PEMBELAJARAN KENDIRI, FLIP CLASSROOM
Rasulullah SAW memberitahu hadiś qudsi bahawa Allah berfirman, “Sesiapa yang kesibukannya dengan al-Quran menyebabkan dia tidak mendapat kelapangan untuk berzikir dan berdoa kepada-Ku maka Aku akan kurniakan kepadanya lebih baik daripada apa-apa yang Aku kurniakan kepada orang-orang yang berdoa kepada-Ku. Dan kalamullah (perkataan Allah SWT) lebih afdal daripada perkataan-perkataan yang lain seumpama kemuliaan Allah ke atas segala ciptaan-Nya.” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah dengan sesuatu yang lebih afdal daripada apa-apa yang keluar daripada-Nya sendiri iaitu al-Quran.” (Mustadrak Hakim)
Nabi SAW bersabda, “Al-Quran ialah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima dan pembela yang pembelaannya diterima. Sesiapa yang meletakkan al-Quran di hadapannya (dengan beramal dengannya) maka al-Quran akan memimpin orang itu ke dalam syurga sementara sesiapa yang meletakkannya di belakang (yakni tidak beramal dengannya) maka al-Quran akan menolaknya ke dalam neraka.” (Ibnu Hibban)
Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat, puasa dan al-Quran akan memberi syafaat untuk seseorang hamba. Puasa akan berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menahannya daripada makan dan memenuhi tuntutan nafsu syahwat. Lantaran itu terimalah syafaatku untuknya.' Al-Quran pula berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menahannya daripada tidur pada waktu malam (yakni dia sentiasa membacaku dalam solah sunat pada waktu malam) maka terimalah syafaatku untuknya.' Jadi kedua-duanya memberi syafaat kepada orang itu.” (Musnad Aḥmad, Tabarani: Majma uz-Zawaid)
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya dengan perantaraan kitab ini Allah SWT telah meninggikan darjat ramai orang dan Dia juga telah merendahkan darjat ramai orang. Yakni Allah meninggikan darjat orang-orang yang beramal dengan al-Quran di dunia dan akhirat dan Dia menghinakan orang-orang yang tidak beramal dengannya.” (Muslim)
Rasulullah bersabda“Ambil beratlah untuk membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah , kerana sesungguhnya amalan itu akan menyebabkan namamu disebut-sebut di langit dan menjadi nur petunjuk untuk kamu di bumi." (Baihaqi)
Nabi SAW bersabda, “Hasad hanya dibolehkan ke atas dua jenis orang. Pertama ialah seorang yang Allah kurniakan al-Quran dan dia sibuk membaca al-Quran siang dan malam dan kedua ialah seorang yang Allah kurniakan harta dan dia sibuk membelanjakan hartanya itu di jalan Allah siang dan malam.” (Muslim)
Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran ialah seperti buah limau manis, baunya wangi dan rasanya pun sedap. Seorang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seumpama buah tamar walaupun tidak mempunyai bau namun rasanya manis. Seorang munafik yang membaca al-Quran ialah seumpama bunga Raihan yang baunya harum tetapi rasanya pahit. Sementara seorang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seumpama buah hanzalah yang tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit.” (Muslim) Keterangan: Buah hanzalah ialah sejenis buah yang menyerupai buah tembikai susu yang kelihatan cantik tetapi rasanya sangat pahit.
Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia mendapat satu hasanah sebagai balasan bagi satu huruf itu dan ganjaran untuk satu hasanah ialah sepuluh hasanah seumpamanya. Saya tidak mengatakan bahawa الم adalah satu huruf bahkan ‘alif adalah satu huruf 'lam' adalah satu huruf dan ‘mim' adalah satu huruf yakni kesemuanya tiga huruf yang dengan membacanya telah mendapat tiga puluh hasanah.” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, “Belajarlah al-Quran kemudian bacalah ia. Kerana seseorang yang mempelajari al-Quran dan kemudian membacanya dalam solah tahajud adalah seumpama satu uncang yang penuh dengan kasturi dan mulutnya terbuka lalu baunya semerbak merebak ke seluruh tempat dalam rumah. Sementara seseorang yang mempelajari al-Quran, dan dia tidur yakni dia tidak membaca al-Quran dalam solah tahajud walaupun al-Quran ada dalam dadanya adalah seumpama uncang yang penuh dengan kasturi tetapi mulutnya diikat" (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran maka hendaklah dia memohon daripada Allah dengan perantaraan al-Quran. Akan datang golongan yang membaca al-Quran dan mereka meminta-minta daripada manusia dengan perantaraan al-Quran.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa pada suatu malam Sayyidina Usaid bin Hudair sedang membaca al-Quran di kandang kudanya, tiba-tiba kuda betinanya berlompat-lompat. Beliau membaca lagi dan kudanya berlompat-lompat lagi. Beliau terus membaca lagi dan kudanya bertambah berputar lagi.” Sayyidina Usaid berkata bahawa saya bimbang kuda itu akan memijak anak saya Yahya (yang ada di situ) lantas saya pergi berdiri berhampiran dengan kuda itu lalu saya nampak sesuatu seumpama awan ada di bahagian atas kepala saya yang di dalamnya terdapat benda-benda bercahaya seumpama pelita. Benda seumpama awan itu menaik ke atas sehingga hilang daripada pandangan saya. Pada waktu pagi saya terus pergi berjumpa Nabi dan memberitahu, “Wahai Rasulullah, semalam saya membaca al-Quran di kandang kuda saya tiba-tiba kuda saya berlompat.” Rasulullah bersabda, “Wahai Ibnu Hudair, teruslah membaca." Sayyidina Usaid berkata lagi, “Saya terus membaca lagi dan kuda itu berlompat lagi.” Rasulullah bersabda lagi, 'Wahai Ibnu Hudair, bacalah lagi.” Beliau menjawab, “Saya teruskan bacaan dan kuda bertambah berlompat lagi.” Baginda bersabda lagi, “Wahai Ibnu Hudair, bacalah lagi.” Sayyidina Usaid berkata, “Lantas saya pun bangun dan pergi dari situ kerana anak saya Yahya berada berhampiran dengan kuda itu dan saya bimbang kuda itu akan memijaknya. Lalu saya nampak sesuatu seumpama awan, di dalamnya terdapat benda-benda bercahaya seumpama pelita. Benda itu terus naik ke atas sehingga hilang daripada pandangan saya." Baginda bersabda, “Itu ialah para malaikat yang datang untuk mendengar bacaanmu. Jika engkau membaca sehingga ke pagi maka orang ramai akan dapat melihatnya. Para malaikat itu tidak akan menyembunyikan diri daripada mereka.” (Muslim)
Sayyidina Abu Sa'id al-Khudrie meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau duduk bersama-sama dengan satu kumpulan orang-orang Muhajirin yang miskin (mereka begitu miskin sehingga tidak mempunyai cukup kain untuk menutup badan mereka dengan sempurna). Sebahagian daripada mereka berselindung di sebalik sebahagian yang lain. Seorang sahabat sedang membaca al-Quran. Dalam pada itu, Rasulullah datang lalu berdiri berhampiran kami. Kerana kedatangan Baginda sahabat yang membaca al-Quran tadi telah berhenti. Baginda telah memberi salam kemudian bertanya, “Apakah yang sedang kamu lakukan?” Kami menjawab, "Seorang daripada kami sedang membaca al-Quran dan kami mendengar bacaan kitab Allah dengan penuh tawajuh.” Lantas Baginda bersabda, "Segala puji hanya untuk Allah yang telah menjadikan daripada kalangan umatku orang-orang yang Dia memerintahkan daku duduk bersama mereka.” Selepas itu, Baginda duduk di tengah-tengah kami supaya Baginda berada sama jarak dengan kesemua kami (tidaklah hampir dengan sebahagian dan jauh dari sebahagian yang lain). Kemudian Baginda mengarahkan kami dengan isyarat tangan supaya duduk dalam bentuk bulatan di hadapan Baginda maka semua telah duduk dalam bentuk bulatan menghadap ke arah Baginda Sayyidina Abu Sa'id berkata, “Saya perhatikan keadaan Rasulullah dan dapati Baginda tidak mengenali sesiapa selain daripada saya. Baginda bersabda, “Wahai orang-orang Muhajirin yang miskin, berita gembira untuk kamu dengan nur yang sempurna pada hari kiamat dan kamu akan memasuki syurga separuh hari lebih awal daripada orang-orang kaya. Separuh hari itu menyamai lima ratus tahun." (Abu Daud)
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya al-Quran ini turun dengan tujuan menimbulkan kesedihan dan kebimbangan. Lantaran itu, apabila kamu membacanya maka hendaklah kamu menangis. Jika tidak boleh menangis maka hendaklah kamu meniru keadaan orang yang menangis. Dan bacalah al-Quran dengan suara yang merdu kerana sesiapa yang tidak membaca al-Quran dengan suara yang merdu bukanlah dia daripada kalangan kami yakni bukanlah daripada kalangan pengikut kami yang sejati.” (Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda, "Allah SWT tidak pernah memberi perhatian kepada apa-apa lebih daripada perhatian yang Dia berikan kepada seorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara yang merdu.” (Muslim)
Rasulullah bersabda, “Hiaskanlah al-Quran kamu dengan suara yang merdu kerana suara yang merdu menambahkan kecantikan al-Quran.” (Mustadrak Hakim)
Rasulullah SAW bersabda, “Ganjaran untuk seseorang yang membaca al-Quran dengan kuat ialah seperti ganjaran seorang yang bersedekah secara terang-terangan dan ganjaran untuk seseorang yang membaca al-Quran dengan perlahan adalah seperti ganjaran orang yang bersedekah secara sembunyi.” (Tirmizi) Keterangan: Ganjaran membaca al-Quran dengan perlahan dapat diketahui daripada hadis ini. Ini adalah untuk keadaan kemungkinan adanya riyak. Jika tidak ada kemungkinan riyak dan tidak juga akan menyusahkan orang lain maka berdasarkan satu hadis yang lain membaca al-Quran dengan kuat adalah lebih afdal. Ia akan menjadi punca untuk menggalakkan orang lain juga mambaca al-Quran. (Syarh Țibi)
Rasulullah bersabda kepadanya, “Semalam, jika kamu nampak aku semasa aku mendengar bacaanmu dengan penuh perhatian (pasti kamu akan gembira). Kamu telah mendapat sebahagian daripada kemerduan suara Nabi Daud (Muslim)
Nabi SAW bersabda, “Pada hari kiamat akan diseru kepada ahli al-Quran, “Teruskan membaca al-Quran dan naiklah tingkat-tingkat syurga. Bacalah dengan tartil sebagaimana di dunia kamu telah membaca dengan tartil. Maqam kamu ialah pada ketinggian yang kamu sampai semasa membaca ayat yang terakhir.” (Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat, orang-orang yang menghafal al-Quran dengan baik dan bacaannya pun bagus akan berada bersama para malaikat yang mulia lagi taat yang memindahkan al-Quran dari Lauh Mahfuz. Sementara seseorang yang tersekat-sekat dalam membaca al-Quran dan dia bersusah payah membaca maka dia mendapat dua ganjaran.” (Muslim) Keterangan: Yang dimaksudkan dengan orang yang tersekat-sekat ialah seorang yang hafiz tetapi tidak lancar namun dia terus berusaha untuk melancarkan hafalannya. Selain daripada itu ia juga boleh dimaksudkan seorang yang tidak hafiz dan tersekat-sekat dalam membaca al-Quran tetapi masih berusaha untuk membaca dengan betul. Orang yang sedemikian akan mendapat dua ganiaran. Satu ganjaran untuk bacaannya dan satu lagi ganjaran untuk susah payahnya kerana tersekat-sekat membaca (Tibi dan Mirqat).
Nabi bersabda, “Ahli al-Quran akan datang pada hari kiamat (ke hadapan Allah SWT) lalu al-Quran akan berkata kepada Allah SWT, "Kurniakanlah kepadanya sepasang pakaian." Maka dia akan dipakaikan mahkota kemuliaan dari sisi Allah. Al-Quran akan memohon lagi, "Ya Tuhanku, berilah lagi kepadanya pakaian.” Maka orang itu akan dipakaikan pakaian kemuliaan dengan sempurna. Kemudian al-Quran memohon lagi, “Wahai Tuhanku, redakanlah dia.” Maka Allah akan reda terhadapnya. Kemudian akan dikatakan kepadanya, “Teruslah membaca al-Quran dan naiklah tingkat-tingkat syurga.” Sebagai ganjaran bagi setiap ayat satu pahala akan ditambahkan untuknya." (Tirmizi).
Baginda bersabda, "Pada hari kiamat ketika ahli al-Quran keluar dari kubur maka al-Quran datang dalam keadaan yang pucat lalu bertanya, “Apakah kamu mengenaliku?” Orang itu akan berkata, “Aku tidak mengenalimu.” Al-Quran akan mengulangi soalannya, “Apakah engkau mengenaliku?” Orang itu akan berkata, “Aku tidak mengenalimu.” Al-Quran akan berkata, “Akulah al-Quran, temanmu yang telah menyebabkan kamu dahaga pada waktu tengahari yang panas dan yang menyebabkan kamu berjaga malam. Yakni kerana beramal dengan hukum al-Quran kamu berpuasa pada waktu siang dan membaca al-Quran pada waktu malam. Setiap peniaga inginkan keuntungan daripada perniagaannya dan hari ini kamu ialah orang yang paling banyak mendapat keuntungan daripada perniagaan. Selepas itu, ahli al-Quran itu akan diberikan kerajaan di tangan kanannya dan jaminan kekal (dalam syurga) diberi di tangan kirinya. Di atas kepalanya akan dipakaikan dengan mahkota kemuliaan. Kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua pasang pakaian yang harganya tidak mampu dinilaikan oleh penduduk dunia seluruhnya. Mereka berdua akan berkata, “Apakah sebabnya kami dipakaikan dengan pakaian ini?” Mereka akan dijawab, “Kerana anak kamu menghafal al-Quran.” Kemudian akan dikatakan kepada ahli al-Quran itu, “Teruslah membaca al-Quran dan naiklah tingkat-tingkat serta kamar-kamar syurga." Oleh itu dia akan terus naik tingkat-tingkat syurga selagi dia membaca al-Quran sama ada secara tartil atau cepat.” (Musnad Ahmad: Fath ur-Rabbani) Keterangan: Keadaan al-Quran yang datang dalam rupa seorang lelaki yang lemah dan pucat menzahirkan salah satu keadaan ahli al-Quran itu sendiri. Iaitu kerana pada waktu malam dia berjaga untuk membaca al-Quran dan pada waktu siang dia menunaikan perintah-perintah al-Quran menyebabkan dia menjadi lemah dan pucat. (Injah ul-Hajah).
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya bagi Allah SWT ada hamba-hamba-Nya yang istimewa sebagaimana sesebuah rumah ada ahlinya yang istimewa.” Para sahabat bertanya, "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?”' Baginda menjawab, “Mereka ialah ahli al- Quran, mereka ialah orang istimewa Allah." (Mustadrak Hakim).
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya hati seseorang yang tidak menghafal sebahagian pun daripada al-Quran adalah seumpama rumah yang terbiar yakni sebagaimana kemakmuran dan keceriaan rumah adalah kerana penghuninya demikian juga kemakmuran dan keceriaan hati adalah kerana menghafal al-Quran.” (Tirmizi).
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang telah mempelajari al-Quran kemudian melupakannya akan muncul pada hari kiamat dalam keadaan anggota-anggotanya berguguran kerana penyakit kusta." (Abu Daud)
Nabi bersabda,"Sesiapa yang membaca tiga ayat daripada permulaan surah al-Kahfi maka dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal.” (Tirmizi)
Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada permulaan surah al-Kahfi maka dia akan terpelihara daripada fitnah Dajjal. Dalam riwayat yang lain disebutkan sepuluh ayat akhir daripada surah al-Kahfi." (Muslim).
Nabi bersabda, "Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi maka bacaannya itu akan menjadi penyelamatnya daripada fitnah Dajjal.” (Amal ul-Yaum wal-Lailah).
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat akan terpelihara daripada segala fitnah selama lapan hari yakni sehingga hari Jumaat yang akan datang. Sekiranya dalam tempoh itu Dajjal keluar maka dia akan terselamat daripadanya juga.” (Tafsir Ibnu Kasir )
Rasulullah SAW bersabda, “Terdapat satu ayat dalam surah al-Baqarah yang merupakan penghulu bagi ayat-ayat al-Quran. Sebaik sahaja ayat itu dibacakan dalam mana-mana rumah sedangkan dalam rumah itu ada syaitan maka syaitan itu akan terus keluar. Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Mustadrak Hakim: Targhib)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah telah melantik saya untuk menjaga harta zakat fitrah. Seorang lelaki telah datang dan mula meraup bijirin daripada harta zakat itu dengan kedua-dua tangannya. Saya telah menangkapnya dan berkata kepadanya, “Saya mesti bawa kamu kepada Rasulullah.” Dia berkata, “Saya ini seorang yang berhajat, saya menanggung ahli keluarga dan saya sangat memerlukan." Sayyidina Abu Hurairah berkata lagi, “Lantas saya telah melepaskannya. Setelah pagi hari, saya telah berjumpa Nabi dan Baginda telah berkata kepada saya, “Wahai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh tawanan kamu semalam?” (Allah telah mengkhabarkan peristiwa itu kepada Baginda.) Saya pun menjawab, “Wahai Rasulullah, dia telah mengadu keadaannya yang sangat memerlukan dan dia menanggung ahli keluarganya maka saya telah berasa kasihan terhadapnya maka saya telah melepaskannya." Baginda bersabda, “Berjaga-jagalah, dia telah membohongimu dan dia akan datang lagi.” Lantaran sabdaan Nabi itu saya telah meyakini bahawa dia pasti akan datang maka saya terus menunggunya. Dia datang lagi dan mula meraup bijirin dengan kedua-dua tangannya. Saya telah menangkapnya dan berkata, “Saya mesti membawa kamu berjumpa Nabi ." Dia berkata, “'Tolonglah lepaskan saya, saya adalah seorang yang sangat memerlukan, saya menanggung ahli keluarga saya. Saya tidak akan datang lagi.” Lantaran itu, saya telah berasa kasihan terhadapnya maka saya telah melepaskannya. Apabila pagi Baginda bersabda kepada saya, “Wahai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh tawananmu?” Saya menjawab, "Wahai Rasulullah, dia mengadu keadaannya yang sangat memerlukan dan dia menanggung saraan ahli keluarganya maka saya telah berasa kasihan terhadapnya lalu saya melepaskannya." Baginda bersabda, "Berhati- hatilah, dia telah membohongi kamu dan dia akan datang lagi.” Lantaran itu saya terus menunggunya. Dia datang lagi dan telah meraup bijirin dengan kedua-dua tangannya. Saya telah menangkapnya dan berkata, “Saya mesti membawa kamu berjumpa Nabi. Ini kali ketiga dan terakhir kamu berjanji bahawa kamu tidak akan datang tetapi kamu datang juga." Dia berkata, “Lepaskanlah saya. Saya akan mengajarkan kamu ayat-ayat yang dengan perantaraannya Allah akan memberi manfaat kepada kamu." Saya bertanya, “Apakah ayat-ayat itu?" Dia menjawab, “Apabila kamu hendak berbaring di tempat tidur kamu maka bacalah ayat Kursi. Maka Allah akan mengutuskan untuk kamu seorang penjaga dan syaitan tidak akan dapat menghampiri kamu sehingga ke subuh.” Lantaran itu saya telah melepaskannya. Pada waktu pagi Rasulullah bertanya kepada saya, “Apakah yang telah dilakukan oleh tawanan kamu semalam?” Saya menjawab, “Dia katakan kepada saya bahawa dia akan ajarkan kepada saya ayat-ayat yang dengan perantaraannya Allah akan memberi manfaat kepada saya maka pada kali ini pun saya melepaskannya." Baginda bertanya, “Apakah ayat-ayat itu?” Saya menjawab, “Dia berkata bahawa apabila kamu mula berbaring di tempat tidur maka bacalah ayat Kursi hingga ke akhirnya maka Allah akan utuskan seorang penjaga untuk kamu dan sehingga ke subuh tidak ada syaitan yang boleh menghampiri kamu.” Perawi mengatakan bahawa para sahabat sangat gemar terhadap perkara kebaikan. (Oleh itu, pada kali terakhir setelah mendengar perkara kebaikan, tawanan itu dilepaskan). Baginda bersabda, “Dengarlah, dia telah bercakap benar dengan kamu walaupun dia pendusta besar. Wahai Abu Hurairah, Adakah kamu tahu dengan siapakah kamu berbicara semenjak tiga malam?” Saya menjawab, "Saya tidak tahu." Baginda bersabda, “Dialah syaitan (yang datang dengan tipu daya untuk mengurangkan harta zakat).” (Bukhari) Dalam riwayat Sayyidina Abu Ayub Ansari syaitan telah berkata, “Apabila kamu memasuki rumah bacalah ayat-ayat itu nescaya syaitan, jin dan seumpamanya tidak akan menghampirimu.” (Tirmizi).
Rasulullah bersabda kepada saya, “Wahai Abu Munzir (ini ialah panggilan untuk Sayyidina Ubai bin Ka'ab ), adakah kamu tahu ayat yang paling agung dalam kitab Allah SWT yang ada di sisimu?” Saya menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bertanya lagi, “Wahai Abu Munzir, adakah kamu tahu ayat yang paling agung dalam kitab Allah yang ada di sisi kamu?” Saya pun menjawab Ayat Kursi. Baginda SAW menepuk dada saya (seolah-olah mengucap syabas ke atas jawaban saya) lalu bersabda, “Tahniah di atas ilmu kamu, wahai Abu Munzir.” (Muslim)
Dalam satu riwayat yang lain Baginda bersabda tentang ayat Kursi, “Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya ayat itu mempunyai satu lidah dan dua bibir, sentiasa memuji-muji kesucian Allah di kaki ‘Arasy." (Musnad Ahmad: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, "Bagi setiap sesuatu ada puncak (yang merupakan tempat paling tinggi) dan puncak bagi al-Quran ialah surah al-Baqarah. Dalamnya terdapat satu ayat yang merupakan penghulu bagi seluruh ayat al-Quran iaitu ayat Kursi.” (Tirmizi)
Nabi SAW bersabda, "Allah telah menulis satu kitab dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Daripada kitab itu dua ayat telah diturunkan yang telah diletakkan di akhir surah al-Baqarah. Jika ayat-ayat ini dibacakan dalam mana-mana rumah selama tiga malam berturut-turut maka syaitan tidak akan dapat menghampiri rumah itu pun.” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam maka kedua-dua ayat itu akan mencukupi untuknya." (Tirmizi) Keterangan: ‘Kedua-dua ayat itu akan mencukupi untuknya' membawa dua maksud, pertama, pembacanya akan terpelihara pada malam itu daripada segala keburukan. Maksud kedua ialah kedua-dua ayat itu cukup untuk menggantikan pahala qiyamullail.
Nabi bersabda, "Sesiapa yang membaca sepuluh ayat pada satu malam maka akan ditulis untuknya satu qințar sedangkan satu qinţar lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan ditulis dalam kalangan orang-orang yang lalai daripada beribadat kepada Allah."(Mustadrak Hakim)
Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang membaca seratus ayat daripada al-Quran pada satu malam maka akan ditulis daripada kalangan orang-orang yang beribadat pada malam itu." (Mustadrak Hakim)
Rasulullah bersabda, Sesungguhnya aku mengenali suara teman-teman safar kabilah Asy'ari membaca al-Quran ketika mereka pulang ke rumah daripada kerja mereka pada waktu malam dan aku juga mengenali rumah-rumah mereka daripada suara-suara mereka membaca al-Quran walaupun aku tidak melihat mereka masuk ke rumah-rumah mereka pada waktu siang.” (Muslim)
Nabi SAW bersabda, "Sesiapa daripada kalangan kamu yang bimbang tidak dapat bangun pada bahagian akhir malam maka hendaklah dia menunaikan solah witir pada waktu awal malam (sebelum tidur). Sementara sesiapa yang ada harapan bahawa dia akan bangun maka hendaklah dia menunaikan solah witir pada bahagian akhir malam kerana malaikat akan hadir semasa pembacaan al-Quran pada bahagian akhir daripada malam dan pada masa itulah lebih afdal untuk membaca al-Quran.” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa sahaja orang Islam yang pergi ke tempat tidurnya lalu membaca satu surah daripada mana-mana surah al-Quran maka Allah akan menentukan satu malaikat untuk memeliharanya hingga tidak ada satu perkara yang menyakiti boleh menghampirinya sehinggalah dia bangun." (Tirmizi)
Nabi bersabda, "Aku telah dikurniakan tujuh surah permulaan al-Quran sebagai ganti kepada Taurat, dan aku dikurniakan ‘Mi'in' yakni sebelas surah selepasnya sebagai ganti kepada Zabur, dan aku dikurniakan ‘Maśani' yakni dua puluh surah selepasnya sebagai ganti Injil. Dan surah-surah selepasnya sehingga tamat al-Quran yang dikenal sebagai 'Mufaşşal' dikurniakan khusus untukku." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abdullah bin `Abbas meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Jibrail AS sedang duduk bersama Nabi. Tiba-tiba kedengaran suara dari langit lalu Jibrail telah mengangkat kepalanya ke atas dan berkata, “Satu pintu di langit telah dibuka pada hari ini yang tidak pernah dibuka sebelum ini. Menerusi pintu itu, seorang malaikat yang tidak pernah turun ke dunia sebelum ini telah turun." Malaikat itu pun datang lalu memberi salam dan berkata, "Bergembiralah dengan dua nur yang telah diberikan kepada tuan yang belum pernah diberikan kepada mana-mana nabi sebelum tuan iaitu surah al-Fatihah dan dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah. Mana-mana perkataan daripada kedua-duanya yang tuan baca Maka pasti tuan akan mendapat ganjarannyaa. (Muslim)
Rasulullah bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Darimi)
Rasulullah bersabda, “Apabila sesiapa daripada kamu mengatakan amin (di akhir surah Fatihah) maka pada masa itu para malaikat di langit juga akan berkata amin. Jika aminnya bertepatan dengan amin para malaikat maka semua dosanya yang telah lalu akan diampunkan.” (Bukhari)
Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu kuburan yakni makmurkanlah rumah kamu dengan zikrullah. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah.” (Muslim)
Rasulullah bersabda, “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Ambil beratlah untuk membaca dua surah yang bercahaya yakni surah al-Baqarah dan Aali `Imran kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat seumpama dua kumpulan awan ataupun dua naungan ataupun seperti dua kumpulan burung yang berterbangan dalam barisan. Kedua-duanya akan memberi syafaat kepada pembacanya. Khususnya bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya, mengingatinya serta memahaminya menyebabkan keberkatan. Meninggalkannya merupakan sebab kerugian (penyesalan). Orang-orang yang batil tidak boleh mengambil faedah daripada surah tersebut." Hadrat Mu'awiyah bin Salam berkata telah sampai kepada saya bahawa yang dimaksudkan dengan orang yang batil ialah tukang sihir yakni sihir daripada tukang sihir tidak akan memberi kesan kepada orang-orang yang selalu membaca surah al-Baqarah." (Muslim)
Rasulullah SAW bersabda, “Puncak yakni bahagian yang tertinggi bagi al-Quran ialah surah al-Baqarah. Sebanyak lapan puluh malaikat turun bersama setiap ayatnya. Ayat Kursi telah dikeluarkan daripada bahagian bawah Arasy yakni ia telah turun daripada khazanah Allah yang khusus kemudian ia telah digabungkan dengan surah al-Baqarah. Sementara surah Yasin ialah jantung al-Quran. Sesiapa yang membaca surah Yasin untuk keredaan Allah dan untuk akhirat maka pasti dia akan diampunkan. Oleh itu, bacalah surah Yasin itu di sisi orang-orang yang hampir meninggal dunia daripada kalangan kamu (supaya rohnya mudah keluar)." (Musnad Ahmad).
Rasulullah bersabda,“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan menunaikan sebutan huruf- huruf yang betul) sebagaimana ia diturunkan maka surah itu akan menjadi nur untuk pembacanya pada hari kiamat dari tempat tinggalnya sehingga ke Mekah. Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah ini dan kemudian Dajjal keluar maka Dajjal tidak akan dapat menguasainya." (Mustadrak Hakim)
Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi Baginda tidak membaca surah as-Sajdah dan Tabarakallazi.” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam kerana mencari keredaan Allah maka dia akan diampunkan.” (Ibnu Hibban)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam maka dia tidak akan menghadapi kefakiran." (Baihaqi)
Nabi SAW bersabda, "Dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi tiga puluh ayat yang akan terus-menerus memberi syafaat kepada seseorang yang selalu membacanya sehinggalah orang itu diampunkan. Surah itu ialah surah Tabarakallazi'.” (Tirmizi)
Sayyidina Abdullah bin 'Abbas meriwayatkan bahawa ada sahabat yang telah memasang khemah di atas sebuah kubur sedangkan dia tidak menyangka bahawa di situ ada kubur. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang membaca surah 'Tabarakallazi' sehingga tamat. Beliau telah datang berjumpa Nabi dan memberitahu, “Ya Rasulullah, saya telah memasang khemah di suatu tempat. Saya tidak menyangka bahawa tempat itu ialah perkuburan. Tiba-tiba saya mendengar seseorang membaca surah "Tabarakallazi' sehingga tamat.” Baginda bersabda, “Surah itu ialah penghalang daripada azab Allah SWT Dan ia adalah penyelamat daripada azab kubur (Tirmizi)
Sayyidina Abdullah bin Mas'ud berkata, “Dalam kubur seseorang itu akan didatangi azab dari arah kakinya maka kakinya akan berkata, “Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku ini kerana dia selalu berdiri menggunakan ku untuk membaca surah al-Mulk.' Kemudian azab akan datang dari arah dada ataupun perut maka dada ataupun perutnya akan berkata, “Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk.' Kemudian azab akan datang dari arah kepala maka kepala akan berkata, “Tidak ada jalan untuk kamu datang dari arahku kerana dia selalu membaca surah al-Mulk.' Sayyidina Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa surah ini ialah penghalang daripada azab kubur. Nama surah ini dalam Taurat ialah surah al-Mulk. Sesiapa yang membaca surah ini pada mana-mana malam maka dia telah menghasilkan pahala yang banyak.” (Mustadrak Hakim)
Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang ingin melihat keadaan hari kiamat seolah-olah dia lihat dengan matanya sendiri maka hendaklah dia membaca surah al-Takwir, surah al-Infitar dan surah al-Insyiqaq (kerana surah-surah itu menerangkan tentang hari kiamat).” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda "Surah al-Zalzalah menyamai separuh al-Quran, surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran dan surah al-Kafirun menyamai satu perempat al-Quran.” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, "Adakah sesiapa daripada kamu mampu membaca seribu ayat al-Quran setiap hari?” Para sahabat berkata, “Siapakah yang sanggup melakukan demikian?” Baginda menjawab, “Tidakkah sesiapa daripada kamu mampu membaca surah الهاكم التكاثر Ganjarannya sama dengan membaca seribu ayat).” (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Naufal meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi bersabda kepada beliau, “Bacalah "قل يا أيها الكافرون Dan teruslah tidur tanpa berbicara dengan sesiapa pun kerana sesungguhnya surah ini ialah kelepasan daripada syirik." (Abu Daud)
Rasulullah bersabda kepada salah seorang daripada sahabatnya, "Wahai polan, adakah engkau telah berkahwin?” Beliau menjawab, "Belum, wahai Rasulullah, demi Allah, saya tidak mempunyai apa-apa yang membolehkan saya berkahwin yakni saya seorang yang miskin." Baginda bertanya, “Apakah kamu tidak mengingati surah al-Ikhlas?” Beliau menjawab, “Ya, saya ingat." Baginda bersabda, “Ia menyamai satu pertiga al-Quran (dari segi pahala)." Kemudian Baginda bertanya lagi, “Apakah kamu tidak mengingati إذا جاء مصر الله والفتح?” Beliau menjawab, “Ya, saya ingat." Baginda bersabda, “Ia menyamai satu perempat al-Quran (dari segi pahala)." Baginda bertanya lagi, “Apakah kamu tidak mengingati surah قل يا ليها الكافرون ” Beliau menjawab, “Ya, saya ingat.” Baginda bersabda, “Ia menyamai satu perempat al-Quran (dari segi pahala)." Baginda bertanya lagi, “Apakah kamu tidak mengingati surah إذا زلزلت الأرض زلزالها” Beliau mejawab, “Ya saya ingat.” Baginda bersabda, “Ia menyamai satu perempat al-Quran (dari segi pahala). Kahwinlah, kahwinlah.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah berkata bahawa pada suatu ketika saya berjalan bersama Nabi. Baginda telah mendengar seseorang sedang membaca surah al-ikhlas lantas Baginda bersabda, “Telah wajib." Lantaran itu saya bertanya, “Apakah yang telah wajib wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, "Syurga telah wajib.” Sayyidina Abu Hurairah berkata, "Saya ingin untuk pergi kepada lelaki itu dan memberitahu berita gembira itu namun saya bimbang akan terlepas makan tengahari bersama Nabi lalu saya telah mengutamakan makan tengahari (kerana dapat makan bersama Nabi ialah satu tuah). Selepas makan bersama Nabii baru saya pergi dan mendapati lelaki itu tidak ada lagi.” (Muwatta' Imam Malik)
Nabi bersabda, “Apakah sesiapa daripada kamu tidak mampu membaca sepertiga al-Quran dalam satu malam?” Para sahabat ini bertanya, “Bagaimana mungkin seseorang mampu membaca sepertiga al-Quran dalam satu malam?” Baginda bersabda "قل هو الله أحد menyamai satu pertiga al-Quran (Muslim)
Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca sebanyak sepuluh "قل هو الله أحد، maka Allah akan membina untuknya sebuah mahligai dalam syurga.” Sayyidina 'Umar berkata, “Jika demikian saya akan banyakkan bacaan saya, Baginda SAW bersabda, Allah SWT juga memberi dengan lebih banyak dan lebih baik (Musnad Ahmad)
Sayyidatina 'Aisyah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai amir ke atas satu jemaah tentera. Dia selalu mengimami teman-teman jemaahnya dan selepas mana-mana surah yang dia baca dia akan membaca surah al-Ikhlas. Apabila mereka pulang mereka telah menceritakan keadaan ini kepada Nabi SAW . Baginda bersabda, “Tanyalah kenapa beliau melakukan demikian?” Mereka pun bertanya kepada beliau berbuat demikian dan beliau menjawab, “Kerana surah itu menerangkan sifat Allah Tuhan ar-Rahman. Oleh itu, saya suka membacanya.” Nabi bersabda, “Beritahu kepadanya bahawa sesungguhnya Allah SWT juga mencintainya.” (Bukhari)
Sayyidatina 'Aisyah meriwayatkan bahawa apabila Nabi SAW pergi ke tempat tidurnya Baginda akan menadah kedua-dua tapak tangannya dan membaca surah ”قل أعوذ برب الناس، dan قل أعوذ برب الفلق، ,"قل هو الله أحد kemudian Baginda akan menghembuskan padanya lalu Baginda akan menyapu ke semua tempat di badan yang tangan Baginda sampai. Baginda akan memulakan dengan kepala, kemudian muka dan kemudian bahagian hadapan badan. Baginda melakukan perbuatan ini sebanyak tiga kali." (Abu Daud)
Sayyidina 'Abdullah bin Khubaib berkata Rasulullah bersabda kepada saya, “Katakanlah olehmu.” Saya hanya berdiam diri. Baginda bersabda lagi, “Katakanlah olehmu.” Saya terus berdiam diri. Baginda bersabda lagi, “Katakanlah olehmu.” Lalu saya pun bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang patut saya katakan?” Baginda bersabda bacalah قل أعوذ برب الناس dan قل أعوذ برب الفلق، ,"قل هو الله أحد pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali. Ketiga-tiga surah itu cukup untuk memelihara kamu daripada (perkara-perkara yang menyusahkan).” (Abu Daud) Keterangan: Sesetengah ulama berpendapat bahawa maksud daripada hadis di atas ialah orang-orang yang tidak mampu membaca al-Quran dengan banyak maka insya Allah cukuplah untuk mereka tiga surah ini yang dibaca pada waktu pagi dan petang. (Syarh Țibi)
Sayyidina Uqbah bin 'Amir berkata Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Uqbah bin Amir, kamu tidak akan membaca surah yang lebih dikasihi dan lebih cepat diterima oleh Allah daripada surah al-Falaq Lantaran itu, jika kamu mampu jangan tinggalkan surah ini dalam mana-mana solah pun.” (Ibnu Hibban)
Sayyidina 'Uqbah bin Amir berkata Rasulullah bersabda, "Tidakkah kamu ketahui bahawa ayat-ayat yang diturunkan ke atasku semalam, yang tidak ada tolok bandingnya iaitu surah" al-Falaq & anNas (Muslim) ".
