya 'Azizi Ya Sattar Ya Fa'alullima Yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka, sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak-anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum murid-murid sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kurniakanlah kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ والمُرْسَلْينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اللَّهُمَّ صَلّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، وَالنَّاصِرِ الْحَقَّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ» وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ.
الْلَهُمَّ يَا رَحْمَنُ وَيَا رَحِيْمِم
Dengan kemuliaan nama-namamu, dengan keagungan sifat-sifatmu, dengan keluasan rahmat dan ihsanmu, di perhimpunan/majlis ini: kami memohon taufik dan hidayahMu. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas limpahan nikmat kurniaanMu.
Anugerahkan kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yang cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi.
اللَّهُمَّ يَا فَتَّاحُ وَيَا عَلِيْم
Berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam melaksanakan tugas dan menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang dan gemilang di dunia dan akhirat. Bantulah kami untuk menjadi insan mulia yang baik akhlak dan budi pekertinya.
Bukakanlah kepada kami segala pintu hikmahMu, dan kurniakanlah kepada kami akan rahmatMu. Ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. Juga ampunkanlah dosa guru-guru yang mendidik kami dan umat Islam seluruhnya.
اللَّهُمَّ يَا ذَالْجُوْدِ وَالرَّحْمَة
Anugerahkan apalah kiranya riayah dan inayah, perlindungan dan penjagaan, keafiatan dan kesihatan, taufik dan hidayahMu yang berpanjangan lagi berterusan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar, Raja Muda Johor, Paduka putera-putera dan puteri, kerabat-kerabat diRaja serta rakyat sekalian.
اللَّهُمَّ يَا ذَالفَضْلِ وَالْإِمْتِنَانِ
Pelihara dan lindungi apalah kiranya akan rakyat negeri dan negara ini, semoga sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan sejahtera, aman dan makmur, hidup sentosa dan bahagia, serta menjalin muhibbah dan bersatu padu dalam menghadapi segala ujian dan cabaran, kepadamu jualah ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللَهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah, Ya 'Azizi Ya Sattar Ya Fa'alullima Yurid,
Kami rafa'kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dalam sambutan Hari Guru Peringkat............bagi tahun ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu. Sesungguhnya kami dapat rasai bahawa sambutan ini merupakan satu penghargaan yang amat tinggi buat kami.
Wahai Tuhan Yang Maha menilai segala kebaikan hamba-hambaNya.
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah hati kami rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan yang kami ceburi ini sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan redha Mu.
Ya Allah, Ya Mudabbiral Amri,
Pada saat dan detik ini jua kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri. Kurniakanlah kepada kami kesabaran dalam menempuh kerenah dan gelagat anak didik kami. Kurniakanlah kepada kami ketabahan dalam usaha menjulang kejayaan anak didik kami. Kurniakanlah kepada kami rasa kesungguhan dalam usaha memartabat kualiti anak didik kami sebagai insan yang seimbang jasmani, emosi dan ruhani.
Wahai Tuhan Pemelihara Sekalian Alam, Penjaga Sekalian makhlukNya,
Peliharalah diri kami dan anak-anak didik kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah maruah.
اللهم أصلح لنا ديننا الذى هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا، وأصلح لنا آخرتنا التى إليها معادنا، واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير، واجعل الموت راحة لنا من كل شر
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
الحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى أَشْرَفِ الأنبِيَاءِ والْمُرْسَلِينَ وَعَلى آلهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلَإِخْوَانِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَنِ وَلَا تَجْعَلُ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَعُوفٌ رَحِيمٌ ..
اللهم يا اللّٰه يا رحمن يا رحيم
Pada petang ini, kami sekelian berhimpun, menzahirkan kesyukuran berdoa dan bermohon kepada Mu agar Engkau berkatilah dan permudahkan perjalanan majlis yang kami adakan ini
اللهم يا اللّٰه يا حليم يا رشيد
Ya Allah! Engkau tanamkanlah rasa kecintaan dan kasih sayang kami terhadap ibu pertiwi kami dan jua perkhidmatan yang kami ceburi. Satukanlah hati dan jiwa kami dengan semangat kekitaan, perpaduan dan saling hormat menghormati tanpa mengira batas kaum dan bangsa untuk terus kami membina Malaysia Madani berlandaskan tatakelola bersih dan berintegriti.
اللهم يا ذا الجلال والإكرام
Ya Allah! Engkau kekalkanlah keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat di bumi tercinta ini dan hindarilah kami akan bibit-bibit perselisihan yang membawa perpecahan.
