BAGAIMANA KEADAAN RASULULLAH SAW DALAM KEBANYAKAN WAKTU?

Rasulullah SAW sentiasa dalam keadaan tenang pada setiap perkara. Hatinya dipenuhi dengan ketenangan. Allah SWT menurunkan ketenangan ke atas hatinya, dan perkara itu terlihat pada pergerakannya.

Baginda SAW apabila berjalan meskipun jalannya itu kelihatan gagah seperti sedang menuruni cerun namun baginda SAW berjalan secara perlahan dan tenang. Apabila menoleh Baginda SAW akan memusingkan keseluruhan badannya, baginda SAW tidak menolehkan kepalanya sahaja iaitu tidak menoleh berkali-kali bahkan memalingkan keseluruhan badannya.

Apabila ingin menunjuk (sesuatu) Baginda SAW menunjukkan dengan jarinya, Apabila baginda ketawa tahap ketawanya yang paling tinggi adalah senyuman. Baginda tidak berteriak di pasar.

KETENANGAN

Antara sebab hilangnya ketenangan dalam diri kita adalah kita tidak meluangkan masa untuk diri kita. Seseorang bangun dari tidur pada waktu pagi, terbuka sahaja matanya terus sahaja menghidupkan telefon bimbitnya, melihat berita-berita dunia dan terus sahaja menerima berita-berita manusia dalam satu masa.

Waktu ini seseorang manusia sepatutnya mengucapkan “Asbahna wa asbahal mulku….”, berwudu’, solat 2 rakaat, berehat, bersarapan, berbual-bual dengan ahli keluarga.

Sebaliknya dia pergi ke keretanya, ada bunyi bising dijalanan, dia ingin tahu, dia ingin segera, dia memotong kereta lain dan membunyikan hon kereta, apabila dia pergi kerja ada banyak masalah, apabila dia masuk ke pasar, penuh dengan barang yang bermacam bentuk dan warna dan matanya menjeling ke sana sini.

Pada waktu rehat dan waktu qailullah jika diberikan rehat ketika bekerja dia akan menghidupkan telefon bimbitnya dan terus sahaja ke media sosial. Dia pulang ke rumah ketika waktu manusia meletakkan belakangnya di atas lantai atau permaidani dia sibuk hinggakan atas katil ketika waktu tidur rehat dan bersantai dia masih memegang telefonnya jadi kamu dapati manusia itu terganggu.

KETENANGAN MEREHATKAN SARAF DAN MEMBANTU FIKIRAN SESEORANG KETIKA BEKERJA

Kalau kita melihat pada kehidupan Rasulullah SAW dan mempelajarinya, tidak akan kita dengar bahawa Nabi SAW memanggil sesiapa dari jauh, “Ya Fulan!” Baginda tidak pernah menjerit. Bahkan Nabi SAW memanggil siapa yang dekat dengannya. Jika seseorang itu jauh, Baginda SAW akan menghantar seseorang untuk memanggilnya atau Baginda SAW sendiri akan pergi kepadanya.

KETENANGAN MEMERLUKAN KEPADA PENYELESAIAN

Pada zaman dahulu, faktor-faktor ketenangan dan ketenteraman mencukupi. Apabila malam menjelma manusia akan berhenti meskipun ianya penting bagi mereka. Kehidupan semulajadi akan menuntun manusia. Hari ini, terdapat kesongsangan dalam alam. Oleh yang demikian, kita memerlukan kepada penyelesaian. Ketenangan hari ini memerlukan penyelesaian dan usaha. Setiap karakter baik memerlukan manusia untuk mencari sebab untuk mendapatkannya. Ilmu didapati dengan belajar, dan kesabaran dengan selalu bersabar sepertimana yang disabdakan Nabi SAW. Ketenangan dengan selalu bertenang, ketenteraman dengan selalu tenteram. Manusia mampu untuk mendapatkan setiap sifat baik.

BAGAIMANA UNTUK SAYA MENDAPATKAN KETENTERAMAN DAN KETENANGAN

Pertamanya, mesti ada pada diri saya keinginan untuk ini. Hendaklah pada diri saya keyakinan bahawa ketenangan dan ketenteraman adalah semulajadi dan indah. Bagaimanapun jika tanggapan kita pada mulanya jika pergerakan menjeling sana sini, melompat-lompat ini merupakan kecantikan maka dari asasnya keadaan sudah terbalik. Tetapi keyakinan yang pertamanya kerana contoh insaniah kita yang tertinggal iaitu Rasulullah SAW adalah begini.

