Kekasih kita Nabi Muhammad SAW datang kepada umat ini untuk memperbaikinya, Manusia merasa takjub lalu berkata, “Sesungguhnya Muhammad mengajar para sahabatnya semua perkara, sehinggakan kepada bagaimana menunaikan hajat apabila masuk tandas.”

Manusia masuk ke dalam tandas sebagai tempat membuang hajatnya. Tempat yang jijik bagi manusia kerana di sana manusia membuang kekotoran. Namuan, Nabi SAW mengubah perkara ini, kepada tempat yang mendatangkan pahala dalam bermuamalah dengan Allah, sehinggakan seorang daripada kita, apabila masuk ke dalam tandas dan memperoleh ganjaran yang banyak, dan dia boleh mengamalkan lebih 15 sunnah dari Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Disunnahkan bagi mereka yang ingin masuk ke tandas, beberapa Sunnah.

Pertamanya, menanggalkan cincin atau benda yang tertera nama Allah SWT agar dia tidak masuk ke dalam tandas. Keduanya, menyebut nama Allah SWT dan memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan dengan taawwuz,

“Wahai Allah, aku berlindung kepadamu dari syaitan jantan dan syaitan betina.”

Maka ini akan melindunginya daripada syaitan kerana tandas ialah tempat berkumpulnya syaitan.

Ketiga, menutup kepala. Keempat, memakai selipar agar tidak terpijak najis. Kelima, mengangkat pakaiannya agar ia tidak terkena najis, dan panjangkanlah ia semula semasa ingin menunaikan solat.

Kemudian, masuk ke tandas dengan kaki kiri. Dan hendaklah tidak menyebut nama Allah SWT semasa di dalam tandas. Dengan itu, ditegah bercakap-cakap kerana Nabi SAW membenci bercakap di dalam tandas, maka apabila seseorang memanggilnya, hendaklah dia berdehem agar orang itu mengetahui dia berada di dalam tandas.

Dan mengambil perhatian hal berkaitan ‘bertelanjang’, kerana Nabi SAW membenci perkara tersebut. Baginda bersabda, “Allah SWT lebih berhak untuk engkau malu kepadanya” Maka apabila seseorang ingin menunaikan hajatnya, angkatlah pakaiannya sekadar untuk membuang air sahaja.

Disunnahkan berdoa dengan doa pelindung iaitu di mana Nabi mengkhabarkan kepada kita bahawa barang siapa yang membaca doa ini, maka Allah akan menutup auratnya dari pandangan jin dan mereka tidak dapat melihat auratnya.

Allah SWT berfirman : Lelaki yang suka menyucikan dirinya dan Allah menyintai orang-orang yang suci. Dengan ini, Nabi SAW telah mengajar kita akan kebaikan beristinjak. Istinjak ialah membersihkan dan membuang najis dari tempat keluarnya. Kita boleh menggabungkan batu dan air. Pada hari ini, orang menggunakan tisu dan air. Orang Arab dan orang-orang terdahulu tidak mengetahui cara istinjak dari kekotoran dengan menggunakan air, kecuali selepas datangnya Rasulullah SAW.

Dan Allah SWT memuji sebahagian masyarakat Madinah kerana mereka yang mula-mula mengamalkan perkara ini iaitu ahli Quba’. Allah SWT berfirman tentangnya, “Manusia yang suka bersuci” Mengapa? Kerana mereka menggabungkan batu dan air. Maka disunnahkan jika manusia mahu beristinjak, menyapu najis dengan tisu dahulu kemudian diikuti dengan air, maka dia menjadi orang yang beramal dengan Sunnah Nabi SAW.

Disunnahkan beristinjak dengan tangan kiri agar dimuliakan tangan kanan. Dan dengan itu, disunnahkan berdehem-dehem iaitu istibra’, kerana Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita kebanyakkan azab kubur adalah kerana mengadu domba dan tidak istibra’ dari air kencing. Maka hendaklah manusia mengambil perhatian akan hal ini. Beristibra’ dengan berdehem-dehem, dan dengan melalukan tangannya di bawah alat sulitnya sehingga keluar baki air kencing dari badannya.

Di kalangan manusia merasakan masa di dalam tandas sebagai sia-sia, maka dia mencuba untuk memenuhinya dengan perkara yang salah. Waktu yang digunakan semasa menunaikan hajat bukanlah sia-sia, akan tetapi ia adalah waktu yang digunakan untuk berfikir akan nikmat Allah SWT. Dengan ini, Nabi SAW telah mengajar kita apabila keluar dari tandas, hendaklah kita keluar dengan kaki kanan dan berdoa dengan doa yang mulia,

“Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan dariku dan menyihatkanku” maka kita sentiasa berfikir akan nikmat Allah, dan dengan itu, manusia merasai pengharapan yang besar kepada Allah, kerana dia melihat dan menghidu pada dirinya sesuatu yang tidak diingininya. Maka selepas itu dia tidak menyombongkan diri kepada orang lain. Ini adalah faedah yang didapati manusia semasa di dalam tandas.

Sebuah hadis Nabi SAW : Janganlah dua orang keluar menuju ke tandas dengan membuka auratnya serta bercakap-cakap. Maka sesungguhnya Allah murka terhadap hal tersebut”

Berdasarkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah tentang bagaimana seseorang membuang hajatnya, maka disunnahkan bagi mereka yang berhajat untuk membuang air kecil/besar, hendaklah mengangkat pakaiannya sekadarnya sahaja, dan janganlah mendedahkan seluruh auratnya.

Kemudian duduk dan menekan kaki kiri maka ini dapat memudahkan keluarnya air kencing dan najis. Dan di antara perkara yang kita perlu ambil berat dan perhatikan ialah, berhati-hati dengan percikan air kencing. Sekiranya dia berada di tempat yang terbuka, berhati-hati dengan angin yang boleh menyebabkan percikan air kencing. Dan jangan kencing menghadap permukaan yang keras kerana air kencing akan terpecik kepadanya, maka dia akan mengotori pakaiannya. Manusia perlu mengambil perhatian ketika berdiri (selepas membuang air), jangan melihat najis yang keluar. Dan janganlah meninggalkan najisnya dalam menjaga kebersihan tandas bagi orang lain.

Nabi SAW dimuliakan Allah dengan mukjizat bahawa bumi menelan apa yang keluar dari Baginda. Namun Baginda mengajar kita agar jangan meninggalkan kesan najisnya kerana ia menjijikkan bagi orang lain seperti yang berlaku di tandas- tandas khas dan awam, dan di tempat-tempat awam.

Perkara yang indah daripada Sunnah ini ialah, manusia dapat merasakan bahawa perbuatannya terikat dengan perbuatan Nabi SAW di dalam setiap aspek kehidupan termasuk aspek yang mudah dan tersembunyi ini.