Ya Allah! Peliharakanlah para pemimpin kami agar sentiasa diberikan kekuatan, kesabaran dan kecerdasan akal bagi memacu negara agar lebih maju dan cemerlang.
ربنا عليك توكلنا وإليك أنبنا وإليك المصير
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أجمعين والحمد لله رب العالمين
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَاصْحَابِهِ آللَّهُمَ إِنَّا نَسْئَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْمَجْلِسِ وَخَيْرَ مَا فِيهِ ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذَا الْمَجْلِسِ وَشَرِّ مَا فِيهِ ، يَا أَرْحَمَ اَجْمَعِيْنَ الرَّاحِمِينَ
اللهم يا اللّٰه يا رحمن يا رحيم
Di saat yang mulia ini kami menadah tangan dengan penuh tadarru' berdoa kepada
Mu, agar Engkau memberkati dan merahmati majlis yang diadakan ini.
اللهم يا قوي يا عزيز
Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang merestui terbinanya sesebuah tamadun dan kecemerlangan sesebuah negara, justeru kurniakanlah kepada negara kami yang tercinta ini kemakmuran yang mampan lagi dirahmati, sumber khazanah negara bertambah lagi diberkati, warganya dapat hidup selesa serba mencukupi, nilai-nilai manusiawi membentuk perpaduan rakyat dengan sepenuh hati, sumber tenaga berdaya cipta serta beriltizam membentuk pasukan berintegriti.
اللهم يا اللّٰه يا ذا الجلال والكرام
Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang mengurniakan kehidupan kepada kami, hiasilah kehidupan kami ini dengan keperibadian yang mulia, akhlak yang terpuji, saling hormat menghormati, nilai keihsanan yang tinggi, sedia bertoleransi, berhikmah dalam bermuamalah dan bersabar menghadapi mehnah.
Ya Allah! kami juga berdoa agar Engkau mempermudahkan semua urusan penyampaian perkhidmatan dan satukanlah pemikiran rakyat dalam membina peradaban kesejahteraan hakiki.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ بِهِ مَزِيدَهُ ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
اللهم يا اللّٰه يا رحمن يا رحيم
Pada saat dan ketika ini kami sekelian hamba-hamba Mu, dengan penuh rasa rendah diri, mengangkat tangan kepada Mu ya Allah. Tidak ada yang lebih besar harapan kami melainkan mengharapkan keredhaan Mu pada kami. Ya Allah! Kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Mu di atas
berlangsungnya majlis yang kami rencanakan ini.
Justeru itu ya Allah! apalah kiranya Engkau kurniakan kepada kami kesedaran akan peri pentingnya erti perpaduan dan kesederhanaan.
Engkau keluarkanlah kami daripada belenggu pemikiran kejumudan kepada fikrah keimanan dan kemajuan. Hiasilah diri kami dengan semangat kekitaan dalam membentuk perpaduan bangsa dan watan. Ya Allah! Engkau bukakanlah tirai perdamaian agar kami dapat bersatu hati mengerat tali persaudaraan agar kehidupan bertambah mampan, kesejahteraan insan dapat ditingkatkan. Ya Allah! Kurniakanlah kami kecerdasan akal agar lahir insan berdaya cipta dan saling menghormati antara rakan taulan. Engkau sematkanlah hati kami sepenuh keyakinan dalam melaksanakan setiap usaha dengan rasa ihsan terhadap setiap insan.
اللهم يا حفيظ يا عليم
Ya Allah! Peliharalah kami daripada tindakan yang melampaui batasan taqwa dan iman. Lindungilah kami daripada segala fitnah perpecahan dan perbalahan dan apa jua anasir yang menggugat keselamatan dan keharmonian.
Ya Allah! Sesungguhnya apa juga kebaikan, nikmat, dan anugerah adalah daripada sisi Mu jua. Oleh itu, jadikanlah kami umat yang tidak akan melupai dan sentiasa menyebut nama Mu yang terawal dalam setiap pujian dan penghargaan.
رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةَ وَفِي الْأَخِرَةِ حَسَنَةَ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبّ الْعَالَمِينَ.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ , وَالصَّلَاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Karim
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu.
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلَاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلَاَ مَحْرُوْمَا
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا آخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلَإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَاَ تَجْعَلْ فِيْ قَلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْم
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ , وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلَا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَاَ مَطْرُوْدًا وَلَاَ مَحْرُوْمَا
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ أَلْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal 'Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa'kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafi'a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru... kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلَاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلَإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَعُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah, Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan, Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu
Ya Ghaffar,
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal 'Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa'kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru... berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya 'Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمَا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَاَ تَجْعَلْ فِيْ قَلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami.