Sayyidina 'Uqbah bin 'Amir berkata bahawa Rasulullah bersabda, "Saya bersama Rasulullah sedang berjalan dalam satu safar antara Juhfah dan Abwa'. Tiba-tiba ribut yang kuat dan keadaan yang sangat gelap menyelubungi kami. Baginda pun mula meminta perlindungan daripada Allah SWT dengan membaca surah قل أعوذ برب الناس، dan قل أعوذ برب الفلق Baginda bersabda, “Wahai Uqbah, mintalah perlindungan daripada Allah dengan membaca dua surah ini. Tidak ada sesiapa yang mendapat perlindungan dengan perantaraan benda-benda lain lebih daripada perlindungan yang didapati melalui kedua-dua surah ini. Yakni tidak ada doa untuk meminta perlindungan yang lebih mustajab di sisi Allah dengan daripada kedua-dua surah ini. Kedua-kedua surah ini tiada tolok bandingnya dalam memohon perlindungan kepada Allah ." Sayyidina Uqbah berkata, "Saya mendengar Rasulullah membaca kedua-dua surah ini semasa mengimami kami dalam solah.” (Abu Daud)
Rasulullah bersabda, “Tidakkah kamu ketahui bahawa ayat-ayat yang diturunkan ke atasku semalam, yang tidak ada tolok bandingnya iaitu surah قل اعوذ برب الفلق dan قل اعوذ برب الناس (Muslim)
Sayyidina Nawwas bin Samʼaan Kilabi berkata saya telah mendengar Nabi bersabda, “Pada hari kiamat al-Quran dan ahlinya (orang-orang yang beramal dengannya) akan didatangkan. Surah al-Baqarah dan surah Aali 'Imran akan mendahului mereka.” (Muslim)
Nabi SAW bersabda, “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh seseorang lebih daripada zikrullah untuk menyelamatkannya daripada azab Allah.” Ditanyakan, "Walaupun jihad di jalan Allah SWT?" Baginda bersabda, “Jihad pun tidak boleh mengatasi zikrullah untuk menyelamatkan seseorang daripada azab Allah itu kecuali seseorang itu berjihad dan terus berjihad sehingga pedangnya patah, barulah jihad pun boleh menyamai zikrullah untuk menyelamatkan diri daripada azab Allah (Tabarani: Majma' Zawa'id)
Nabi bersabda bahawa Allah SWT berfirman, “Aku melakukan sesuatu terhadap hamba-Ku sebagaimana sangkaannya terhadap-Ku. Apabila dia mengingati-Ku maka Aku akan bersamanya. Jika dia mengingati-Ku dalam hatinya maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku akan mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik yakni perhimpunan para malaikat. Seseorang hamba yang menuju ke arah-Ku sejengkal maka Aku menuju ke arahnya sehasta. Jika dia datang kepada-Ku sehasta maka Aku datang kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (Bukhari) Keterangan: Maksud ḥadis di atas ialah, sesiapa yang melakukan amalan soleh untuk menghampirkan diri kepada Allah maka Allah akan lebih lagi menghampirinya dengan rahmat dan pertolongan-Nya.
Nabi bersabda bahawa Allah berfirman, “Apabila seseorang hamba mengingati-Ku dan Bibirnya bergerak-gerak kerana mengingati-Ku maka Aku bersama dengannya. (Ibnu Majah)
Sayyidina Abdullah bin Busr meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, hukum hakam syariat sudah banyak (yang mesti diamalkan tetapi) beritahulah kepada saya amalan yang saya boleh jadikan amalan tetap saya." Baginda bersabda, “Basahkanlah lidah kamu dengan zikrullah pada setiap masa." (Tirmizi)
Sayyidina Mu'az bin Jabal berkata, “Perbicaraanku yang terakhir dengan Rasulullah semasa berpisah daripada Baginda ialah aku berkata kepada Baginda “Beritahulah kepadaku apakah amalan yang paling dikasihi oleh Allah ?” Dalam riwayat yang lain Sayyidina Mu'az berkata, "Wahai Rasulullah beritahulah kepadaku, apakah amalan yang paling afdal dan paling banyak dapat menghampirkan seseorang kepada Allah ?" Baginda bersabda, “Kamu mati dalam keadaan lidah kamu basah mengingati Allah (dan ini hanya mungkin berlaku apabila seseorang itu semasa hidup mengambil berat untuk berzikrullah).” (Amal ul-Yaum wal-Lailah, Bazzar: Majma' uz-Zawa'id) Keterangan: Maksud daripada ketika berpisah' ialah ketika Baginda mengutuskan beliau sebagai gabenor ke Yaman. Perbualan ini berlaku pada masa itu.
Sayyidina Abu Dardania berkata Rasulullah bersabda, “Tidakkah patut aku memberitahu kamu amalan yang paling baik antara amalan-amalan kamu, yang paling suci di sisi Tuhan kamu, yang paling banyak meninggikan darjat kamu, yang lebih baik daripada membelanjakan emas dan perak di jalan Allah dan yang lebih baik daripada kamu membunuh musuh semasa jihad dan musuh membunuh kamu?” Para sahabat berkata, “Bahkan ya Rasulullah.” Baginda bersabda, "Zikrullah.” (Tirmizi)
Nabi bersabda, "Sesiapa yang diberi empat perkara ini maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan dunia dan akhirat, 1. Hati
yang selalu bersyukur. 2. Lidah yang sentiasa mengingati Allah SWT 3. Badan yang bersabar di atas musibah. 4. Isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suami." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, "Setiap hari dan malam ada sedekah dan kurniaan daripada Allah untuk hamba-hamba-Nya. Dan tidak ada kurniaan daripada Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang lebih afdal daripada taufiq untuk mengingati-Nya." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, “Demi Tuhan yang nyawaku dalam genggaman-Nya, jika keadaan kamu dapat berkekalan sebagaimana keadaan kamu semasa berada di sisiku dan kamu sibuk mengingati Allah maka para malaikat akan bersalaman dengan kamu di atas tilam-tilam kamu dan di jalan-jalan. Namun wahai Hanzalah, keadaan ini kadang-kadang berlaku. Baginda mengatakan perkara ini tiga kali yakni manusia tidak dapat kekal di atas satu keadaan sepanjang masa tetapi keadaannya akan berubah-ubah.” (Muslim)
Rasulullah bersabda, "Setelah ahli syurga memasuki syurga mereka tidak akan menyesal atas apa-apa daripada perkara dunia kecuali Masa yang telah berlalu di dunia tanpa mengingati Allah SWT (Tabarani & Baihaqi)
Nabi SAW bersabda, “Tunaikanlah hak-hak majlis, (antara hak-hak itu ialah) banyakkanlah mengingati Allah (Tabarani: Jami' Şaghir)
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menunggang kenderaan semasa bersafar dalam keadaan dia mengosongkan hatinya daripada perkara-perkara dunia dan menumpukan ingatannya kepada Allah maka satu malaikat akan bersama dengannya sementara penunggang yang membaca syair-syair yang melalaikan dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia maka syaitan yang akan bersama dengannya." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Nabi bersabda, “Perumpamaan seseorang yang mengingati Allah dan seseorang yang tidak mengingati Allah SWT adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang berzikir ialah orang yang hidup dan orang yang tidak berzikir ialah orang yang mati.” Dalam satu riwayat yang lain, "Perumpamaan rumah yang Allah diingati di dalamnya adalah seperti orang yang hidup yakni rumah itu makmur sementara rumah yang Allah tidak diingati di dalamnya adalah seperti orang yang mati yakni rumah itu terbiar." (Bukhari dan Muslim)
Sayyidina Mu'az meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulullah, “Apakah jihad yang paling besar ganjarannya?" Baginda bersabda, “Orang yang paling banyak mengingat Allah (dalam jihadnya).” Lelaki itu bertanya lagi, “Siapakah orang berpuasa yang paling banyak ganjarannya?” Baginda bersabda, "Orang yang paling banyak mengingat Allah (dalam puasanya).” Demikianlah Baginda bersabda tentang solah, zakat, haji dan sedekah yakni solah, zakat, haji dan sedekah yang paling afdal ialah yang paling banyak Allah diingati dalam melakukan amalan-amalan itu." Lantas Sayyidina Abu Bakar berkata kepada Sayyidina 'Umar, "Wahai Abu Hafs, orang yang berzikir telah membolot segala kebaikan.” Baginda bersabda, "Betul apa-apa yang kamu katakan itu." (Musnad Ahmad)
Rasulullah bersabda, "Para mufarrid telah jauh ke hadapan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah itu para mufarrid?" Baginda menjawab, “Orang yang bersungguh-sungguh mengingati Allah Zikrullah telah meringankan beban-beban mereka maka pada hari kiamat mereka akan datang dalam keadaan yang ringan.” (Tirmizi)
Rasulullah bersabda, "Jika ada dalam ribaan seseorang wang ringgit dan dia membahagi-bahagikan wang itu dan seorang lagi sedang berzikrullah maka (orang yang) berzikrullah itu lebih afdal." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang memperbanyak zikrullah sesungguhnya dia telah terlepas daripada kemunafikan." (Tabarani: Jami Şaghir)
Rasulullah SAW bersabda, “Ramai daripada kalangan manusia yang mengingati Allah di atas tilam-tilam yang empuk maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam tingkat syurga yang tertinggi dengan berkat zikir tersebut.” (Abu Ya'la: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Jabir bin Samurah berkata bahawa setelah Nabi SAW selesai daripada solah subuh Baginda akan duduk bersila ditempatnya (untuk berzikir) sehingga matahari terbit dengan sempurna." (Abu Daud)
Sayyidina Anas bin Malik berkata Rasulullah bersabda, “Aku duduk bersama satu kumpulan yang sibuk mengingati Allah daripada waktu solah subuh sehingga matahari terbit lebih aku suka daripada aku memerdekakan empat orang hamba keturunan Nabi Ismail . Demikian juga aku duduk bersama dengan kumpulan yang sibuk mengingati Allah dari solah 'asar sehingga tenggelam matahari lebih aku suka daripada memerdekakan empat orang hamba." (Abu Daud) Keterangan: Disebut tentang keturunan Nabi Ismail adalah kerana mereka ialah kabilah yang paling afdal dan mulia daripada kalangan orang Arab lantaran itu harga mereka lebih mahal.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai satu gerombolan para malaikat yang berkeliling di jalan-jalan mencari-cari orang-orang yang mengingati Allah SWT. Apabila mereka mendapati orang-orang yang sedang sibuk mengingati Allah SWT maka mereka berpanggilan antara satu sama lain, “Datanglah, di sini ada perkara yang kamu cari-carikan." Kemudian para malaikat itu datang dan meliputi orang-orang itu dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia. Allah SWT bertanya kepada para malaikat itu sedangkan Dia lebih mengetahui tentang orang- orang itu daripada malaikat tersebut, “Apakah yang hamba-hambaku katakan?” Para malaikat itu menjawab, "Mereka sedang sibuk mensucikan- Mu, membesarkan-Mu, memuji-Mu, dan mengagungkan-Mu.” Lantas Allah SWT bertanya lagi, “Apakah mereka pernah melihat Aku?" Para malaikat menjawab, "Demi Allah, tidak. Mereka tidak pernah melihat-Mu." Allah SWT berfirman, “Jika mereka melihat-Ku, apakah keadaan mereka?" Para malaikat menjawab, “Jika mereka melihat-Mu, pasti mereka akan lebih banyak beribadat kepada-Mu, lebih banyak mengagungkan-Mu dan lebih banyak mensuci dan memuji-Mu." Allah SWT bertanya lagi, “Apakah yang mereka minta daripada-Ku?" Para malaikat menjawab, “Mereka meminta daripada-Mu akan syurga." Allah bertanya, “Apakah mereka pernah melihat syurga?” Para malaikat menjawab, "Demi Allah, wahai Tuhan kami, mereka belum pernah melihat syurga." Allah bertanya lagi, "Jika mereka melihat syurga bagaimanakah keadaan mereka?” Para malaikat menjawab, "Jika mereka melihat syurga pastilah mereka akan lebih gemar, lebih kuat berusaha dan lebih bercita-cita untuk mendapatkan syurga. Allah bertanya lagi, "Mereka meminta perlindungan daripada apa?” Para malaikat menjawab, “Mereka meminta perlindungan daripada api neraka.” Allah bertanya, “Apakah mereka pernah melihat neraka?" Para malaikat menjawab, “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan, mereka tidak pernah melihat neraka.” Allah berfirman, “Jika mereka melihatnya apakah keadaan mereka?” Para malaikat menjawab, "Jika mereka melihatnya pasti mereka akan lebih berusaha menjauhkan diri daripadanya dan lebih takut." Allah berfirman, “Kalau begitu kamu bersaksilah bahawa Aku telah mengampunkan semua ahli majlis itu." Seorang malaikat berkata, “Bersama mereka ada seorang yang bukan daripada kalangan mereka. Dia datang hanya kerana keperluannya sendiri (dan telah duduk bersama mereka)." Allah berfirman, "Mereka adalah ahli majlis yang begitu bertuah sehingga sesiapa sahaja yang duduk bersama mereka tidak terhindar (daripada rahmat Allah )." (Bukhari)
Nabi SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT memiliki satu kumpulan malaikat yang sentiasa bergerak ke sana ke mari mencari halkah zikir. Apabila para malaikat itu datang dan mengelilingi halkah-halkah zikir itu maka mereka akan hantar satu utusan (membawa berita) ke langit ke sisi Allah SWT. Utusan itu akan berbicara bagi pihak semua malaikat, "Wahai Tuhan kami, kami ini datang dari hamba-hamba-Mu yang sedang menceritakan kebesaran nikmat-nikmat-Mu (al-Quran, iman dan Islam), yang sedang membaca kitab-Mu dan yang sedang berselawat ke atas Nabi-Mu dan mereka memohon daripada-Mu untuk kebaikan dunia dan akhirat mereka." Lalu Allah berfirman, “Liputilah mereka dengan rahmat-Ku." Para malaikat berkata, "Sesungguhnya daripada kalangan mereka ada seorang pendosa yang datang duduk bersama mereka.” Maka Allah berfirman, “Liputilah mereka semua dengan rahmat-Ku, kerana ini adalah majlis orang-orang yang begitu bertuah dan orang yang duduk bersama mereka tidak akan terlepas (daripada rahmat Allah )." (Bazzar: Majma uz-Zawa'id)
Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana kumpulan yang berhimpun untuk mengingati Allah dan maksud mereka hanya untuk mendapatkan keredaan Allah maka pasti seorang malaikat menyeru dari langit (dengan perintah Allah di akhir majlis), “Bangunlah kamu, dalam keadaan kamu telah diampunkan. Segala kejahatan kamu telah ditukar kepada kebaikan." (Musnad Ahmad, Tabarani, Abu Ya'la, Bazzar: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Anas bin Malik berkata Rasulullah bersabda, “Aku duduk bersama satu kumpulan yang sibuk mengingati Allah daripada waktu solah subuh sehingga matahari terbit lebih aku suka daripada aku memerdekakan empat orang hamba keturunan Nabi Ismail . Demikian juga aku duduk bersama dengan kumpulan yang sibuk mengingati Allah dari solah 'asar sehingga tenggelam matahari lebih aku suka daripada memerdekakan empat orang hamba." (Abu Daud) Keterangan: Disebut tentang keturunan Nabi Ismail adalah kerana mereka ialah kabilah yang paling afdal dan mulia daripada kalangan orang Arab lantaran itu harga mereka lebih mahal.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai satu gerombolan para malaikat yang berkeliling di jalan-jalan mencari-cari orang-orang yang mengingati Allah SWT. Apabila mereka mendapati orang-orang yang sedang sibuk mengingati Allah SWT maka mereka berpanggilan antara satu sama lain, “Datanglah, di sini ada perkara yang kamu cari-carikan." Kemudian para malaikat itu datang dan meliputi orang-orang itu dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia. Allah SWT bertanya kepada para malaikat itu sedangkan Dia lebih mengetahui tentang orang- orang itu daripada malaikat tersebut, “Apakah yang hamba-hambaku katakan?” Para malaikat itu menjawab, "Mereka sedang sibuk mensucikan- Mu, membesarkan-Mu, memuji-Mu, dan mengagungkan-Mu.” Lantas Allah SWT bertanya lagi, “Apakah mereka pernah melihat Aku?" Para malaikat menjawab, "Demi Allah, tidak. Mereka tidak pernah melihat-Mu." Allah SWT berfirman, “Jika mereka melihat-Ku, apakah keadaan mereka?" Para malaikat menjawab, “Jika mereka melihat-Mu, pasti mereka akan lebih banyak beribadat kepada-Mu, lebih banyak mengagungkan-Mu dan lebih banyak mensuci dan memuji-Mu." Allah SWT bertanya lagi, “Apakah yang mereka minta daripada-Ku?" Para malaikat menjawab, “Mereka meminta daripada-Mu akan syurga." Allah bertanya, “Apakah mereka pernah melihat syurga?” Para malaikat menjawab, "Demi Allah, wahai Tuhan kami, mereka belum pernah melihat syurga." Allah bertanya lagi, "Jika mereka melihat syurga bagaimanakah keadaan mereka?” Para malaikat menjawab, "Jika mereka melihat syurga pastilah mereka akan lebih gemar, lebih kuat berusaha dan lebih bercita-cita untuk mendapatkan syurga. Allah bertanya lagi, "Mereka meminta perlindungan daripada apa?” Para malaikat menjawab, “Mereka meminta perlindungan daripada api neraka.” Allah bertanya, “Apakah mereka pernah melihat neraka?" Para malaikat menjawab, “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan, mereka tidak pernah melihat neraka.” Allah berfirman, “Jika mereka melihatnya apakah keadaan mereka?” Para malaikat menjawab, "Jika mereka melihatnya pasti mereka akan lebih berusaha menjauhkan diri daripadanya dan lebih takut." Allah berfirman, “Kalau begitu kamu bersaksilah bahawa Aku telah mengampunkan semua ahli majlis itu." Seorang malaikat berkata, “Bersama mereka ada seorang yang bukan daripada kalangan mereka. Dia datang hanya kerana keperluannya sendiri (dan telah duduk bersama mereka)." Allah berfirman, "Mereka adalah ahli majlis yang begitu bertuah sehingga sesiapa sahaja yang duduk bersama mereka tidak terhindar (daripada rahmat Allah )." (Bukhari)
Nabi SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT memiliki satu kumpulan malaikat yang sentiasa bergerak ke sana ke mari mencari halkah zikir. Apabila para malaikat itu datang dan mengelilingi halkah-halkah zikir itu maka mereka akan hantar satu utusan (membawa berita) ke langit ke sisi Allah SWT. Utusan itu akan berbicara bagi pihak semua malaikat, "Wahai Tuhan kami, kami ini datang dari hamba-hamba-Mu yang sedang menceritakan kebesaran nikmat-nikmat-Mu (al-Quran, iman dan Islam), yang sedang membaca kitab-Mu dan yang sedang berselawat ke atas Nabi-Mu dan mereka memohon daripada-Mu untuk kebaikan dunia dan akhirat mereka." Lalu Allah berfirman, “Liputilah mereka dengan rahmat-Ku." Para malaikat berkata, "Sesungguhnya daripada kalangan mereka ada seorang pendosa yang datang duduk bersama mereka.” Maka Allah berfirman, “Liputilah mereka semua dengan rahmat-Ku, kerana ini adalah majlis orang-orang yang begitu bertuah dan orang yang duduk bersama mereka tidak akan terlepas (daripada rahmat Allah )." (Bazzar: Majma uz-Zawa'id)
Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana kumpulan yang berhimpun untuk mengingati Allah dan maksud mereka hanya untuk mendapatkan keredaan Allah maka pasti seorang malaikat menyeru dari langit (dengan perintah Allah di akhir majlis), “Bangunlah kamu, dalam keadaan kamu telah diampunkan. Segala kejahatan kamu telah ditukar kepada kebaikan." (Musnad Ahmad, Tabarani, Abu Ya'la, Bazzar: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, “Di sebelah kanan Tuhan ar-Rahman sedangkan kedua-dua tangan-Nya ialah kanan - akan ada orang-orang yang bukanlah para nabi dan bukan para syuhada. Cahaya wajah mereka menarik perhatian orang-orang yang memandang. Para nabi dan syuhada mencemburui dan mengkagumi kedudukan mereka yang hampir dengan Allah SWT.” Ada orang bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah mereka?” Baginda bersabda, “Mereka ialah orang-orang yang datang daripada pelbagai kabilah meninggalkan keluarga dan sanak saudara berhimpun (di satu tempat) semata-mata untuk mengingati Allah SWT dan mereka berhati-hati memilih perkataan yang baik- baik dalam berbicara sebagaimana orang memilih tamar yang baik (dari timbunan tamar) untuk makan.” (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id) Keterangan: Maksud ḥadis di atas berada di sebelah kanan Tuhan ar- Rahman' ialah mereka mendapat kedudukan yang khusus di sisi Allah dan maksud kedua-dua tangan Allah adalah kanan ialah sebagaimana kebiasaan tangan kanan digunakan untuk perkara-perkara yang baik-baik demikianlah dari zat Allah hanya kebaikan sahaja yang didapati. Para nabi dan syuhada mencemburui dan mengkagumi mereka adalah kerana amalan mereka yang khusus itu sedangkan darjat para nabi dan syuhada lebih tinggi daripada mereka berkali-kali ganda. (Majma'u Bihar il-Anwar)
Sayyidina Abd ur-Rahman bin Sahl bin Hunaif berkata semasa Baginda berada dalam rumahnya telah turun ke atas Baginda ayat “Kamu hendaklah bersabar duduk bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang.” Lantas Baginda terus keluar mencari mereka dan mendapati satu kumpulan sedang mengingati Allah. Antara mereka ada yang kusut masai rambutnya, kering kulitnya dan ada yang hanya mempunyai satu helai kain sahaja. Apabila Baginda melihat mereka Baginda terus duduk di samping mereka lalu bersabda, "Segala puji hanya untuk Allah yang telah mewujudkan daripada kalangan umatku orang-orang yang aku sendiri diperintahkan untuk duduk bersama mereka.” (Tafsir Ibnu Kaśir)
Sayyidina Abdullah bin 'Amr berkata, saya bertanya kepada Nabi “Wahai Rasulullah, apakah ganjaran dan pahala majlis zikir?" Baginda bersabda, “Ganjaran bagi majlis zikir ialah syurga, syurga.” (Musnad Aḥmad, Ţabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, Allah akan mengisytiharkan pada hari kiamat, “Hari ini orang-orang yang berhimpun (di padang mahsyar) akan mengetahui siapakah orang-orang yang mulia.” Ada orang bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang-orang yang mulia?" Baginda bersabda, “(Orang-orang) yang duduk dalam malis-majlis zikir di masjid-masjid.” (Musnad Aḥmad, Abu Ya'la: Majma' uz-Zawa'id)
Rasulullah bersabda, “Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka nikmatilah hasilnya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah itu taman-taman syurga?” Baginda SAW bersabda, “Halkah-halkah zikir." (Tirmizi)
Sayyidina Mu'awiyah berkata bahawa Rasulullah telah pergi ke satu halkah para sahabat lantas Baginda bertanya, “Apakah yang telah menyebabkan kamu duduk di sini?” Para sahabat menjawab, “Kami duduk mengingati Allah dan bersyukur atas ihsan Allah kepada kami kerana memberi petunjuk kepada kami untuk menerima Islam." Baginda bersabda lagi, “Demi Allah, apakah hanya itu tujuan kamu duduk di sini?” Para sahabat menjawab, “Demi Allah, hanya kerana itulah kami duduk di sini." Baginda bersabda, “Saya tidak meminta kamu bersumpah kerana mencurigai kebenaran kamu. Namun, sebenarnya Jibrail telah datang kepadaku dan mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Allah berbangga-bangga dengan kamu di hadapan para malaikat.” (Muslim)
Sayyidina Abu Razin meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Apakah patut aku memberitahu kamu perkara asas dalam agama yang dengannya kamu akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat? Duduklah dalam majlis orang-orang yang mengingati Allah dan apabila kamu bersendirian maka sentiasalah gerakkan lidah kamu untuk mengingati Allah." (Baihaqi: Misykat)
Sayyidina Abdullah bin 'Abbas berkata ada orang bertanya kepada Nabi SAW "Ya Rasulullah, siapakah teman yang paling baik untuk kami duduk bersamanya?” Baginda bersabda, “Seseorang yang apabila kamu melihatnya menyebabkan kamu akan teringat kepada Allah dan percakapannya akan menyebabkan amalan kamu bertambah dan amalannya menyebabkan kamu teringatkan akhirat.” (Abu Ya'la: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang mengingati Allah dengan dalam keadaan air matanya bercucuran sehingga jatuh ke bumi kerana takutkan Allah maka Allah tidak akan mengazabnya pada hari kiamat.” (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Dua titisan dan dua tanda yang paling dikasihi oleh Allah ialah 1. Titisan air mata yang gugur kerana takutkan Allah 2. Titisan darah yang gugur di jalan Allah dengan Sementara dua tanda ialah 1. Tanda di jalan Allah (seperti parut kecederaan, debu atau kesan berjalan di jalan Allah dan 2. Tanda yang berlaku kerana menunaikan mana-mana kefarduan Allah (seperti tanda sujud, kesan perjalanan haji dan sebagainya)." (Tirmizi)
Nabi bersabda, “Tujuh orang akan diletakkan oleh Allah SWT di bawah naungan rahmat-Nya pada hari kiamat yang tidak ada naungan selain daripada naungan Allah 1. Raja yang adil. 2. Pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah 3. Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid. 4. Dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah pertemuan dan perpisahan mereka adalah semata-mata kerana Allah SWT 5. Seorang lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita namun dia berkata saya takutkan Allah 6. Seorang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. 7. Seseorang yang mengingati Allah SWT dalam keadaan bersendirian lalu berlinangan air matanya.” (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Mana-mana golongan yang duduk dalam mana-mana majlis yang tidak mengingati Allah dan tidak berselawat kepada Nabi SAW maka majlis itu akan menjadi asbab kerugian untuk mereka pada hari kiamat. Maka terserah kepada Allah sama ada Dia ingin mengazab mereka atau Dia memaafkan mereka.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang duduk dalam mana-mana majlis yang tidak mengingati Allah maka majlis itu akan merugikannya dan sesiapa yang berbaring tanpa mengingati Allah maka baringnya itu juga akan merugikannya.” (Abu Daud)
Nabi SAW bersabda “Sesiapa yang duduk dalam mana-mana majlis yang tidak mengingati Allah dan tidak berselawat ke atas Nabi maka pada hari kiamat dia akan menyesal ke atas majlis tersebut (kerana melihatkan pahala mengingati Allah SWT dan berselawat kepada Nabi )) walaupun mereka dimasukkan ke dalam syurga kerana pahala (amalan-amalan soleh mereka yang lain)." (Ibnu Hibban)
Rasulullah bersabda, "Orang-orang yang bangun daripada majlis yang tidak mengingati Allah SWT seolah-olah mereka bangun dari sisi bangkai keldai (yang sudah berbau busuk) dan majlis itu akan menjadi sebab penyesalan mereka pada hari kiamat.” (Abu Daud) Keterangan: Majlis itu menjadi sebab penyesalan' adalah kerana biasanya, ada kata-kata sia-sia dalam sesuatu majlis yang akan menjadi sebab dosa. Walau bagaimanapun, sekiranya dalam majlis ada mengingati Allah maka ia akan menjadi sebab kelepasan daripada dosa itu. (Bazl ul-Majhud)
Sayyidina Sa'ad berkata bahawa kami berada bersama Rasulullah lalu Baginda bersabda, “Adakah sesiapa daripada kamu yang tidak mampu mendapatkan seribu pahala setiap hari?” Salah seorang daripada orang-orang yang duduk di situ bertanya, “Bagaimana seseorang itu boleh mendapatkan seribu pahala? Baginda bersabda, Ucapkanlah سبحان الله seratus kali maka akan dituliskan seribu pahala dan diampunkan seribu dosa." (Muslim)
Sayyidina Nu'man bin Basyir berkata Rasulullah bersabda, "Antara kalimah-kalimah yang kamu boleh gunakan untuk mengagungkan Allah SWT ialah الحمد لله dan لا إله إلا الله سبحان الله kalimah-kalimah ini mengelilingi 'Arasy dan deruannya seumpama deruan lebah. Begitulah kalimah-kalimah ini menyebut-nyebut nama penyebutnya (di sisi Allah SWT). Adakah kamu tidak ingin ada yang selalu menyebut nama kamu di sisi Allah SWT?" (Ibnu Majah)
Sayyidatina Yusairah berkata bahawa Rasulullah bersabda kepada kami, Ambil beratlah untuk mengucapkan tasbih سبحان الله، tahlil لااله الاالله dan taqdis سبحان الملك القدوس dan hitunglah ucapan-ucapan itu dengan jari-jari kamu. Ini adalah kerana jari-jari itu akan ditanya (untuk amalan apakah ia telah digunakan) dan ia akan diberi kemampuan bercakap (untuk menjawab pertanyaan itu). Dan janganlah lalai daripada mengingati Allah SWT Jika demikian kamu akan terhindar daripada rahmat Allah SWT" (Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang mengucapkan سبحان الله وبحمده Maka satu pohon kurma akan ditanam untuknya dalam Syurga (Bazzar : Majma' Uz Zawa'id)
Sayyidina Abu Zar meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah ditanya, "Apakah ucapan yang paling afdal?" Baginda menjawab, “Ucapan yang paling afdal ialah ucapan yang Allah telah pilih untuk para malaikat dan hamba-hamba-Nya yakni سبحان الله وبحمده (Muslim)
Sayyidina Abu Talhah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Sesiapa yang mengucapkan لا اله الا الله Maka Syurga menjadi wajib baginya. Dan sesiapa yang menyebut سبحان الله وبحمده seratus kali maka ditulis untuknya seratus dua puluh empat ribu pahala.” Para sahabat berkata, "Kalau begitu, tiada sesiapa pun yang akan binasa pada hari kiamat (kerana pahala begitu banyak)." Baginda SAW bersabda, "(Sebahagian manusia akan binasa juga pada hari kiamat) salah seorang daripada kalangan kamu akan datang membawa pahala yang begitu banyak sehingga jika diletakkan di atas bukit maka bukit itu akan terbenam namun segala pahala itu akan terhapus jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah Kemudian Allah SWT dengan rahmat-Nya akan membantu sesiapa yang Dia kehendaki serta menyelamatkannya daripada kebinasaan." (Mustadrak Hakim: Targhib)
Sayyidina Abu Zar berkata Rasulullah SAW bersabda, "Apakah patut aku memberitahu kamu ucapan yang paling dikasihi oleh Allah." Saya menjawab, "Ya Rasulullah, beritahulah saya ucapan yang paling dikasihi oleh Allah ?" Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya ucapan yang paling dikasihi oleh Allah ialah سبحان الله وبحمده" (Muslim) Dalam riwayat yang lain, ucapan yang paling dikasihi oleh Allah ialah - سبحان ربي وبحمده (Tirmizi)
Sayyidina Jabir meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan "سبحان الله العظيم وبحمده" Maka akan ditanam untuknya satu pohon kurma dalam syurga." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Nabi bersabda, "Dua kalimah yang sangat dikasihi oleh Allah SWT sangat ringan di lidah dan sangat berat dalam timbangan, kalimah itu ialah سبحان الله و بحمده سبحان الله العظيم (Bukhari)
Sayyidatina Sofiyyah berkata, "Rasulullah SAW telah masuk ke bilik saya dan di hadapan saya terdapat empat ribu biji tamar yang saya gunakan untuk mengira tasbih saya. Baginda bersabda, “Wahai puteri Huyaiy (Safiyyah) apakah ini?" Saya pun menjawab, "Biji tamar yang saya gunakan untuk bertasbih." Baginda SAW bersabda, "Sejak saya datang berdiri di samping kamu saya telah bertasbih lebih banyak daripada itu." Saya pun berkata, “Ajarkanlah kepada saya wahai Rasulullah." Baginda SAW bersabda Katakanalah سبحان الله عدد ما خلق من شيء yang bermakna, "Maha suci Allah sebanyak bilangan sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah "." (Mustadrak Hakim)
Sayyidatina Juwairiyah RA meriwayatkan bahawa Nabi telah beredar dari sisinya pada waktu solah subuh sedangkan beliau berada di tempat solahnya (sibuk berzikir). Baginda SAW pulang pada waktu duha sedangkan beliau masih duduk di tempat solahnya. Baginda bertanya, “Kamu masih berada dalam keadaan saya tinggalkan?” Beliau menjawab, “Ya.” Baginda bersabda, “Selepas berpisah daripada kamu aku telah ucapkan empat kalimah sebanyak tiga kali. Jika ditimbang kalimah-kalimah itu dengan segala apa-apa yang telah kamu ucapkan sejak pagi pastilah kalimah- kalimah itu lebih berat, سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلمات yang bermaksud, “Maha Suci Allah dan Puji-pujian bagi-Nya sebanyak bilangan ciptaan-Nya, seluas keredaan-Nya, seberat timbangan 'Arasy-Nya, dan sebanyak dakwat untuk menulis kalimah-kalimah-Nya." (Muslim)
Sayyidina Sa'ad bin Abu Waqqas meriwayatkan bahawa pada suatu ketika beliau bersama Rasulullah SAW masuk berjumpa seorang sahabiah dan di hadapannya ada biji-biji tamar ataupun anak-anak batu. Beliau sedang bertasbih dengan menghitung tasbih-tasbihnya menggunakan biji-biji tamar itu." Baginda bersabda, “Apakah patut saya memberitahu kamu amalan yang lebih mudah daripada apa-apa yang kamu lakukan ini namun terlebih afdal?” Lalu Baginda memberitahu, سبحان الله عدد ما خلق في السماء، وسبحان الله عدد ما خلق في الأرض، وسبحان الله عدد ما خلق بين ذلك، وسبحان الله عدد ما هو خالق، والله أكبر مثل ذلك، والحمد لله مثل ذلك، ولا إله إلا الله مثل ذلك، ولا حول ولا قوة إلا بالله مثل ذلك (Abu Daud)
Sayyidina Abu Umamah Bahili berkata bahawa Rasulullah datang dan saya sedang duduk dalam keadaan saya sedang menggerak-gerakkan bibir saya lalu Baginda bersabda, “Kenapakah kamu menggerak-gerakkan bibir kamu?” Saya pun menjawab, "Wahai Rasulullah, saya sedang berzikir." Baginda bersabda, “Apakah patut saya memberitahu kamu suatu kalimah zikir yang apabila kamu menyebut kalimah itu kemudian kamu berzikir sepanjang siang dan malam (dengan kalimah lain) tidak akan dapat menyamainya?” Maka saya menjawab, “Bahkan.” Baginda bersabda, “Kamu ucaplah kalimah ini, الحمد لله عدد ما أحصى كتابه، والحمد لله عدد ما في كتابه، والحمد لله عدد ما أخى خلقه، والحمد لله ملء ما في خلقه، والحمد لله ملء ماؤاته وأرضه، والحمد لله عدد كل شيء، والحمد لله على كل شيء . “segala puji bagi Allah sebanyak bilangan benda-benda yang telah dihitung oleh kitab-Nya, segala puji bagi Allah sebanyak bilangan benda-benda yang ada dalam kitab itu, segala puji bagi Allah sebanyak bilangan benda-benda yang telah dihitung oleh makhluk-Nya, segala puji bagi Allah memenuhi apa-apa yang ada dalam makhluk-Nya, segala puji bagi Allah memenuhi segala langit dan bumi-Nya, segala puji bagi Allah dan sebanyak bilangan segala sesuatu dan segala puji bagi Allah ke atas segala sesuatu. الله اكبر dan "سبحان الله سبحان الله عدد ما أحصى كتابه، وسبحان الله عدد ما في كتابه، وسبحان الله عدد ما أحصى خلقه، وسبحان الله ملء ما في خلقه، وسبحان الله ملیء، سماواته وأرضه، وسبحان الله عدد كل شيء، وسبحان الله على كل شيء . الله أكبر عدد ما أحصى كتابه، والله أكبر عدد ما في كتابه، والله أكبر عدد ما أخصى خلقه، والله أكبر ملء ما في خلقه، والله أكبر ملىء تتماواټه وأرضه، والله أكبر عدد كل شيء، والله أكبر على كل شي . Yakni,.... Tasbih untuk Allah SWT sebanyak bilangan benda-benda yang telah dihitung oleh kitab-Nya, tasbih untuk Allah sebanyak bilangan benda-benda yang ada dalam kitab itu, tasbih untuk Allah sebanyak bilangan benda-benda yang telah dihitung oleh makhluk-Nya, tasbih untuk Allah memenuhi apa-apa yang ada dalam makhluk-Nya, tasbih untuk Allah memenuhi segala langit dan bumi-Nya, tasbih untuk Allah sebanyak bilangan segala sesuatu dan tasbih untuk Allah SWT ke atas segala sesuatu. Allah Maha Besar sebanyak bilangan benda-benda yang telah dihitung oleh kitab-Nya, Allah Maha Besar sebanyak bilangan benda-benda yang ada dalam kitab-Nya, Allah Maha Besar sebanyak bilangan benda-benda yang telah dihitung oleh makhluk-Nya, Allah Maha Besar memenuhi apa-apa yang ada dalam makhluk-Nya, Allah Maha Besar memenuhi segala langit dan bumi-Nya, Allah Maha Besar sebanyak bilangan segala sesuatu dan Allah 36 Maha Besar ke atas segala sesuatu." (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)
Sayyidina Abdullah bin 'Abbas berkata Rasulullahbersabda, "Golongan yang pertama sekali dipanggil untuk memasuki syurga ialah orang-orang yang memuji Allah dalam keadaan senang dan susah." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Anas bin Malik berkata Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT sangat gembira terhadap seseorang hamba yang makan sesuap makanan lalu bersyukur kepada Allah SWT atau minum seteguk air lalu bersyukur kepada Allah SWT (Muslim)
Sayyidina Mu’az bin Jabal berkata saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Ada dua kalimah, salah satu daripada kedua-duanya tidak akan berhenti selagi tidak sampai ke ‘Arasy iaitu لا اله الا الله dan satu lagi akan memenuhi ruang kosong di antara langit dan bumi (dengan ganjaran ataupun nur) iaitu الله اكبر" (Tabarani: Targhib)
Seorang sahabat daripada Bani Sulaim berkata Rasulullah SAW telah mengirakan perkara-perkara ini di tangan saya atau tangan Baginda SAW, Menyebut سبحان الله’ akan menyebabkan separuh timbangan penuh dengan pahala, menyebut الحمد الله akan menyebabkan timbangan penuh dengan pahala dan الله اكبر akan menyebabkan ruangan kosong di antara langit dan bumi penuh dengan pahala." (Tirmiżi)
Sayyidina Mu’az bin Jabal berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua kalimah, salah satu daripada kedua-duanya tidak akan berhenti selagi tidak sampai ke ‘Arasy iaitu لا اله الا الله dan satu lagi akan memenuhi ruang kosong di antara langit dan bumi (dengan ganjaran ataupun nur) iaitu الله اكبر" (Tabarani: Targhib)
Sayyidina Sa'ad berkata Rasulullah SAW bersabda, Tidakkah saya memberitahu kamu salah satu daripada pintu-pintu syurga?" Saya menjawab, "Bahkan, ya Rasulullah," Baginda bersabda, "Pintu itu ialah لا حول ولا قوة الا بالله" (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abu Ayyub Ansari meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah lalu berhampiran Nabi Ibrahim pada malam Mikraj lalu Baginda Ibrahim bertanya, "Wahai Jibrail siapakah bersama kamu?" Jibrail menjawab, "Muhammad Lalu Nabi Ibrahim AS berkata kepada Baginda Perintahkan umatmu supaya mereka memperbanyakkan tanaman syurga kerana tanahnya sangat subur, dan kawasannya luas." Baginda bertanya, "Apakah itu tanaman syurga?" Baginda SAW diberi jawaban, "لا حول ولا قوة الا بالله" (Musnad Ahmad)
Sayyidina Samurah bin Jundub berkata Rasulullah SAW bersabda, "Ada empat kalimah yang sangat dikasihi oleh Allah SWT, سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر Kamu boleh mulakan dengan salah satu yang kamu suka (dan kamu boleh akhirkan dengan salah satu yang kamu suka)." (Muslim) Dalam satu riwayat yang lain, "Kalimah-kalimah ini ialah kalimah yang paling afdal selepas al-Quran malah kalimah-kalimah inilah kalimah al- Quran." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Saya suka mengucapkan kalimah سبحان الله، الحمد الله، لا اله الا الله، الله اكبر lebih daripada apa-apa yang disinari oleh cahaya matahari (kerana pahala kalimah-kalimah ini berkekalan sebaliknya dunia serta segala harta bendanya akan binasa)," (Muslim)
Sayyidina Abu Salma berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Wah, wah. Alangkah beratnya lima perkara ini dalam timbangan 1. لا اله الا الله. 2, سبحان الله 3. الحمد الله 4. الله اكبر dan 5. Seseorang Islam yang kematian anaknya yang soleh dan dia bersabar serta mengharapkan ganjarannya daripada Allah ." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Umar berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengucap, سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر akan ditulis untuknya bagi setiap huruf sepuluh hasanah.” (Taburanku : Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidatina Ummu Hani binti Abu Talib berkata bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW telah lalu di samping saya lalu saya pun berkata, "Wahai Rasulullah, saya telah tua dan lemah, beritahulah kepada saya satu amalan yang saya boleh lakukan sambil duduk-duduk." Baginda bersabda, "Ucapkanlah tasbih سبحان الله seratus kali maka ganjarannya ialah seperti memerdekakan seratus orang hamba daripada keturunan Nabi Ismail . Pujilah Allah (dengan ucapan الحمد الله') seratus kali maka ganjarannya ialah seperti memberi seratus ekor kuda yang berpelana dan berkekang sebagai kenderaan di jalan Allah . Besarkanlah Allah SWT (dengan ucapan الله اكبر ) seratus kali maka ganjarannya adalah seperti mengorbankan seratus ekor unta yang ada tali tanda di tengkoknya dan diterima oleh Allah SWT dan bertahlillah (dengan ucapan لا اله الا الله) seratus kali maka ganjarannya akan memenuhi ruang di antara langit dan bumi. Pada hari itu tidak ada amalan yang diterima oleh Allah yang dilakukan oleh sesiapa yang boleh mengatasi amalan kamu selain daripada orang yang melakukan seperti kamu." (ّIbnu Majah, Musnad Ahmad dan Tabarani)
Dalam satu riwayat yang lain, Sayyidatina Ummu Hani berkata bahawa saya telah berkata kepada Nabi , "Wahai Rasulullah, sekarang saya telah tua dan tulang-tulang saya telah lemah. Tunjukkanlah kepada saya apa-apa amalan yang akan membolehkan saya masuk syurga." Baginda bersabda, "Wah, wah. Kamu telah bertanya soalan yang bagus." Kemudian Baginda bersabda, "Ucapkanlah الله اكبر" seratus kali maka ganjarannya lebih baik daripada seratus ekor unta yang ada tali tanda di tengkoknya lagi berkain penutup belakang yang disembelihkan di Baitullah Mekah. Ucaplah لا اله الا الله seratus kali maka ia lebih baik bagi kamu daripada semua benda yang dilitupi oleh langit dan bumi. Pada hari itu tidak ada amalan sesiapa yang diterima yang boleh mengatasi amalan kamu selain daripada orang yang mengucapkan seumpama kamu atau lebih banyak. Dalam riwayat yang lain, Ucaplah لا اله الا الله ia tidak meninggalkan sebarang dosa dan tidak ada amalan yang setanding dengannya." (Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Tabarani, Mustadrak Hakim: Majma' uz-Zawa' id).
