PEMBELAJARAN KENDIRI, FLIP CLASSROOM
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ia bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Riwayat Muslim (1164)
1. Mendapat Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun
Puasa merupakan salah satu ibadah yang mempunyai tempat yang tinggi di sisi Allah.
Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk melengkapkan puasa 6 pada bulan Syawal.
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Terjemahan:
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.”
(Hadith riwayat Muslim, no. 1164, Abu Dawud, no. 2433, al-Tirmizi, no. 759, Ibn Majah, no. 1716, Ahmad, no. 22433 & 22454)
Menerusi hadis ini, puasa 6 juga dilihat sebagai tanda kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW dengan mengurniakan peluang untuk beroleh pahala berpuasa setahun jika puasa bulan Ramadhan dilengkapi dengan puasa enam hari di bulan Syawal.
Ibadah yang kita lakukan tak lain hanyalah bagi mendapatkan pahala serta keredaan Allah. Terdapat satu lagi hadis yang memberi gambaran tentang fadilat puasa enam hari pada bulan Syawal.
Berdalilkan satu riwayat hadis yang bermaksud: “Puasa Ramadan pahalanya menyamai berpuasa selama sepuluh bulan dan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal menyamai puasa selama dua bulan. Maka ianya mencukupi setahun.”
(Hadith riwayat Ahmad, no. 21378, Ibn al- Khuzaimah dalam sahihnya, no. 2115, al-Darimi, no. 1755, al-Baihaqi dalam sunan al-Kubra, no. 8230).
Tawaran ini hanya datang setahun sekali untuk kita merebut pahala berpuasa sebulan pada bulan Ramadan dan 6 hari pada bulan Syawal.
Menurut perkongsian dari JAKIM, ulama terkemudian dalam Mazhab Syafie seperti al-Khatib al-Syarbini dan Imam al-Ramli, orang yang menunaikan puasa lain seperti qadha’, nazar atau puasa sunat Isnin Khamis selama enam hari dalam bulan Syawal turut memperolehi pahala puasa sunat Syawal.
Oleh itu, bulan Syawal ialah bulan yang digalakkan bagi kita untuk mengerjakan puasa seperti puasa sunat, nazar atau qadha’.
2.Menampung Kekurangan Puasa Ramadan
Antara kelebihan puasa 6 adalah ia merupakan peluang untuk kita menampung kekurangan puasa Ramadan yang terdahulu.
Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)
3. Meneruskan Momentum Ibadah Ramadan
Selain itu, kita juga amat digalakkan untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal untuk meneruskan momentum amal ibadah yang telah dilakukan pada bulan Ramadan.
Kebanyakan dari kita amat bersemangat untuk melakukan amal ibadah ketika bulan Ramadan, dan berjaya melawan nafsu untuk menggandakan amalan berbanding bulan-bulan lain.
Untuk membantu mengekalkan momentum tersebut, puasa 6 dapat melatih jiwa kita untuk tetap konsisten dalam tetap mengerjakan amalan sunat.
4. Menjadi Pelengkap Ibadah Fardu
Seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Kerajaan Negeri Perak, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, kita sebagai hamba-Nya yang lemah sentiasa berharap supaya amalan sunat yang dilakukan dapat menjadi pelengkap kepada amalan-amalan fardu yang mempunyai kekurangan.
Bertepatan dengan hadis Qudsi :
Terjemahan : “Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat. Baginda S.A.W bersabda, Allah S.W.T berfirman kepada para malaikat-Nya sedang Dia lebih mengetahui: Lihatlah pada solat hamba-Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih ada kurang? Sekiranya sudah sempurna, tulislah sempurna. Sekiranya masih ada kurang, FirmanNya: Lihatlah adakah ada pada hamba-Ku itu amalan-amalan sunat. Sekiranya ada, FirmanNya: Sempurnakanlah bagi hamba-Ku itu amalan fardunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu.”
(Riwayat al Hakim)
5. Allah Menjanjikan Syurga Buat Yang Rajin Berpuasa
YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin turut menjelaskan ganjaran syurga buat umat Islam yang rajin berpuasa bagi mengejar keredaan Allah. Sepertimana hadis Nabi Muhammad S.A.W, terdapat pintu syurga yang telah dikhususkan iaitu Ar-Rayyan buat hamba Allah yang melazimkan ibadah puasa.
Terjemahan : “Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah S.A.W. Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda S.A.W: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.”
