PEMBELAJARAN KENDIRI, FLIP CLASSROOM
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)
Terdapat kelebihan lain bagi 10 hari bulan Zulhijjah selain yang telah disebutkan. Antara kelebihannya ialah:
Allah Taala bersumpah dengan bulan ini secara umum dan sebahagian daripadanya secara khusus. Firman Allah Taala,
وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢﴾
Ertinya: ''Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta) hari dalam bulan Zulhijjah).”
(Surah al-Fajr : 1-2)
Berkenaan maksud fajar, ada ulama mengatakan ia adalah seluruh waktu fajar, waktu terbit fajar, solat subuh, atau seluruh waktu siang; yang semua ini adalah khilaf dalam kalangan mufassirin. Selain itu, ada juga pandangan yang memilih maksudnya ialah: waktu fajar tertentu, fajar yang terbit pada hari pertama dari 10 hari terawal Zulhijjah, atau fajar pada hari terakhirnya, iaitu hari raya korban. Berdasarkan semua pandangan ini, tempoh 10 hari tersebut merangkumi waktu fajar yang telah disumpah oleh Allah. Sementara itu, maksud 10 malam ialah 10 hari terawal Zulhijjah. Inilah pandangan yang sahih yang dipegang oleh jumhur mufassirin dari kalangan salaf dan selainnya.
10 hari ini adalah termasuk daripada tempoh 40 hari yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa alaihissalam. Firman Allah Taala,
وَوَاعَدْنَا مُوسَىٰ ثَلَاثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ ﴿١٤٢﴾
Ertinya: ''Kami telah menjanjikan tempoh kepada Musa (untuk diberikan kitab Taurat) selama 30 malam, dan Kami sempurnakan jumlahnya dengan 10 lagi, lalu cukuplah waktu yang ditentukan oleh Tuhannya selama 40 malam. Musa berkata kepada saudaranya, Harun (semasa hendak keluar dalam tempoh 40 hari ini), 'Gantikanlah aku dalam urusan memimpin kaumku, perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah turuti jalan golongan yang melakukan kerosakan.'''
Surah al-A'raf : 142
Ia adalah penutup bagi bulan-bulan yang dimaklumi, iaitu bulan-bulan Haji yang disebutkan oleh Allah.
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ
Maksudnya: ''Haji itu ialah beberapa bulan yang dimaklumi.''
(Surah al-Baqarah : 197)
Ia adalah hari-hari yang dimaklumi yang disebutkan Allah sebagai tempoh pengurniaan rezeki berupa binatang ternakan.
Firman Allah Taala,
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ ﴿٢٨﴾
Ertinya: ''Serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari pelbagai jalan yang jauh. Hal tersebut agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat buat mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang dimaklumi atas kurniaan-Nya kepada mereka berupa binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban).''
(Surah al-Hajj: 27-28)
DIDIKTV IBADAH KORBAN
DIDIKTV AQIQAH & QURBAN
DIDIKTV SEMBELIHAN
Solat Sunat Hari Raya
KELEBIHAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban bagi sesiapa yang berkemampuan kerana ia merupakan salah satu daripada syiar Islam.
Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih diredhai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis Riwayat Tirmizi, 1493
"Tiada hari yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal Zulhijjah”
(Sahih Bukhari: 969)
5 Amalan Yang Boleh Dilakukan pada 10 Hari Terawal Zulhijjah:
✅ Sunat berpuasa 9 hari terawal
✅ Beribadah di malam hari (Qiamullail)
✅ Berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi
✅ Memperbanyakkan bersedekah
✅ Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
Disunatkan Tidak Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Mereka Yang Melakukan Ibadah Korban
Daripada Ummu Salamah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, Janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.