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah SAW telah lalu di sisinya semasa beliau sedang menanam satu pokok. Baginda bersabda, "Wahai Abu Hurairah, apakah yang sedang engkau tanam?" Saya menjawab, "Saya sedang menanam sepohon pokok untuk saya." Baginda SAW bersabda, "Patutkah saya memberitahu kamu pohon yang lebih baik daripada itu?" Saya menjawab, "Bahkan wahai Rasulullah." Baginda SAW bersabda ucapkanlah سبحان الله، الحمد الله، لا اله الا الله، الله اكبر , Sebagai balasan kepada ucapan setiap satu daripada kalimah-kalimah itu satu pohon akan ditanam untuk kamu dalam syurga." (Ibnu Majah)
Sayyidina Abu Hurairah berkata bahawa pada suatu ketika Rasulullah SAW datang ke tempat kami lalu bersabda, Ambillah perisai kamu sebagai pertahanan diri." Para sahabat bertanya, "Apakah ada musuh telah datang?" Baginda bersabda lagi, "Ambillah perisai untuk mempertahankan diri kamu daripada api neraka. Ucaplah سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله ini akan datang pada hari kiamat ke arah penyebutnya dari bahagian depan, belakang, kiri dan kanan dan ia akan menyelamatkan tuannya dan kalimah-kalimah inilah merupakan amalan soleh yang ganjarannya akan didapati secara berterusan." (Majma ul-Bahrain) Keterangan: Kenyataan dalam hadiś di atas 'Kalimah-kalimah ini akan datang pada hari kiamat ke arah penyebutnya dari bahagian depan ... membawa maksud bahawa kalimah ini akan maju ke hadapan tuannya untuk memberi syafaat kepada tuannya. Dan ia akan datang dari kiri, kanan dan belakang' membawa maksud bahawa ia akan memelihara tuannya daripada azab.
Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ucapan kalimah سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر akan menyebabkan dosa-dosa berguguran sebagaimana daun-daun berguguran daripada pokok semasa musim gugur." (Musnad Ahmad)
Sayyidina 'Imran bin Huşain meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apakah ada sesiapa daripada kalangan kamu yang mampu melakukan amalan seumpama gunung Uhud setiap hari?" Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah yang mampu melakukan amalan sebesar gunung Uhud setiap hari?" Baginda SAW bersabda, "Setiap orang daripada kamu mampu melakukannya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah amalan itu?" Baginda bersabda, "(Ganjaran) سبحان الله adalah lebih besar daripada gunung Uhud, ganjaran الحمد الله" lebih besar daripada gunung Uhud, ganjaran لا اله الا الله lebih besar daripada gunung Uhud dan ganjaran الله اكبر lebih besar daripada gunung Uhud." (Tabarani, Bazzar: Majma' uz-Zawa id).
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Apabila kamu lalu di sisi taman-taman syurga maka nikmatilah sepuas-puas hati." Saya bertanya, "Apakah taman syurga itu ya Rasulullah?" Baginda SAW bersabda, "Masjid-masjid." Saya bertanya lagi, "Apakah yang dimaksudkan dengan merasai nikmatnya itu?" Baginda menjawab, سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر (Tirmizi).
Sayyidina Abu Hurairah dan Sayyidina Abu Sa’id Khudri meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT memilih empat kalimah daripada kata-kata-Nya سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر Sesiapa yang mengucapkan سبحان الله sekali maka akan ditulis untuknya dua puluh pahala dan dihapuskan daripadanya dua puluh dosa. Sesiapa yang mengucapkan الله اكبر pun akan mendapat ganjaran yang sama. Sesiapa yang mengucapkan لا اله الا الله pun akan mendapat ganjaran yang sama. Sesiapa yang mengucapkan الحمد الله رب العالمين dari lubuk hatinya maka akan ditulis untuknya tiga puluh pahala dan dihapuskan tiga puluh dosa." ((Amal ul-Yaum wal-Lailah)
Sayyidina Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Perbanyakkanlah Baqiah Solihah." Ada orang bertanya, "Apakah itu ya Rasulullah?"Baginda SAW menjawab, "la adalah asas-asas agama" Ditanyakan lagi, "Apakah asas-asas itu?" Baginda SAW bersabda Takbir (mengucapkan الله اكبر), tahlil (mengucapkan (لا اله الا الله), tasbih (mengucapkan سبحان الله) tahmid (mengucapkan الحمد الله)" (Mustadrak Hakim) Keterangan: Maksud daripada Baqiyah Solihah’ ialah amalan-amalan baik yang hasil menyebutnya akan diperoleh pahala secara berterusan. Dan Rasulullah mengatakan bahawa kalimah-kalimah itu ialah ‘millah’ kerana kalimah-kalimah itu adalah asas agama. (Fath ur-Rabbani)
Sayyidina Abu Darda berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ucapkanlah olehmu سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله ini ialah Baagiyaatus Solihaat’. la menggugurkan dosa sebagaimana pohon-pohon menggugurkan daun-daun (pada musim sejuk). Dan kalimah-kalimah ini ialah sebahagian daripada khazanah syurga." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina ‘Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa sahaja di atas muka bumni yang mengucapkan, لا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله maka semua dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan." (Tirmiżi) Dalam satu riwayat yang lain dinyatakan bahawa fadilat ini adalah bersama tambahan kalimah سبحان الله والحمد الله juga. (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan, سبحان الله والحمد الله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله maka Allah SWT akan berkata, ‘Hamba-Ku telah mentaati-Ku dan telah menyerah diri kepada-Ku." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abu Sa’ id dan Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan لا اله الا الله dan "الله اكبر" yakni Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allahlah yang Maha Besar, maka Allah SWT membenarkannya dan berkata, لا اله الا انا وانا اكبر Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku dan Akulah yang Maha Besar. Apabila hamba berkata لا اله الا الله وحده yakni Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Dia Maha Esa,' maka Allah berkata, لا اله الا انا وانا وحدي Memang tiada tuhan melainkan Aku dan Aku Maha Esa. Apabila hamba berkata لا اله الا الله وحده لا شريك له tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan Dia Maha Esa dan tiada sebarang sekutu bagi-Nya, maka Allah SWT berkata, لا اله الا انا وحدي لا شريك لي Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku dan Aku yang Maha Esa dan tiada sebarang sekutu bagi-Ku.' Apabila hamba berkata, لا اله الا الله له الملك وله الحمد Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT, milik-Nya segala kerajaan dan bagi- Nyalah segala pujian,' maka Allah SWT akan berkata لا اله الا انا لي الملك ولي الحمد, 'Sememangnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, milik- Kulah segala kerajaan dan bagi-Kulah segala pujian. Apabila hamba berkata, لا اله الا الله ولا حول ولا قوة الا بالله Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan tiada sebarang kekuatan untuk mengelakkan diri daripada sebarang dosa dan tiada sebarang kekuatan untuk melakukan kebaikan kecuali dengan bantuan Allah SWT.' maka Allah SWT berkata, لا اله الا انا ولا حول ولا قوة الا بي 'Sememangnya tiada tuhan selain daripada- Ku dan tiada sebarang kekuatan untuk mengelakkan diri daripada sebarang dosa dan tiada sebarang kekuatan untuk melakukan kebaikan kecuali dengan bantuan-Ku.' Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan kalimah-kalimah itu semasa sakit (yakni kalimah), لا اله الا الله والله اكبر لا اله الا الله وحده لا اله الا الله وحده لا شريك له لا اله الا الله له الملك وله الحمد لا اله الا الله ولا حول ولا قوة الا بالله dan kemudian dia mati maka api neraka tidak akan membakarnya." (Tirmiżi)
Hadrat Ya'akub bin Asim meriwayatkan daripada dua orang sahabat bahawa mereka berdua mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan, لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير dengan keikhlasan hatinya, dan hatinya membenarkan lidahnya maka pintu langit akan dibuka untuknya sehingga Allah SWT akan memandang penyebutnya dengan pandangan rahmat sedangkan mana-mana hamba yang telah dipandang dengan pandangan rahmat oleh Allah SWT berhak bahawa segala permohonannya diperkenankan." (Amal ul-Yaum wal-Lailah)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Amr meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Doa yang terbaik ialah doa pada hari 'Arafah dan sebaik-baik kalimah ialah yang aku dan semua nabi telah ucapkan iaitu, لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير (Tirmiži)
Sayyidatina ‘Aisyah berkata, "Rasulullah SAW telah memerintahkan kami supaya melayan orang ramai mengikut kedudukan dan martabat mereka," (Muqaddimah Sahih Muslim)
Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata Rasulullah SAW telah memandang Ka’abah dengan penuh kekaguman lalu bersabda, "Lailaha illallah, (wahai Ka’abah) alangkah baik dan sucinya kamu, alangkah harumnya baumu, alangkah agung kemuliaanmu, namun kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin adalah lebih besar daripadamu. Allah SWT telah menjadikan kamu mulia dan demikian juga Dia telah menjadikan diri, harta dan kehormatan seorang mukmin mulia (dan kerana kemuliaan itu juga) Dia telah mengharamkan kita bersangka buruk walaupun sedikit terhadap orang mukmin yang lain." (Tabarani: Majma’ uz-Zavwa’id)
Sayyidina Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Orang-orang mukmin yang fakir akan masuk syurga empat puluh tahun lebih awal daripada orang-orang mukmin yang kaya." (Tirmiži)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Orang-orang fakir akan masuk syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya selama setengah hari iaitu lima ratus tahun." (Tirmiżi) Keterangan: Dalam hadiś yang terdahulu dinyatakan bahawa orang miskin akan masuk syurga empat puluh tahun lebih dahulu daripada orang kaya. Keterangan ini ialah untuk keadaan kedua-dua mereka ada kecintaan terhadap harta. Sementara dalam hadiś ini dinyatakan bahawa orang-orang miskin akan memasuki syurga lima ratus tahun lebih dahulu, ini adalah untuk keadaan orang miskin yang tidak cinta harta sedangkan orang kaya cintakan harta. (Jami ul-Usul karangan Ibnu Aśir)
Sayyidina ‘Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Kamu semua akan berhimpun pada hari kiamat lalu akan diseru, ‘Di manakah orang-orang fakir dan orang-orang miskin dalam kalangan umat ini?"" Mereka pun akan bangun lalu dikatakan kepada mereka, Apakah amalan yang telah kamu lakukan?" Mereka pun menjawab, "Wahai Tuhan kami, Engkau telah uji kami dan kami telah bersabar, dan Engkau telah berikan harta dan kekuasaan kepada orang lain selain kami." Maka Allah SWT pun menjawab, "Kamu benar." Nabi SAW bersabda, "Maka mereka pun masuk syurga sebelum orang-orang lain dan tinggallah kekerasan hisab untuk orang-orang kaya dan penguasa-penguasa." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Adakah kamu tahu siapakah dalam kalangan makhluk Allah SWT yang pertama sekali akan masuk syurga?" Para sahabat menjawab, "Allah SWT dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda, "Orang yang pertama sekali masuk syurga daripada makhluk Allah SWT ialah orang-orang fakir dalam kalangan Muhajirin yang digunakan untuk menjaga sempadan-Sempadan dan mereka jugalah yang digunakan untuk mendapatkan kelepasan daripada perkara-perkara yang susah. Salah seorang daripada mereka meninggal dunia sedangkan hajat masih terpendam dalam dadanya, tidak mampu dia menunaikannya. (Pada hari kiamat) Allah akan berfirman kepada para malaikat, "Pergilah dan berilah salam kepada mereka." Maka para malaikat membalas (dengan kehairanan), Wahai Tuhan kami, kami penduduk langit-Mu, dan kami adalah makhluk-Mu yang terpilih, (walaupun demikian) Engkau masih perintahkan kami supaya kami pergi dan memberi salam kepada mereka (apakah sebabnya?)" Allah SWT akan menjawab, "(Sebabnya ialah) sesungguhnya mereka ialah hamba-hamba yang beribadat kepada-Ku dan tidak menyekutukan Daku dengan sesuatu pun, merekalah yang digunakan untuk menjaga sempadan-sempadan dan mereka jugalah yang digunakan untuk mendapatkan kelepasan daripada perkara-perkara yang susah, salah seorang daripada mereka meninggal dunia sedangkan hajat masih terpendam dalam dadanya tidak mampu dia menunaikannya." Nabi bersabda lagi, "Lalu pada masa itu juga para malaikat pun mendatangi mereka. Para malaikat masuk berjumpa mereka daripada setiap pintu sambil berkata, "Kesejahteraan ke atas kamu, sebagai balasan ke atas segala kesabaran kamu. Alangkah baiknya tempat ini sebagai balasan kamu." (Ibnu Hibban)
Sayyidina ‘Abdullah bin Amr bin Aaş meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Pada hari kiamat akan datang beberapa orang daripada umatku, nur mereka seperti sinaran cahaya matahari." Kami bertanya, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Mereka ialah orang-orang fakir dalam kalangan Muhajirin yang digunkan untuk mendapatkan kelepasan daripada perkara-perkara yang susah. Salah seorang daripada mereka meninggal dunia sedangkan hajat masih terpendam dalam dadanya dan mereka semua telah dihimpunkan dari seluruh pelusuk bumi." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Sa’id berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ya Allah, hidupkanlah aku dengan sifat orang miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin dan himpunkanlah aku (di padang mahsyar) dalam kalangan orang-orang miskin." (Mustadrak Hakim)
Hadrat Sa’id bin Abu Sa’id meriwayatkan bahawa Sayyidina Abu Sa’id Khudri mengadu kepada Rasulullah SAW tentang kemiskinan dan keperluannya lalu Rasulullah bersabda, "Sabarlah wahai Abu Sa’id kerana sesungguhnya kefakiran datang kepada orang yang mencintai aku lebih cepat daripada air yang mengalir dari tanah tinggi dan dari bukit ke bahagian lembah." (Musnad Ahmad: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina Rafi bin Khudaij berkata Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Allah mencintai seseorang hamba maka Allah akan menjaganya daripada dunia sebagaimana seseorang kamu menjaga orang yang sakit daripada terkena air." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Cintailah orang-orang fakir dan duduklah bersama mereka dan cintailah orang-orang Arab sepenuh hatimu dan jadikanlah apa-apa keaiban yang kamu tahu ada pada dirimu sebagai asbab untuk kamu tidak mencaci orang-orang lain » (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Anas berkata bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Betapa ramai orang yang kusut-masai rambutnya, berdebu badannya, membalut tubuh dengan hanya dua helai kain lusuh, dihalau dari pintu-pintu rumah orang ramai, namun kalau dia bersumpah (dengan menaruh sepenuh harapan kepada Allah SWT) pasti Allah SWT akan menunaikan sumpahnya itu." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id) Keterangan: Maksud hadiś ini ialah janganlah kita memandang rendah terhadap mana-mana hamba Allah semata-mata kerana kita melihat rambutnya kusut- masai, badannya berdebu. Ini adalah kerana ramai orang yang berada dalam keadaan demikian pun sebenarnya ialah hamba Allah yang istimewa. Walau bagaimanapun hendaklah jelas kepada kita bahawa hadiś di atas tidaklah bermaksud menggalakkan supaya kita berada dalam keadaan rambut kusut- masai dan badan yang berdebu serta kotor. (Ma’ arif ul-Hadiś)
Sayyidina Sahal bin Sa’ad Sa’idi berkata bahawa seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi lalu Baginda bertanya kepada seorang sahabat yang duduk di sisi Baginda ,"Apakah pandangan kamu terhadap lelaki ini?" Jawab sahabat itu, "Lelaki ini adalah seorang daripada orang-orang yang mulia. Kalau dia meminang maka selayaknya pinangannya diterima, sekiranya dia menyokong sesiapa maka sepatutnya sokongannya diterima." Baginda hanya berdiam diri. Kemudian lalu pula seorang lelaki lain lalu Baginda SAW bertanya, Apa pula pendapat kamu tentang lelaki ini?" Sahabat itu menjawab, Lelaki ini hanya salah seorang daripada orang-orang yang miskin daripada kalangan orang Islam dan memang patut kalau dia meminang, pinangannya tidak diterima, jika dia memberi sokongan, sokongannya tidak diterima, jika dia berkata sesuatu, kata-katanya tidak akan didengari." Lalu Rasulullah SAW pun bersabda, "Sekiranya seluruh dunia ini dipenuhi oleh orang yang sama seperti lelaki pertama, lelaki ini masih lagi lebih baik daripada kesemua mereka." (Bukhari)
Sayyidina Mus ‘ab bin Sa’ad berkata bahawa ayahnya iaitu Sayyidina Sa’ad merasakan bahawa beliau mengatasi para sahabat yang lain (kerana kekayaan dan keberaniannya), (untuk mengislahkan beliau) Baginda SAW bersabda, "Kamu semua dibantu dan diberi rezeki dengan sebab keberkatan orang-orang yang lemah dalam kalangan kamu." (Bukhari)
Sayyidina Abu Darda’ berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Carilah aku dalam kalangan orang-orang yang lemah. Sesungguhnya kamu diberi rezeki dan dibantu dengan berkat orang-orang yang lemah dan miskin dalam kalangan kamu." (Abu Daud)
Sayyidina Hariśah bin Wahab berkata beliau mendengar Nabi SAW bersabda, "Tidakkah patut aku beritahu kepada kamu siapakah ahli syurga?" (Kemudian Baginda sendiri menjawab) "(Ahli syurga ialah) setiap orang yang lemah yakni orang yang tidak keras dalam muamalah dan hubungan sesama manusia bahkan merendah diri (tawaduk) serta berlemah lembut dan dia dianggap sebagai orang yang lemah. (Namun, hubungannya dengan Allah SWT begitu sekali) sehingga kalau dia bersumpah dengan nama Allah (tentang sesuatu perkara) maka pasti Allah SWT melakukan perkara itu (kerana menyempurnakan sumpahnya itu). Tidakkah patut saya memberitahu kamu siapakah ahli neraka?" (Kemudian Baginda sendiri memberitahu dengan sabdanya), "(Ahli neraka ialah) setiap orang yang mengumpulkan harta kemudian kedekut terhadap hartanya, yang keras dan angkuh serta sombong." (Bukhari)
Sayyidina ‘Abdullah bin Amr bin Aaş meriwayatkan bahawa semasa Rasulullah SAW menerangkan tentang neraka Baginda bersabda. "Ahli neraka ialah setiap orang yang keras, kasar, berjalan dengan bongkak lagi takabbur, banyak mengumpulkan harta kemudian tidak memberi kepada sesiapa (tidak memberi kepada orang yang datang meminta pun) dan ahli syurga ialah orang-orang yang lemah lagi ditindas (kerana dipandang lemah oleh orang-orang lain)." (Musnad Ahmad: Majma uz-Zawa id)
Sayyidina Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Tiga sifat yang sekiranya dimiliki oleh sesiapa maka Allah SWT akan menempatkannya di bawah naungan rahmat-Nya dan akan memasukkannya ke dalam syurga, 1. Berlemah lembut dengan orang yang lemah, 2. Menyayangi kedua-dua ibu bapa dan 3. Berbuat baik terhadap hamba sahaya (termasuk orang bawahan)." (Tirmizi)
Sayyidina ‘Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Pada hari kiamat seorang yang mati syahid akan dibawa dan dia akan diperintah berdiri untuk dihisab, kemudian orang yang bersedekah akan dibawa dan akan diperintah berdiri untuk dihisab, kemudian akan dibawa orang-orang yang semasa di dunia ditimpa berbagai-bagai bala dan musibah, untuk mereka tiada timbangan akan ditegakkan dan tiada buku catatan amalan yang akan dibentangkan kemudian mereka akan dihujani dengan ganjaran dan balasan baik sehingga orang-orang yang hidup di dunia dengan afiah dan sejahtera akan bercita-cita (kerana melihat ganjaran dan balasan itu) agar (semasa di dunia dulu) badan mereka dipotong-potong dengan gunting (dan mereka bersabar atas keperitan itu)." (Tabarani: Majma uz-Zawa’id)
Sayyidina Mahmud bin Labid meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Allah SWT mengasihi sesuatu kaum maka Allah SWT menguji mereka (dengan meletakkan mereka dalam pelbagai musibah). Lantaran itu sesiapa yang sabar maka akan dituliskan untuknya (ganjaran) sabar dan sesiapa yang berkeluh-kesah maka dituliskan keadaan keluh-kesahnya." (Musnad Ahmad: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Bagi setiap seorang hamba ada martabat yang tertentu di sisi Allah SWT dan apabila hamba itu tidak dapat mencapai martabat tersebut dengan amalannya maka Allah SWT terus mengujinya dengan perkara-perkara yang tidak disenanginya (seperti sakit, susah dan sebagainya) supaya dengan perantaraan perkara-perkara yang tidak disenanginya itu dia dapat mencapai martabat tersebut." (Abu Ya’ la: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Abu Sa’id Khudri dan Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Semua perkara yang menimpa seseorang muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri merupakan asbab dosa-dosanya diampunkan oleh Allah ." (Bukhari)
Sayyidatina ‘Aisyah berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda "Mana-mana orang Islam yang terkena tusukan duri malah kesusahan yang lebih kecil daripada itupun akan diberi ganjaran satu darjat dengan sebab kesusahan itu dan satu dosa dimaafkan." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Bala berterusan akan menimpa orang mukmin lelaki dan perempuan sama ada pada dirinya sendiri, anaknya atau hartanya (yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur) sehingga dia bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa dosa." (Tirmiži)
Sayyidina Anas bin Malik berkata Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Allah menguji seseorang hamba yang Islam dengan apa-apa penyakit jasmani maka Allah SWT akan perintahkan seorang malaikat, "Teruskanlah menulis ganjaran amalan yang biasa hamba ini amalkan (semasa dia sihat)." Sekiranya Allah SWT menyembuhkannya maka Allah SWT akan membersih dan menyucikannya (daripada dosa-dosanya) dan sekiranya Allah SWT mengambil nyawanya maka Allah SWT akan mengampuni dan merahmatinya." (Abu Ya’la, Musnad Ahmad: Majma uz-Zawa’id)
Sayyidina Syaddad bin Aus berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah SWT berfirman, "Apabila Aku timpakan ujian (dengan musibah, sakit dan lain-lain kesusahan) ke atas salah seorang daripada hamba-hamba-Ku yang beriman dan dia memuji Daku (kerana reda) maka (Aku akan memerintahkan para malaikat), "Tulislah segala ganjaran amalannya yang baik sebagaimana yang biasa kamu tulis semasa dia sihat." (Musnad Ahmad, Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Demam panas dalam dan sakit kepala menimpa mana-mana hamba Allah lelaki mahupun wanita secara berterusan sehingga penyakit-penyakit itu tidak akan meninggalkan pada mereka sebarang dosa walaupun sebesar biji sawi, sedangkan sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud." (Abu Ya’la: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Abu Sa’ id Khudri meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Sakit kepala yang menimpa seseorang mukmin dan duri yang menusuknya ataupun sesuatu yang menyakitinya akan menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya dan Allah SWT mengampunkan dosanya pada hari kiamat." (Ibnu Abi Dunya: Targhib)
Sayyidina Abu Umamah Bahili meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Mana-mana hamba Allah SWT yang bertawajuh kepada Allah SWT dengan penuh tangisan kerana sakit yang menimpanya maka Allah akan menyembuhkan mereka setelah mereka suci daripada dosa." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Hadrat Hasan menukilkan sabdaan Nabi ,"Sesungguhnya Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa seseorang hamba semua sekali hanya dengan sebab demam semalaman." (Ibnu Abi Dunya dan Ithaf).