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) universiti ini akan menjadi universiti yang cemerlang, gemilang dan terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, universiti yang akan melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berjaya di dunia bahkan di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal'alamin,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal'ikram ,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan berkatilah ilmu yamg kau kurniakan itu. Hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلَاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قَلُوْبِنَا غِلاّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan
Ya Allah Ya Fa'aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Di saat ini juga kami rafa'kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan keemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Jadikanlah murid-murid yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai murid-murid yang bersyukur atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka murid-murid yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi tauladan dan sumber inspirasi kepada murid-murid lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai keemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلَإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّا لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْف رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَأْلِهِ
وَأصْحَابهِ أجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nasu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka, dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang, remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu
Ya Ghaffar,
Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara'
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلا تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَا مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلَاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَأْلِهِ وَأصْحَابهٍ أجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي ونسكي ومحياي ومماتي للهِ رَبِ العَالَمِيْنَ
Sesungguhnya solatku, ibadahku , hidupku, dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.
Ya Allah, Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .
Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah, Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan murid-murid yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمَا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمَا ، وَلَاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمَا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّا لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَعُوْف رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَأَلِهِ وَأصْحَابهِهِ أَجْمَعِيْنَ .
Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival ............................... pada hari ini .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan universiti kami .
Ya Allah, Ya Qahhar Ya Jabbar,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi murid yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal'alamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal'ikram,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya 'Azizi Ya Sattar Ya Fa'alullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةَ وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَأْلِهِ وَأصْحَابهِ أجْمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini.
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan. Berkatilah usaha ini Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin,
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami, Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal ikram,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .
Ya Allah, Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal, mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .
اَللّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيَّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمَا
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلَإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قَلُوْبِنَا غِلاَّا لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَ إِنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةَ وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهٍ أجْمَعِيْنَ
Ya Allah, Ya Ra'ufurrahim,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi murid-murid sesi................ pada hari ini.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi murid yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal'alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami murid-murid yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلَإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّا لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْف رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِ أجْمَعِيْنَ
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Perasmian Pelantikan ........................................................................ pada hari ini.
Ya Allah, Ya Hafiizu, Ya Syaafi,
Jadikanlah barisan ..................................... ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah, Ya Faliqui Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .
Ya 'Azizi Ya Latif, Ya Kaafi,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan ketinggian akhlak dan peribadi.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمَا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلَإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلَاَ تَجْعَلْ فِيْ قَلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَعُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهٍ أجْمَعِيْنَ
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya.
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( ................................................) dalam (.................................................................) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah, sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan, Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai'e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul'azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلَاَ مَعَنَا وَلا مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهٍ أجْمَعِيْنَ
Ya Allah, Ya 'Azizi Ya Sattar Ya Fa'alullima Yurid,
Kami rafa'kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah hati kami rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri,
Pada saat dan detik ini, kami rafa kan kesyukuran penuh pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri. Kurniakanlah kepada kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum murid-murid sekolah khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan iri hati sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami sebagai pendidik seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهٍ أجْمَعِيْنَ
Allahumma Ya Munzilal Barakat…
Kami merafa'kan kesyukuran penuh pengharapan kepada Mu agar perhimpunan agung pada hari ini mendatangkan kebaikan dan dilimpahi rahmat dari Mu. Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan kami untuk menempuh liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan duri. Maka Engkau kurniakanlah kepada kami keberkatan dalam usaha-usaha yang bakal kami lalui. Kurniakanlah kepada kami ketabahan yang padu, kesabaran yang mantap dalam menempuh ranjau kehidupan yang berliku ini.
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Aziz...
Jika Engkau timpakan ke atas kami musibah yang tidak kami ingini, jadikanlah ia sebagai sumber kekuatan bagi kami untuk memperteguh kesabaran kami. Maka lindungilah kami daripada segala tindakan yang menyimpang dan melanggar syariat Mu ketika mana menghadapinya. Juga permudahkanlah bagi kami menyelesaikan segala masalah dan musibah yang dihadapi selaras dengan syariat Mu. Dan jika Engkau kurniakan kepada kami nikmat yang merimpah ruah, jadikanlah ia sebagai ujian kepada kami untuk terus bersyukur kepada Mu. Mudah-mudahan ia menjadi sumber inspirasi dan kekuatan bagi kami untuk memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kami kepada Mu, Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami nur hidayah Mu, agar kami terus berada di landasan syari'at Mu sehingga ke akhir hayat kami.
