PEMBELAJARAN KENDIRI, FLIP CLASSROOM
مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidil Adha dan Aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).”
Riwayat Ibnu Majah (1782). Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut menyatakan bahawa hadith ini dha’if.
Malam hari raya tentunya antara malam yang paling menyeronokkan bagi setiap orang Islam kerana berjaya melalui ibadah puasa Ramadan selama sebulan. Rasulullah SAW menyatakan: "Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yang dia akan berasa gembira dengannya iaitu apabila berbuka dia berasa gembira dengan santapannya dan apabila berjumpa dengan Tuhannya dia berasa gembira disebabkan ibadah puasanya." Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Bagaimanapun, malam itu tidak sepatutnya dipenuhkan dengan perkara lalai dan sia-sia. Apatah lagi ia antara malam yang mempunyai keistimewaan besar. Maka, amat rugi orang yang mengabaikannya hingga ia berlalu tanpa memperoleh kelebihannya.
Terdapat sebuah hadis yang menyebut keistimewaan orang yang menghidupkan malam raya dengan amal ibadah iaitu daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW sabdanya: "Sesiapa yang berqiam pada malam dua hari raya sambil mengharapkan keredaan Allah maka hatinya tidak akan mati pada hari hati manusia lain mati." Riwayat Ibn Majah dengan sanad daif
Dalam riwayat lain daripada Ubadah bin al-Samit RA dengan lafaz: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha maka hatinya tidak akan mati pada hari hati manusia lain mati." Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Awsat dengan sanad daif.
Imam as-Syafie (wafat 204H) dalam kitabnya al-Umm: "Telah disampaikan kepada kami (daripada salaf terdahulu), bahawa dikatakan doa akan dimakbulkan pada lima malam iaitu
Pada malam Jumaat,
Malam Aidiladha,
Malam Aidilfitri,
Malam pertama Rejab dan
Malam nisfu Syaaban."
Antara amalan yang digalakkan pada malam itu ialah memperbanyakkan bertakbir. Waktu takbir bermula dengan terlihatnya anak bulan Syawal menandakan berakhirnya Ramadan dan berterusan hingga keluarnya imam untuk menunaikan solat hari raya.
Kata Imam as-Syafie di dalam kitab al-Umm: "Apabila mereka melihat anak bulan Syawal, aku suka jika orang ramai bertakbir baik secara berjemaah dan individu, sama ada di masjid, pasar, jalan dan rumah, baik bermusafir atau bermukim, pada setiap keadaan dan di mana jua mereka berada. Dan hendaklah mereka menzahirkan takbir itu serta terus bertakbir sehingga mereka pergi ke tempat solat dan juga selepas tiba di sana, sampailah keluarnya imam untuk bersolat. Kemudian barulah berhenti takbir."
Beliau meriwayatkan bahawa tokoh tabiin seperti Said bin al-Musayyib, Urwah bin az-Zubair, Abu Salamah dan Abu Bakr bin Abd ar-Rahman sering bertakbir pada malam Aidilfitri di masjid. Mereka bertakbir dengan suara nyaring.
Laungan takbir bagi hari raya puasa (Aidilfitri) adalah digalakkan bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya sehinggalah ketika imam keluar untuk mendirikan solat sunat hari raya. Berkenaan hal ini Imam al-Syafi‘i ada menyatakan: “Orang ramai bertakbir pada hari raya puasa ketika hilangnya matahari pada malam raya secara bersendirian dan juga secara berjemaah dalam setiap keadaan sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat hari raya, kemudian mereka berhentikan takbir.” (Lihat al-Umm, 1/275)
Antara amalan yang patut dilakukan pada malam hari raya dan pada hari raya ialah:
Qiamullail.
Berdoa kepada Ilahi.
Bertakbir. (ألله أكبر)
Bertahlil. (لا إله إلا الله)
Bertahmid. (الحمد لله)
Dan bertasbih. (سبحان الله)
Solat Sunat
Membaca al-Quran
Berzikir
Sighah (bentuk) takbir hari raya pula adalah seperti yang diketahui umum. Di antaranya seperti yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu‘ (5/31):
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ، وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعَدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ.
Jom jawalan soalan di bawah.....