Sayyidina Abu Musa berkata Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang hamba Allah sakit atau bersafar maka akan ditulis ganjaran pahala untuknya sebagaimana yang dia selalu amalkan semasa dia sihat dan tidak bersafar." (Bukhari)
Sayyidina Abu Sa’id meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Peniaga yang berniaga dengan benar dan amanah akan bersama dengan para nabi, siddiqin dan syuhada." (Tirmiži)
Sayyidina Rifa ah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi bersabda, "Para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yang berdosa kecuali peniaga-peniaga yang bertaqwa kepada Allah (yakni yang tidak khianat dan menipu) serta yang berlaku baik (yakni yang melayan orang ramai dengan akhlak yang baik dalam urusan perniagaan) dan yang benar." (Tirmiżi)
Sayyidatina Ummi Umarah binti Ka’ab Ansariah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi SAW datang berjumpa dengannya maka beliau menghidangkan kepada Baginda SAW makanan lalu Baginda SAW bersabda, "Makanlah." Maka beliau menjawab, "Saya sedang berpuasa." Lalu Baginda bersabda, "Apabila makanan dimakan di hadapan orang yang berpuasa maka para malaikat mendoakan rahmat kepadanya sehingga orang-orang yang makan itu selesai." (Tirmiži)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Ada sebatang pokok yang selalu menyusahkan orang-orang Islam lalu datang seorang lelaki menebang pokok itu maka lelaki itu akan masuk syurga (kerana perbuatannya itu)." (Muslim)
Sayyidina Abu Zar meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada beliau, "Ingatlah, sesungguhnya engkau tidaklah lebih baik daripada orang yang berkulit putih dan tidak juga lebih baik daripada orang yang berkulit hitam, melainkan, engkau lebih afdal daripada orang lain hanya dengan sifat taqwa." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Sauban berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguh ada orang dalam kalangan umatku yang jika dia pergi kepada salah seorang daripada kamu meminta satu dinar maka kamu tidak akan beri kepadanya, jika orang itu meminta satu dirham pun kamu tidak akan beri kepadanya dan jika orang itu meminta satu sen pun kamu tidak akan beri kepadanya (namun martabat orang itu di sisi Allah SWT begitu tinggi sekali sehingga) jika dia meminta daripada Allah SWT akan syurga pun pasti Allah akan memberikan syurga kepadanya, (pada badannya) hanya ada dua helai kain yang sudah lusuh dan dia langsung tidak dipedulikan (tetapi) jika dia bersumpah dengan nama Allah maka pasti Allah akan menyempurnakan sumpahnya itu." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidatina Aisyah berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya seseorang mukmin yang berakhlak mulia boleh mencapai martabat seseorang insan yang selalu berpuasa sunat dan berdiri beribadat sepanjang malam."" (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik layanannya terhadap isterinya." (Musnad Ahmad)
Sayyidatina Aisyah berkata Rasulullah SAW bersabda, Antara orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan yang paling berlemah lembut dengan keluarganya." (Tirmiži)
Sayyidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Saya hairan dengan orang yang membeli hamba-hamba sahaya dengan hartanya kemudian dia memerdekakan mereka. Kenapa dia tidak membeli orang-orang yang merdeka dengan cara berbuat baik kepada mereka sedangkan pahalanya lebih besar? (Yakni apabila dia berbuat baik terhadap orang lain maka mereka akan terhutang budi kepadanya sehingga menjadi seolah-olah hambanya)." Qada’ ul-Hawaaij: al-Jami’ us-Soghir)
Sayyidina Abu Umamah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Saya menjamin (untuk mendapatkan) sebuah mahligai di pinggir syurga bagi seseorang yang tidak ingin bertengkar walaupun dia di pihak yang benar, dan (untuk mendapatkan) sebuah mahligai di tengah syurga bagi seseorang yang tidak berbohong walaupun semasa dia bergurau dan (untuk mendapatkan) sebuah mahligai di darjat yang tertinggi daripada syurga bagi seseorang yang memperelokkan akhlaknya." (Abu Daud)
Sayyidina Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Pada hari kiamat Allah SWT akan menggembirakan seseorang yang berjumpa dengan saudara se islam dengan cara yang disukai oleh Allah SWT (seumpama bertemu dengannya dengan ceria) semata-mata untuk menggembirakan saudaranya itu." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina ´Abdullah bin ‘Amr berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya seseorang Islam yang menjaga hukum-hakam Allah SWT dengan perantaraan akhlaknya yang mulia dan keperibadiannya yang tinggi akan mendapat martabat orang yang banyak berpuasa sunat serta banyak membaca al-Quran dalam solat ketika beribadat pada waktu malam." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Darda meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "(Pada hari kiamat) dalam timbangan amalan seseorang mukmin tiada amalan yang lebih berat daripada akhlak yang mulia." (Abu Daud)
Sayyidina Mu’az bin Jabal berkata, "Perkara terakhir yang Rasulullah SAW nasihatkan kepada saya ketika saya sudah meletakkan kaki saya di atas pemijak kaki pada tunggangan, "Wahai Mu’az bin Jabal, perelokkanlah akhlakmu kepada manusia." (Muwațța’ Imam Malik)
Hadrat Imam Malik meriwayatkan bahawa telah sampai kepada beliau hadiś Nabi SAW, "Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Muwatța’ Imam Malik)
Sayyidina Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Orang yang paling aku kasihi dan yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang-orang yang paling baik akhlaknya." (Tirmiżi)
Sayyidina Nawwas bin Sam’aan Ansari berkata saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebajikan dan dosa lalu. Baginda SAW bersabda, "Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah apa-apa yang diragui dalam hatimu dan kamu tidak suka orang lain mengetahui tentangnya." (Muslim)
Hadrat Makhul meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang beriman ialah orang yang sangat taat akan segala hukum Allah SWT dan mempunyai keperibadian yang sangat lembut sebagaimana seekor unta yang jinak, ke mana sahaja dituntun unta itu akan menurut dan jika ia didudukkan di atas mana-mana batu pun di situlah ia akan duduk." (Tirmiži: Misykat ul-Maşabih) Keterangan: Maksudnya, duduk di atas batu ialah suatu perkara yang sangat susah. Walau bagaimanapun unta itu tetap duduk kerana mentaati arahan tuannya. (Majma’u Bihar il-Anwar)
Sayyidina ‘Abdullah bìn Mas’ud berkata Rasulullah SAW bersabda, "Tidakkah saya memberitahu kamu mengenai seseorang yang api neraka haram ke atasnya dan dia haram ke atas api neraka? laitu orang yang hampir kepada semua orang lain dan berkeperibadian lembut dan mudah dalam berurusan dengan orang lain." (Tirmiżi) Keterangan: Yang dimaksudkan daripada ‘hampir kepada semua orang lain’ ialah orang yang selalu bertemu dan berjumpa dengan orang ramai kerana sifat lemah lembut yang dia miliki dan orang ramai pun berjumpa dengannya dengan penuh kasih sayang dan mesra kerana sifatnya yang baik itu. (Ma’arif ul-Hadiś)
Sayyidina Iyad bin Himar dari Bani Mujasyi’ berkata Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT telah wahyukan kepadaku bahawa hendaklah kamu semua bertawaduk sebegitu rupa sehingga tiada seorang pun yang menyombongkan diri ke atas orang lain dan tiada seorang pun yang menzalimi orang lain." (Muslim)
Sayyidina ‘Umar berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang bertawaduk untuk (mendapatkan keredaan) Allah SWT maka Allah SWT akan mengangkat darjatnya yang natijahnya ialah dia akan merasakan dirinya kecil, namun dia besar pada pandangan orang ramai. Sementara sesiapa yang bertakabbur akan dihina oleh Allah SWT yang natijahnya ialah dia dipandang kecil oleh orang ramai walaupun dia menyangka yang dirinya besar sehingga dia pada pandangan orang menjadi lebih hina daripada anjing dan khinzir." (Baihaqi)
Sayyidina ‘Abdullah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda SAW Tidak akan masuk syurga sesiapa sahaja yang di dalam hatinya ada sifat takabbur walaupun hanya sebesar zarah." (Muslim)
Sayyidina Mu’awiyah berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang suka sekiranya orang ramai berdiri (untuk menghormatinya) maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka." (Tirmiżi) Keterangan: Amaran dalam hadiś ini ialah untuk keadaan yang seseorang itu sememangnya suka dan ingin agar orang berdiri untuk memuliakannya tetapi, jika orang lain berdiri untuk memuliakannya dan kerana kasih kepadanya sedangkan dia sendiri tidak ingin sama sekali maka itu tidak termasuk dalam amaran di atas. (Ma’arif ul-Hadis)
Sayyidina Anas berkata, Tiada sesiapa yang mereka (para sahabat) kasihi lebih daripada Rasulullah " Beliau berkata lagi, "Walaupun begitu, mereka tidak berdiri apabila mereka nampak Rasulullah SAW kerana mereka tahu bahawa Baginda tidak menyukai perbuatan sedemikian." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Darda’ berkata bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa sahaja yang ditimpa dengan sesuatu kesusahan jasmani oleh seseorang yang lain dan dia memaafkan orang itu maka kerana kemaafannya itu Allah SWT meninggikan untuknya satu darjat dan mengampunkan satu dosanya." (Tirmiži)
Sayyidina Jaudan berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memohon maaf daripada saudaranya atas sesuatu kesalahan dan saudaranya itu tidak memaafkannya maka saudaranya itu berdosa sebagaimana dosa orang yang memungut cukai tanpa hak." (Ibnu Majah)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, ""Nabi Musa bin Imran berkata, Wahai Tuhanku, siapakah hamba-Mu yang paling mulia di sisi-Mu?" Maka Allah SWT menjawab, Seseorang yang mampu untuk mengambil tindak balas namun masih memberi kemaafan." (Baihaqi)
Sayyidina ‘Abdullah bin Umar berkata bahawa seorang sahabat telah datang berjumpa Nabi SAW lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, berapa banyak kesalahan pekerja yang patut saya maafkan?" Baginda hanya berdiam diri kemudian beliau berkata lagi, "Berapa banyak kesalahan pekerja yang patut saya maafkan?" Maka Rasulullah bersabda, "Setiap hari tujuh puluh kali." (Tirmiži)
Sayyidina Hużaifah berkata beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya ada seorang lelaki daripada umat sebelum kamu, apabila malaikat datang untuk mengambil rohnya (dan setelah rohnya diambil dan dia telah berpindah daripada alam dunia ini ke alam yang lain) maka dia ditanya, "Apakah kamu pernah melakukan apa-apa kebaikan?" Dia menjawab, "Saya tidak tahu yang saya ada amalan sedemikian." Maka dikatakan kepadanya, "Renungkan (kehidupan kamu dulu) dan fikirkan." Dia menjawab lagi, "Dalam pengetahuan saya, saya tidak mempunyai amalan yang sedemikian. Cuma dalam kehidupan dunia, saya berjual beli dan bermuamalah (berurusan) dengan orang ramai dan dalam hal itu saya memberi penangguhan pembayaran kepada orang-orang yang Senang dan saya memaafkan orang-orang yang susah (tidak mampu) Lantaran itu Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga." (Bukhari)
Sayyidina Abu Qatadah berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ingin supaya Allah menyelamatkannya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat maka hendaklah dia memberi tempoh kepada orang-orang yang kesempitan (yang berhutang dengannya atau hal-hal lain) ataupun memaafkannya (daripada semua atau sebahagian haknya itu)." (Muslim)
Sayyidina Anas berkata, "Saya telah berkhidmat kepada Nabi selama sepuluh tahun di Madinah dan pada masa itu saya masih kanak- kanak. Oleh itu, tidaklah semua perbuatan saya dapat memuaskan hati tuan saya (yakni kerana umur saya yang masih terlalu muda banyak berlaku kecuaian daripada saya, namun dalam tempoh sepuluh tahun itu) tidak pernah Baginda SAW mengatakan uff pun terhadap saya dan tidak pernah Baginda bertanya saya, kenapa kamu lakukan begini? Atau, kenapa kamu tidak melakukan begini?" (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi , Nasihatkanlah saya." Baginda bersabda, "Jangan marah." Lelaki itu telah ulangi permintaannya berkali-kali dan setiap kali Rasulullah tetap menjawab, "Jangan marah." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang gagah bukanlah orang yang dapat menumbangkan lawannya. Sesungguhnya orang yang gagah itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya semasa marah." (Bukhari)
Sayyidina Abu Zar berkata sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata kepada kami, "Apabila ada sesiapa yang marah dalam kalangan kamu sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk. Sekiranya dengan duduk kemarahan itu telah hilang (maka eloklah) jika tidak maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud) Keterangan: Maksud hadis di atas ialah, hendaklah seseorang itu mengubah kedudukan kepada apa-apa bentuk kedudukan yang boleh mendatangkan perubahan fikiran dan perasaan supaya kerugian kerana kemarahan itu dapat diminimumkan. Ada kemungkinan yang besar marah akan berkurangan apabila seseorang itu duduk daripada berkeadaan berdiri dan seseorang itu berbaring daripada berkeadaan duduk. (Mazahir ul-Haq)
Sayyidina "Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Ajarlah (agama) kepada orang ramai, perdengarkanlah kepada mereka berita-berita gembira dan janganlah kamu menyusahkan. Apabila sesiapa marah dalam kalangan kamu maka hendaklah dia berdiam diri." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Atiyyah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya kemarahan itu (kesan) daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan dicipta daripada api. Dan sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu, sesiapa daripada kalangan kamu marah maka hendaklah dia berwuduk." (Abu Daud)
Sayyidina Abdullah bin ‘Umar berkata Rasulullah SAW bersabda, Tidak ada tegukan yang ditelan oleh seseorang hamba yang lebih baik daripada tegukan kemarahan yang seseorang itu telan semata-mata kerana mencari keredaan Allah ." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Mu’az meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda. "Sesiapa yang menelan kemarahannya sedangkan dia mampu melepaskan kemarahannya itu (walaupun demikian dia tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap orang yang dia marahkan itu) maka pada hari kiamat Allah SWT akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk lalu Allah menyuruh dia memilih mana-mana bidadari syurga yang dia ingini." (Abu Daud)
Sayyidina Anas bin Malik meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memelihara lidahnya maka Allah akan akan menutup keaibannya, sesiapa yang menahan (minimum) kemarahannya maka Allah akan memeliharanya daripada azab pada hari kiamat dan sesiapa yang (menyesal di atas dosanya) lalu dia memohon ampun daripada Allah maka Allah akan mengampunkannya." (Baihaqi)
Sayyidina Mu’az meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Sayyidina Asyajj ketua kabilah Abd ul-Qais, "Sesungguhnya pada diri kamu ada dua sifat yang disukai oleh Allah yakni sifat hilm (lembut dan penyabar) dan tidak gopoh dalam urusan." (Muslim)
Isteri Nabi Sayyidatina ‘Aisyah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Aisyah, Allah SWT bersifat pelembut dan sukakan sifat lembut (untuk hamba-hamba-Nya dalam urusan mereka). Allah SWT akan memberi (ganjaran, pahala dan apa-apa sahaja yang Dia ingini) sebagai balasan kepada (orang yang mempunyai) sifat lembut apa-apa yang Allah SWT tidak balasi di atas sifat kasar dan Dia memberi atas sifat lembut apa-apa yang Dia tidak beri atas sifat-sifat yang lain." (Muslim)
Sayyidina Jarir meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak mendapat sifat lemah-lembut maka sebenarnya dia tidak mendapat sebarang kebaikan." (Syarhus Sunnah)
Sayyidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang telah diberikan (oleh Allah SWT) bahagian daripada sifat lemah-lembut maka dia telah diberikan kebaikan dunia dan akhirat. Sesiapa yang tidak mendapat bahagian daripada sifat lembut maka dia tidak mendapat bahagian daripada kebaikan dunia dan akhirat." (Syarhus Sunnah)
Sayyidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana ahli keluarga yang diberi sifat lemah lembut kepada mereka oleh Allah maka (dengan sebab sifat itu) Allah SWT memberi manfaat kepada mereka dan mana-mana ahli keluarga yang Allah SWT tidak memberi sifat lemah-lembut kepada mereka maka akan memudaratkan mereka." (Baihaqi: Misykat)
Sayyidatina Aisyah meriwayatkan bahawa orang-orang Yahudi telah datang berjumpa Nabi lalu berkata, "Assaamu ‘alaikum (yang bermaksud kematian ke atas kamu)." Lalu Sayyidatina Aisyah menjawab, "Ke atas kamu juga dan semoga Allah SWT melaknati dan memurkai kamu." Rasulullah bersabda, "Wahai ‘Aisyah, bertenang, hendaklah kamu berlemah lembut. elakkanlah daripada berkasar dan berkata-kata keji." ‘Aisyah berkata, "Apakah Rasulullah tidak mendengar apa-apa yang mereka katakan?" Baginda SAW membalas, Apakah kamu tidak mendengar apa-apa yang saya jawabkan kepada mereka? Saya telah membalas kata-kata mereka ke atas mereka. Doa keburukan saya ke atas mereka akan dikabulkan sementara doa keburukan mereka ke atas saya tidak akan diterima." (Bukhari)
Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Semoga Allah merahmati seseorang hamba yang bertolak ansur dalam berjual beli dan dalam menuntut haknya." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda Alah berfirman, "Apabila Aku menguji hamba-Ku yang mukmin (dengan apa-apa penyakit) dan dia tidak mengadu (tentang perbuatan-Ku terhadapnya) kepada orang-orang yang datang menziarahinya maka Aku akan lepaskan dia daripada tawanan-Ku yakni Aku ampunkan dosa-dosanya. Kemudian Aku akan gantikan untuknya daging yang lebih baik daripada dagingnya dan darah yang lebih baik daripada darahnya kemudian (setelah dia sihat daripada penyakitnya itu) dia mulakan amalannya yang baru (kerana semua dosanya yang lalu telah diampunkan)." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa yang demam semalaman lalu dia bersabar dan dia reda terhadap Allah kerana demamnya itu maka dosa-dosanya akan dibersihkan daripadanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya." (Ibnu Abi Dunya: Targhib)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan hadiś qudsi ini daripada Nabi bahawa Allah berfirman, "Sesiapa yang Aku telah ambil dua perkara yang sangat dikasihinya yakni dua mata dan dia bersabar serta mengharapkan ganjaran maka Aku tidak reda dengan ganjaran yang kurang daripada syurga untuknya." (Tirmiži)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Umar berkata Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas kesusahan yang didapati daripada mereka lebih besar ganjaran daripada seseorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar di atas kesusahan yang dia terima daripada mereka.” (Ibnu Majah)
Sayyidina Suhaib berkata Rasulullah bersabda, “Sungguh menakjubkan hal orang mukmin. Sesungguhnya semua halnya adalah kebaikan untuknya dan perkara ini hanya didapati oleh orang mukmin. Apabila dia mendapat apa-apa yang menggembirakan lalu dia bersyukur terhadap Tuhannya maka syukurnya itu akan membawa kebaikan kepadanya (yakni dia akan mendapat ganjaran daripada syukurnya itu). Sekiranya dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar maka sabarnya itupun adalah sebab kebaikan untuknya yakni dengan bersabar dia akan mendapat ganjaran." (Muslim)
Sayyidina Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah selalu berdoa "Ya Allah, Engkau telah memperelokkan rupa bentuk zahirku maka perelokkanlah juga akhlakku.” (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang reda menerima kembali apa-apa barang yang telah dibeli oleh seseorang muslim maka Allah akan memaafkan kesalahannya." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang memaafkan kesalahan seseorang muslim maka pada hari kiamat Allah akan memaafkan kesalahannya.” (Ibnu Hibban)
Sayyidina Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Tanggungjawab seseorang muslim terhadap seseorang muslim yang lain ialah enam, memberi salam kepadanya apabila bertemu, menerima jemputannya apabila dia menjemput, menjawab dengan يرحمك للله apabila dia bersin (Dan membaca الحمد الله), menziarahinya apabila dia sakit , mengiringi jenazahnya apabila dia mati dan suka untuk saudaranya itu apa-apa sahaja yang dia suka untuk dirinya sendiri.” (Ibnu Majah)
Sayyidina Abu Hurairah berkata saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Hak seseorang Islam ke atas seseorang Islam yang lain ialah lima, menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, menerima jemputan dan menjawab orang yang bersin dengan يرحمك الله (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, “Kamu tidak akan dapat memasuki syurga sehinggalah kamu beriman (yakni sehingga kehidupan kamu memenuhi tuntutan iman), dan kamu tidak akan menjadi orang beriman sehingga kamu berkasih sayang antara kamu, tidakkah saya memberitahu kamu amalan yang jika kamu melakukannya akan wujud kasih sayang antara kamu? (Amalan itu ialah) menyebarkan salam antara kamu.” (Muslim)
Sayyidina Abu Darda' meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sebarkanlah salam supaya kamu menjadi tinggi (mulia).” (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)
Sayyidina Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “As-Salam ialah satu nama antara nama-nama Allah yang Dia telah turunkan ke dunia ini maka hendaklah kamu sebarkan salam itu antara kamu. Ini adalah kerana apabila seseorang lelaki lalu berhampiran mana-mana kaum lalu dia memberi salam kepada mereka dan mereka menjawab salamnya itu maka dia mendapat kelebihan satu darjat mengatasi kaum itu kerana dia telah memperingatkan salam itu kepada mereka. Sekiranya mereka tidak menjawab salamnya itu maka para malaikat yang lebih baik daripada manusia menjawab salamnya itu." (Bazzar, Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya salah satu daripada tanda-tanda kiamat ialah seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain semata-mata kerana dia mengenali orang itu bukan kerana orang itu seorang muslim)." (Musnad Ahmad)
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi lalu berkata, "Assalamu'alaikum." Baginda menjawab salamnya itu lalu beliau pun duduk. Baginda bersabda, "Sepuluh yakni atas salamnya itu sepuluh pahala telah dituliskan untuknya." Kemudian datang seorang lelaki lain lalu berkata, "Assalamu'alaikum warahmatullah." Baginda menjawab salamnya itu lalu beliau pun duduk. Baginda bersabda, “Dua puluh yakni untuk beliau dua puluh pahala telah ditulis." Kemudian datang seorang lelaki lain lalu berkata, “Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh." Baginda menjawab salamnya dan beliau pun duduk dan Baginda bersabda, "Tiga puluh yakni tiga puluh pahala telah dituliskan untuknya.” (Abu Daud)
Sayyidina Abu Umamah berkata Rasulullah bersabda, "Orang yang paling utama di sisi Allah dalam kalangan manusia ialah orang yang memulakan salam." (Abu Daud)
Sayyidina Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang memulakan salam telah terlepas daripada sifat takabbur." (Baihaqi)
Sayyidina Anas berkata Rasulullah SAW bersabda kepada saya, "Wahai anakku, apabila kamu masuk ke rumahmu maka berilah salam kepada keluargamu. Ini akan menjadi sebab keberkatan untukmu dan keluargamu.” (Tirmizi)
Hadrat Qatadah berkata Nabi bersabda, “Apabila kamu memasuki mana-mana rumah maka hendaklah kamu memberi salam kepada ahli rumah itu. Apabila kamu keluar (meninggalkan rumah itu) maka tinggalkanlah mereka dengan memberi salam kepada mereka.” (Muşannaf 'Abd ur-Razzaq)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Apabila sesiapa antara kamu pergi ke mana-mana majlis maka hendaklah dia memberi salam. Kemudian jika dia ingin duduk maka hendaklah dia duduk. Selepas itu, apabila dia bangun meninggalkan majlis itu maka hendaklah dia memberi salam. Tidaklah salam yang pertama lebih utama daripada salam yang kedua. Yakni sebagaimana adalah sunnah memberi salam semasa bertemu demikian juga adalah sunnah memberi salam semasa berpisah.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Hendaklah yang kecil memberi salam kepada yang besar, yang sedang berjalan hendaklah memberi salam kepada yang duduk, kumpulan yang sedikit hendaklah memberi salam kepada kumpulan yang banyak." (Bukhari)
Sayyidina 'Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Memadai salah seorang daripada satu kumpulan yang sedang berjalan memberi salam bagi pihak kumpulannya dan memadai salah seorang daripada satu kumpulan yang sedang duduk menjawab salam bagi pihak kumpulannya." (Baihaqi)
Sayyidina Miqdad bin Aswad berkata bahawa Rasulullah SAW pulang pada waktu malam lalu Baginda SAW memberi salam yang tidak mengejutkan orang yang sedang tidur sementara orang yang jaga boleh dengar.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, "Orang yang paling lemah dalam kalangan manusia ialah orang yang lemah dalam berdoa yakni dia tidak berdoa dan orang yang paling bakhil dalam kalangan manusia ialah orang yang bakhil dalam memberi salam." (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)
Sayyidina Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Kesempurnaan salam ialah dengan berjabat tangan." (Tirmizi)
Sayyidina Bara meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Setiap dua orang Islam yang bertemu lalu berjabat tangan maka dosa kedua-dua mereka diampunkan sebelum mereka berpisah." (Abu Daud)
Sayyidina Huzaifah bin Yaman meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesungguhnya apabila seseorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin yang lain lalu memberi salam sambil berjabat tangan dengannya maka berguguranlah dosa-dosa mereka sebagaimana berguguran daun daripada pokok." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Salman Farisi meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi bersabda, “Sesungguhnya apabila seseorang muslim bertemu dengan saudara muslimnya sambil berjabat tangan maka dosa-dosa kedua-dua mereka berguguran sebagaimana daun-daun dari satu pohon yang sudah kering berguguran pada hari angin bertiup kencang. Dan mereka berdua diampunkan walaupun dosa-dosa mereka sebanyak buih di lautan.” (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Seorang lelaki daripada kabilah 'Anazah meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Sayyidina Abu Żar, “Apakah Rasulullah berjabat tangan dengan kamu semua apabila kamu bertemu dengan Baginda?" Sayyidina Abu Zar menjawab, "Setiap kali saya bertemu Baginda pasti Baginda berjabat tangan dengan saya. Pada suatu hari Baginda menghantar orang untuk memanggil saya di rumah tetapi saya tidak ada di rumah pada masa itu. Apabila saya pulang saya diberitahu bahawa Baginda telah menghantar orang memanggil saya maka saya pergi kepada Baginda Pada masa itu, Baginda berada di atas katilnya. Baginda telah memeluk saya dan pelukan itu sangat erat, sangat erat.” (Abu Daud)
Hadrat 'Ata' bin Yasar meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulullah, "Wahai Rasulullah, adakah perlu saya meminta izin untuk berjumpa ibu saya (dalam biliknya?)" Baginda menjawab, "Ya."Lelaki itu berkata lagi, "Saya tinggal bersama ibu saya dalam rumah." Baginda menjawab, "Mintalah izin untuk masuk berjumpa dengannya. Lelaki itu berkata lagi, "Sayalah yang berkhidmat kepada ibu saya itu. (Oleh itu saya perlu masuk ke biliknya berkali-kali)” Maka Rasulullah menjawab, "Mintalah izin untuk masuk ke biliknya. Adakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian?” Lelaki itu menjawab, “Tidak." Baginda bersabda, "Kalau begitu, mintalah izin untuk masuk ke biliknya." (Muwatta' Imam Malik)
Hadrat Huzail meriwayatkan bahawa Sayyidina Saad telah datang lalu berdiri tepat di hadapan pintu rurnah Nabi, untuk meminta izin (masuk ke rumah Baginda ) lalu Baginda bersabda kepada beliau, "(Janganlah kamu berdiri di hadapan pintu) sebaliknya berdiri di kanan atau di kiri pintu (kerana berdiri di hadapan pintu boleh menyebabkan kamu ternampak apa-apa yang ada dalam rumah sedangkan) meminta izin adalah semata-mata untuk mengelak daripada terlihat apa-apa yang tidak elok dalam rumah." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah di meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Apabila pandangan telah masuk ke dalam rumah maka meminta izin tidak memberi apa-apa makna yakni tiada faedah untuk meminta izin.” (Abu Daud)
Sayyidina Abdullah bin Bishr berkata beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Janganlah kamu berdiri di hadapan pintu rumah orang lain untuk meminta izin memasukinya (supaya kamu tidak terpandang apa-apa yang ada di dalam rumah) sebaliknya datangilah dari arah (kanan atau kiri) Talla mintalah izin. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika tidak maka pulanglah." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa pun tidak dibenarkan membangunkan orang lain untuk duduk di tempatnya." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang bangun dari tempatnya (kerana sesuatu keperluan kemudian dia datang kembali maka dia lebih berhak (untuk duduk) di tempat itu." (Muslim)
Sayyidina Abdullah bin 'Amr bin 'Aas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak boleh duduk di antara dua orang tanpa izin daripada mereka berdua." (Abu Daud)
Sayyidina Huzaifah meriwayatkan bahawa Rasulullah melaknat orang yang duduk di tengah-tengah halkah.” (Abu Daud) Keterangan: 'Orang yang duduk di tengah-tengah halkah' membawa maksud orang yang melangkah tengkuk-tengkuk orang lain untuk duduk di tengah-tengah majlis. Maksud yang kedua ialah ada orang yang sedang duduk dalam bentuk bulatan sehingga setiap orang berhadapan dengan seseorang yang lain lalu datang seseorang duduk di tengah-tengah bulatan itu sehingga keadaan berhadapan itu tiada lagi. (Ma'arif ul-Hadis)
Sayyidina Abu Sa'id Khudri berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Baginda telah ulangi perkataan itu tiga kali. Seorang lelaki bertanya, “Apakah maksud memuliakan tetamu, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, “Memuliakan tetamu ialah selama tiga hari. Jika tetamu masih tinggal selepas tiga hari maka memberi makan oleh tuan rumah itu ialah ihsan daripada tuan rumah ke atas tetamu yakni sekiranya tuan rumah tidak menjamu tetamu selepas tiga hari tidak termasuk dalam perbuatan yang tidak berakhlak.” (Musnad Ahmad)
Sayyidina Miqdam Abu Karimah berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menjadi tetamu kepada (seseorang dalam) sesuatu kaum dan sehingga ke pagi tetamu terbiar (tidak diberi makanan) yakni pada waktu malam tuan rumah tidak melayan tetamu itu maka menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk membantu tetamu itu sehingga dia boleh mengambil daripada harta dan kebun tuan rumah itu kadar makanannya untuk satu malam.” (Abu Daud) Keterangan: Hukum yang disebutkan di atas adalah untuk keadaan tetamu yang tidak mempunyai apa-apa persediaan makanan dan dia dalam keadaan terdesak. Jika keadaan bukan demikian maka layanan untuk tetamu adalah hak tetamu sekadar memenuhi tuntutan akhlak dan maruah. (Mazahir ul- Haq)
Hadrat Abdullah bin 'Ubaid bin 'Umair berkata, "Sayyidina Jabir telah masuk berjumpa dengan aku bersama beberapa orang daripada sahabat Nabi Sayyidina Jabir telah menghidangkan roti bersama cuka sambil berkata, "Makanlah kerana sesungguhnya aku telah mendengar Nabi bersabda sebaik-baik lauk ialah cuka. Kebinasaan bagi seseorang yang apabila ada saudara-saudaranya datang dan dia berasa lekeh untuk menghidangkan kepada mereka apa-apa sahaja yang ada di rumahnya dan kebinasaan juga kepada orang-orang yang memandang lekeh apa-apa sahaja yang dihidangkan kepada mereka.” Dalam satu riwayat yang lain, "Cukuplah untuk seseorang itu dianggap buruk apabila dia memandang lekeh terhadap apa-apa yang dihidangkan kepadanya." (Musnad Ahmad, Tabarani, Abu Ya'la: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah sukakan bersin dan tidak sukakan menguap. Sesiapa daripada kalangan kamu yang bersin dan membaca الحمد الله maka menjadi hak ke atas setiap orang Islam yang mendengarnya mengucapkan يرحمك الله., Adapun menguap daripada syaitan. Oleh itu apabila sesiapa daripada kamu menguap maka hendaklah dia menahannya semampu mungkin kerana sesiapa yang menguap maka syaitan akan mentertawakannya." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang sakit atau mengunjungi saudaranya semata-mata kerana Allah maka seorang malaikat akan membuat seruan bahawa kamu bertuah dan langkah-langkah kamu membawa keberkatan dan kamu telah menyediakan sebuah mahligai dalam syurga.” (Tirmizi)
Sayyidina Šauban hamba sahaya Nabi yang telah dimerdekakan meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang sakit maka dia berada dalam khurfah syurga.” Ada orang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu khurfah syurga?" Baginda menjawab, “Buah-buahan syurga yang telah dipetik.” (Muslim)
Sayyidina Anas bin berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang berwuduk dan dia memperelokkan wuduknya itu lalu menziarahi saudara Islam yang sakit dengan mengharapkan ganjaran pahala akan dijauhkan daripada neraka jahanam sejauh tujuh puluh kharif.” Hadrat Sabit Bunani berkata bahawa saya bertanya kepada Sayyidina Anas, "Wahai Abu Hamzah, apakah itu kharif?" Beliau menjawab, “Tahun." Yakni dia dijauhkan dari neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. (Abu Daud)
Sayyidina Anas bin Malik berkata saya mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa sahaja yang menziarahi orang sakit sesungguhnya dia menyelam dalam rahmat dan apabila dia duduk di sisi pesakit maka rahmat akan meliputinya.” Lalu saya (Sayyidina Anas) pun bertanya kepada Baginda, "Ya Rasulullah, kelebihan ini didapati oleh orang sihat yang menziarahi orang sakit, apakah pula yang didapati oleh pesakit itu sendiri? "Baginda menjawab, “Dosanya akan diampunkan." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Ka’ab bin Malik berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menziarahi orang sakit maka dia menyelam dalam rahmat dan sesiapa yang duduk di sisi orang sakit maka dia tenggelam dalam rahmat." (Musnad Ahmad)
Dalam riwayat Sayyidina ‘Amr bin Hazm , "Apabila dia bangun dari sisi pesakit itu pun dia masih menyelam dalam rahmat sehinggalah dia kembali ke tempat dari mana dia datang." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Ali berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana orang Islam yang menziarahi saudara Islamnya yang sakit pada waktu pagi maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakan untuknya sehingga ke petang. Jika dia pergi menziarahi pada waktu petang maka tujuh puluh ribu para malaikat mendoakan untuknya sehingga ke pagi dan dia akan dapat satu kebun di dalam syurga." (Tirmiži)
Sayyidina Umar bin Khatțtab meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepadanya, "Jika kamu pergi menziarahi orang sakit maka suruhlah dia mendoakan untukmu kerana doanya (diterima) seperti doa para malaikat." (Ibnu Majah)
Sayyidina ‘Abdullah bin Umar berkata semasa kami duduk bersama Nabi datang seorang lelaki Ansar lalu memberi salam kepada Baginda kemudian sahabat Ansari itu berpaling untuk pulang maka Rasulullah SAW bersabda, "Wahai saudara Ansar, bagaimana keadaan saudaraku Sa’ad bin Ubadah?" Sahabat itu menjawab, "Baik." Maka Rasulullah bersabda (kepada para sahabat yang ada di sisi Baginda ), "Siapakah antara kamu yang akan menziarahinya?" Lalu Baginda pun bangun dan kami pun bangun bersama Baginda . Kami semuanya beberapa belas orang. Kami tidak memakai kasut, khuf (sarung kaki kulit), kupiah dan tidak juga baju. Kami berjalan di atas tanah yang berbatu itu sehingga kami sampai ke sisi Sayyidina Sa’ad, Lalu orang-orang daripada kaumnya yang sedang duduk di sisinya berundur ke belakang dan Rasulullah SAW serta para sahabat yang bersama Baginda SAW datang menghampirinya." (Muslim)
Sayyidina Abu Sa’id Khudri meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang beramal dengan lima amalan dalam satu hari maka Allah akan menulisnya dalam kalangan ahli syurga, 1. Menziarahi orang sakit, 2. Menghadiri jenazah, 3. Berpuasa, 4. Pergi menunaikan solah Jumaat dan 5. Memerdekakan hamba." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Mu’az bin Jabal meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berjihad di jalan Allah SWT maka dia berada dalam jaminan Allah SWT, sesiapa yang menziarahi orang sakit maka dia berada dalam jaminan Allah SWT dan sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang maka dia berada dalam jaminan Allah SWT, sesiapa yang berjumpa imam (pemerintah) untuk membantunya maka dia berada dalam jaminan Allah SWT dan sesiapa yang tinggal di rumahnya tidak mengumpat akan sesiapa maka dia juga berada dalam jaminan Allah SWT." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bertanya, "Siapakah antara kamu yang berpuasa pada hari ini?" Sayyidina Abu Bakar menjawab, "Saya." Baginda SAW bertanya lagi, "Siapakah antara kamu yang telah mengiringi jenazah pada hari ini" Sayyidina Abu Bakar menjawab, "Saya." Rasulullah SAW bersabda lagi, "Siapakah antara kamu yang telah memberi makan kepada orang miskin pada hari ini?" Sayyidina Abu Bakar menjawab, "Saya." Baginda bertanya lagi, "Siapakah antara kamu yang telah menziarahi orang sakit pada hari ini?" Sayyidina Abu Bakar menjawab, "Saya." Lalu Baginda SAW bersabda, "Sesiapa sahaja yang terkumpul amalan-amalan ini padanya pasti akan memasuki syurga." (Muslim)
Sayyidina Abdullah bin ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa sahaja orang Islam yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya lalu membaca doa ini tujuh kali, maka pasti orang itu akan sembuh. (Tetapi jika ajalnya sudah sampai, itu adalah perkara lain" (Tirmiżi) اسال الله العظيم رب العرش العظيم ان يشفيك Terjemahan doa: ‘Saya memohon daripada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang besar supaya Dia menyembuhkan kamu.
