Kandungan Asas Kurikulum (KAK) perlu disemak oleh semua guru subjek dalam perjalanan melancarkan strategi Catch-Up Plan (CUP)yang dianjurkan oleh BPK Kementerian Pendidikan Ma laysia. 

Catch-Up Plan (CUP) ini tercetus daripada program KPM PerkasaKU iaitu program pemerkasaan pelaksanaan kurikulum. Untuk pengetahuan para pembaca, program pemerkasaan ini dijalankan dalam tempoh 1 September 2021 hinggalah 28 Februari tahun 2022. 

Antara objektif pelaksanaan Catch-Up Plan ialah: 

1. Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengisian pengajaran tahun semasa secara optimum. 

2. Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa krisis atau dalam tempoh Pendemik Covid-19. 

3. Menyediakan sokongan pengajaran kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam apa juga mekanisme. 

4. Memastikan murid-murid telah bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran tahun persekolahan akan datang. 


Strategi dan Kaedah dalam Catch-Up Plan 

Pihak KPM mencadangkan guru-guru menggunakan  Strategi M2P iaitu mampatan, pecutan dan pengayaan. Kemudian yang kedua dicadangkan juga satu lagi strategi yang disebut sebagai Student Engagement Learning Framework ataupun singkatannya adalah SELF. 

Menurut Puan Hajah Nor Azza, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPK, sesiapa sahaja boleh menggunakan strategik yang dicadangkan ini, walaupun capaian peratusan penguasaan KAK telah melebihi 70%. Untuk melaksanakan strategi-strategi ini pihak BPK juga mencadangkan beberapa kaedah seperti berikut: 

1. Pendekatan Bertema 

2. Pendekatan Modular 

3. Pembelajaran Berasaskan projek 

4. Pembelajaran Terbeza 

5. Simulasi Amali (Virtual Lab) 

Maklumat lanjut mengenai kaedah-kaedah ini, boleh didapati melalui Reposotori SumberKU. Repositori sumber ku ini sangat memainkan peranan yang sangat besar dalam pelaksanaan Catch-UP Plan. 

Repositori SumberKU  ini dapat diakses melalui serambi DELIMa MOE. SumberKU boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuklah ibubapa yang akan membantu pelaksanaan KPM PerkasaKU dan Catch-UP Plan bersama-sama guru dan murid.