Ya Allah, Ya ZalJalali Wal Ikram...
Ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang benar-benar mantap. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami, tambahkanlah kekuatan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan iri hati sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, sifat malas lagi lemah, mudah alpa mahu pun putus asa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami sebagai umat yang terbaik seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami.
Allahumma Ya Mudabbiral Amri...
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama lantas menegakkan syari'atnya, generasi yang mencintai bangsa lantas memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lantas mempertahankan kedaulatannya.
Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan syari'at dan keredhaan Mu ya Allah.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah …....
Kami rafa'kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum murid-murid sekolah khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri ....
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama lalu menegakkan syari'atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan kedaulatannya.
Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras dengan tuntutan syari'at-Mu.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةَ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ,وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah ..
Kami rafa'kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini.
Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syariat Mu.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri .....
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat alpa lagi pelupa, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah
Kami rafa'kan keyukuran penuh pengharapan kepada Mu kerana pada hari yang mulia ini dapat kami adakan pertemuan ............................................................................. segalanya dengan inayah dan rahmat mu jua. Kurniakanlah pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Allah! Kami pohonkan keberkatan Mu atas kejayaan yang kami kecapi pada hari ini.
Segalanya adalah dengan berkat rahmat Mu yang melimpah ruah ke atas kami. Kami pohonkan jua agar kejayaan kami ini menjadi wadah buat kami seterusnya mempertingkatkan kesedaran dalam lubuk naluri kami tentang peri pentingnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan sempurna seterusnya meningkatkan kualiti kerja dengan penuh berintegriti. Untuk itu Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai perkhidmatan pendidikan di Negara ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan Negara ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Dalam usaha mencapai tahap kecemerlangan dan kualiti kerja yang tinggi, kami pohon daripada Mu kurniaan anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri .....
Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar mantap. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, sifat alpa lagi pelupa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menggagalkan hasrat mempertingkatkan kualiti kerja kami dan menjatuhkan kredibiliti diri kami sendiri.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بسم الله الحمن الرحيم
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
Segala pujian dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rahmat-Nya dapat kita sama-sama meneruskan kehidupan dengan selamat dan sejahtera
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas dan juga di dalam talian. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan (UPSR/PMR/SPM/STPM). Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah dalam diri dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka dariapda melakukan amalan-amalan yang membawa ke neraka Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah! Dengan limpah rahmat dan kurnia-Mu, kami memohon agar Majlis Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan pada hari ini, dipenuhi keberkatan dan keredhaan-Mu. Ya Allah,
Ya Razzaq! Kami merafak setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat-Mu di atas nikmat kemerdekaan yang Engkau anugerahi kepada kami. Kurniakanlah kami semangat untuk terus mengisi kemerdekaan ini dengan perkara yang Engkau redhai. Lindungilah kami daripada segala kesulitan dan keaiban, serta hindarilah kami daripada segala kemaksiatan.
Ya Allah, Ya Rahman, Suburkanlah dalam sanubari kami, rasa cinta dan sayang kepada bumi Malaysia, tanah bertuah dan berdaulat serta tempat tumpahnya darah kami. Kami berlindung denganMu daripada kejahatan dan tipu daya musuh. Engkau lemparkanlah rasa gerun di hati musuh terhadap kami, agar terhenti segala usaha mereka untuk menggugat kerukunan hidup di tanah air kami sendiri.
Ya Allah! Engkau yang Maha Melindungi , Selamatkanlah dan lindungilah kami daripada segala fitnah perpecahan dan perbalahan, wabak penyakit dan apa jua yang menggugat keselamatan negeri dan negara kami.
Ya Allah! Berkatilah peristiwa hari ini, berkatilah segala pendengaran kami, penglihatan, dan jiwa raga kami. Kami memohon keampunan di atas segala kesalahan kami. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Adil.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di majlis bersempena Pertukaran
Puan/tuan.........
pada pagi ini.
Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan nikmat2Mu yang tidak terhitung. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.
Justeru kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah beliau sumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di sekolah ......…………...
Allahumma Ya Mudabbiral amri
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatan Beliau, sebagai ibadah yang Engkau redhai.
Terimalah segala usaha dan pengorbanan Beliau itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.
Iringilah bersama detik-detik perpindahan Pn Asmariah, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.
Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram
Kurniakanlah kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang Beliau miliki, ke dalam diri kami.
Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
ِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللهم يا منزل الرحمة ويا فاتح البركة
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu, dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis temu waris ini. Kurniakanlah pertemuan kami dalam majlis ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
ALLAHUMMA YA ARHAMAR RAHIMIN
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan pada hari ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar mantap.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai guru dan ibubapa yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan pelajar dan anak-anak kami. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, sifat alpa lagi pelupa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menggagalkan hasrat membangun modal insan dan membina Negara bangsa.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
سْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2020 di SMK ..................... pada pagi ini.
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima slip keputusan spm pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur dengan apa jua keputusan yang diperolehi. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, mudah mudahan majlis ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan diri dan mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelantikan Pemimpin Badan Kepimpinan Sekolah ........................ pada pagi ini.
يَا الله يَا حَىُّ يَا قََيُّوْمُ
Jadikanlah Badan Kepimpinan Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا عَزِيْزُ
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha kami ini, barisan Kepimpinan kami akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pemimpin yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pelajar yang berketrampilan dan berwibawa .
يَا اللهُ يَا مُؤَلِّفَ الْقُلُوْبِ
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakah ...
Kami rafa'kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami dalam kursus ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan dalam kursus ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar mantap.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri ....
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai agama dan menegakkan syari'atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya.
Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari'at Mu.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
Ya Allah!
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di wilayah kami.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kami bersyukur atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang Engkau pertemukan kami dengannya pada tahun ini. Maka jadikanlah bulan ini benar-benar dapat mendidik jiwa dan ruhani kami untuk menjadi insan yang bertakwa sebagaimana matlamat puasa yang engkau fardhukan ke atas kami. Jadikanlah jua bulan ini permulaannya kerahmatan buat kami dan keluarga kami, pertengahannya keampunan buat kami dan keluarga kami dan penghujungnya kemerdekaan dari azab neraka buat kami dan keluarga kami.
Ya Allah!
Dikesempatan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan Mu ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.
Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada kebesaran Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ibu kami. Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada keagungan Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ayah kami. Hulurkanlah rahmat kasih sayang Mu kepada keduanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami dilahirkan hingga ke hari ini.
Ya Allah!
Kami pohonkan ihsan Mu, Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!Ya Wadud!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu, ya Allah.
Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.
Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam kandungan lagi.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari'at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
اللهم لك أسلمنا وبك آمنا وعليك توكلنا وإليك أنبنا وبك خاصمنا وإليك حاكمنا فاغفرمنا ما قدمنا وما أخرنا وما أسررنا وما أعلنا أنت المقدم وأنت المؤخر لا إله إلا أنت يا اللّٰه يا رحمن يا رحيم
Wahai Tuhan Yang Maha Melimpah Rahmat lagi Maha Luas keberkatanNya.
Kami rafa'kan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Semesta Alam, kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari'at Mu.
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas, penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Bantulah kami menjadi pemimpin yang berdedikasi dan berhemah tinggi, kreatif dan berinovasi sesuai dengan perubahan era zaman ini seterusnya mampu mencapai matlamat melahirkan generasi rabbani.
Wahai Tuhan Pemelihara Sekalian Alam, Penjaga Sekalian makhlukNya, Peliharalah diri kami dan anak-anak kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah maruah.
Jadikanlah kami dalam golongan yang bersyukur atas nikmat yang sedikit, bersemangat dengan tekad yang ada, bersabar dengan musibah yang menimpa, berlapang dada dengan dugaan yang melanda.
Wahai Tuhan ...
Kurniakanlah jua keamanan dan kesejahteraan kepada negara kami yang berbilang kaum ini, selamatkanlah negara kami daripada bencana alam yang tidak terduga, selamatkanlah negara kami dari sebarang penjajahan dan penindasan oleh mana-mana kuasa.
اللهم أصلح لنا ديننا الذى هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا، وأصلح لنا آخرتنا التى إليها معادنا، واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير، واجعل الموت راحة لنا من كل شر
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
اللهم لك أسلمنا وبك آمنا وعليك توكلنا وإليك أنبنا وبك خاصمنا وإليك حاكمنا فاغفرمنا ما قدمنا وما أخرنا وما أسررنا وما أعلنا أنت المقدم وأنت المؤخر لا إله إلا أنت يا اللّٰه يا رحمن يا رحيم
Ya Allah!
Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu, pada hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepada Mu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua.
Ya Allah!
Bersempena sambutan hari lahir kami hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.
Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu, ya Allah.
Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.
Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam
kandungan lagi.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari'at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