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menghadiri jenazah dan menunggu sehingga solah jenazah ditunaikan akan mendapat pahala satu qiraț. Sementara sesiapa yang menghadiri jenazah dan menunggu sehingga jenazah selesai dikebumikan akan mendapat pahala dua qiraț. Baginda telah ditanya, "Apakah pahala dua qirat itu?"" Baginda SAW menjawab, "(Pahala dua qirat) ialah sama dengan dua gunung yang besar." Dalam riwayat yang lain,". yang kecil antara dua gunung itu ialah sebesar gunung Uhud." (Muslim)
Sayyidatina ‘Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Mana-mana jenazah yang disembahyangkan oleh kaum muslimin yang jumlahnya sampai seratus orang dan mereka semua mensyafaatinya maka pasti syafaat mereka itu diterima." (Muslim)
Sayyidina Abdullah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan takziah untuk menghiburkan hati orang yang ditimpa musibah pasti akan mendapat pahala seperti pahala orang tersebut." (Tirmiži)
Sayyidina Muhammad bin Amr bin Hazm meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa sahaja daripada orang-orang mukmin yang mengucapkan takziah untuk menghiburkan hati saudaranya yang mukmin yang ditimpa musibah pasti akan dipakaikan oleh Allah SWT dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat." (Ibnu Majah)
Sayyidatina Ummu Salamah berkata, "Rasulullah datang setelah Sayyidina Abu Salamah meninggal dunia. Mata beliau tetap terbuka. Baginda telah menutup matanya itu lalu bersabda, "Apabila roh dicabut maka mata akan terbuka kerana terus memandang roh yang sedang naik ke atas (oleh sebab itulah Baginda SAW telah menutup matanya itu). Beberapa orang daripada ahli keluarganya mula menangis dengan kuat (dan mungkin ada yang mengatakan sesuatu yang tidak patut) maka Baginda bersabda, "Kamu hendaklah mendoakan hanya kebaikan untuk diri kamu kerana doa kamu diaminkan oleh para malaikat. Kemudian Rasulullah SAW berdoa, اللهم اغفر لابي سلمة وارفع درجته في المهديين واخلفه في عقبه في الغابرين واغفرلنا وله يا رب العالمين وافسح له في قبره ونور له فيه Ya Allah, ampunkanlah Abu Salamah dan angkatlah darjatnya dalam kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk. Peliharalah dan uruskanlah ahli keluarganya yang tinggal selepas ketiadaannya. Wahai Tuhan sekalian alam, ampunkanlah kami dan juga dia. Lapangkanlah dan terangilah kubur untuknya." (Muslim) Keterangan: Apabila mana-mana orang Islam ingin mendoakan doa ini untuk mana-mana orang Islam yang lain maka perkataan لابي سلمة hendaklah ditukar dengan nama orang yang didoakan dan masukkanlah huruf 'J' yang berbaris di bawah sebelum nama itu. Sebagai contoh لزيد.
Sayyidina Abu Darda' meriwayatkan bahawa Nabi SAW selalu bersabda, "Doa seseorang muslim untuk saudara Islamnya tanpa diketahui olehnya adalah diterima. Malaikat berada berhampiran kepala si pendoa. Pada bila-bila masa pun dia berdoa kebaikan untuk saudaranya maka malaikat itu akan berkata amin dan (berkata kepada si pendoa itu), "Semoga kamu pun akan mendapat kebaikan seperti yang kamu doakan untuk saudaramu itu'." (Muslim)
Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa pun dalam kalangan kamu tidak akan mencapai iman yang sempurna sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa-apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri." (Bukhari)
Hadrat Khalid bin Abdullah Qusariy berkata ayahku meriwayatkan daripada datukku bahawa Rasulullah SAW bersabda, Adakah kamu sukakan syurga?" Beliau menjawab, *Ya." Lalu Baginda SAW bersabda, "Kalau begitu hendaklah kamu inginkan untuk saudara kamu apa-apa yang kamu kasihkan untuk dirimu." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya agama itu ialah ketulusan dan kesetiaan, sesungguhnya agama itu ialah ketulusan dan kesetiaan, sesungguhnya agama itu ialah ketulusan dan kesetiaan." Para sahabat bertanya, "Kepada siapa wahai Rasulullah?" Baginda SAW menjawab, "Kepada Allah SWT, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpin-pemimpin Islam serta orang awamnya." (Nasa’ i) Keterangan: Maksud ketulusan dan kesetiaan untuk Allah SWT ialah beriman kepada Allah SWT, kasih kepada-Nya sesungguh hati, takut kepada-Nya, taat dan beribadat kepada-Nya dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Sementara ketulusan dan kesetiaan kepada kitab Allah SWT ialah beriman dengannya, tunaikan hak memuliakannya, mendapatkan ilmunya, sebarkan ilmunya dan beramal dengannya. Ketulusan dan kesetiaan terhadap Rasulullah ialah membenarkan Baginda, memuliakan Baginda, cintakan Baginda dan sunnah Baginda SAW dan meyakini sepenuh jiwa raga bahawa keselamatan saya adalah dalam mengikut cara hidup Baginda . Ketulusan dan kesetiaan kepada pemimpin-pemimpin orang Islam ialah membantu mereka dalam menunaikan tanggungjawab dan tugas mereka, bersangka baik terhadap mereka, sekiranya ternampak apa-apa kesalahan mereka maka hendaklah diperbetulkan dengan cara yang terbaik, memberi cadangan yang baik kepada mereka dan mentaati mereka dalam perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak Sementara ketulusan dan kesetiaan terhadap orang awam Islam ialah mengambil berat tentang kebaikan dan kebajikan mereka termasuklah mendorong mereka ke arah agama, merasakan bahawa manfaat untuk mereka ialah manfaat kita sendiri dan kerugian mereka ialah kerugian kita sendiri, membantu mereka sedaya mungkin dan menunaikan hak mereka. (Ma’ariful-Hadiś)
Sayyidina Sauban berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya kawasan telagaku seluas kawasan di antara Adan dan ‘Amman, bilangan gelas-gelas air telaga itu ialah sebanyak bilangan bintang di langit (yakni tidak terhitung banyaknya), airnya lebih putih daripada salji dan lebih manis daripada madu. Golongan yang pertama akan datang ke telagaku itu ialah orang-orang fakir dalam kalangan orang-orang Muhajirin." Kami berkata, "Wahai Rasulullah, beritahulah kepada kami sifat- sifat mereka." Baginda menjawab, "Mereka mempunyai rambut yang kusut masai, pakaian mereka lusuh, mereka tidak mampu menikahi wanita- wanita yang dibesarkan dalam kemewahan. Pintu-pintu tidak dibuka untuk mereka yakni kedatangan mereka tidak dialu-alukan. Mereka juga ialah orang-orang yang menunaikan segala hak yang menjadi tanggungjawab mereka sementara hak mereka tidak ditunaikan." (Tabarani: Majma’ uz- Zawa’id) Keterangan: ‘Adan ialah nama satu tempat yang masyhur di Yaman sementara ‘Amman pula ialah sebuah bandar yang masyhur di Jordan. Dalam hadiś di atas kedua-dua tempat itu telah digunakan hanya sebagai tanda perbandingan. Maksudnya ialah sejauh mana kawasan antara Adan dan ‘Amman di dunia ini sejauh itulah keluasan telaga Nabi SAW. Tetapi itu tidaklah membawa maksud bahawa keluasan telaga Nabi SAW tepat sama jarak dengan kawasan itu. Bahkan keterangan itu hanya untuk memberi gambaran bahawa keluasan telaga Nabi SAW ialah beratus-ratus batu. (Ma’ arif ul-Hadis)
Sayyidina Hużaifah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu buat sesuatu hanya ikut-ikutan. Kamu berkata, Jika orang berbuat baik kepada kami maka kami juga berbuat baik kepada mereka, jika orang menzalimi kami maka kami juga menzalimi mereka. Tetapi kamu hendaklah teguhkan diri kamu bahawa jika orang berbuat baik kepada kamu maka kamu pun berbuat baik kepada mereka dan jika orang berbuat zalim kepada kamu, kamu tidak akan berbuat zalim terhadap mereka." (Tirmiži)
Sayyidatina ‘Aisyah berkata, Rasulullah SAW tidak pernah membalas dendam untuk hal-hal peribadi Baginda kecuali apabila perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT dilanggar maka Baginda akan menghukum mereka kerana mereka melanggar perintah Allah ." (Bukhari)
Sayyidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya seseorang hanmba yang menunaikan hak tuannya dengan setia dan tulus dan memperelokkan ibadat kepada Allah SWT akan mendapat ganjaran dua kali." (Muslim)
Sayyidina Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan." (Musnad Abmad)
Sayyidina Abu Musa Asy’ari berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya memuliakan tiga jenis orang ialah termasuk dalam memuliakan Allah 1. Seorang muslim yang tua, 2. Hafiz al Quran yang tidak menambah dan mengurangkan 3. Pemerintah yang adil." (Abu Daud) Keterangan: Maksud daripada "tidak menambah dan tidak mengurangkan ialah dia mengambil berat untuk membaca al-Quran dan dia tidak melampaui had tajwid dan huruf-huruf sebagaimana ahli riyak. (Bazl ul- Majhud)
Sayyidina Abu Bakrah berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memuliakan sultan Allah di dunia ini maka Allah akan memuliakannya pada hari kiamat dan sesiapa yang menghinakan sultan Allah di dunia ini maka Allah SWT akan menghinakannya pada hari kiamat." (Musnad Ahmad, Tabarani: Majma’ uz-Zawa id)
Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata Rasulullah SAW bersabda. "Keberkatan ada bersama orang-orang tua kamu." (Mustadrak Hakim)
Maksudnya ialah sesiapa yang telah menjadi tua dan amalan baiknya pun sudah banyak maka padanya ada kebaikan dan keberkatan yang banyak. (Hasyiah Targhib)
Sayyidina Ubadah bin Şamit meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak memuliakan orang tua dalam kalangan kami, tidak mengasihi kanak-kanak dalam kalangan kami dan tidak mengakui hak orang alim dalam kalangan kami maka bukanlah dia daripada kalangan umatku." (Musnad Ahmad, Tabarani: Majma’ uz- Zawa’id)
Sayyidina Abu Umamah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Aku mewasiatkan khalifah selepasku supaya bertaqwa kepada Allah dan aku mewasiatkannya tentang kumpulan orang-orang Islam supaya dia memuliakan orang tua dalam kalangan mereka dan mengasihi kanak-kanak dalam kalangan mereka dan supaya dia menghormati orang alim dalam kalangan mereka dan juga supaya dia tidak memukul mereka sehingga menghinakan mereka dan jangan dia menakut-nakutkan mereka begitu sekali sehingga menyebabkan mereka menjadi kafir dan supaya dia tidak mengkasikan mereka sehingga memutuskan keturunan mereka dan jangan dia menutup pintunya (sehingga mereka tidak boleh mengadu). Jika berlaku demikian, yang perkasa dalam kalangan mereka akan memakan yang lemah (yakni kezaliman akan berleluasa)." (Baihaqi)
Sayyidatina ‘Aisyah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Maafkanlah kesilapan orang yang baik-baik kecuali kesalahan-kesalahan yang kena hukum hudud." (Abu Daud)
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang daripada mencabut uban. Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya uban itu ialah nur orang Islam yang tua." (Timiži)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu mencabut uban kerana sesungguhnya ia menjadi sebab nur pada hari kiamat. Apabila seseorang Islam ditumbuhi sehelai uban maka dengan sebab sehelai uban itu akan ditulis untuknya satu hasanah, satu dosa akan diampunkan dan satu darjat akan ditinggikan." (bnu Hibban)
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mempunyai golongan manusia yang diberi nikmat secara khusus supaya mereka memberi manfaat kepada orang-orang lain. Allah akan terus memberi nikmat-nikmat itu kepada mereka selama mereka berterusan memberi manfaat kepada orang lain. Apabila mereka tidak lagi melakukan demikian maka Allah SWT akan menarik nikmat-nikmat itu daripada mereka dan memberikan kepada orang lain." (Tabarani, Hilyat ul-Auliya’: Jami Saghir)
Sayyidina Abu Zar berkata Rasulullah SAW bersabda, "Senyuman yang kamu beri kepada saudaramu (yang Islam) ialah sedekah, kamu menyuruh sesiapa membuat kebaikan dan mencegah sesiapa daripada kemungkaran ialah sedekah, menunjukkan jalan kepada sesiapa yang telah tersesat ialah sedekah, menunjukkan jalan kepada orang yang lemah penglihatan ialah sedekah, mengetepikan batu, duri, tulang (dan lain-lain) dari jalan ialah sedekah, kamu mengisi timba saudaramu dengan air daripada timbamu adalah sedekah." (Timiži)
Sayyidina ‘Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang berjalan pergi untuk menunaikan hajat saudaranya maka amalannya itu adalah lebih baik daripada beri"tikaf selama sepuluh tahun. Sesiapa yang beri tikaf selama sehari pun kerana mencari keredaan Allah SWT maka Allah SWT akan menghalanginya daripada neraka sejauh tiga khandaq (parit) dan lebar setiap parit lebih luas daripada jarak di antara bumi dan langit." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah dan Abu Talhah bin Sahal Ansari berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak menghiraukan saudara Islamnya yang kehormatannya dicabuli dan maruahnya dicemari maka Allah SWT juga tidak akan menghiraukannya pada ketika dia mengharapkan bantuan-Nya. Sementara itu sesiapa yang membantu mana-mana saudara Islamnya yang kehormatannya dicabuli dan maruahnya dicemari maka pasti Allah SWT akan membantunya dalam keadaan dia mengharapkan bantuan." (Abu Daud)
Sayyidina Hużaifah bin Yaman berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan dan ehwal orang Islam maka bukanlah dia daripada kalangan orang Islam dan sesiapa sepanjang pagi atau sepanjang petang dalam keadaan tidak tulus dan tidak setia terhadap Allah, rasul-Nya, kitab-Nya, imam-Nya (pemerintah Islam) dan orang Islam yang biasa maka bukanlah dia daripada kalangan mereka." (Tabarani: Targhib)
Sayyidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah SWT akan menunaikan hajatnya." (Abu Daud)
Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Orang yang memberi petunjuk untuk melakukan kebaikan akan mendapat pahala yang sama banyak dengan pembuat kebaikan itu sendiri dan Allah SWT suka orang yang membantu orang yang berada dalam kesusahan." (Bazzar: Targhib)
Sayyidina Jabir berkata Rasulullah SAW bersabda, "Orang mukmin ialah orang yang beramah mesra dengan orang lain dan orang lain boleh beramah mesra dengannya dan tidak ada kebaikan pada sesiapa yang tidak beramah mesra dengan orang dan orang tidak boleh beramah mesra dengannya. Dan sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak memberì manfaat kepada orang lain." (Daruquțni: Jami Şaghir)
Sayyidina Abu Musa Asy’ari berkata Nabi SAW bersabda, "Setiap orang Islam hendaklah memberi sedekah." Para sahabat bertanya, "Jika dia tidak mempunyai sesuatu untuk disedekahkan maka apakah yang patut dia lakukan?" Baginda menjawab, ‘Hendaklah dia bekerja dengan tangannya sendiri lalu dia boleh menyempurnakan keperluannya sendiri dan dia boleh juga bersedekah." Para sahabat bertanya lagi, "Sekiranya ini pun dia tidak mampu atau (dia mampu tetapi) dia tidak lakukan?"" Baginda bersabda, Hendaklah dia membantu orang yang ditimpa kesusahan." Para sahabat bertanya lagi, "Kalau dia tidak lakukan?" Baginda menjawab, "Hendaklah dia mengajak ke arah kebaikan." Para sahabat bertanya lagi, "Jika itu pun dia tidak lakukan?" Baginda menjawab, Sekurang-kurangnya hendaklah dia mengelakkan diri daripada menyusahkan sesiapa kerana itupun sedekah baginya." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Seseorang mukmin ialah cermin untuk seorang mukmin yang lain. Dan seseorang mukmin ialah saudara untuk seorang mukmin yang lain Dia menjaga saudaranya daripada sebarang kerugian dan memeliharanya dari segenap penjuru." (Abu Daud)
Sayyidina Anas berkata Rasulullah bersabda, "Bantulah saudara kamu sama ada dia menzalimi atau dia dizalimi." Seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, saya akan bantu saudara saya yang dizalimi, bagaimana saya membantu saudara saya yang berlaku zalim?" Baginda SAW bersabda, "Hentikanlah dia daripada kezalimannya kerana memberhentikan penzalim daripada kezalimannya itulah membantunya." (Bukhari)
Sayyidina ‘Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, Tuhan ar-Rahman mengasihi hamba-hamba yang mengasihi orang lain. Kamu kasihilah penduduk bumi maka ahli langit akan mengasihi kamu." (Abu Daud)
Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Majlis-majlis perjumpaan ialah amanah (yakni apa-apa sahaja perkara rahsia yang diberitahu dalam sesuatu majlis tidak harus diberitahu kepada sesiapa) kecuali tiga majlis (yang bukan merupakan amanah bahkan perjumpaan itu mesti diberitahu kepada orang lain) 1. Perjumpaan merancang untuk menumpahkan darah tanpa hak. 2. Perjumpaan yang berkaitan dengan zina, 3. Perjumpaan untuk merampas harta orang lain tanpa hak." (Abu Daud) Keterangan: Tiga perkara yang disebutkan dalam hadiś di atas hanyalah sebagai contoh. Maksudnya ialah mana-mana perjumpaan yang membincangkan tentang apa-apa perkara maksiat ataupun kezaliman dan kamu pun disertakan dalam rancangan itu maka kamu tidak boleh merahsiakan perkara itu sama sekali. (Maʻarif ul-Hadiś)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Seorang mukmin ialah seseorang yang orang ramai berasa aman diri dan harta mereka daripada kejahatannya." (Nasa’ i)
Sayyidina Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, *Orang Islam ialah orang yang apabila orang-orang Islam lain berasa terselamat daripada (keburukan) lidah dan tangannya. Sementara muhajir (yakni orang yang meninggalkan) ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah ." (Bukhari)
Sayyidina Abu Musa berkata para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, keislaman seseorang Islam yang mana satukah yang paling afdal?" Baginda SAW menjawab, "Keislaman seseorang yang apabila orang-orang Islam lain berasa terselamat daripada (keburukan) tangan dan lidahnya." (Bukhari) Keterangan: Maksud keburukan lidah ialah seperti mengejek seseorang, menyebarkan fitnah, memaki hamun. Sementara maksud daripada keburukan tangan ialah memukul orang lain, merampas harta orang dan seumpamanya. (Fath ul-Bari)
Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menolong kaumnya dalam perkara yang salah maka dia adalah seumpama unta yang jatuh ke dalam telaga lalu dipegang bahagian ekornya dan ditarik untuk dikeluarkan." (Abu Daud) Keterangan: Maksud hadis di atas ialah, sebagaimana berusaha untuk mengeluarkan unta yang jatuh ke dalam telaga dengan menarik ekornya ialah meletakkan diri dalam kesusahan yang tidak berfaedah kerana dengan cara itu unta tersebut tidak boleh dikeluarkan dari telaga, demikian juga membantu kaum atas perkara-perkara yang salah ialah tidak berfaedah kerana dengan cara itu kaum itu tidak boleh dibawa ke jalan yang benar. (Bazl ul-Majhud)
Sayyidina Jubair bin Mut’im meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang menyeru ke arah asabiyah bukanlah daripada golongan kami. Sesiapa yang berperang atas dasar asabiyah juga bukan daripada golongan kami dan sesiapa yang mati atas (semangat) asabiyah juga bukan daripada golongan kami." (Abu Daud)
Hadrat Fusailah berkata beliau mendengar bapanya berkata saya telah bertanya Nabi, "Ya Rasulullah, adakah sayang kepada kaum sendiri juga termasuk dalam asabiyah?" Baginda SAW menjawab, "Tidak, tetapi asabiyah ialah membantu kaum sendiri walaupun dalam perkara kezaliman." (Musnad Ahnad)
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah telah ditanya, "Siapakah yang terbaik dalam kalangan manusia?" Baginda menjawab, "Setiap orang yang hatinya makhmum, lidahnya benar," Para sahabat bertanya, Kami memahami lidah yang benar tapi siapakah orang yang hatinya makhmum?" Baginda SAW bersabda, "Dia ialah orang yang bertaqwa lagi suci hatinya, tidak mempunyai dosa, tidak berlaku zalim dan tidak ada dendam kepada sesiapa dan tidak juga hasad (dengki)," (Ibnu Majah) Keterangan: Maksud daripada hati yang suci’ ialah orang yang mempunyai hati yang suci daripada kotoran syirik dan juga suci daripada fikiran dan khayalan yang kotor. (Mazahir ul-Haq)
Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata Rasulullah bersabda, "Janganlah sesiapa daripada sahabatku menyampaikan kepadaku tentang hal sesiapa pun kerana aku ingin berjumpa dengan kamu dalam keadaan hati aku bersih terhadap setiap orang daripada kamu." (Abu Daud)
Sayyidina Anas bin Malik berkata, Pada suatu ketika kami sedang duduk bersama Nabi lalu Baginda berkata, "Sekejap lagi seorang ahli syurga akan datang kepada kamu." Lalu muncul seorang sahabat Ansar yang air wuduknya masih bertitisan dari janggutnya dan kasutnya bergantungan pada tangan kirinya. Keesokan harinya Rasulullah mengatakan perkara yang sama lalu lelaki itu juga yang muncul dalam keadaan yang sama seperti hari pertama. Pada hari ketiga pun Baginda mengatakan perkara yang sama seperti dulu, lalu lelaki yang sama itu juga muncul dalam keadaan seperti pada kali pertama. Apabila Baginda SAW bangun (dari majlis itu) maka Sayyidina Abdullah bin ‘Amr telah mengekori lelaki tersebut lalu berkata, "Saya telah bergaduh dengan ayah saya dan saya telah bersumpah tidak akan berjumpa dengannya selama tiga hari. Jika kamu rasa sesuai bolehkah kamu membenarkan saya menumpang di rumah kamu selama tiga hari?" Beliau berkata, Bolehlah." Sayyidina Anas memberitahu bahawa Sayyidina ‘Abdullah menceritakan, "Saya telah bermalam di rumah sahabat itu selama tiga malam. Saya tidak melihat beliau melakukan ibadat pada waktu malam. Cuma amalannya apabila beliau terjaga pada waktu malam dan membalikkan lambungnya di atas tilam, beliau akan berzikir dan mengucapkan ‘Allahu Akbar sehinggalah beliau bangun untuk solah subuh. Dan ada satu lagi perkara yakni beliau tidak berkata-kata kecuali yang baik. Apabila tiga hari telah berlalu, hampir saya menganggap amalannya itu biasa sahaja (dan saya berasa hairan kerana Nabi telah memberikan berita gembira yang hebat sedangkan amalan beliau tidaklah hebat) maka saya pun berkata kepadanya, "Wahai hamba Allah, sebenarnya tiada sebarang kemarahan antara saya dan ayah saya dan saya bukanlah tidak berkata-kata dengan ayah saya tetapi (kisah sebenarnya ialah) saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada kami tiga kali (berkenaan dirimu) bahawa sekarang akan muncul seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga dan pada ketiga-tiga kali kamulah yang muncul. Oleh itu, saya ingin tinggal bersama kamu lalu melihat amalan kamu yang khusus lalu saya boleh mengikutinya. Saya tidak nampak kamu melakukan amalan yang banyak. (Sekarang tolonglah beritahu saya) apakah amalan khusus yang telah menyebabkan kamu dapat mencapai martabat yang telah diberitahu oleh Nabi " Sahabat Ansari itu berkata, (Saya tidak mempunyai apa-apa amalan yang khusus). Itulah amalan saya sebagaimana yang kamu telah lihat." Sayyidina Abdullah berkata, "(Mendengarkan itu saya mula berjalan untuk pulang.) Apabila saya mula beredar beliau memanggil saya lalu berkata, "Amalan saya hanyalah sebagaimana yang kamu lihat. Tetapi satu perkara lagi ialah, dalam hati saya tidak ada sebarang keinginan untuk mengkhianati mana-mana orang Islam dan tidak juga saya berasa iri hati terhadap sesiapa yang Allah telah berikan kepadanya apa-apa nikmat yang khusus." Maka Sayyidina ‘Abdullah berkata, "Inilah dia amalan yang telah menyebabkan engkau sampai ke martabat itu sedangkan kami tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannya." (Musnad Ahmad, Bazzar: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menghindarkan apa-apa kesusahan dunia daripada sesiapa maka Allah SWT akan hindarkan daripadanya kesusahan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban mana-mana orang Islam di dunia maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat Allah SWT akan terus menolong seseorang itu selagi dia menolong saudaranya." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Hurairah berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua orang kawan dalam kalangan Bani Israil. Salah seorang daripada mereka berdua selalu melakukan dosa dan seorang lagi kuat beribadat. Apabila si abid nampak si pendosa melakukan dosa dia akan menegur, "Berhentilah." Pada suatu hari dia nampak si pendosa sedang melakukan dosa maka dia berkata, "Berhentilah." Lalu si pendosa itu menjawab, "Biarkan aku dan Tuhanku. Adakah Allah SWT mengutuskan engkau sebagai pengawasku?" Maka si abid itu menjawab dengan marah, "Demi Allah, Allah SWT tidak akan mengampunkan kamu atau Allah SWT tidak akan memasukkan kamu ke dalam syurga." Kemudian kedua-dua mereka meninggal dunia dan mereka dihimpunkan di hadapan Allah Tuhan sekalian alam. Allah SWT bertanya kepada si abid, Apakah kamu tahu tentang Aku (bahawa Aku tidak akan memberi kemaafan) ataupun kamu berkuasa ke atas apa-apa yang ada dalam genggaman-Ku (lalu kamu menahan Daku daripada memberi kemaafan dengan dakwaanmu bahawa Allah SWT tidak akan memaafkan kamu)?" Dan Allah berkata kepada si pendosa itu, "Dengan rahmat-Ku pergilah masuk ke dalanm syurga." (Kerana dia selalu mengharapkan rahmat Allah ) dan Allah SWT berfirman kepada para malaikat berkenaan si abid itu, "Bawalah dia ke dalam neraka." (Abu Daud) Keterangan: Hadiś ini tidaklah membawa makna bahawa kita boleh berani melakukan dosa. Ini adalah kerana si pendosa itu diampunkan semata-mata kerana kurniaan Allah SWT. Tidak semestinya setiap pendosa diperlakukan sedemikian kerana kaedahnya ialah bagi setiap dosa ada balasannya. Dan hadiś di atas tidak juga membawa maksud bahawa semua perlakuan dosa dan perbuatan yang haram tidak perlu dicegah. Banyak kenyataan dalam al-Quran dan hadiś yang memerintahkan kita mencegah perbuatan dosa dan yang memberi amaran apabila kita tidak mencegah orang yang melakukan dosa. Bahkan tuntutan hadiś ini ialah agar ahli ibadat tidak bangga dengan ibadatnya sehingga dia campur tangan dalam urusan-urusan Allah SWT langsung berani untuk bersumpah dan mengatakan bahawa Allah tidak akan mengampuni kamu, sedangkan adalah hak Allah SWT untuk mengampuni sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu mudah nampak kotoran kecil yang ada pada mata saudaranya tetapi lupa akan batang pokok yang ada pada matanya sendiri." (Ibnu Hibban.) Keterangan: Maksudnya ialah sekecil-kecil keaiban orang lain mudah kita nampak tetapi keaiban-keaiban kita yang besar pun kita tidak nampak. (Seperti pepatah Melayu, Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.’)