Yang kedua, pembiasaan untuk itu adalah manusia membiasakan dirinya tenang dan stabil, manusia tidak sepatutnya lemah. Yang ketiga, sebab-sebab dalaman iaitu mengingati Allah SWT, bersendirian bersama Allah SWT bangun pada sepertiga akhir malam, berbicara dengan dalaman diri. Banyak manusia tidak tahu berbicara dengan dirinya. Mereka bercakap dengan manusia, mereka melihat perkara luaran sahaja, mereka tidak mampu melihat dalaman mereka. Oleh yang demikian, kamu dapati mereka selalu mempunyai masalah dan bergolak. Perkumpulan untuk mengingati Allah SWT

“Tiada sesuatu kaum pun yang berkumpul sambil mengingati Allah, melainkan para Malaikat berkerumunan di sisi mereka dan ketenangan turun ke atas mereka dan rahmat akan mencucuri mereka, dan Allah SWT akan menyebut-yebut mereka kepada sesiapa yang ada di sisinya”.

Jadi ketenangan itu merupakan sesuatu yang turun dari alam yang tertinggi. Apabila ia turun ke dalam hati manusia maka tenang dan tetaplah ia. Oleh itu, bagi yang bangun malam, Ketika waktu tenang waktu yang damai lalu dia mengingati Allah SWT lalu dia bangun pagi seperti gunung yang kukuh, tertambat tidak bergoncang tidak terkesan tidak tergangu.

Syaitan-syaitan mempunyai peranan dalam ganguan kerana Allah SWT memberitahu kita bahawa salah satu daripada perbuatan syaitan ialah menggangu. Di mana syaitan gangu diri dengan bangkitkanlah kemarahan sesiapa pun yang kamu mampu dengan suara kamu! Syaitan suka apabila manusia sentiasa menjadi tergangu emosi. Kenapa? Kerana apabila manusia dalam keadaan tergesa-gesa, dia tidak dapat melihat tetapi dalam keadaan diam dia mampu untuk membezakan setiap perkara dan meletakkan setiap perkara pada tempatnya.

KERJA YANG DILAKUKAN KETIKA TENANG MEMBAWA HASIL YANG TERBAIK

Hari ini keluarnya manusia dari Arafah ke Muzdalifah pemandangan dan panorama menghairankan kamu kerana teramat bising dan teriakan dan pergolakan sedangkan baru sahaja tadi mereka beribadah dan bertajalli. Apabila Rasulullah SAW keluar dari Arafah baginda mendengar suatu teriakan iaitu ada sebahagian sahabat yang tergesa-gesa mengerakkan kuda dan unta. Maka Rasulullah SAW bersabda “Wahai manusia, hendaklah kamu tenang, bukanlah kebaikan itu dengan membawa tunggangan dengan laju” iaitu tergesa-gesa tidak mengangkat darjat kamu dan tidak menambah kebaikan kamu apabila kamu tiba sebelum kawan kamu. Ketenangan adalah asas. Ibadah yang paling besar dan penting iaitu solat kerana Nabi Muhammad SAW bersabda “Apabila kamu mendengar Iqamah maka berjalanlah untuk solat dan hendaklah kamu tenang, dan apa yang kalian dapatkan dari solat maka ikutilah dan apa yang kalian tertinggal maka sempurnakanlah.”

Anda dapati manusia pada tempat yang tenang, masjid ialah salah satu sumber ketenangan. Dia masuk, dia tergesa-gesa dan berlari untuk bersolat bersama, Dan kalaulah solat dan mendapatkan rakaat bersama imam kerana kemuliaan dan kebesarannya maka Rasulullah SAW lebih mengutamakan ketenangan padanya. Sesungguhnya ketenangan itu lebih baik daripada mendapatkan rakaat.

SESEORANG YANG DIHIASI DENGAN KETENANGAN AKAN KHUSYUK DALAM SOLATNYA

Kita sangat memerlukan rehat, memerlukan ketenangan, memerlukan kedamaian, memerlukan ketenteraman dan ketetapan hati. Kita memerlukan ketika pergerakan kita, diam kita di rumah bersama anak-anak lelaki dan perempuan, kita perlu membiasakan diri kita untuk berada dalam pergerakan yang tenang dan damai. Kita amatlah perlu untuk mengikuti cinta kita kepada Nabi SAW pada pergerakannya dan pada diamnya untuk terus mendapatkan cahaya-cahaya (“Katakanlah Wahai Muhammad Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu”)