Bulan Syawal juga dilihat sebagai kayu ukur sama ada amalan pada bulan Ramadan berjaya memberi kesan pada hati dan perbuatan kita.
Sekiranya kita masih mengekalkan rutin ibadah sama seperti dalam bulan puasa, bererti kita telah berjaya mencapai matlamat sebenar bulan Ramadan itu sendiri, iaitu sebagai bulan latihan bagi umat Islam dalam mengutamakan ibadah kepada Allah berbanding perkara lagha.
Oleh itu, sementara kita punya masa dan ruang setiap kehidupan ini, janganlah kita melepaskan peluang untuk meraih pahala puasa enam yang hanya datang setahun sekali.
Abu Ayyub al-Ansari RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ،كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian dia berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun.”
Puasa 6 hari Syawal + Puasa Ramadan = Puasa Setahun
Bagaimanakah formula ganjaran berpuasa selama setahun ini terhasil?
1) Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:
"Allah menjadikan setiap kebaikan dengan 10 kali ganda ganjaran." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 343)
2) Maka puasa sebulan itu sekiranya digandakan 10, akan bersamaan dengan puasa sebanyak 300 hari, dan puasa 6 akan melengkapkan bilangan puasa tersebut menjadi 360 dan ia adalah seumpama puasa setahun.
3) Antara hikmah disyariatkan puasa 6 adalah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa Ramadan.
4) Dalam menjelaskan mengenai perkara ini, Ibn Rajab berkata:
"Puasa 6 dan puasa Syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu." (Lataif Maarif)
Semoga Allah menerima amalan kita.
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.
2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.
3. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.
4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.
5. Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”
Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.
Kita baru sahaja menunaikan ibadat puasa sebulan di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima ibadat kita. Disamping ibadat puasa fardhu, terdapat juga galakan untuk kita mengerjakan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984) Status: Hadis Sahih
Berdasarkan hadis di atas, mereka yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 60 hari atau dua bulan”.
Terdapat juga hadis yang menerangkan kelebihan kepada mereka yang berpuasa sunat selain Sunat Syawal. Antaranya puasa tiga hari setiap bulan, sama ada puasa Isnin atau Khamis juga puasa pada hari-hari Puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah). Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,
صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ
“Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979)
Puasa tiga hari menyamai puasa tiga puluh hari atau sebulan.
Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya,
يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
“Wahai Abu Zar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761) Hadis Hasan.
Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih
Di kesempatan Syawal yang masih ada ini, bagi yang belum memulakan puasa sunat Syawal, jom rebutlah peluang yang ada untuk berpuasa sunat, kerana kita tidak pasti akan bertemu Syawal pada tahun akan datang atau tidak.
Bolehkah Niat Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Digabungkan?
FUQAHA MAZHAB SYAFI’IE
• Harus menggabungkan antara puasa wajib seperti qada’ Ramadan, nazar dan kaffarah dengan puasa sunat.
• Menggabungkan puasa qada’ Ramadan dengan puasa 6 syawal juga diharuskan.
• Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi’ie tetapi ganjaran atau pahala puasa yang diperolehi kurang sempurna, ini kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan.
• Bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa kuzuran, maka dia wajib mengqada puasa sesegera mungkin iaitu sejurus selepas hari raya pertama. Manakala sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan keuzuran, maka digalakkan untuk menggantikan puasa tersebut secepat mungkin.
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa pada esok hari dari enam hari pada bulan Syawal sunat kerana Allah Ta’ala.”
Jom kita jawab kuiz Puasa Sunat 6 Hari Syawal yang berikut...
🌙 JOM REBUT GANJARAN PUASA 6 HARI SYAWAL! 🌙
✨ “Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim) ✨
🔸 Kenapa Anda Perlu Berpuasa 6 Hari di Bulan Syawal?
✅ Pahala seperti berpuasa setahun penuh!
✅ Melengkapi amalan puasa Ramadhan
✅ Membersihkan diri & meningkatkan ketakwaan
✅ Melatih diri untuk istiqamah dalam ibadah
💡 Bila Nak Mulakan?
📅 Bila-bila masa dalam bulan Syawal! Boleh berturut-turut atau berselang hari.
💖 Jom ajak keluarga & rakan-rakan bersama-sama merebut peluang ini!
📢 Sebarkan kebaikan, raih pahala!
#Puasa6Syawal #GanjaranSepertiSetahun #TeruskanIbadah #SyawalBerkah