Sayyidina Abu Rafi berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memandikan mayat lalu menutup aurat mayat itu atau menyembunyikan apa-apa keaiban yang dia nampak pada mayat itu maka Allah SWT akan mengampunkan untuk si pemandi itu sebanyak empat puluh dosa besar. Sesiapa yang menggali kubur untuk saudaranya yang telah mati dan dia mengkebumikannya maka seolah olah dia memberi saudaranya itu tinggal di sebuah rumah sehinggalah saudaranya dibangkitkan (pada hari kiamat) yakni dia akan mendapat ganjaran sebanyak memberi saudaranya itu rumah untuk tinggal sehingga ke hari kiamat." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Abu Rafi’ berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memandikan mayat lalu menutup aurat mayat itu atau menyembunyikan apa-apa keaiban yang dia nampak pada mayat maka dia akan diampunkan sebanyak empat puluh kali. Sesiapa yang mengapankan mayat maka Allah SWT akan memakaikannya dengan kain sutera syurga yang nipis dan yang tebal." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah pergi menziarahi saudara Islamnya yang berada di sebuah kampung yang lain. Allah SWT telah menghantar seorang malaikat menunggu di jalan ke rumah saudaranya itu. (Apabila lelaki itu sampai hampir dengan malaikat tersebut) maka malaikat itu bertanya, "Ke mana kamu hendak pergi?" Lelaki itu menjawab, "Saya ingin menziarahi saudara saya yang tinggal di kampung ini." Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah padanya ada apa-apa hak yang kamu ingin pergi mengambilnya?" Lelaki itu menjawab, Tidak, tujuan saya pergi menemuinya ialah semata-mata kerana saya cintakan dia kerana Allah . Lalu malaikat itu berkata, "Sesungguhnya aku ini ialah utusan Allah untuk memberitahumu bahawa Allah SWT mengasihimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu semata-mata kerana Allah ." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang suka untuk mengecapi kemanisan iman maka hendaklah dia mencintai saudara Islam yang lain semata-mata kerana Allah ." (Musnad Ahmad, Bazzar: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya antara tanda iman ialah seseorang itu mengasihi seseorang yang lain hanya semata-mata untuk mendapatkan keredaan dan kesukaan Allah SWT sedangkan orang itu tidak memberikannya apa-apa harta (dan apa- apa manfaat duniawi yang lain) pun. Mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah adalah tanda iman (yang sempurna)." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Anas berkata Rasulullah bersabda, "Orang yang paling afdal antara dua orang yang berkasih sayang kerana keredaan dan kesukaan Allah SWT ialah orang yang lebih banyak mengasihi saudaranya." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengasihi seseorang kerana keredaan dan kesukaan Allah SWT (dan dia menzahirkan kasihnya itu) dengan berkata. "Sesungguhnya saya mengasihi kamu semata-mata kerana Allah SWT Kemudian kedua-dua mereka masuk syurga. Maka orang yang mengasihi itu akan mendapat darjat syurga yang lebih tinggi daripada yang dikasihi dan dia lebih berhak mendapat darjat itu." (Bazzar: Targhib)
Sayyidina Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Dua orang yang berkasih sayang untuk mendapatkan keredaan dan kesukaan Allah dalam keadaan tidak bertemu, yang lebih dikasihi oleh Allah SWT antara mereka berdua ialah yang lebih kasihnya terhadap saudaranya." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Nu’man bin Basyir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Perumnpamaan orang-orang beriman dalam hal cinta mencintai, berkasih sayang dan bersimpati antara mereka adalah seperti keadaan satu badan. Apabila satu anggota sakit maka seluruh badan akan bersama-sama menanggung kesakitan itu dengan berjaga malam (tidak boleh tidur) dan demam." (Muslim)
Sayyidina Mu az berkata beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Orang-orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah akan berada di bawah naungan ‘Arasy pada hari yang tidak ada naungan selain daripada naungan-Nya. Para nabi dan syuhada akan cemburu terhadap kedudukan dan martabat mereka yang istimewa itu." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Ubadah bin Şamit berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadiś qudsi bahawa Allah berfirman, "Cinta-Ku wajib ke atas orang-orang yang saling berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana-Ku, cinta-Ku wajib ke atas orang-orang yang saling mengambil berat antara satu sama lain kerana-Ku, cinta-Ku wajib ke atas orang-orang yang saling menziarahi antara satu sama lain kerana-Ku dan cinta-Ku wajib ke atas orang-orang yang saling beri memberi antara satu sama lain kerana-Ku. Mereka akan berada di atas mimbar-mimbar nur (cahaya). Para nabi dan siddiqin akan cemburu dan kagum terhadap martabat mereka yang istimewa itu." (Ibnu Hibban) Dalam riwayat Sayyidina Ubadah bin Şamit , "Cinta-Ku wajıb ke atas orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana-Ku." (Musnad Ahmad) Dalam riwayat Sayyidina Mu’az bin Jabal , Cinta-Ku wajib ke atas orang-orang yang selalu bersama-sama duduk dalam majlis semata-mata kerana-Ku." (Muwatta’ Imam Malik) Dalam riwayat Sayyidina ‘Amr bin ‘Abasah , "Cinta-Ku wajib ke atas orang-orang yang saling berkawan kerana-Ku." (Tabarani) (Majma’ uz- Zawa’id)
Sayyidina Mu’az bin Jabal berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah berfirman, "Orang-orang yang saling berkasih sayang kerana kehebatan-Ku akan berada di atas mimbar-mimbar daripada nur dan para nabi serta syuhada akan cemburu terhadap mereka." (Tirmiži)
Sayyidina Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat mempunyai orang-orang istimewa yang akan berada di sebelah kanan Arasy dan kedua-dua tangan Allah ialah kanan. Mereka akan duduk di atas mimbar-mimbar nur dan wajah-wajah mereka pun daripada nur. Mereka bukanlah nabi. bukanlah syuhada dan bukanlah siddiqin." Baginda ditanya orang, "Ya Rasulullah, siapakah mereka?" Baginda bersabda, "Mereka ialah orang-orang yang saling berkasih sayang semata-mata kerana keagungan dan kebesaran Allah ." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina Abu Malik Asy’ari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Wahai manusia, dengarlah, fahamilah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya ada hamba-hamba Allah SWT yang bukannya nabi dan bukannya syuhada sedangkan para nabi dan para syuhada cemburu terhadap mereka kerana kedudukan mereka yang istimewa dan hampirnya mereka kepada Allah ." Seorang Arab badwi yang datang dari kawasan pendalaman Madinah telah membuat isyarat dengan tangannya (untuk menarik perhatian) lalu berkata, *Wahai Nabi Allah, adakah orang yang bukan nabi dan bukan syuhada yang para nabi dan para syuhada pun cemburu terhadap mereka kerana kedudukan mereka yang khusus dan hampirnya mereka kepada Allah ? Terangkanlah keadaan mereka kepada kami yakni terangkanlah sifat mereka kepada kami." Terserlah tanda kegembiraan pada wajah Rasulullah lantaran soalan daripada badwi itu lalu Baginda bersabda, "Mereka ialah orang- orang biasa yang tidak terkenal daripada kabilah-kabilah yang berlainan yang tidak ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Mereka benar-benar berkasih sayang dengan tulus semata-mata kerana Allah . Pada hari kiamat Allah akan memberi tempat duduk kepada mereka di atas mimbar-mimbar daripada nur. Kemudian Allah akan mnenjadikan wajah dan pakaian mereka pun daripada nur. Pada hari kiamat orang ramai berada dalam ketakutan namun mereka tidak akan mengalami sebarang ketakutan. Merekalah orang-orang istimewa Allah yang tidak akan mengalami sebarang ketakutan dan tidak juga mereka akan bersedih." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata, "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah lalu berkata, Ya Rasulullah, apakah pendapat tuan tentang seorang lelaki yang mengasihi sesuatu golongan tetapi dia tidak dapat bersama mereka? (Yakni dari segi amalan dan kebajikan tidak dapat mengikuti mereka secara sempurna)." Baginda SAW bersabda, "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dikasihinya yakni di akhirat nanti dia akan ditempatkan bersama mereka." (Bukhari)
Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mencintai seseorang yang lain semata-mata kerana Allah SWT sesungguhnya dia telah mengagungkan Allah SWT." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Žar berkata Rasulullah SAW bersabda, "Amalan yang paling afdal ialah mengasihi seseorang kerana Allah SWT dan memusuhi seseorang pun kerana Allah SWT" (Abu Daud)
Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa dalam kalangan hamba Allah yang pergi menziarahi saudara Islamnya semata-mata kerana Allah maka seorang malaikat akan menyeru, ‘Hiduplah dengan bahagia dan berbahagialah dengan syurga.’ Dan Allah SWT akan berkata kepada para malaikat Arasy, "Hambu-Ku ini menziarahi saudaranya kerana-Ku maka Aku bertanggungjawab melayaninya iaitu Allah SWT tidak reda balasan yang kurang daripada syurga untuknya." (Bazzar, Abu Ya la: Targhib)
Sayyidina Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang itu berjanji dengan saudaranya dan dia berniat untuk menunaikan janjinya itu tetapi dia tidak dapat menunaikan janji itu dan dia tidak dapat datang pada masa yang dijanjikan maka dia tidak akan berdosa." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang diminta memberikan cadangan untuk apa-apa urusan maka dia telah diberi kepercayaan dalam urusan itu, (oleh itu, sepatutnya dia tidak menyebarkan rahsia orang yang meminta cadangan itu dan hendaklah dia memberi cadangan hanya yang lebih bermanfaat untuk orang itu)." (Tirmiži)
Sayyidina Jabir bin Abdullah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang itu memberitahu halnya dan dia berpaling ke sana sini maka hal itu ialah amanah." (Abu Daud) Keterangan: Maksudnya ialah jika ada sesiapa yang bercakap-cakap dengan kamu dan dia tidak menyatakan kepada kamu bahawa perkara ini hendaklah dirahsiakan tetapi daripada mana-mana tindak tanduknya kamu dapat merasakan bahawa dia tidak mahu perkara itu diketahui oleh sesiapa seumpama semasa bercakap dia memandang ke sana sini dan lain-lain perbuatan maka perkara itu ialah amanah dan hendaklah kamu memeliharanya sebagai amanah. (Ma’arif ul-Hadiś)
Sayyidina Abu Musa Asy’ari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Dosa paling besar yang seseorang hamba akan bawa berjumpa Allah SWT selain daripada dosa-dosa besar yang dilarang keras oleh Allah SWT (seperti syirik, zina dan lain-lain) ialah seseorang yang mati dalam keadaan dia berhutang sedangkan dia tidak menyediakan apa-apa rancangan untuk melunaskan hutangnya itu." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Roh orang mukmin tergantung-gantung (tidak sampai ke tempat rahmat dan kebahagiaan yang dijanjikan untuk orang-orang yang soleh) disebabkan oleh hutangnya selagi hutangnya tidak dilunaskan." (Tirmiži)
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Aaş meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Semua dosa orang yang mati syahid akan diampunkan kecuali hutang." (Muslim)
Sayyidina Muhammad bin Abdullah bin Jahsy berkata, "kami sedang duduk-duduk di halaman masjid di tempat yang biasanya jenazah diletakkan dan Rasulullah SAW pun ada bersama kami. Rasulullah telah mengangkat pandangan Baginda ke langit lalu memandang sesuatu kemudian Baginda menundukkan pandangannya. Kemudian (dalam keadaan yang penuh fikir) Baginda meletakkan tangannya di atas dahi lalu bersabda, "Subhanallah! Subhanallah! Alangkah kerasnya amaran yang diturunkan!". Sayyidina Muhammad bin ‘Abdullah berkata, "Kami hanya berdiam diri sepanjang siang dan malam itu sehinggalah ke pagi. Namun kami merasakan bukanlah satu perkara yang baik untuk kami berdiam diri. Lantaran itu pada waktu pagi saya bertanya kepada Nabi SAW, "Apakah amaran keras yang telah diturunkan?" Baginda bersabda, "Amaran keras telah diturunkan berkenaan hutang. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, jika seseorang itu syahid di jalan Allah SWT kemudian hidup kembali lalu syahid lagi, kemudian hidup kembali sedangkan dia masih menanggung hutang maka dia tidak akan dapat memasuki syurga selagi hutangnya tidak dijelaskan." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Salamah bin Akwa’ meriwayatkan bahawa satu jenazah telah dibawa kepada Rasulullah SAW supaya Baginda SAW menyembahyangkannya lalu Baginda bertanya, "Apakah dia ada menanggung hutang?" Maka para sahabat menjawab, "Tidak." Lalu Baginda SAW menyembahyangkannya. Kemudian dibawa satu jenazah yang lain maka Baginda bertanya, "Apakah dia ada menanggung hutang?" Mereka menjawab, "Ya." Maka Baginda SAW bersabda, "Kamulah yang menyembahyangkan saudara kamu ini." Lantas Sayyidina Abu Qatadah berkata, "Ya Rasulullah, saya akan menanggung hutangnya itu." Lalu Baginda SAW pun menyembahyangkan jenazahnya." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang berhutang daripada orang ramai dengan niat akan membayar hutangnya itu maka Allah SWT akan melangsaikan hutang itu. Sesiapa yang berhutang daripada seseorang sedangkan niatnya ialah untuk tidak membayar hutang itu maka Allah SWT akan membinasakan hartanya itu." (Bukhari) Keterangan: "Allah akan melangsaikan hutangnya itu’ bermaksud Allah SWT akan membantunya untuk membayar hutangnya dan sekiranya hutang itu tidak tertunai semasa hidupnya maka Allah akan tunaikan daripada pihak-Nya sendiri pada hari kiamat. Sementara Allah SWT akan membinasakan hartanya’ bermaksud bahawa kerana niatnya yang buruk dia akan menanggung kerugian jiwa dan harta. (Fath ul-Bari)
Sayyidina ‘Abdullah bin Ja’afar berkata Rasulullah bersabda, "Allah SWT bersama orang yang berhutang sehinggalah dia melangsaikan hutangnya dengan syarat hutang itu tidak digunakan untuk perkara-perkara yang dibenci oleh Allah ." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah berkata, "Rasulullah SAW telah berhutang seekor unta dan membayar hutang itu dengan unta yang lebih besar daripada unta yang dihutangnya dan Baginda bersabda, "Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah orang yang terbaik dalam membayar hutang." (Muslim)
Sayyidina Abdullah bin Abu Rabi ah berkata Rasulullah SAW telah berhutang daripadaku empat puluh ribu. Setelah Baginda mendapat harta maka Baginda telah memberikan harta itu kepadaku sambil berdoa untukku, "Semoga Allah SWT memberkati ahli keluarga dan hartamu. Balasan untuk hutang ialah hutang itu dibayar, ucapan terima kasih dan pujian (terhadap si pemiutang)." (Nasa’i)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Jika saya memiliki emas sebanyak gunung Uhud, saya hanya akan bergembira apabila semua emas itu habis sebelum cukup tiga hari kecuali sedikit yang disimpan untuk membayar hutang." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia juga tidak bersyukur kepada Allah ." (Tirmiżi) Keterangan: Sebahagian pentafsir hadiś telah mentafsirkan hadiś di atas sebagai berikut, sesiapa yang tidak berterima kasih terhadap orang yang melakukan kebaikan kepadanya maka kerana kebiasaannya yang demikian itu dia juga tidak akan bersyukur kepada Allah SWT. (Ma’ arif ul-Hadis)
Sayyidina Usamah bin Zaid berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan Jazakallahu khaira’ (semoga Allah memberi balasan kepada kamu dengan sesuatu yang lebih baik) maka dia telah membuat sepenuh pujian dan telah menunaikan kesyukuran (terima kasih)." (Tirmiži) Keterangan: Berdoa dengan doa tersebut membawa maksud bahawa ‘saya tidak mampu untuk membalas kebaikan kamu dan saya berdoa kepada Allah SWT supaya Dia membalas kebaikan kamu dengan kebaikan yang lebih baik lagi.’ Dalam masa yang sama, dalam kalimah doa itu ada pujian untuk orang yang membuat ihsan. (Ma’arif ul-Hadiś)
Sayyidina Anas berkata bahawa apabila Rasulullah SAW datang ke Madinah maka (pada suatu hari) para sahabat Muhajirin datang kepada Baginda SAW lalu berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak pernah melihat satu golongan yang lebih baik daripada golongan yang kami datangi yakni orang Ansar Madinah. Jika mereka ada kelapangan, mereka akan berbelanja banyak dan jika mereka kesempitan pun mereka masih memberi sebaik-baik bantuan dan pertolongan. Segala susah payah kami telah ditanggung oleh mereka. Sedangkan keuntungan, mereka berkongsi dengan kami. (Layanan mereka yang luar biasa ini) menyebabkan kami bimbang hanya mereka yang akan membolot segala ganjaran (dan di akhirat nanti kami tidak mendapat apa-apa)." Baginda bersabda, "Tidak, yang demikian tidak akan berlaku selagi kamu terus berdoa untuk mereka dan kamu memuji mereka yakni kamu sentiasa berterima kasih kepada mereka.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang dihadiahkan bunga yang berbau harum maka janganlah dia menolak kerana ia ringan dan murah serta baunya pun harum." (Muslim) Keterangan: Sekiranya bunga yang harganya murah pun ditolak maka ada kemungkinan bahawa si pemberi akan menyangka bahawa hadiah saya ditolak kerana harganya murah maka ini akan menyebabkan dia bersedih. (Ma'arif ul-Hadis)
Sayyidina Abdullah bin 'Umar berkata Rasulullah bersabda, "Tiga perkara tidak patut ditolak, bantal, wangi-wangian dan susu.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa yang merekomen untuk saudaranya (dalam apa-apa urusan) lalu saudaranya itu menghadiahkan kepadanya sesuatu sebagai balasan atas rekomennya itu dan dia telah menerima hadiah tersebut maka sesungguhnya dia telah masuk ke dalam salah satu pintu riba yang besar." (Abu Daud) Keterangan: Hadiah itu dikatakan riba kerana pemberi rekomen itu mendapat hadiah tersebut tanpa sebarang imbalan. (Mazahir ul-Haq) (Di sisi syarak, rekomen yang dilakukan itu bukanlah satu imbalan yang sah yang patut dikenakan bayaran.)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa daripada kalangan orang Islam yang mempunyai dua orang anak perempuan dan dia berlaku baik terhadap mereka selama mereka berdua tinggal bersamanya atau dia tinggal bersama mereka maka pastilah mereka berdua akan menjadi sebab dia boleh memasuki syurga." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang memelihara dan membesarkan dua orang anak perempuan maka saya dan dia akan memasuki syurga seperti keadaan dua jari ini dan Baginda telah menunjukkan dua jari Baginda *.” (Tirmizi)
Sayyidatina 'Aisyah berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang telah mengambil tanggungjawab ke atas salah satu daripada urusan anak-anak perempuan dan dia berlaku baik terhadap mereka maka anak-anak perempuan itu akan menjadi penghalangnya daripada api neraka.” (Bukhari)
Sayyidina Abu Sa'id Khudri berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang adik beradik perempuan atau pun dua orang anak perempuan atau dua orang adik beradik perempuan dan dia telah berlaku baik terhadap mereka dan dia takut kepada Allah dalam menguruskan mereka maka dia akan memasuki syurga.” (Tirmizi)
Hadrat Ayub bin Musa meriwayatkan daripada ayahnya, manakala ayahnya meriwayatkan daripada datuknya bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Hadiah yang paling baik daripada seorang bapa kepada anaknya ialah pengajaran dan tarbiah yang baik." (Tirmizi)
Sayyidina 'Abdullah bin Abbas berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mendapat anak perempuan dan dia tidak menanam anaknya itu hidup-hidup (seperti yang berlaku pada zaman jahiliah) dan dia tidak menghinakannya serta tidak melebihkan anak lelaki daripada anak perempuan itu yakni dia melayan anak perempuan sama seperti dia melayan anak lelaki maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga sebagai balasan ke atas perlakuannya yang baik terhadap anak perempuannya itu. (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Nu'man bin Basyir meriwayatkan bahawa ayahnya telah membawanya pergi berjumpa Rasulullah SAW lalu berkata kepada Baginda "Saya telah memberikan seorang hamba sahaya kepada anak saya ini." Lalu Rasulullah bertanya, “Adakah kamu telah memberi kepada semua anakmu seumpamanya?" Ayahnya menjawab, "Tidak.” Maka Rasulullah bersabda, "Ambillah hamba itu kembali." (Bukhari) Keterangan: Daripada hadis di atas dapat diketahui bahawa hendaklah memberi hadiah yang sama banyak antara anak-anak.
Sayyidina Abu Sa'id dan Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas berkata Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang mendapat anak lelaki maka hendaklah dia menamakan anaknya itu dengan nama yang baik dan mentarbiahnya dengan baik dan apabila anaknya itu telah baligh maka hendaklah dia mengahwinkannya. Sekiranya setelah baligh dia tidak mengahwinkannya (kerana kelalaian dan kecuaiannya) dan anaknya itu terlibat dengan dosa maka ayahnyalah yang menanggung dosa itu." (Baihaqi)
Sayyidatina Aisyah berkata bahawa seorang badwi telah datang kepada Nabi lalu berkata, “Adakah tuan mencium anak-anak? Kami tidak mencium mereka.” Maka Nabi menjawab, “Apakah yang boleh aku lakukan sekiranya Allah telah mencabut sifat kasih sayang daripada hatimu?" (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana sesungguhnya (pemberian) hadiah akan menghilangkan kemarahan hati. Dan janganlah seseorang wanita berasa lekeh untuk menerima sesuatu pemberian daripada jirannya walaupun seketul daripada hujung kaki kambing (demikian juga seseorang jiran janganlah berasa lekeh untuk memberi hadiah yang sedemikian).” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Zar berkata Rasulullah bersabda, “Janganlah sesiapa dalam kalangan kamu menganggap rendah terhadap mana-mana kebaikan dan sekiranya dia tidak dapat melakukan mana-mana kebaikan maka bertemulah dengan saudaranya dengan wajah yang ceria (kerana itu pun kebaikan). Jika kamu membeli daging (untuk dimasak) atau kamu memasak apa-apa dalam periuk maka perbanyakkanlah kuahnya dan berilah sebahagian daripadanya kepada jiran kamu." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang yang jirannya tidak terselamat daripada kejahatannya tidak akan dapat memasuki syurga." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah hak jiran?” Baginda bersabda, "Jika dia meminta sesuatu daripadamu maka hendaklah kamu memberi kepadanya, jika dia meminta tolong daripadamu maka hendaklah kamu menolongnya, jika dia ingin berhutang daripadamu maka hendaklah kamu memberi hutang kepadanya, jika dia menjemput kamu maka hendaklah kamu menerima jemputannya, jika dia sakit hendaklah kamu menziarahinya, jika dia mati hendaklah kamu iringi jenazahnya, jika dia ditimpa musibah hendaklah kamu mengucapkan takziah kepadanya, janganlah kamu sakitinya dengan bauan daging daripada periuk kamu (kerana mungkin dia tidak mampu untuk memasak daging kerana kemiskinannya, kalau tidak pun hendaklah kamu hantar kepadanya sebahagian daripada masakan kamu itu dan jangan kamu membina bangunan lebih tinggi daripada bangunannya sehingga menghalang angin ke rumahnya kecuali dengan kebenarannya.” (Targhib)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas berkata Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu bukanlah mukmin yang sempurna jika dia kenyang sedangkan jirannya dalam kelaparan.” (Tabarani, Abu Ya'la: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Abu Hurairah berkata seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah "Ya Rasulullah, telah masyhur mengenai seorang wanita bahawa dia banyak bersolah, banyak berpuasa sunat dan banyak bersedekah. Cuma dia menyakiti jirannya dengan lidahnya." Baginda bersabda, “Dia berada dalam neraka." Lelaki itu berkata lagi, "Ya Rasulullah, telah masyhur tentang seorang wanita bahawa dia kurang berpuasa sunat, kurang bersolah sunat dan kurang juga bersedekah. Sesungguhnya dia bersedekah tidak lebih daripada beberapa ketul keju sedangkan dia tidak menyakiti jirannya dengan lidahnya." Baginda bersabda, “Dia berada dalam syurga." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, "Siapakah yang ingin belajar perkara-perkara ini daripadaku untuk dia beramal dengannya ataupun untuk dia mengajar orang yang akan beramal dengannya?” Sayyidina Abu Hurairah berkata, “Saya ya Rasulullah." Maka Rasulullah * memegang tangan saya (untuk menunjukkan kasih sayang) lalu memberitahu lima perkara itu dengan sabdanya, “Pelihara dirimu daripada perkara-perkara yang haram maka kamu akan menjadi orang yang paling banyak beribadat. Redalah terhadap apa-apa yang telah diberikan oleh Allah kepadamu maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berlaku baiklah terhadap jiranmu maka kamu akan menjadi orang mukmin. Sukalah untuk orang lain apa-apa yang kamu suka untuk dirimu sendiri maka kamu akan menjadi orang Islam yang sempurna. Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati." (Tirmizi)
Sayyidina Abdullah bin Mas'ud berkata seorang lelaki telah berkata kepada Nabi, "Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara saya mendapat tahu bahawa saya telah berbuat baik atau saya telah berbuat jahat?" Maka Nabi menjawab, “Apabila kamu mendengar jiran-jiran kamu mengatakan bahawa kamu telah berbuat baik maka sememangnya kamu telah berbuat baik dan apabila kamu mendengar jiran-jiran kamu mengatakan bahawa kamu telah berbuat jahat maka sememangnya kamu telah berbuat jahat." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina 'Abd ur-Rahman bin Abu Qurad meriwayatkan bahawa sesungguhnya pada suatu hari Nabi telah berwuduk maka para sahabat telah menyapu-nyapukan (wajah dan badan mereka) dengan lebihan air wuduk Baginda itu lalu Baginda bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu semua melakukan demikian?" Mereka menjawab, “Cinta Allah dan Rasul-Nya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang suka bahawa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya atau Allah dan Rasul-Nya mencintainya maka hendaklah dia bercakap benar apabila dia bercakap, menunaikan amanah apabila dia diberi amanah dan berlaku baik terhadap orang yang berjiran dengannya." (Baihaqi dan Misykat)
Sayyidatina 'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Jibrail begitu banyak menasihatkan saya tentang jiran sehingga saya menyangka bahawa dia akan menjadikan jiran sebagai waris (sehingga dapat menerima harta pusaka).” (Bukhari)
Sayyidina 'Uqbah bin Amir berkata bahawa Rasulullah bersabda, "Daripada kalangan orang-orang yang bergaduh yang pertama sekali akan dibentangkan untuk dihisab pada hari kiamat ialah tentang dua orang jiran. Yakni dalam hak-hak sesama hamba, urusan antara dua orang jiran yang pertama akan dibentangkan." (Musnad Ahmad: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Sa'ad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang ingin melakukan keburukan kepada penduduk Madinah maka Allah akan cairkan dia (dalam api neraka) sebagaimana cairnya timah (apabila dipanaskan) ataupun larutnya garam dalam air." (Muslim)
Sayyidina Jabir bin Abdullah berkata saya mendengar Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang menakut-nakutkan penduduk Madinah sesungguhnya dia telah menakut-nakutkan daku." (Musnad Ahmad: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Abdullah bin Umar berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mampu untuk berusaha supaya dia meninggal dunia di Madinah maka hendaklah dia berusaha. Ini kerana sesungguhnya saya akan memberi syafaat kepada orang yang meninggal dunia (dan dikebumikan) di sana." (bnu Hibban) Keterangan: Para ulama menulis bahawa yang dimaksudkan dengan syafaat ialah syafaat yang khusus kerana syafaat Nabi yang umum adalah untuk semua orang Islam. Maksud berusaha dan mampu (untuk meninggal dunia di Madinah) ialah tinggal di sana sampai ke akhir hayat.
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Sesiapa daripada umatku yang tinggal di Madinah dan bersabar di atas kesusahannya maka pasti aku akan memberi syafaat kepadanya atau aku akan menjadi saksi untuknya pada hari kiamat." (Muslim)
Sayyidina Sahal meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda, "Saya dan penjaga anak yatim akan berada dalam syurga (dekat) sebegini dan Baginda telah menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah yang direnggangkan sedikit di antara kedua-duanya." (Bukhari)
Sayyidina ‘Amr bin Malik Qusyairi berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengambil anak yatim yang kedua-dua ibu bapanya orang Islam untuk makan dan minum bersamanya yakni dia menanggung anak itu sehinggalah Allah SWT menjadikannya tidak lagi memerlukan (tanggungannya) yakni sehingga anak itu boleh berdikari dalam menyempurnakan keperluannya maka syurga wajib untuknya," (Musnad Ahmad, Tabarani: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina ‘Auf bin Malik Asyja’i berkata Rasulullah SAW bersabda "Saya dan wanita yang hitam wajahnya (kerana menanggung susah-payah berusaha membesarkan, memelihara dan menjaga anak-anaknya) sebegini pada hari kiamat." Hadrat Yazid , perawi hadiś ini telah menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya (maksudnya ialah sebagaimana kedua-dua jari ini berdekatan antara satu dengan yang lain demikian juga keadaan Baginda dan wanita itu. Di samping itu Baginda telah menerangkan tentang wanita yang hitam wajahnya) iaitu wanita yang telah kematian suami tetapi di sebalik kecantikan, kemuliaan dan kedudukannya dia tidak berkahwin lain (semata- mata untuk membesarkan anak-anaknya) sehinggalah anak-anaknya itu boleh berdikari atau mereka meninggal dunia." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Musa Asy’ari meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, Mana-mana kumpulan orang yang makan bersama anak yatim maka syaitan tidak dapat menghampiri talam makanan mereka." (Tabarani: Majma’ uz-Zawaid)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa seorang lelaki mengadu kepada Nabi tentang hatinya yang keras maka Baginda bersabda, "Selalulah usapkan kepala anak yatim dan jamulah orang-orang miskin." (Musnad Ahmad: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Şafwan bin Sulaim meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Ganjaran orang yang berusaha menyempurnakan keperluan balu-balu dan orang-orang miskin ialah seperti ganjaran mujahid di jalan Allah SWT ataupun seumpama orang yang berpuasa pada waktu siang dan beribadat sepanjang malam." (Bukhari)
Sayyidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, Yang terbaik antara kamu ialah orang yang terbaik kepada ahli keluarganya dan aku ialah yang terbaik kepada ahli keluarga dalam kalangan kamu." (Ibnu Hibban)
Sayyidatina Aisyah berkata, "Seorang wanita tua telah datang kepada Nabi sedangkan pada masa itu Baginda berada di samping saya lalu Baginda berkata kepada wanita itu, "Siapakah kamu?" Beliau menjawab, "Saya ialah Juśamah Madaniyyah." Baginda berkata lagi, "Apakah hal kamu? Bagaimana keadaan kamu selepas kami (datang ke Madinah)?" Wanita itu menjawab, Wahai Rasulullah, ibu dan ayah saya korbankan untuk tuan, kami berada dalam keadaan baik." Apabila wanita itu telah pergi maka saya bertanya (kehairanan), "Wahai Rasulullah, tuan memberi perhatian yang begitu sekali kepada wanita tua itu?" Baginda menjawab, "Beliau selalu datang kepada kami semasa hayat Khadijah sedangkan layanan yang elok kepada kenalan lama ialah (tanda) iman." (Mustadrak Hakim dan Isobah)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Tidak sepatutnya sorang lelaki mukmin membenci isterinya yang mukminah. Jika ada kelakuannya yang dibenci, terdapat juga kelakuannya yang lain yang disukai." (Muslim) Keterangan: Hadiś ini telah menyatakan satu kaedah ringkas untuk hubungan rumahtangga yang baik. Jika pada seseorang itu terdapat kelakuan yang buruk pasti padanya juga terdapat kelakuan-kelakuan yang baik. Siapakah yang langsung tidak mempunyai sebarang keburukan atau langsung tidak mempunyai sebarang kebaikan? Oleh itu, kita hendaklah memaafkan keburukan dan memandang hanya kebaikan. (Turjumanus Sunnah)
Sayyidina Qais bin Sa’ad berkata Rasulullah SAW bersabda, "Jika saya memerintah sesiapa bersujud kepada seseorang pasti saya memerintahkan wanita-wanita supaya bersujud kepada suami mereka kerana besarnya hak terhadap suami yang Allah SWT telah pertanggungjawabkan ke atas para wanita." (Abu Daud)
Sayyidatina Ummu Salamah berkata Rasulullah bersabda, "Mana-mana isteri yang meninggal dunia sedangkan suaminya reda terhadapnya akan memasuki syurga." (Tirmiżi)
Sayyidina Ahwaş meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Dengarlah dengan penuh perhatian, berlaku baiklah terhadap isteri-isteri kamu kerana mereka ialah tawanan di sisi kamu. Kamu tidak memiliki apa-apa hak daripada mereka selain daripada mereka perlu menjaga kesucian diri mereka dan menjaga harta benda kamu. Namun, jika mereka melakukan perkara yang keji secara terang-terangan maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur mereka yakni jangan tidur bersama mereka namun mereka tetap tinggal di dalam rumah. Dan pukullah mereka dengan pukulan yang ringan, Selepas itu jika mereka kembali mentaati kamu maka janganlah kamu mencari apa-apa alasan (untuk menzalimi mereka). Dengarlah dengan penuh perhatian, sesungguhnya ada hak kamu yang menjadi tanggungjawab isteri kamu dan (demikian juga) ada hak mereka yang menjadi tanggungjawab kamu. Adapun hak kamu yang menjadi tanggungjawab isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka memijak tilam-tilam kamu dan tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu. Dengarlah dengan penuh perhatian, hak isteri-isteri kamu yang menjadi tanggungjawab kamu ialah berlaku baik terhadap mereka dalam urusan pakaian dan makanan mereka yakni sediakan perkara-perkara itu sesuai dengan kemampuan kami.” (Tirmizi)
Sayyidina ‘Abdullah bin Umar berkata Rasulullah SAW bersabda, “Berilah upah kepada kuli (pekerja) sebelum peluhnya kering.” (Ibnu Majah)
Sayyidina Abu Darda berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bapa ialah pintu yang terbaik daripada pintu-pintu syurga. Lantaran itu terserah kepada kamu (sama ada kamu menderhakainya dan menyakiti hatinya) lalu kamu mensia-siakan pintu itu ataupun (kamu mentaatinya dan kamu menyukakannya) lalu kamu memelihara pintu itu." (Tirmiżi)
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Keredaan Allah dalam keredaan seorang ayah dan kemurkaan Allah dalam kemarahan seorang ayah." (Tirmizi)
Sayyidina ‘Abdullah bin Umar berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya kebaikan yang paling besar ialah seorang anak berlaku baik terhadap orang-orang yang disayangi oleh ayahnya (setelah ayahnya meninggal dunia)." (Muslim)
Sayyidina ´Abdullah bin Umar berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang masih ingin meneruskan hubungan dengan ayahnya (setelah) ayahnya meninggal dunia dan berada dalam kubur maka hendaklah dia berlaku baik terhadap adik beradik ayahnya itu." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Anas bin Malik berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah hendaklah dia berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya." (Musnad Ahmad)
Sayyyidina Mu’az meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Sesiapa yang berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya maka berita gembira untuknya bahawa Allah SWT akan memanjangkan usianya " (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abu Usaid Malik bin Rabi ah Sa’idi berkata bahawa ketika kami berada di samping Rasulullah seorang lelaki daripada bani Salimah telah datang lalu berkata, Ya Rasulullah, setelah kedua-dua ibu bapa saya meninggal dunia adakah masih ada apa-apa cara untuk saya berlaku baik terhadap mereka berdua?" Baginda SAW bersabda, Ya, berdoa untuk mereka, memohon keampunan untuk mereka, menunaikan wasiat mereka setelah peninggalan mereka, menghubung silaturrahim dengan orang-orang yang ada hubungan kekeluargaan melalui mereka dan memuliakan rakan-rakan mereka." (Abu Daud)
Sayyidina Malik atau Ibnu Malik meriwayatkan bahawa sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka lalu dia tidak berlaku baik terhadap mereka akan memasuki neraka dan Allah akan menjauhkannya daripada rahmat-Nya. Dan mana-mana orang Islam yang memerdekakan hamba sahaya yang beragama Islam maka hamba sahaya itu akan menjadi sebab kelepasannya daripada neraka." (Abu Ya’ la, Musnad Ahmad, Tabarani: Targhib)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Hinalah seseorang itu, hinalah, hinalah." Maka ada orang bertanya, Ya Rasulullah, siapakah yang hina?" Baginda SAW menjawab, "Orang yang masih mempunyai salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya yang sudah tua namun tidak dapat masuk syurga (kerana tidak memberi khidmat dan menggembirakan mereka)."" (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah lalu bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah yang lebih berhak mendapat layanan baik daripada saya?"" Baginda bersabda, Ibumu." Beliau bertanya lagi, "Kemudian siapa pula?" Baginda menjawab, "Kemudian ibumu." Beliau bertanya lagi, "Kemudian siapa pula?" Baginda menjawab, Kemudian ibumu." Beliau bertanya lagi, *"Kemudian siapa pula?"" Baginda menjawab,Kemudian bapamu." (Bukhari)
Sayyidatina ‘Aisyah berkata Rasulullah bersabda, "Saya telah tidur dan saya bermimpi saya berada dalam syurga kemudian tiba-tiba saya mendengar suara seseorang sedang membaca al-Quran lalu saya berkata, "Siapakah itu (yang sedang membaca al-Quran dalam syurga)?"" Para malaikat memberitahu bahawa dia ialah Hariśah bin Nu’man. Maka Rasulullah berkata kepada Sayyidatina Aisyah, Inilah dia kebaikan, inilah dia kebaikan, yakni inilah dia buah kebaikan. Hariśah bin Nu’man ialah orang yang paling baik layanannya terhadap ibunya." (Musnad Ahmad)
Sayyidatina Asma binti Abu Bakar berkata bahawa ibu saya yang masih musyrik telah datang (dari Mekah) untuk menemnui saya (di Madinah) pada masa Rasulullah masih hidup. Saya telah bertanya Nabi SAW, kata saya, "Sesungguhnya ibu saya datang dan dia ingin bertemu dengan saya. Adakah boleh saya bersilaturrahim dengan ibu saya?" Baginda menjawab, "Ya, bersilaturrahimlah dengan ibumu." (Bukhari)
Sayyidatina Aisyah berkata bahawa saya telah bertanya kepada Nabi , "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling besar haknya ke atas seseorang perempuan ?" Baginda menjawab, "Suaminya." Saya bertanya lagi, "Siapakah pula yang mempunyai hak yang paling besar ke atas seseorang lelaki? Baginda menjawab, Ibunya." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang berjumpa Nabi lalu berkata, "Wahai Rasulullah, saya telah melakukan satu dosa yang sangat besar, adakah taubat saya akan diterima?" Baginda bersabda, "Apakah ibumu masih hidup?" Lelaki itu menjawab. "Tidak." Baginda bertanya lagi, "Apakah kamu ada ibu saudara (dari sebelah ibu)?" Beliau menjawab, "Ya." Baginda bersabda, Layanilah ibu saudaramu dengan baik (dengan sebab itu Allah SWT akan menerima taubatmu)." (Tirmiži)
Sayyidina Abu Umamah berkata Rasulullah bersabda, "Perbuatan-perbuatan yang baik akan menghindarkan kematian yang buruk, bersedekah secara sembunyi akan menyejukkan kemurkaan Allah dan silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara mara akan memanjangkan umur." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id) Keterangan: Seseorang itu membantu urusan kewangan kaum kerabatnya dengan sebahagian daripada pendapatannya serta memberi sebahagian masa untuk membantu kerja-kerja mereka termasuk dalam amalan silaturrahim. (Ma’ arif ul-Hadiś)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturrahimn dan sesiapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat hendaklah dia berkata-kata yang baik ataupun dia diam." (Bukhari)
Sayyidina Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang ingin dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya." (Bukhari)
Sayyidina Sa’id bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya hak hubungan silaturrahim ialah terbitan daripada nama Tuhan ar-Rahman yakni silaturrahim ialah satu cabang rahmat daripada Tuhan ar-Rahman. Sesiapa yang memutuskannya maka Allah akan mengharamkan syurga untuknya." (Musnad Ahmad, Bazzar: Majma uz-Zawa’id)
Sayyidina Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Seseorang yang saling membalas kebaikan (yakni yang membalas kebaikan dengan kebaikan kepada orang yang melakukan kebaikan kepadanya) bukanlah orang yang menghubungkan silaturrahim. Bahkan orang yang menghubungkan silaturrahim ialah orang yang tetap menghubungkan silaturrahim walaupun orang lain memutuskan hubungan dengannya." (Bukhari)
Sayyidina ‘Ala bin Kharijah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi bersabda, "Ambil tahulah tentang nasab keturunan kamu yang kamu boleh gunakan untuk menghubungkan silaturrahim dengan saudara mara kamu." (Tabarani: Majma uz-Zawa’id)
Sayyidina Abu Zar berkata bahawa kekasih saya Nabi SAW telah memerintahkan kepada saya tujuh perkara. 1. Baginda telah memerintahkan saya untuk mengasihi orang-orang miskin dan menghampirkan diri dengan mereka. 2. Baginda juga memerintahkan saya supaya memandang orang yang lebih rendah daripada saya (dari segi harta benda dunia) dan tidak memandang orang yang lebih tinggi daripada saya (dari segi harta benda dunia). 3. Baginda juga memerintahkan saya menghubungkan silaturrahim dengan saudara mara walaupun mereka memalingkan diri daripada saya. 4. Baginda memerintahkan saya supaya jangan meminta apa-apa daripada sesiapa pun. 5. Baginda juga memerintahkan saya supaya berkata benar walaupun pahit (pada pandangan orang lain). 6. Baginda juga memerintahkan saya supaya tidak takut cacian sesiapa dalam menyampaikan agama Allah SWT dan risalah-Nya dan 7. Baginda memerintahkan saya supaya memperbanyakkan sebutan, لا حول ولا قوة الا بالله kerana kalimah ini ialah dari khazanah di bawah ´Arasy Allah ." (Musnad Ahmad) Keterangan: Maksudnya ialah sesiapa yang istiqamah membaca kalimah tersebut maka akan disediakan untuknya darjah ganjaran dan pahala yang paling tinggi. (Mazalhir ul-Haq)
Sayyidina Jubair bin Mut’im berkata bahawa beliau mendengar Nabi bersabda, "Orang yang memutuskan silaturrahim tidak akan masuk syurga." (Bukhari) Keterangan: Memutuskan silaturrahim adalah satu dosa yang begitu besar di sisi Allah sehingga sesiapa yang ada kekotoran dosa itu tidak boleh masuk syurga. Walau bagaimanapun, jika dosa itu telah dibersihkan dengan azab atau dimaafkan dengan apa-apa alasan barulah boleh masuk syurga. (Ma arif ul-Hadiś)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai saudara mara yang saya menjalin silaturrahim dengan mereka tetapi mereka memutuskan hubungan dengan saya. Saya berlaku baik terhadap mereka namun mereka berlaku buruk terhadap saya, saya bersabar menanggung perlakuan-perlakuan mereka yang buruk namun mereka bertindak bodoh terhadap saya." Lalu Baginda bersabda, "Sekiranya keadaan yang sebenar adalah sebagaimana yang kamu katakan maka seolah-olah kamu menyumbatkan abu panas ke dalam mulut-mulut mereka dan selagi kamu berada atas sifat yang baik itu selama itulah satu pembantu dari sisi Allah akan ada bersama kamu." (Muslim)
Sayyidina Mu’awiyah berkata saya mendengar Rasulullah bersabda, "Sekiranya kamu mencari-cari keburukan orang lain maka kamu merosakkan mereka." (Abu Daud) Keterangan: Maksudnya ialah dengan sebab mencari-cari keburukan orang lain akan timbul antara mereka perasaan benci, marah dan berbagai-bagai keburukan lagi. Mungkin juga dengan mencari dan menyebarkan keburukan mereka akan menyebabkan mereka lebih berani melakukan dosa serta bersikap menentang. Perkara-perkara ini akan menambahkan lagi kerosakan dalam kalangan mereka. (Bazl ul-Majhud)
Sayyidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Jangan kamu sakiti orang-orang Islam, jangan kamu aibkan mereka dan jangan kamu mencari-cari kesalahan mereka." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Abu Barzah Aslami berkata Rasulullah bersabda, "Wahai semua orang yang beriman dengan lidah sedangkan iman belum masuk ke dalanm hati mereka, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam, janganlah kamu mencari-cari keaiban mereka kerana sesiapa yang mencari-cari keaiban orang-orang Islam maka Allah akan menjejaki keaibannya dan sesiapa yang Allah SWT jejaki keaibannya maka dia akan dimalukan walaupun dalam rumahnya sendiri." (Abu Daud) Keterangan: Ayat pertama daripada hadiś ini menunjukkan bahawa mengumpat ialah perbuatan orang munafik bukannya perbuatan orang Islam. (Bazl ul-Majhud)
Sayyidina Anas Juhani berkata, "Saya telah bersama Nabi dalam satu ghazwah. Orang ramai telah bersesak-sesak sehingga menghalang perjalanan maka Baginda telah menghantar seorang lelaki untuk membuat iklan dalam kalangan orang ramai, sesungguhnya sesiapa yang menghalang perjalanan orang ramai tidak akan mendapat pahala jihad." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Umamah berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menanggalkan pakaian daripada belakang seseorang lalu memukulnya tanpa hak akan menemui Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan Allah SWT murka kepadanya." (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Adakah kamu tahu siapakah orang yang muflis?" Para sahabat menjawab, "Pada pendapat kami orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai sebarang dirham (duit) dan tidak juga harta benda dunia," Lalu Baginda bersabda, "Sesungguhnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solah, puasa dan zakat (dan ibadat-ibadat lain yang telah diterima) namun dia telah mencaci seseorang, telah menfitnah seseorang, telah makan harta seseorang, telah menumpahkan darah seseorang, telah memukul seseorang maka sebahagian pahala amalan kebaikannya diberikan kepada orang yang menuntut hak (berkadar dengan haknya), demikianlah sebahagian pahala amalan kebaikannya diberikan kepada orang kedua yang menuntut hak (berkadar dengan haknya) maka apabila pahala amalan kebaikannya sudah habis sedangkan hak-hak orang-orang yang menuntut masih belum sempurna maka diambil daripada dosa-dosa orang-orang yang menuntut (yang mereka lakukan dalam kehidupan dunia berkadar dengan hak-hak mereka) lalu diletakkan ke atasnya kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka." (Muslim)
Sayyidina Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda, Mencaci orang Islam ialah fasik dan membunuh orang Islam ialah kufur." (Bukharı) Keterangan: Sesiapa dalam kalangan orang Islam yang membunuh seseorang Islam yang lain sebenarnya dia menafikan kesempurnaan keislamannya dan ada kemungkinan membunuh orang Islam akan menyebabkan si pembunuh mati dalam kufur. (Mazahir ul-Haq)
Sayyidina ‘Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang mencaci seseorang Islam adalah seperti seorang yang hampir binasa." (Tabarani: Jami Şaghir)
Sayyidina Iyad bin Himar berkata saya telah bertanya kepada Nabi , "Wahai Nabi Allah, seseorang daripada kaum saya mencaci saya sedangkan dia ialah orang yang lebih rendah daripada saya. Adakah saya boleh mengambil tindak balas?" Baginda menjawab, "Dua orang yang saling memaki hamun ialah dua syaitan yang saling mengata dan saling menuduh satu sama lain pendusta." (Tbnu Hibban)
Sayyidina Abu Juraiy Jabir bin Sulaim berkata saya berkata kepada Nabi , Nasihatkanlah saya." Baginda bersabda, "Jangan sekali-kali kamu memaki sesiapa pun." Beliau berkata, "Semenjak dari itu saya tidak pernah memaki sesiapa sama ada orang merdeka atau hamba sahaya tidak juga unta dan tidak juga kambing." Kemudian Baginda bersabda lagi, "Jangan kamu meninggalkan mana-mana amalan baik kerana menyangka bahawa amalan itu lekeh. (hinggakan) kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria pun adalah amalan yang baik. Tinggikanlah kain kamu sehingga separuh daripada betis. Jika kamu tetap ingin labuhkan kain kamu maka labuhkanlah sampai ke bahagian atas buku lali. Hindarkanlah daripada melabuhkan kain ke bawah buku lali kerana itu ialah takabbur dan Allah SWT tidak menyukai takabbur. Sekiranya ada orang mencaci kamu dan mengaibkan kamu dengan apa-apa keaiban yang dia tahu ada pada diri kamu maka janganlah kamu mengaibkannya dengan apa-apa keaiban yang kamu tahu ada padanya. Dalam keadaan begini, bala perbuatan itu hanya terkena ke atasnya." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa seorang lelaki mencaci Sayyidina Abu Bakar sedangkan Nabi SAW (berhampirannya). Baginda gembira dan tersenyum (di atas cacian yang berterusan daripada orang itu sedangkan Abu Bakar terus bersabar). Apabila orang itu begitu banyak mencaci maka Sayyidina Abu Bakar menjawab sebahagian daripada caciannya itu. Kerana itu, Rasulullah menjadi marah lalu bangun dan beredar dari situ. Sayyidina Abu Bakar pun mengekori Baginda lalu mendapatkannya lantas berkata, Wahai Rasulullah, selama dia mencaci saya tuan terus duduk di sana. Kemudian setelah saya menjawab sebahagian caciannya tuan menjadi marah dan terus bangun dari situ?" Baginda SAW bersabda, "(Selama kamu berdiam diri dan bersabar) seorang malaikat ada bersama kamu yang menjawab bagi pihak kamu. Kemudian apabila kamu mula menjawab sebahagian caciannya (malaikat itu pun pergi) dan datanglah syaitan sedangkan saya tidak duduk bersama syaitan (oleh itu saya bangun dan pergi)." Kemudian Baginda bersabda lagi, "Wahai Abu Bakar, ada tiga perkara, kesemuanya ialah benar. Mana-mana hamba yang dizalimi dan dia memaaflkan kezaliman itu semata-mata kerana Allah (dan dia tidak mengambil tindak balas) maka sebagai balasannya Allah akan menolongnya lalu menjadikannya kuat. Sesiapa yang membuka pintu pemberian kerana menghubungkan silaturrahim maka sebagai balasannya Allah akan memberikannya lebih banyak lagi. Sementara sesiapa yang membuka pintu meminta-minta kerana ingin menambahkan harta maka Allah akan mengurangkan lagi hartanya." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abdullah bin ‘Amr bin ‘Aaş meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Cacian seseorang terhadap kedua-dua ibu bapanya termasuk dosa besar." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah mungkin ada orang yang mencaci kedua-dua ibu bapanya?" Baginda bersabda, "Ya, (keadaannya begini) seseorang itu mencaci bapa seseorang yang lain lalu orang itu mencaci bapanya, dia mencaci ibu orang lain lalu orang itu mencaci ibunya (seolah olah dia menyuruh orang lain mencaci ibu bapanya dengan dia mencaci ibu bapa orang itu)." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi berdoa, Ya Allah, saya meminta janji daripada-Mu dan janganlah Engkau memungkirinya, iaitu saya hanyalah seorang insan maka mana-mana orang mukmin yang saya telah sakiti, yang saya telah maki, yang saya telah laknat, yang saya telah pukul maka Engkau jadikanlah itu semua sebagai rahmat, penyucian daripada dosa serta penghampiran kepada-Mu untuknya sehingga dengan sebab itu Engkau jadikan dia hampir kepada-Mu pada hari kiamat nanti." (Muslim)
Sayyidina Mughirah bin Syu’bah berkata Rasulullah SAW bersabda, Jangan kamu mencaci orang-orang yang telah mati kerana perbuatan itu boleh menyakiti orang-orang yang masih hidup." (Tirmiži) Keterangan: Maksudnya ialah dengan mencaci si mati, saudara-maranya akan sakit hati sedangkan si mayat yang dicaci itu tidak mengalami apa-apa kerugian.
Sayyidina ‘Abdullah bin Umar berkata Rasulullah bersabda, "Ceritakanlah kebaikan-kebaikan orang-orang (Islam) yang telah mati daripada kalangan kamu dan janganlah menceritakan keburukan-keburukan mereka." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, Sesiapa yang pernah melakukan apa-apa kezaliman dari segi maruah atau apa-apa yang lain terhadap mana-mana saudaranya yang Islam maka hendaklah dia meminta maaf pada hari ini juga sebelum datangnya hari yang tidak ada dinar dan tidak ada dirham (pada hari itu segala penghisaban hanya dilakukan ke atas pahala dan dosa). Sekiranya penzalim itu ada apa-apa pahala maka pahalanya itu (berkadar dengan kezalimannya) diambil dan diberikan kepada si yang dizalimi dan sekiranya penzalim tidak mempunyai apa-apa pahala lagi maka dosa orang yang dizalimi berkadar dengan kezalimannya akan ditanggungkan ke atas penzalim." (Bukhari)
Sayyidina Bara’ bin ‘Azib berkata Rasulullah bersabda, "Riba yang paling buruk sekali ialah mencemar maruah saudara Islam. (Yakni mencemarkan kemuliaannya dengan apa-apa cara sekalipun seumpama mengumpat, memandang hina terhadapnya, memalukannya dan seumpamanya)." (Tabarani: Jami Şaghir) Keterangan: Mencemar maruah seseorang Islam dikatakan sebagai riba yang paling buruk ialah kerana sebagaimana riba merugikan seseorang dengan mengambil hartanya dengan cara yang tidak benar maka demikianlah dengan mencemarkan maruah seseorang Islam, kemuliaan iaitu air mukanya dijatuhkan. Oleh sebab kemuliaan seseorang Islam itu lebih berharga daripada hartanya maka mencemar maruahnya dikira sebagai riba yang terlebih buruk. (Faid ul-Qadir dan Bazl ul-Majhud)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Antara dosa besar yang paling besar ialah mencemar kemuliaan seseorang Islam tanpa hak." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa vang menyorok barang dengan tujuan menaikkan harganya ke atas orang-orang Islam maka dia ialah pendosa." (Musnad Ahmad: Majma uz- Zawa’ id)
Sayyidina Umar bin Khațtab berkata saya mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menyorok barang makanan daripada orang-orang Islam yakni tidak menjual walaupun diperlukan maka Allah akan kenakan ke atas mereka penyakit kusta dan kepapaan." (Ibnu Majah) Keterangan: Maksud "orang yang menyorok’ ialah orang yang menahan bijirin dan bahan makanan daripada dijual kepada orang ramai semasa bahan-bahan itu tidak didapati secara umum dengan tujuan untuk menunggu harga mahal. (Mazahir ul-Haq)
Sayyidina ‘Uqbah bin Amir berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Seseorang mukmin ialah saudara kepada seorang mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal bagi seseorang mukmin membeli di atas pembelian saudaranya dan demikian juga tidak halal dia meminang di atas pinangan saudaranya sehinggalah saudaranya itu melepaskan pinangannya. (Muslim) Keterangan: Pembelian di atas pembelian’ ada beberapa maksud. Salah satu daripadanya ialah, telah berlaku jual beli antara penjual dan pembeli. Orang ketiga datang dan berkata kepada penjual, ‘Batalkanlah jualan kamu kepada si polan dan jualkan kepada saya. (Nawawi) Untuk beramal dengan hukum-hakam agama dalam muamalat hendaklah bertanya kepada para ulama. Pinangan di atas pinangan’ pula membawa maksud seseorang telah meminang mana-mana perempuan dan pihak perempuan pun telah bersetuju kemudian datang lelaki lain (sekiranya dia tahu tentang pinangan itu) maka tidak patut dia menghantar pinangan kepada perempuan tersebut. (Fath ul- Mulhim)
Sayyidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa yang menghunuskan senjata kepada kami bukanlah daripada kalangan kami." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda. "Tidak patut sesiapa pun daripada kamu menghunus senjata kepada saudaranya kerana sesungguhnva dia tidak tahu mungkin syaitan akan mencabut pedang itu daripada tangannya (lalu terkena saudaranya maka orang yang menghunus itu) akan masuk ke dalam neraka (sebagai balasan atas perbuatannya.)" (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang hunuskan besi yakni senjata dan lain-lain kepada saudaranya maka sesungguhnya para malaikat akan terus melaknatnya sehinggalah dia mengalihkan senjatanya itu walaupun saudaranya itu adik beradik kandungnya." (Muslim) Keterangan: Maksudnya ialah sekiranya seseorang itu mnenghunus senjata kepada adik beradik kandungnya sendiri maka tujuannya bukanlah untuk membunuhnya atau menzaliminya sebaliknya tujuannya hanyalah bergurau. Walaupun demikian para malaikat tetap akan melaknatnya. Jadi maksud hadiś ini ialah melarang keras daripada menghunus senjata ataupun besi kepada mana-mana saudara Islam. (Mazahir ul-Haq)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa (pada suatu hari) Rasulullah berjalan di sisi timbunan bijirin lalu Baginda SAW memasukkan tangannya ke dalam timbunan itu maka jari-jari Baginda SAW menjadi basah. Lantaran itu Baginda bertanya kepada si penjual bijirin itu, "Apakah ini wahai tuan bijirin?" Lelaki itu menjawab, "Ya Rasulullah, bijirin ini telah ditimpa hujan." Baginda bersabda, "Kenapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas supaya pembeli boleh nampak? Sesiapa yang menipu bukanlah daripada saya yakni bukan daripada kalangan pengikut-pengikut saya." (Muslim)
Sayyidina Mu az bin Anas Juhani meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memelihara (kehormatan dan kemuliaan) seseorang Islam daripada kejahatan orang munafik maka pada hari kiamat Allah SWT akan mengutuskan seorang malaikat yang akan memelihara dagingnya (seluruh badannya) daripada api neraka jahanam. Sesiapa yang menuduh mana-mana orang Islam dengan apa-apa tuduhan untuk menjatuhkan maruahnya maka Allah akan terus menahannya di atas jambatan jahanam sehinggalah dia terlepas daripada (dosa dan kotoran) apa-apa yang dia telah katakan (setelah diazab sedemikian rupa sebagai balasan terhadap dosanya itu)." (Abu Daud)
Sayyidatina Asma binti Yazid berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang membela kemuliaan dan maruah saudaranya semasa ketiadaannya (seumpama memberhentikan sesiapa yang mengumpat saudaranya itu) maka menjadi tanggungjawab Allah untuk memerdekakannya daripada api neraka. (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Darda meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Sesiapa yang melakukan pembelaan terhadap kehormatan saudaranya maka menjadi tanggungjawab Allah untuk menghindarkannya daripada api neraka." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abdullah bin Umar berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menyokong sehingga hukum hudud tidak dapat dilaksanakan maka sesungguhnya dia telah menentang Allah . Sesiapa yang masih bertengkar untuk perkara yang batil sedangkan dia telah mengetahuinya maka dia terus berada dalam kemurkaan Allah sehinggalah dia berhenti dan sesiapa yang mengata-ngata terhadap seseorang mukmin tentang keburukan yang tidak ada dalam diri orang itu maka Allah akan meletakkannya dalam Radghat ul-Khabal (nanah dan air danur daripada ahli neraka sebagai balasan atas dosanya) sehinggalah dia dibersihkan daripada dosa itu." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu saling berhasad dengki. (Dalam urusan jual beli) janganlah kamu menawarkan harga yang lebih mahal (dalam lelongan) bukan dengan niat untuk membeli sebaliknya semata-mata untuk menaikkan harga barangan, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling tidak bertegur sapa, janganlah kamu membeli barang yang telah dibeli oleh saudaramu dan jadilah kamu hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara. Seorang Islam ialah saudara kepada seorang Islam yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya, (jika ada orang lain yang menzalimi saudaranya itu) dia tidak membiarkannya tanpa dibantu, dan dia tidak menganggapnya hina. Baginda menunjukkan ke arah dadanya sambil bersabda sebanyak tiga kali, Taqwa di sini." Cukuplah seseorang itu menjadi buruk dengan dia menganggap hina terhadap saudara Islamnya. Darah, harta dan maruah seseorang Islam adalah haram ke atas orang Islam yang lain." Keterangan: Maksud sabdaan Baginda , Taqwa di sini’ ialah taqwa yang merupakan perasaan takut kepada Allah dan takut menghadapi penghisaban di akhirat nanti ialah satu keadaan yang wujud dalam hati sanubari seseorang. la bukanlah satu perkara yang orang lain dapat tahu dengan hanya melihat lalu berkata bahawa si polan ada taqwa ataupun si polan tidak ada taqwa. Oleh itu, mana-mana orang Islam tidak berhak untuk menganggap orang Islam yang lain itu hina. Siapa tahu bahawa orang yang dianggap hina berdasarkan keadaan-keadaan zahirnya adalah seorang yang ada taqwa dalam hati sanubarinya dan merupakan seorang yang sangat mulia di sisi Allah ? (Ma’arif ul-Hadiś)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda, "Elakkanlah dirimu daripada sifat hasad kerana sesungguhnya sifat hasad itu membakar pahala sebagaimana api membakar kayu yang kering." ataupun Baginda bersabda, ... seperti membakar rumput." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Humaid Saaʻidi meriwayatkan sesungguhnya Nabi SAW bersabda, "Tidak halal bagi seseorang mengambil tongkat saudaranya (demikian juga barang-barang yang kecil seumpamanya) tanpa kerelaan saudaranya itu. (Ibnu Hibban)
Sayyidina Yazid berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa pun daripada kalangan kamu jangan sekali-kali menganmbil barang saudaranya sama ada secara bergurau atau sungguh-sungguh (tanpa kebenarannya)." (Abu Daud)
Hadrat Abd ur-Rahman bin Abu Laila berkata, "Para sahabat Nabi telah menceritakan kepada kami bahawa pada suatu masa mereka dalam perjalanan bersama Nabi SAW. Salah seorang daripada mereka tidur lalu seorang yang lain telah mengambil talinya (untuk bergurau). (Apabila sahabat yang tidur itu terjaga dan dia mendapati talinya tidak ada maka) dia pun susah hati. Atas keadaan itu Baginda bersabda, "Tidak halal bagi seseorang Islam menakut-nakutkan orang Islam yang lain." (Abu Daud)
Sayyidina Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Membunuh seseorang Islam adalah lebih besar di sisi Allah daripada musnahnya seluruh dunia." (Nasa’i) Keterangan: Sebagaimana musnahnya seluruh dunia adalah perkara yang sangat besar pada pandangan manusia maka membunuh seseorang Islam adalah lebih besar daripada itu di sisi Allah.
Sayyidina Abu Said Khudri dan Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sekiranya seluruh penduduk langit dan bumi berpakat dalam urusan membunuh seseorang mukmin pasti Allah SWT akan menghumbankan mereka semua ke dalam neraka dalam keadaan terlangkup." (Tirmiži)
Sayyidina Abu Darda meriwayatkan bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Mungkin Allah akan mengampunkan semua dosa kecuali (dosa) orang yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dan (dosa) seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain dengan sengaja." (Abu Daud)
Sayyidina Ubadah bin Şamit meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang membunuh seseorang mukmin dan dia berbangga atas penmbunuhan itu maka Allah tidak akan menerima amalannya sama ada yang sunat mahu pun yang fardu." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Bakrah berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dua orang Islam bersetentangan dengan pedang masing-masing (lalu seorang daripada mereka berdua membunuh yang seorang lagi) maka yang membunuh dan yang dibunuh kedua-duanya akan masuk neraka." Sayyidina Abu Bakrah berkata sama ada saya sendiri atau sahabat yang lain bertanya kepada Baginda , "Pembunuh masuk neraka adalah jelas tetapi kenapa orang yang dibunuh juga masuk neraka?"" Baginda bersabda, "Kerana dia juga berhasrat untuk membunuh saudaranya itu." (Muslim)
Sayyidina Anas berkata Baginda ditanya tentang dosa besar, Baginda menjawab, "Menyekutukan Allah SWT, menderhakai kedua-dua ibu bapa, membunuh dan memberi penyaksian palsu." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, Hindarkanlah diri kamu daripada tujuh dosa yang membinasakan." Para sahabat bertanya, "Apakah dosa-dosa itu ya Rasulullah?" Baginda SAW bersabda, "Menyekutukan Allah SWT, melakukan sihir, membunuh seseorang tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, semasa seseorang berjihad bersama-sama tentera Islam dia melarikan diri (semata-mata untuk menyelamatkan nyawa) dan menuduh zina terhadap wanita yang suci, mukminah lagi langsung tidak mengetahui tentang perkara-perkara yang keji." (Bukhari)
Sayyidina Waśilah bin Asqa’ berkata Rasulullah SAW bersabda, "Jangan kamu menunjukkan kegembiraan terhadap musibah yang menimpa saudaramu, mungkin Allah merahmatinya lalu melepaskannya daripada musibah tersebut sedangkan kamu pula yang dikenakan musibah." (Tirmiži)
Sayyidina Mu’az bin Jabal berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mengaibkan saudaranya (yang Islam) dengan mana-mana dosa yang telah saudaranya itu bertaubat maka dia pasti akan terlibat dengan dosa itu sebelum dia meninggal dunia." (Tirmiži)
Sayyidina Abdullah bin Umar berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya wahai kafir’ maka kekafiran itu pasti kembali kepada salah seorang daripada mereka berdua, Sekiranya orang itu sememangnya kafir sebagaimana yang dikatakan maka itu memang selayaknya. Jika tidak, maka kekufuran itu kembali kepada si pengata." (Muslim)
Sayyidina Abu Žar berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memanggil seseorang dengan wahai si kafir atau wahai musuh Allah sedangkan orang itu tidak sedemikian maka kata-katanya itu kembali kepadanya." (Muslim)
Sayyidina Imran bin Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Apabila seseorang memanggil saudaranya dengan, Wahai si kafir,’ maka seolah-olah dia telah membunuhnya." (Bazzar: Majma’ uz- Zawa’ id)
Sayyidina ‘Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Tidak patut bagi seseorang yang beriman menjadi seorang yang suka melaknat." (Tirmiži)
Sayyidina Abu Darda berkata Rasulullah bersabda, "Orang-orang yang suka melaknat tidak akan dapat memberi syafaat (kepada para pendosa) dan tidak juga mereka boleh menjadi saksi (terhadap usaha dakwah para nabi )." (Muslim)
Sayyidina Sabit bin Dahhaak meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Melaknat seseorang yang beriman adalah sama (dari segi dosa) dengan membunuhnya." (Muslim)
Sayyidina Abd ur-Rahman bin Ghanm meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Hamba Allah yang terbaik ialah orang-orang yang dengan memandang mereka akan datang ingatan terhadap Allah SWT sedangkan hamba Allah yang terburuk ialah orang-orang yang suka membawa mulut menceritakan keburukan, yang memisahkan antara teman-teman, yang sentiasa berusaha supaya hamba-hamba Allah SWT yang suci terlibat dalam dosa atau apa-apa musibah." (Musnad Ahmad: Majma’ uz-Zawa’ id)
Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata Rasulullah SAW telah lalu berhampiran dua kubur lalu Baginda bersabda, "Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab dan tidaklah mereka diazab kerana perkara yang besar (yang susah untuk dielakkan). Seorang daripada mereka berdua diazab kerana tidak berjaga-jaga daripada terkena percikan air kencing dan yang seorang lagi diazab kerana selalu membawa mulut menyebarkan fitnah." (Bukhari)
Sayyidina Anas bin Malik berkata Rasulullah SAW bersabda, "Ketika aku dibawa semasa mikraj, aku telah melalui berhampiran satu golongan yang kuku-kuku mereka daripada tembaga dan mereka mencakar-cakar wajah dan dada mereka." Justeru, aku bertanya, "Siapakah itu wahai Jibrail?" Jibrail menjawab, "Mereka ialah orang-orang yang makan daging manusia yakni mereka selalu mengumpat dan mereka suka menjatuhkan maruah orang lain." (Abu Daud)
Sayyidina Jabir bin Abdullah berkata, "Kami berada bersama Nabi lalu bau yang busuk meliputi kami maka Baginda bertanya, Apakah kamu tahu bau apakah ini? Ini ialah bau orang yang mengumpat orang-orang Islam." (Musnad Ahmad: Majma’ uz-Zawa’id)
Sayyidina Abu Sa’ad dan Sayyidina Jabir bin Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda, Mengumpat adalah lebih (buruk) daripada berzina." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimanakah mengumpat lebih buruk daripada berzina?" Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya jika seseorang yang berzina bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu tetapi orang yang mengumpat tidak akan diampunkan sehinggalah orang yang diumpati memaafkannya daripada dosa mengumpat itu." (Baihagi)
Sayyidatina ‘Aisyah berkata saya telah berkata kepada Nabi SAW, Cukuplah sebagai kekurangan bagi Safiyyah itu bahawa dia itu sekian dan sekian (perawi kata maksudnya pendek.’ )" Baginda bersabda, "Sesungguhnya kamu telah ucapkan kata-kata yang sekiranya dicampurkan ke dalam laut maka kepahitan kata-katamnu itu akan mengatasi masinnya laut." Sayyidatina ´Aisyah juga berkata, "Pada suatu ketika saya telah meniru-niru gelagat seseorang lalu Baginda bersabda, Sekiranya aku mendapat sekian-sekian banyak harta pun aku tidak suka untuk meniru-niru gelagat sesiapa." ((Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?"" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda SAW bersabda, kamu menceritakan tentang saudara Islammu (semasa ketiadaannya) mengenai perkara yang tidak disukainya (itulah dia mengumpat)." Ada orang bertanya, "Jika saya menceritakan sesuatu keburukan yang sememangnya ada pada saudara saya itu (apakah itu dikira mengumpat)?" Baginda bersabda, "Sekiranya keburukan yang diceritakan itu memang ada padanya maka sebenarnya kamu telah mengumpatnya dan jika keburukan itu (yang kamu ceritakan) tidak ada padanya maka kamu telah menfitnahnya." (Muslim)
Sayyidina Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang memberitahu sesuatu keburukan untuk memburuk-burukkan seseorang sedangkan keburukan itu tidak ada padanya maka Allah SWT akan menahannya dalam api neraka sehingga dia membuktikan keburukan itu (bagaimana mungkin dia boleh membuktikannya?)." (Tabarani: Majma’ uz- Zawa’id)
Sayyidina Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya nasab-nasab kamu bukanlah perkara yang boleh dijadikan sebab untuk mencaci orang lain. Sesungguhnya kamu semua ialah anak-anak Adam , Perumpamaan kamu ialah seperti gantang yang kamu tidak boleh penuhkan yakni tidak ada seorang pun daripada kamu yang sempurna, setiap orang pasti ada apa-apa kekurangan. Seseorang tidak mempunyai kelebihan berbanding orang lain melainkan dengan agama ataupun amalan soleh. Cukuplah seseorang itu menjadi buruk dengan hanya bercakap kotor dan keji, bakhil dan penakut." (Musnad Ahmad)
Sayyidatina ‘Aisyah berkata seorang lelaki telah meminta izin untuk bertemu Rasulullah maka Baginda SAW berkata, "Dia ialah orang yang jahat dalam kalangan kaumnya." Kemudian Baginda SAW bersabda, "Benarkanlah dia masuk." Apabila lelaki itu masuk Baginda bercakap-cakap dengan lelaki itu dengan lemah lembut. Setelah dia pergi Sayyidatina Aisyah berkata, "Ya Rasulullah, tuan telah bercakap dengannya dengan lemah lembut sedangkan tuan telah katakan sesuatu tentang orang itu (bahawa dia ialah orang yang jahat dalam kaumnya)?" Baginda bersabda, "Orang yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang percakapannya yang keji menyebabkan orang-orang lain tidak ingin bergaul dengannya untuk mengelakkan kekejiannya." (Abu Daud) Keterangan: Maksud kata-kata Nabi SAW yang merupakan celaan terhadap lelaki yang datang itu ialah memberitahu keadaan sebenar untuk menyelamatkan orang ramai daripada tipu dayanya. Oleh itu, ia tidak termasuk dalam mengumpat. Sementara Nabi SAW bercakap dengan lemah lembut dengan lelaki itu ialah untuk mengajar umat cara hendak bergaul dengan orang-orang seumpama itu. Perlakuan Baginda itu termasuk juga cara untuk mengislahkannya. (Mazahir ul-Haq)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Orang mukmin ialah orang yang lurus lagi jujur serta berbudi bahasa sementara orang yang fasik ialah penipu lagi kurang ajar." (Abu Daud) Keterangan: Maksud hadis di atas ialah sifat orang mukmin bukannya licik dan bukan penipu. Oleh sebab keluhuran peribadinya, seseorang mukmin menjauhkan diri daripada menyusahkan orang lain dan daripada bersangka buruk terhadap mereka. Bertentangan dengan itu, seorang yang fasik memang tabiatnya suka menipu dan banyak tipu muslihat serta kebiasaannya ialah menyebarkan fitnah dan maksiat. (Turjumanus Sunnah)
Sayyidina Anas berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menyakiti mana-mana orang Islam sebenarnya dia telah menyakiti saya dan sesiapa yang menyakiti saya sebenarnya dia telah menyakiti Allah yakni dia telah menyebabkan Allah murka." (Tabarani: Jami' Şaghir)
Sayyidatina 'Aisyah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah itu ialah orang yang banyak bertengkar." (Muslim)
Sayyidina Abu Bakar Siddiq berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang memudaratkan seseorang mukmin ataupun menipunya akan dilaknat." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah berhenti berhampiran satu kumpulan para sahabat yang sedang duduk lalu bertanya, "Apakah kamu ingin saya memberitahu kamu siapakah orang yang paling baik dalam kalangan kamu dan siapakah orang yang paling buruk?" Sayyidina Abu Hurairah berkata mereka hanya berdiam diri. Lantaran itu Baginda SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak tiga kali lalu salah seorang daripada mereka berkata, "Ya Rasulullah, beritahulah kami, siapakah yang paling baik dalam kalangan kami dan siapakah yang paling jahat.” Baginda bersabda, "Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang diharap-harapkan kebaikannya dan tiada kemungkinan berlaku kejahatan daripadanya. Sementara orang yang paling jahat antara kamu ialah orang yang tiada harapan kebaikan daripadanya sebaliknya setiap waktu ada kemungkian berlaku kejahatan daripadanya." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, "Ada dua perkara dalam kalangan orang ramai yang merupakan amalan kufur 1. mencela nasab (seumpama pertuduhan zina pada rantaian nasab) 2. meratapi mayat." (Muslim)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu bergaduh dengan saudara kamu, janganlah kamu bergurau dengannya (sehingga menyakitinya) dan jangan kamu berjanji dengannya sesuatu yang tidak dapat kamu tunaikan." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila dia berbicara dia berdusta, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi amanah dia mengkhinatinya." (Muslim)
Sayyidina Huzaifah berkata saya mendengar Rasulullah bersabda, "Orang yang suka membawa mulut tidak akan memasuki syurga.” (Bukhari) Keterangan: Tabiat membawa mulut adalah antara dosa-dosa berat yang menghalang daripada masuk syurga. Tiada sesiapa pun yang ada tabiat ini boleh masuk syurga. Walau bagaimanapun, sekiranya Allah memaafkan seseorang dengan ihsan dan kurniaan-Nya atau Allah mengazabkannya sebagai hukuman terhadap dosa itu lalu membersihkannya daripada dosa tersebut barulah dia boleh masuk syurga. (Ma'arif ul-Hadis)
Sayyidina Khuraim bin Fatik meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW telah mendirikan solah subuh. Apabila Baginda SAW selesai bersolah Baginda telah berdiri lalu bersabda tiga kali, "Penyaksian palsu telah dijadikan sama dengan syirik." Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran, yang bermaksud, "Maka jauhilah syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT serta tidak mempersekutuka sesuatu pun dengan-Nya." (Abu Daud) Keterangan: Maksudnya ialah penyaksian dusta sama seperti syirik dan penyembahan berhala. Maka setiap orang beriman hendaklah menghindarkan diri daripada dosa ini sama seperti dia menghindarkan diri daripada syirik dan menyembah berhala. (Ma'arif ul-Hadis)
Sayyidina Abu Umamah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengambil hak milik orang Islam dengan sumpah yang dusta maka Allah SWT mewajibkan neraka ke atasnya dan mengharamkan syurga daripadanya." Lantas seorang lelaki bertanya, "Ya Rasulullah, walau satu benda yang kecil sekalipun (adakah itu juga balasannya)?" Baginda bersabda, “Walaupun satu ranting daripada pohon Araak (pohon sugi)." (Muslim)
Sayyidina Abdullah bin 'Umar berkata Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengambil sedikit tanah tanpa hak maka pada hari kiamat dia akan ditimbuskan ke dalam tanah itu sehingga ke lapisan bumi yang ke tujuh." (Bukhari)
Sayyidina 'Imran bin Huşain meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang merampas sesuatu bukanlah daripada kami." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Zar meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Tiga golongan yang pada hari kiamat Allah tidak akan berbicara dengan mereka, tidak memandang mereka, tidak mensucikan mereka daripada dosa dan mereka akan dikenakan azab yang pedih." Baginda membaca ayat ini sebanyak tiga kali. Sayyidina Abu Zar berkata, “Mereka akan gagal dan rugi besar. Wahai Rasulullah, siapakah mereka?" Baginda bersabda, “Orang yang melabuhkan kainnya sehingga ke bawah buku lali, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang bersumpah dusta untuk melariskan barang jualannya." (Muslim)
Sayyidina Ammar bin Yasir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana tuan yang memukul hambanya tanpa hak akan diambil tindak balas terhadapnya pada hari kiamat nanti." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id) Keterangan: Memukul pekerja (kuli, pembantu rumah dll.) pun termasuk dalam ancaman ini. (Ma'arif ul-Hadis)
Allah SWT berfirman “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah da (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Aali 'Imran: 103)
Sayyidina Abu Darda berkata Rasulullah SAW bersabda, “Apakah kamu ingin aku mengkhabarkan kepada kamu tentang amalan yang lebih afdal daripada puasa, solah dan sedekah serta khairat?” Para sahabat menjawab, "Bahkan ya Rasulullah.” Baginda SAW bersabda, "Mendamaikan sesama manusia adalah amalan yang paling afdal kerana pergaduhan sesama manusia ialah pencukur (amalan-amalan agama). Yakni sebagaimana rambut kepala habis dicukur dengan pisau cukur, demikianlah dengan pergaduhan sesama manusia, agama akan terhapus.” (Tirmizi)
Hadrat Humaid bin 'Abd ur-Rahman meriwayatkan daripada ibunya bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda, Sesiapa yang mengada ngadakan cerita semata-mata untuk mendamaikan antara dua pihak tidak dikira berdusta yakni tidak akan terkena dosa berdusta." (Abu Daud)
Sayyidina Abdullah bin 'Umar meriwayatkan bahawa Nabi SAW selalu berkata, "Demi Tuhan yang nyawaku dalam genggaman-Nya, perpecahan antara dua orang yang berkasih sayang berlaku hanyalah kerana dosa yang telah dilakukan oleh salah seorang daripada mereka berdua." (Musnad Ahmad: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Abu Ayub Ansari - meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal bagi mana-mana orang Islam tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga malam, mereka berdua berjumpa tetapi yang ini berpaling ke arah ini dan yang itu berpaling ke arah itu. Orang yang paling baik antara mereka berdua ialah yang terlebih dahulu memberi salam (untuk berbaik kembali)." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal bagi seseorang Islam tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari. Sesiapa yang tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari dan mati maka akan memasuki neraka." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak halal bagi seseorang mukmin tidak bertegur sapa dengan seseorang mukmin yang lain lebih daripada tiga hari. Oleh itu, jika tiga hari telah berlalu maka hendaklah dia bertemu dengan saudaranya itu dan memberi salam. Jika saudaranya itu menjawab salamnya maka kedua-dua mereka berkongsi pahalanya sebaliknya jika dia tidak menjawab salam itu maka dialah yang berdosa sementara orang yang memberi salam sudah terlepas daripada dosa memutuskan hubungan." (Abu Daud)
Sayyidatina 'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak patut bagi seseorang Islam (memutuskan hubungan) lalu tidak bertegur sapa dengan seseorang Islam yang lain lebih daripada tiga hari. Kemudian, apabila dia menemuinya maka hendaklah dia memberi salam kepadanya sebanyak tiga kali. Jika saudaranya itu tidak menjawab salam itu walaupun sekali maka dosa (memutuskan hubungan selama tiga hari) akan ditanggung pula oleh saudaranya itu." (Abu Daud)
Sayyidina Hisyam bin 'Amir berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Tidak halal bagi seseorang Islam memutuskan hubungan dengan mana-mana orang Islam yang lain lebih daripada tiga hari. Kedua-dua mereka menolak kebenaran selama mereka berterusan memutuskan hubungan. Sesiapa antara kedua-dua mereka yang memulakan perdamaian maka perbuatannya memulakan perdamaian itu menjadi kafarah untuknya daripada dosa memutuskan hubungan. Sekiranya salah seorang memulakan salam namun salam itu tidak diterima dan tidak dijawab maka para malaikat akan menjawab kepada si pemberi salam sedangkan syaitan akan menjawab kepada yang seorang lagi. Sekiranya (sebelum itu) kedua-dua mereka mati dalam keadaan memutuskan hubungan maka kedua-dua mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan berkumpul di dalam syurga.” (Ibnu Hibban)
Sayyidina Fadalah bin 'Ubaid meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari (dan mati dalam keadaan sedemikian) akan memasuki neraka kecuali Allah membantunya dengan rahmat-Nya (maka dia akan terselamat daripada neraka.)" (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Abu Khirash Sulami meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memutuskan hubungan dengan mana-mana orang Islam selama setahun seolah-olah dia telah membunuhnya yakni dosa memutuskan hubungan selama setahun hampir sama dengan dosa membunuh tanpa hak." (Abu Daud)
Sayyidina Jabir berkata saya mendengar Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan telah berputus asa daripada berusaha supaya dia disembah oleh orang-orang Islam di Semenanjung Arab yakni berputus asa daripada berusaha supaya orang ramai terlibat dengan kufur dan syirik. Tetapi dia belum berputus asa daripada melaga-lagakan dan menyebarkan fitnah dan kerosakan antara mereka.” (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Segala amalan manusia dibentang setiap hari Isnin dan Khamis. Maka pada hari itu Allah SWT mengampunkan setiap orang yang tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Allah kecuali sesiapa yang ada permusuhan dengan saudaranya. Lalu para malaikat mengatakan (bagi pihak Allah) “Biarkan mereka berdua sehingga mereka berdamai. Biarkan mereka berdua sehingga mereka berdamai." (Muslim)
Sayyidina Mu'az bin Jabal meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Pada malam lima belas Sya'ban Allah SWT memberi perhatian kepada seluruh makhluk lalu Allah SWT memberi keampunan kepada seluruh makhluk kecuali orang-orang yang melakukan syirik dan orang-orang yang berdendam." (Tabarani: Majma' uz-Zawa'id)
Sayyidina Jabir meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari Isnin dan Khamis segala amal dibentangkan di hadapan Allah SWT, ada orang yang meminta keampunan maka dosanya akan diampunkan, ada yang bertaubat maka taubatnya akan diterima. (Tetapi) orang-orang yang berdendam akan dibiarkan (dengan sebab dendam mereka itu) yakni istighfar mereka tidak diterima sehingga mereka bertaubat daripada dosa dendam mereka itu." (Tabarani: Targhib)
Sayyidina Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Hubungan antara seorang Islam dengan seorang Islam yang lain adalah seperti bangunan, laitu satu bahagian mengukuhkan bahagian yang lain.” Kemudian Baginda telah memasukkan jari-jari tangan Baginda ke celah-celah jari-jari tangan Baginda yang satu lagi (dengan perbuatan itu Baginda ingin memahamkan kita bahawa setiap orang Islam hendaklah hidup bersatu padu dan setiap orang menguatkan yang lain.) (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Bukanlah daripada kalangan kami mereka yang melaga-lagakan seseorang isteri dengan suaminya atau seseorang hamba sahaya dengan tuannya." (Abu Daud)
Sayyidina Zubair bin 'Awwam meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Penyakit umat yang lampau telah berjangkit kepada kamu iaitu dengki dan benci membenci yang mencukurkan. Saya tidak mengatakan bahawa dengki dan benci membenci mencukur rambut tetapi ia mencukur agama. (Dengan sebab penyakit dengki dan benci membenci itu, akhlak seseorang akan rosak sama sekali).” (Tirmizi)
Hadrat 'Ata' bin Abdullah Khurasani berkata Rasulullah SAW bersabda, "Bersalamanlah antara kamu, ia akan menghilangkan sifat dendam antara kamu. Berilah hadiah antara kamu kerana ia akan mendatangkan kasih sayang dan menghilangkan permusuhan.” (Muwatta Imam Malik)
Sayyidina Mu'awiyah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya saya hanyalah penyampai dan yang memberi hidayat petunjuk ialah Allah dan saya ialah pembahagi sedangkan pemberi ialah Allah 56." (Tabarani: Jami Şaghir)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Amr bin 'Aas berkata Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang menjamu makanan kepada saudaranya (yang Islam) sehingga dia kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaganya maka Allah SWT akan menjauhkannya daripada neraka sejauh tujuh parit sedangkan jarak di antara dua parit ialah lima ratus tahun perjalanan." (Mustadrak Hakim)
Sayyidina Jabir bin Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda, “Memberi makan kepada orang Islam yang lapar ialah antara amalan yang mewajibkan keampunan daripada Allah (Baihaqi)
Sayyidina Abu Sa'id Khudri meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Mana-mana orang Islam yang memberi pakaian kepada mana-mana orang Islam yang lain semasa dia tidak mempunyai pakaian maka Allah akan memakaikannya pakaian syurga yang berwarna hijau. Mana-mana orang Islam memberi makanan kepada orang Islam yang lain semasa dia kelaparan maka Allah SWT akan memberinya makan buah-buahan syurga. Mana-mana orang Islam yang memberi minum kepada mana-mana orang Islam semasa dia dahaga maka Allah akan memberinya minum 'Rahiq Makhtum' (arak asli yang terpelihara dan belum dibuka sebelumnya).” (Abu Daud)
Sayyidina "Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawa seorang lelak bertanya kepada Nabi , "Apakah amalan Islam yang paling baik? Baginda menjawab, Menjamu makanan kepada sesiapa sahaja dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal." (Bukhari)
Sayyidina "Abdullah bin Amr berkata Rasulullah SAW bersabda, "Beribadatlah kepada Tuhan ar-Rahman, jamulah makanan dan sebarlah salam nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera." (Tirmiži)
Sayyidina Jabir berkata Rasulullah SAW bersabda, "Ganjaran untuk haji mabrur tidak lain selain daripada syurga." Para sahabat bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah itu haji mabrur?" Baginda menjawab, "(Haji yang ada) menjamu makanan dan menyebarkan salam." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Hani meriwayatkan bahawa semasa beliau datang berjumpa Nabi SAW beliau bertanya, "Ya Rasulullah, apakah amalan yang mewajibkan syurga?"" Baginda menjawab, "Kamu hendaklah mengambil berat untuk berbicara dengan cara yang baik dan menjamu makanan." (Mustadrak Hakim)
Hadrat Ma’rur berkata saya telah bertemu Sayyidina Abu Zar di Rabażah. Beliau dan hambanya memakai pakaian yang serupa maka saya bertanya kepadanya, "Kenapa tidak ada sebarang perbezaan antara pakaian tuan dan hamba sahaya tuan?" Lantas beliau menjawab, "Pada suatu kali saya telah memaki hamba sahaya saya dengan mencela ibunya. Oleh itu Baginda telah bersabda kepada saya, "Wahai Abu Zar, kamu telah mencela ibunya? Kesan jahiliah masih ada dalam dirimu. Orang-orang yang di bawah jagaan kamu juga saudara kamu. Allah yang menjadikan mereka di bawah jagaan kamu. Justeru, sesiapa yang ada saudaranya di bawah jagaannya maka hendaklah dia memberi mereka makan apa-apa yang dia sendiri makan dan berilah mereka pakai apa-apa yang dia sendiri pakai. Janganlah beri kerja yang membebankan mereka. Jika kamu bebankan mereka dengan kerja sedemikian maka hendaklah kamu membantu mereka.” (Bukhari)
Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah meriwayatkan bahawa tidak pernah Rasulullah menjawab tidak’, apabila diminta sesuatu daripada Baginda SAW (Muslim) Keterangan: Maksudnya ialah, Baginda SAW tidak pernah menolak bulat-bulat permintaan sesiapa pun. Jika Baginda memiliki sesuatu maka terus Baginda akan memberikannya. Jika tidak ada apa-apa untuk diberikan maka Baginda akan memberi janji atau Baginda akan berdiam diri ataupun Baginda akan menyatakan keuzuran Baginda dengan perkataan-perkataan yang sesuai ataupun Baginda akan berdoa untuk si peminta itu. (Mazahir ul-Hag)
Sayyyidina Abu Musa Asy’ari meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, "Berilah makanan kepada orang yang lapar, ziarahilah orang sakit dan tebuskan tawanan (yang ditawan secara zalim)." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda bahawa Allah SWT berfirman pada hari kiamat, *Wahai anak Adam, Aku telah jatuh sakit, kamu tidak pun datang menziarahi-Ku." Hamba akan berkata, "Bagaimana Rabb ul- alamin (yang suci daripada segala kekurangan termasuk Sakit)?" Allah SWT menjawab, "Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si polan sakit? Tidak pun kamu menziarahinya. Tidakkah kamu ketahui bahawa jika kamu menziarahinya kamu akan mendapati-Ku ada di sisinya? aku boleh menziarahi-Mu sedangkan Engkaulah Wahai anak Adam, Aku meminta makanan daripadamu tetapi kamu tidak memberi makanan kepada-Ku?" Hamba itu berkata, Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi makanan kepada-Mu sedangkan Engkaulah Rabb ul-alamin?" Allah berfirman, Apakah kamu tidak tahu bahawa sesungguhnya hambaku si polan telah meminta makanan daripadamu namun kamu tidak memberinya makan. Adakah kamu tidak tahu bahawa jika kamu memberinya makan pasti kamu akan mendapati ganjarannya di sisi-Ku. Wahai anak Adam, Aku telah meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak memberi-Ku minum." Hamba itu berkata, "Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi-Mu minum sedangkan Engkaulah Rabb ul- ‘alamin?" Allah berfirman, Hamba-Ku si polan telah meminta daripadamu minuman tetapi kamu tidak memberinya minum. Adapun jika kamu memberinya minum pasti kamu akan mendapati pahalanya di sisi- Ku." (Muslim)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda, "Apabila sesiapa antara kamu yang khadamnya telah menyediakan makanan untuknya dan dia telah membawa makanan itu kepadanya maka hendaklah si tuan menyuruhnya duduk dan makan bersamanya kerana dia telah bersusah payah menanggung panas dan asap menyediakan makanan itu. Jika makanan itu sedikit (tidak mencukupi untuk mereka berdua) maka hendaklah tuan memberikan kepada khadamnya itu satu atau dua suap daripada makanan tersebut." (Muslim)
Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata saya telah mendengar Rasulullah bersabda, "Sesiapa dalam kalangan orang Islam yang memberi pakaian kepada mana-mana orang lslam yang lain maka pasti dia berada dalam penjagaan Allah SWT selama pakaian itu masih berada pada badan orang tersebut walaupun secebis." (Tirmizi)
Sayyidina Harišah bin Nu'man berkata Rasulullah bersabda, “Memberi kepada orang miskin dengan tangan sendiri akan menghindarkan kematian yang buruk." (Tabarani, Baihaqi, Dia': Jami Şaghir)
Sayyidina Abu Musa berkata Nabi bersabda, "Sesungguhnya seorang pengurus yang beragama Islam lagi bersifat amanah yang memberi dengan senang hati apa-apa sahaja dan kepada sesiapa sahaja yang diperintahkan oleh tuannya akan mendapat pahala sedekah sama seperti tuannya." (Muslim)
Sayyidina Jabir berkata Rasulullah bersabda, "Sesiapa dalam kalangan orang Islam yang menanam apa-apa pokok maka apa-apa sahaja yang dimakan daripada pokok itu menjadi sedekah untuk orang yang menanam. Apa-apa sahaja yang dicuri daripada pokok itupun menjadi sedekah, apa-apa sahaja yang dimakan oleh binatang pun menjadi sedekah, apa-apa sahaja yang dimakan oleh burung pun menjadi sedekah, (ringkasnya) apa-apa sahaja daripada pokok itu yang diambil untuk apa-apa manfaat menjadi sedekah (untuk si penanam).” (Muslim)
Sayyidina Jabir meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang berusaha menyuburkan tanah yang gersang sehingga membolehkan tanah itu untuk ditanami akan mendapat pahala. (Ibnu Hibban)
Hadrat Qasim RAH meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Darda RA bahawa seorang lelaki lalu berhampirannya semasa beliau sedang menanam sebatang pokok di Damsyik lalu lelaki itu berkata kepadanya, "Patutkah tuan melakukan perkara (dunia) ini sedangkan tuan ialah sahabat Rasulullah?” Sayyidina Abu Darda berkata, “Jangan kamu tergopoh-gopoh tersalah anggap terhadap saya, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menanam apa-apa pokok kemudian dimakan oleh mana-mana manusia ataupun mana-mana makhluk Allah nescaya ia menjadi sedekah untuk si penanam." (Musnad Ahmad)
Sayyidina Abu Ayyub Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menanam apa-apa pokok maka Allah akan menuliskan untuknya pahala sebanyak buah yang terhasil daripada pokok itu." (Musnad Ahmad)
Sayyidatina 'Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW selalu menerima hadiah dan sebagai balasannya Baginda juga memberi hadiah (sama ada pada masa itu juga atau pada masa lain)." (Bukhari)
Sayyidina Jabir bin 'Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menerima hadiah dan dia mempunyai sesuatu untuk dihadiahkan maka hendaklah dia hadiahkan sesuatu kepada pemberi hadiah itu. Jika dia tidak mempunyai apa-apa maka (sebagai terima kasih)hendaklah dia memuji si pemberi hadiah kerana sesiapa yang memuji maka dia telah menunaikan hak terima kasih. Sesiapa yang tidak memuji si pemberi (dalam hal menerima sesuatu ihsan) malah dia menyembunyikannya maka dia tidak bersyukur." (Abu Daud)
Sayyidina Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, "Iman dan sifat kedekut tidak mungkin berkumpul dalam hati seseorang hamba." (Nasa'i)
Sayyidina Abu Bakar Siddiq RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Seseorang yang menipu, yang bersifat kedekut dan yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya tidak akan dapat masuk syurga.” (Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu dan tidak juga kepada harta kamu tetapi Allah SWT memandang hati dan amalan kamu." (Muslim) Keterangan: Yakni keputusan keredaan Allah SWT itu bukan berasaskan rupa paras dan harta kamu, sebaliknya dengan melihat hati dan amalan kamu yakni sebanyak mana ikhlas ada dalam hati.
Sayyidina 'Umar bin Khattab RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seluruh amal bergantung pada niat. Seseorang itu akan mendapat sesuatu hanyalah berdasarkan apa-apa yang dia telah niatkan. Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya yakni tidak ada perkara lain yang menyebabkan dia berhijrah selain daripada untuk mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu hanyalah untuk Allah SWT dan Rasul-Nya yakni dia akan mendapat ganjaran hijrah tersebut. Dan sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan apa-apa perkara dunia ataupun untuk berkahwin dengan mana-mana wanita maka hijrahnya itu hanya untuk apa-apa yang dia telah niatkan dan tidak ada apa-apa ganjaran di sisi Allah SWT)." (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "(Pada hari kiamat) seluruh manusia akan dibangkitkan mengikut niat-niat mereka yakni setiap orang akan diperlakukan berdasarkan niat-niat mereka. (Ibnu Majah)
Sayyidatina 'Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Satu ketumbukan tentera akan keluar dengan niat untuk menyerang Ka'abah. Apabila mereka sampai di satu medan (padang sahara) yang luas maka semua mereka akan ditenggelamkan ke dalam bumi." Sayyidatina 'Aisyah bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka semua sekali ditenggelamkan sedangkan dalam kalangan mereka ada peniaga-peniaga dan orang-orang yang bukan daripada kalangan tentera itu?" Baginda SAW menjawab, “Mereka akan ditenggelamkan semua sekali kemudian mereka akan dibangkitkan mengikut keadaan niat-niat mereka yakni mereka akan diperlakukan berdasarkan niat-niat mereka.” (Bukhari)
Sayyidina Anas bin Malik RAH meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tinggalkan di Madinah golongan yang pasti menyertai kamu (dalam ganjaran dan pahala) walau di jalan mana sekali pun kamu berjalan, apa-apa sekali pun yang kamu belanjakan dan di lembah mana sekali pun kamu lalu.” Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka boleh menyertai kami sedangkan mereka berada di Madinah?" Baginda menjawab, "(Mereka ingin keluar bersama kamu) namun keuzuran telah menghalang mereka." (Abu Daud)
Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Allah SWT menyuruh para malaikat menulis keputusan-Nya mengenai dosa dan pahala kemudian Dia menerangkan secara terperinci, sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian (kerana sebab-sebab tertentu) dia tidak dapat melaksanakannya maka Allah SWT akan tuliskan untuknya satu pahala yang sempurna. Jika dia berniat untuk melakukan kebaikan dan dia dapat melaksanakannya maka Allah akan tuliskan untuknya daripada sepuluh pahala sehingga tujuh ratus bahkan lebih daripada itu berkali-kali ganda lagi. Sebaliknya sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan kemudian dia tidak melakukannya maka Allah SWT akan tuliskan untuknya satu pahala yang sempurna (dengan alasan bahawa kerana takutkan Allah SWT dia tidak melakukan kejahatan itu) dan jika dia berniat untuk melakukan kejahatan dan dia melakukannya maka Allah SWT akan tuliskan untuknya satu dosa sahaja.” (Bukhari)
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda, "Seorang lelaki (daripada Bani Israil) berkata (dalam hatinya) bahawa pada malam ini saya akan bersedekah (secara sembunyi). Lalu (pada waktu malam dia keluar membawa harta yang akan disedekahkan dan tanpa disedari) dia telah memberi sedekah itu kepada seorang pencuri. Keesokan paginya telah heboh dalam kalangan orang ramai bahawa (malam tadi) seorang pencuri telah diberi sedekah. Maka pemberi sedekah itu berkata, “Ya Allah, segala puji hanya untuk-Mu (walaupun bersedekah tetapi sampai ke tangan pencuri. Jikalau sedekah diberikan kepada orang yang lebih buruk daripadanya sekalipun saya tidak boleh berbuat apa-apa lagi)." Kemudian dia berazam lagi bahawa pada malam ini pun saya mesti bersedekah (kerana sedekah yang pertama telah sia-sia). Lantaran itu dia telah keluar pada waktu malam membawa harta sedekahnya. (Tanpa disedari) sedekah itu telah diberikan kepada seorang perempuan pelacur. Keesokan paginya telah heboh dalam kalangan orang ramai bahawa malam tadi seorang pelacur telah diberikan sedekah. Maka pemberi sedekah itu berkata, “Ya Allah, segala puji hanya untuk-Mu (dalam bersedekah kepada pelacur kerana harta saya tidak layak untuk diberi kepada pelacur pun). Kemudian (untuk kali yang ketiga) dia berniat bahawa pada malam ini dia mesti memberi sedekah. Maka pada malam itu dia keluar membawa harta sedekahnya dan telah memberikan sedekahnya kepada seorang yang kaya. Keesokan paginya, heboh dalam kalangan orang ramai bahawa semalam seorang kaya telah diberikan sedekah. Pemberi sedekah itu berkata, “Ya Allah, segala puji hanya untuk-Mu (kerana bersedekah kepadampencuri, pelacur dan orang kaya kerana harta saya sebenarnya tidak layak untuk disedekahkan kepada orang yang sedemikian pun).Telah disampaikan dalam mimpinya bahawa (sedekah kamu telah diterima). Sedekah kamu kepada si pencuri dilakukan supaya mudah-mudahan dia bertaubat daripada kebiasaannya mencuri. Sedekah untuk pelacur dilakukan supaya mudah-mudahan dia bertaubat daripada perbuatannya yang keji itu (apabila dia melihat bahawa tanpa melacur pun Allah masih memberi rezeki kepadanya maka dia merasa malu). Sementara sedekah kepada si kaya dilakukan supaya dia mengambil pengajaran (bahawa ada hamba-hamba Allah SWT yang bersedekah secara sembunyi) mudah-mudahan dia juga akan membelanjakan harta yang telah dikurniakan oleh Allah ke jalan Allah." (Bukhari) Keterangan: Kerana keikhlasan lelaki itu, sedekah-sedekahnya diterima oleh Allah SWT.
Sayyidina Abdullah bin 'Umar berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga orang daripada kalangan umat sebelum kamu telah keluar (bersafar) (Mereka berjalan dan berjalan sehingga waktu telah malam) maka untuk bermalam mereka telah masuk ke dalam sebuah gua. Semasa bermalam di situ, satu batu besar dari bukit telah jatuh lalu menutup pintu gua tersebut. Mereka berkata bahawa perkara yang boleh menyelamatkan kita daripada batu besar ini hanyalah berdoa kepada Allah SWT dengan perantaraan amalan-amalan kita yang soleh. (Lantaran itu setiap orang daripada mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masing-masing.) Salah seorang daripada mereka berkata, "Ya Allah, (Engkau tahu bahawa) kedua-dua ibu bapa saya tersangat tua. Saya mesti memberi minum susu kepada mereka berdua dahulu sebelum ahli keluarga saya dan hamba sahaya saya. Pada suatu hari saya telah keluar pergi jauh kerana mencari sesuatu. Apabila saya pulang kedua-dua mereka telah pun tidur. Walaupun demikian saya memerah susu waktu petang untuk mereka (dan membawa mangkuk yang berisi susu kepada mereka) dan saya mendapati kedua-dua mereka (pada masa itu pun) masih tidur. Saya tidak sampai hati untuk membangunkan mereka dan saya juga tidak tergamak untuk memberi minum kepada ahli keluarga dan hamba-hamba sahaya sebelum mereka. Saya telah memegang mangkuk susu sambil berdiri hampir dengan kepala mereka menunggu mereka bangun. Sehinggalah terbit fajar barulah mereka bangun dan (saya pun memberi susu kepada mereka). Pada masa itu barulah mereka minum susu waktu petang mereka. Ya Allah, sekiranya saya melakukan amalan ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan-Mu maka selamatkanlah kami daripada musibah yang menimpa kami akibat batu besar ini,” Hasil daripada doa itu, batu besar tersebut telah berganjak sedikit namun mereka masih belum dapat keluar." Nabi bersabda lagi, "Orang kedua pula berdoa, "Ya Allah, saya mempunyai seorang sepupu perempuan yang sangat saya sukai. Pada suatu ketika, saya telah mencuba untuk melepaskan tuntutan nafsu saya dengannya tetapi dia tidak bersedia sehinggalah pada suatu masa keadaan kemarau yang bersangatan telah memaksanya datang kepada saya. Saya telah memberi kepadanya seratus dua puluh dinar dengan syarat dia bertemu saya secara sembunyi dan dia telah bersedia. Apabila saya dapat menguasainya (dan hampir saya menunaikan tuntutan syahwat saya dengannya) dia berkata, “Tidak halal bagi kamu memecahkan mohor tanpa haknya (menodai).” (Mendengarkan kata-kata itu) saya tidak jadi menyempurnakan niat saya yang buruk dan saya telah menjauhkan diri daripadanya sedangkan dia ialah orang yang paling saya sukai dan saya juga telah meninggalkan dinar-dinar yang telah saya berikan kepadanya. Ya Allah, sekiranya saya lakukan perkara ini kerana keredaan-Mu maka jauhkanlah musibah yang sedang kami alami ini." Lantaran itu batu besar tersebut telah berganjak lagi namun mereka masih belum dapat keluar.” Baginda SAW bersabda lagi bahawa orang ketiga pula berdoa, "Ya Allah, saya telah mengupah beberapa orang kuli dan saya membayar upah mereka kecuali seorang. Dia telah pergi tanpa mengambil upahnya. Saya telah laburkan upahnya itu dalam perniagaan sehingga hartanya itu bertambah banyak. Setelah beberapa lama dia datang dan berkata, "Wahai hamba Allah, bayarlah upah saya." Saya menjawab bahawa ini semua, unta, lembu, kambing dan hamba sahaya ialah upah kamu." Dia berkata, "Wahai hamba Allah, janganlah bergurau.” Saya berkata, 'Saya tidak bergurau (saya memberitahu yang sebenar) lalu (selepas penerangan saya) dia telah mengambil semua harta tanpa meninggalkan sedikit pun. Ya Allah, sekiranya saya lakukan ini semata-mata untuk mendapat keredaan-Mu maka jauhkanlah musibah yang sedang kami alami ini,” Lalu batu besar itu berganjak lagi dan mereka semua telah dapat keluar." (Bukhari)
Sayyidina Abu Kabsyah Anmari RAH meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Dengan bersumpah saya akan terangkan tiga perkara dan kemudian saya akan beritahu satu perkara secara khusus maka hendaklah kamu mengingatinya bersungguh-sungguh, (Pertamanya) sedekah tidak akan mengurangkan harta sesiapa pun. (Perkara kedua ialah) sesiapa yang dizalimi dan dia bersabar maka kerana kesabarannya itu Allah akan menambahkan kemuliaannya (Perkara ketiga ialah) sesiapa yang membuka pintu meminta-minta daripada manusia maka Allah akan membuka pintu kefakiran untuknya. Kemudian Baginda SAW bersabda, "Saya memberitahu kamu satu perkara maka hendaklah kamu mengingatinya, ada empat jenis manusia dalam dunia ini. Pertama, manusia yang dikurniakan oleh Allah dengan harta dan ilmu. (Dengan sebab ilmunya itu dia takut kepada Allah di dalam urusan hartanya (yakni dia tidak membelanjakan harta bertentangan dengan kehendak Allah SWT) sebaliknya (dia belanjakan) untuk bersilaturrahim. Dan dia juga tahu bahawa ada hak Allah SWT di dalam hartanya itu. (Oleh itu dia membelanjakan harta hanya untuk jalan kebajikan). Orang yang sebegini berada pada darjat yang tertinggi pada hari kiamat nanti. Orang yang kedua ialah orang yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu tetapi tidak dikurniakan harta. Dia mempunyai niat yang benar dan selalu bercita-cita sekiranya mempunyai harta maka dia akan membelanjakannya sebagaimana si polan membelanjakan hartanya (kepada jalan kebajikan). Lantaran itu (Allah memberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang pertama) kerana niatnya itu maka ganjaran mereka berdua adalah sama. Orang yang ketiga ialah orang yang dikurniakan harta tetapi tidak dikurniakan ilmu. Disebabkan ketiadaan ilmu maka dia telah menyalahgunakan hartanya. Dia tidak takut kepada Allah SWT dalam membelanjakan harta dan dia tidak menggunakan harta untuk bersilaturrahim dan dia tidak tahu bahawa dalam hartanya itu ada hak Allah SWT. Pada hari kiamat orang ini berada pada darjat yang paling buruk. Orang yang keempat ialah orang yang tidak dikurniakan oleh Allah harta dan tidak juga ilmu. Dia bercita-cita sekiranya mempunyai harta maka dia akan membelanjakan harta seperti si polan (orang ketiga) maka dia mendapat dosa niatnya itu. Oleh itu, dosanya dan dosa orang ketiga adalah sama. Dengan sebab nint yang baik akan mendapat pahala sama seperti amalan yang baik dan dengan sebab niat yang buruk akan mendapat dosa sama seperti amalan yang buruk." (Tirmizi)
Seorang lelaki daripada penduduk Madinah berkata, “Sayyidina Mu'awiyah menulis surat kepada Sayyidatina 'Aisyah , "Tulislah surat yang ringkas untuk menasihati saya. Ringkas sahaja tidak panjang." Sayyidatina 'Aisyah menulis, (selepas pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi SAW) "Kesejahteraan ke atas kamu. Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mencari keredaan Allah tanpa menghiraukan kemarahan manusia maka Allah SWT akan melindunginya daripada kejahatan manusia dan sesiapa yang mencari keredaan manusia tanpa menghiraukan kemurkaan Allah SWT maka Allah SWT akan menyerahkannya kepada manusia. Wassalam." (Tirmizi)
Sayyidina Abu Umamah Bahili berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT tidak menerima amalan kecuali amalan yang ikhlas semata-mata kerana-Nya dan dibuat dengan tujuan semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya." (Nasa'i)
Sayyidina Sa'ad meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Bantuan Allah SWT untuk umat ini tidak berdasarkan kebolehan dan kemampuan sebaliknya kerana doa, solah dan keikhlasan orang-orang yang lemah daripada kalangan miereka." (Nasa'i)
Sayyidina Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang pergi tidur sedangkan dia berniat akan bangun untuk bertahajud pada waktu malam kemudian dia telah dikuasai mengantuk lalu tertidur tidak sedar-sedar sehingga ke subuh maka akan ditulis pahala bertahajud untuknya dan tidurnya itu ialah sedekah daripada Allah." (Nasa'i)
Sayyidina Zaid bin Sabit RAH berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai maksudnya maka Allah SWT akan menjadikan urusannya kucar kacir yakni Allah akan menyusahkannya dalam setiap urusannya. Allah SWT akan menjadikan (takut)kefakiran terbayang-bayang di hadapan matanya. Dia hanya akan mendapat bahagian daripada dunia sebanyak yang telah ditakdirkan. Dan sesiapa yang niatnya ialah akhirat maka Allah SWT akan memudahkan urusannya. Allah akan menjadikan hatinya kaya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan hina." (Ibnu Majah)
Sayyidina Zaid bin Sabit RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Tiga sifat yang jika ada pada seseorang mukmin maka hatinya tidak akan berdendam, tidak khianat dan tidak ada (sifat buruk yang lain). Pertama, keikhlasan kerana Allah SWT dalam beramal. Kedua, tulus dan setia terhadap para ketua. Ketiga, tetap bersama jemaah kerana doa-doa daripada ahli jemaah mengelilingi seseorang itu daripada segenap penjuru (yang menyebabkan seseorang itu terpelihara daripada keburukan syaitan)." (Ibnu Hibban)
Sayyidina Sauban RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Berita gembira untuk orang-orang yang ikhlas. Merekalah pelita dalam kegelapan dan dengan sebab merekalah fitnah yang besar akan terhapus." (Baihaqi)
Seorang lelaki daripada Bani Aslam iaitu Hadrat Abu Firas berkata seorang lelaki telah bertanya, "Ya Rasulullah, apakah itu iman?" Baginda menjawab, "Ikhlas." (Baihaqi)
Sayyidina Abu Umamah berkata Rasulullah SAW bersabda, “Bersedekah secara sembunyi menyejukkan kemurkaan Allah SWT " (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)
Sayyidina Abu Zar berkata ada orang bertanya kepada Nabi , “Apakah pendapat tuan dalam masalah ini, seseorang yang melakukan amalan yang baik maka orang ramai memujinya atas amalannya itu (apakah dia akan mendapat ganjaran atas amalannya itu dan adakah pujian orang terhadapnya itu termasuk dalam menunjuk-nunjuk)?" Baginda SAW bersabda, "Itu ialah berita gembira yang disegerakan untuk orang mukmin.” (Muslim) Keterangan: Maksud hadis di atas ialah, berita gembira yang sebenar ialah berita yang akan didapati di akhirat dan satu lagi berita gembira ialah berita yang didapati di dunia ini dalam bentuk pujian orang kepadanya. Ini ialah keadaan untuk amalan yang dibuat hanya semata- mata untuk mendapat keredaan Allah bukannya untuk mendapat pujian orang.
Sayyidatina 'Aisyah isteri Nabi SAW berkata saya telah bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini yang bermaksud, “Orang-orang yang memberi apa-apa sahaja pemberian sedangkan hati mereka tetap takut." Adakah mereka ini orang-orang yang meminum arak dan mencuri (yakni adakah ketakutan mereka itu kerana mereka telah melakukan dosa?)" Nabi SAW bersabda, "Wahai anak perempuan Siddiq, bukan itu maksudnya, sebaliknya ayat itu menyebut tentang orang-orang yang berpuasa, bersolah dan bersedekah sedangkan mereka masih bimbang amalan baik mereka itu tidak diterima (kerana ada apa-apa kekurangan). Inilah orang yang bersegera melakukan kebaikan dan merekalah orang yang mendahului dalam melakukan amalan baik." (Tirmizi)